بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
hidupku,matiku,ibadahku,untukMU Rabbal 'Alamin اللهم ارزقنا الجنة وما يقربنا إليها من قول اوعمل ، وباعد بيننا وبين النار وبين ما يقربنا إليها من قول أو عمل اللهم اجعلنا من الذاكرين لك ، الشاكرين لك ، الطائعين لك ، المنيبين لك يا الوهاب يا الرزاق لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين
Total Pageviews
Thursday, April 29, 2010
RM1 membeli ketenangan...
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sunday, March 29, 2009
Siramilah hati..
Duhai tanah tumpah penuh barokah..
Siramilah hati..
Turunkanlah hujan-hujan rahmat..
Sejukkanlah jiwa..
tenangkanlah minda dan rasa..
Kerana selagi mata belum terpejam lena..
Duga pasti datang bertimpa-timpa..
dan dalam sulam tawa derita
kutemui insafi diri..
kerdil aku di sisi DIA
Siapa kita tanpa keredhaanNYA???
Thursday, January 01, 2009
Tahun berganti
Wednesday, December 31, 2008
baru
Hidup ini.. adakalanya kita berhadapan dengan pelbagai cabang untuk kita pilih
Dan kita perlu memilih..
Keputusan yang tepat membawa gembira
Keputusan yang tepat mengundang bahagia
Keputusan yang tepat hadir dariNYA
Jika tawakkal dan yakin beraja
**
2 plan terdahulu dibatalkan. Mungkin ini yang terbaik. PadaNYA diserah segala.
Namun ke mana dan di mana, biarlah rahsia buat ketika ini. Saya masih menyusun langkah untuk mengorak tahun baru yang diharapkan lebih mengundang makna dalam hidup.
**
Selamat Tahun Baru Hijrah dan Masihi. Moga diampunkan dosa terdahulu dan akan datang. MOga diberikan kebaikan yang terdahulu dan akan datang.
**
Selamat berkhidmat mencurahkan bakti buat anak bangsa..
BUat sahabat-sahabat yang ditugaskan ke Sarawak@ Sabah
teristimewa buat kembarku yang ditugaskan di Sabah (Fatin)
dan sahabat sejati yang ditugaskan di Mukah,Sarawak (Fatimah)
Moga dipermudahkan tiap urusan kalian.
**
Saturday, December 27, 2008
Bukakanlah pintu kemenangan dan ketenangan...
AL-FATH (ayat 1-5)..
“1. Sesungguhnya kami Telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata[1393],
2. Supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang Telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus,
3. Dan supaya Allah menolongmu dengan pertolongan yang Kuat (banyak).
4. Dia-lah yang Telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang Telah ada). dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi[1394] dan adalah Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana,
5. Supaya dia memasukkan orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dan supaya dia menutupi kesalahan-kesalahan mereka. dan yang demikian itu adalah keberuntungan yang besar di sisi Allah,
[1393] menurut pendapat sebagian ahli tafsir yang dimaksud dengan kemenangan itu ialah kemenangan penaklukan Mekah, dan ada yang mengatakan penaklukan negeri Rum dan ada pula yang mengatakan perdamaian Hudaibiyah. tetapi kebanyakan ahli tafsir berpendapat bahwa yang dimaksud di sini ialah perdamaian Hudaibiyah.
[1394] yang dimaksud dengan tentara langit dan bumi ialah penolong yang dijadikan Allah untuk orang-orang mukmin seperti malaikat-malaikat, binatang-binatang, angin taufan dan sebagainya,”
Bila saya sedih, saya selalu membaca surah ini. Surah Al-Fath. Diriwayatkan bahawa Surah ini diturunkan sempena kemenangan Pembukaan Kota Mekah.
Jika saya sedang sedih, saya melantunkan ayat-ayat surah ini dengan peuh penghayatan. Pasti di hujungnya, air mata saya membasahi mushaf.
Sambil membaca, saya berdoa di dalam hati supaya saya juga diberi kemenangan.
Supaya dibukakan pintu-pintu kemenangan dan dipermudahkan tiap kesulitan.
Saya memohon diampunkan dosa-dosa saya yang lalu dan yang akan datang, serta moga DIA memberi nikmat kepada saya disertai dengan pimpinanNYA dalam meladeni kehidupan. Saya memohon supaya saya diberi ketenangan.
Dan saya memohon ketenangan itu akan menjadikan saya lebih hampir dengan DIA.
Saya berdoa dijadikan saya antara penghuni syurgaNYA..
Ya.. saya sedang bersedih.. .
Ya Allah, permudahkanlah yang sulit.
ALLAHU AL-MUSTA’AN
**
Kerana manusia itu alpa
Saat derita mengaku hamba
Kerana manusia itu alpa
Saat gembira terlupa Pencipta
Thursday, December 25, 2008
TERBAIK
Tuesday, December 16, 2008
baru ;-)
Saya menulis entry ini dari bilik baru. Ya, saya telah berpindah ke bilik baru. Setelah 3 semester di bilik itu, saya memilih untuk berhijrah.Sebabnya:-
1) mencari suasana baru untuk semester terakhir, untuk menyiakan tesis. Saya sukakan bilik baru ini, jari jendela saya dapat menatap langit, menghirup udara segar dan menghidu aroma dedaun. Ada masa saya akan tunjukkan gambar dari jendela ini. Subhanallah.
2) bilik baru ini dalam linkungan network wireless uia. Bilik lama agak tersorok dan di luar lingkungan kawasan.
3) Bilik lama- jendela menghadap ke laluan pelajar lelaki menuju ke kolej elit- Mahallah Ruqayyah. Maka jendela itu saya tutup. Amat tidak selesa kerana laluan lalu lalang pelajar lelaki. Maka dalam erti kata lain- saya terkurung. Bilik baru ini- jendelanya mengadap zon 'larangan' lelaki. Maka saya lebih bebas di bilik sendiri, bisa membuka jendela seluasnya dan menjamu mata dengan ciptaan Ilahi yang amat cantik.
4) Niat bertukar bilik dari sem lepas lagi namun ada perjanjian dengan teman sebilik, supaya tidak tinggalkan dia. Kalau nak tukar kena tukar sama-sama. Saya patuh pada janji. Alih-alih jodohnya sampai dan berkahwin sebelum Aidiladha lalu. Maka saya yang ditinggalkan. Jadi, perjanjian dikira terbatal. Saya pun harus mulakan hijrah ini.
Sudah mula angkat barang sikit-sikit. Dari level 1 (bilik lama) saya ke level 2. Tidaklah terlalu penat memanjat tangga memunggah barang-barang. Namun setelah dihimpun segala barang, kelelahan melihat barang-barang saya yang amat banyak, terutama buku-buku. Jumlahnya lebih dari 100 buah! Pelbagai jenis buku sedangkan saya baru 3 semester di sini. Akan dibawa berpindah ke bilik baru sedikit demi sedikit kerana saya diberi tempoh seminggu untuk mengosongkan bilik lama.
Bilik baru, suasana baru, dan tahun baru, usia juga akan bertambah lagi, meningkat ke umur yang baru. Mudah-mudahan tahun mendatang ini akan lebih bermakna dan moga-moga DIA mempermudahkan tiap urusan.
Tahun baru mendatang, beberapa sasaran:
1) Siapkan tesis menjelang MAC. Ini keutamaan awal tahun. Allahumma Yassir
2) Dapatkan kerja tetap, Ya ArRAzzaq, mudahkanlah.
3) Beli kereta (selepas kerja, Insya Allah)
4) Simpan duit bila dah kerja nanti, Aidiladha akan datang nak jalani korban,Insya Allah
5) Tukar status???- mm.. naik ke satu tahap lagi secara rasmi.(insya Allah ni agenda tengah/ujung tahun) If 'orang' tu dah sedia tukar status terus pun ok je. Tapi bergantung pada banyak keadaan. "jangan terburu-buru, tapi jangan bertangguh-tangguh" (memetik kata saifulislam. (moga dimurahkan rezeki..biiznillah)
Apapun, kita hanya merancang sedangkan DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk kita kan? Dalam tiap jalan, moga-moga DIA setiasa memberi petunjuk yang terbaik. ALLAHU AL-MUSTA'AN..
Friday, October 31, 2008
Luruskan hatimu, kejapkan pendirianmu, tuluskan hadafmu
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Saiyyidul Ayyam yang tenang, puji-pujian hanya milik Allah Yang Maha Menguasai tiap sesuatu.
Alhamulillah, thumma Alhamdulillah. Masih bernafas, biar sesekali terasa seperti bernafas dalam kesesakan.
Long journey
Perjalanan panjang yang dilalui ternyata menuntut keringat dan kudrat.
JUMAAT 24/10
Bergerak ke Tuel. Hampir jam 11 Malam baru bergerak. Melalui jalan Simpang Pulai menuju ke Kg Raja. Sepanjang perjalanan, saya banyak berdiam. Mengundang gerun rakan-rakan seperjuangan di dalam van untuk menegur. Maaf buat Kak Engku, Sarah,Che Da, Ada, Atikah, Ira.. Sungguh saya akui saya banyak berdiam. Banyak sungguh persoalan yang bergayut di minda. Ingin memikirkannya terasa berat kepala. Ingin melupakannya saya tidak mampu. Lantas, semuanya menghenyak diri, menjadikan mulut saya rapat terkunci. Saya hanya berdoa, diberi saya kekuatan menghadapi setiap duga dan semoga perjalanan ke Tuel ini menemukan saya dengan secebis kekuatan.
SABTU 25/10
Kami tiba di Kg Raja lebih kurang 3 pagi. Menukar kenderaan, dari van ke pacuan 4 roda Pak Mat. Perjalanan diteruskan. Sejuk dinihari di Cameron Highland menggigit hingga ke tulang. Hati masih walang. Astagfirullah, Astaghfirullah, Tawakkaltu 'Alallah.
Dari Cameron, kami menuju je GUa Musang melalui Lebuhraya yang baru siap. Tiba di simpang menuju Tuel, perjalanan lebih mencabar. Jalan tanah merah dengan lopak menghayun kami ke kiri dan kanan kenderaan.Kami tiba di Pos Hendrop lebih kurang 5 pagi.Ketika menyambung perjalanan ke Tuel, kami diberitakan bahawa perjalanan tidak boleh diteruskan. Hujan. Kayu balak tumbang merentang jalan. Tanah runtuh. Lalu kami berpatah balik, mencari tempat naungan. Lalu menuju ke Pos Brooke. Solat Subuh, usai solat, menguruskan ayam dan daging yang sudah mula berbau kerana melalui perjalanan yang lama dan panjang.
Dengan jasa baik pengusaha kantin di Pos Brooke, kami menyiang ayam dan daging, mencuci lantas merebus, untuk mengelak menjadi lebih busuk. Jam 11.30pg, kami bergerak semula ke Tuel.
Tiba di kawasan tanah runtuh, kami turun melihat kerja-kerja memulih laluan.
Berehat sebentar di kawasan kongsi balak sebelum meneruskan perjalanan. Alhamdulillah, perjalanan selamat dan kami tiba jua di TUel.
Tugas kami- menjaga kanak-kanak. Petang itu, kami mengajar anak-anak kampung nasyid senandung Fatihah. Nasyid yang mengalunkan makna Surah Al-Fatihah. Mudah saja kanak-kanak ini mendapat.Sambil bernasyid, kami menitip pesanan dan mengupas pengertian Al-Fatihah tersebut dengan bahasa mudah, menyampaikan pada mereka mesej Ketuhanan dalam surah tersebut dengan gaya bersahaja. Mudah-mudahan menyelinap di hati mereka. Oh Ya, program kali ini anjuran Masjid Bangsar dengan kerjasama ABIM. Kami hanya tenaga jemputan.
Wajah anak Pos Tuel
Aktiviti mewarna
Petang, usai nasyid kami bermain pula dengan anak-anak kampung. Jadila macam budak-budak kecik semua. Adik-adik gembira, kamipun gembira juga.
Malam- jamuan Aidilfitri. Adik-adik mempersembahkan nasyid yang kami ajar. Terharu juga, dalam masa yang singkat mereka mampu mempersembakan dengan baik meskipun ada yang terlebih 'sengin' (malu) bernasyid di hadapan khalayak.
AHAD 26/10
Pagi- sukaneka kanak-kanak. 1 lagi tugasan kami, sementara kariah Masjid Bangsar meneruskan bengkel Fardhu Ain untuk kaum ibu, kaum bapa dan remaja.
Usai sukaneka, kami ke sungai, mandi manda bersama adik-adik. Ala-ala Sunway Lagoon gitu. SEmua kakak-kakak tak pandai berenang. Jadi macam budak-budak semua.
Tarik nafas, go! Meluncur laju di sini, membiarkan diri dihanyut air deras
2.45 petang- kami bergerak keluar dari TUel. Perjalanan selamat, Alhamdulillah. Jam 6 petang kami tiba di Kampung Raja. Jam 1 pagi tiba di UIA. Saya tidur dengan pulas. Perjalanan panjang, terhenyak dalam 4WD dan van ternyata menuntut kudrat.
ISNIN 27/10
7.20 pagi- adik saya sudah menjemput saya dan menghantar saya ke Stesen Bas Pekeliling, Jam 8, bas ekspres yang saya naiki meluncur laju menuju ke Mentakab. Saya tidur sepanjang perjalanan. Letih Amat.
Sampai di rumah jam 10.30 pagi. Dan petang itu, jam 5, saya, mak dan abah menaiki 'kereta perang' abah menuju ke Kuala Lipis.Tiba di sana jam 8.30 malam.
SELASA 28/10
Urusan peribadi di Kuala Lipis. Terima kasih MAk dan Abah yang menemankan. Doa dan Restu kalian amat didamba. Jam 3.30 petang- menaiki bas dari Bentong, menuju ke K.Lumpur. Dari Stesen bas pekeliling saya menaiki bas menuju ke KL Sentral.
di KL Sentral. saya menuju ke NIle Bookstore. Membeli buku-buku Arab. Tapi kali ini saya membeli buku cerita kanak-kanak. Kebanyakannya berharga RM1. Hampir RM50 saya habiskan untuk buku-buku tersebut, termasuk siri buku Nama-nama Allah Al-Husna (Asma Al-Husna) yang dijadikan cerita pengajaran untuk kanak-kanak, lengkap dengan gambar yang menarik. Juga buku-buku cerita berbahasa Arab yang lain, yang sesuai untuk kanak-kanak. These will be the 'bedtime story' for my future children, Insya Allah. (*V*)
Saya juga mendapatkan novel Islamik terbaru- Bukan YAng Pertama karya Salina Ibrahim. Pulang ke UIA dengan buku yang sarat di tangan.
RABU 29/10
Sepanjang Hari di Pejabat. Malam- menyambung menulis tesis. Sikit pun tak apa, janji bergerak. Jangan tak usik langsung.
KHAMIS 30/10
Pagi hingga Petang di Shah Alam, menjadi fasilitator Kem Nahu SMK SS 18, Shah Alam kendalian Al-Madani Smart Learning. Saya pun ulangkaji Nahu juga. 'makanan' yang akhir-akhir ini dirasakan amat enak.
Adik-adik SMK SS 18 Shah Alam khusyuk mendengar penerangan
JUMAAT 31/10
Saya akan bermusafir lagi- kali ini ke Putrajaya. Rumah kakak Ipar. Menemankan adik saya yang keseorangan kerana Kakak Ipar ada Family Day di Port Dickson. Akan ke sana bersama 'my Rafiq' (laptop kesayangan) . Tiada istirehat. Akan menyambung menulis tesis di sana.
JAWAPAN TEKA TEKI TEKA TEKUK
oh, jawapan yang en. Sai, Dik Hussaini n Dik Ira bagi semua betul. tapi di sini ditunjukkan cara yang lain- Lokasi gambar di perkarangan kuarters kakitangan kerajaan di Presint 9, Putrajaya.
Adik-adik di rumah,jangan tiru cara ni, nanti beraroma istimewa 'kereta perang' abah.. hehe
Coretan ini berhenti di sini. Allahu Al-Musta'an.
Thursday, October 23, 2008
CRAB 2000-2008
Lama saya tidak menulis di sini. Seadar menziarahi blog kawan-kawan. Sebetulnya., ada beberapa >>>baca: banyak <<< perkara yang mengganggu di fikiran. Untuk itu, saya perlu kembali muhasabah diri dan merenung, apa yang saya cari dalam hidup ini.
**
CRAB 2000-2008 (16-25)
Saya di tingkatan 3. Selepas kejayaan dalam PMR, saya ditawarkan untuk menyambung pengajian ke KISAS. Selepas istikharah, saya memilih (pilihan DIA untuk saya sebenarnya) untuk kekal di sekolah lama- SMA Al-Wosto Temerloh.
Peralihan dari tingkatan 3 ke tingkatan 4 adalah satu peralihan besar bagi saya,apatah lagi ketika saya masuk ke tingkatan 4, tahun masihi bertukar ke Alaf baru- tahun 2000. maka seharusnya usia yang meningkat dewasa, saya perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran. Usia remaja tidak seharusnya disia-siakan. Bukankah usia remaja ini akan ditanya di akhirat kelak- bagaimana kita menghabiskannya??
Untuk itu, saya telah merangka 1 pelan yang saya namakan CRAB- Cabaran Remaja Alaf Baru. Dalam strategi pelan tersebut, saya merangka beberapa perkara yang ingin saya capai sebelum umur saya 25 tahun.
Sekarang, saya sudah berada di penghujung pelan tersebut. Sudah masanya untuk saya muhasabah apakah yang telah saya capai dan apa yang belum.
Untuk kemahiran (sebagai seorang perempuan, sebagai seorang pelajar) - saya kira saya dah capai apa yang saya inginkan. Memasak(walau tak sesedap mana), menjahit (asas-asas aje..), kemahiran komputer,pengucapan umum. Satu yang belum tercapai- memandu kenderaan. Tetapi Insya Allah, menjelang penghujung tahun ini, saya akan dapat lesen memandu, Insya Allah.
Perkara seterusnya- Penghayatan seorang Muslim. Oh, ini agak peribadi. Ia melibatkan hubungan saya dengan DIA. Soal solat Fardhu- Alhamdulillah, tak ada masalah. Cuma masalah untuk ‘touch up’ dengan solat sunat- masih banyak yang perlu saya kejar dan istiqamah. Juga termasuk dalam bab ini adalah bacan Al-Quran + Hafazannya dan pemahamannya, Zikrullah dan amalan2 lain. Hmm.. yang ini tak perlula ditulis di sinikan.. Antara DIA dan saya.
Seterusnya adalah tentang pendidikan formal. SMA,SPM,Matrikulasi dan Sarjana Muda. Alhamdulillah. Semuanya mengikut pelan yang dirancang.
BONUS
Alhamdulillah, puji-pujian hanya milik Allah kerana hampir 95% dari apa yang saya ingin capai dalam tempoh/usia 16-24 tahun dalam pendidikan telah saya capai, Malah saya menerima BONUS. Jika dalam pelan asal, saya akan menerima ijazah pertama dalam usia 24 tahun (dari dulu saya aim untuk mengambil jurusan Bahasa Arab di UIAM. Struktur program UIA- 2 tahun matrikulasi dan 4 tahun di Kampus Utama. Maka 18+6= 24) tetapi dengan izinNYA, saya berjaya mencapai ijazah pertama pada usia 23 tahun. Ini adalah kerana saya berjaya menamatkan pengajian awal di Matrikulasi (1 tahun setengah) dan di Kampus Utama (3 tahun setengah). Bonusnya lagi, pada usia ini saya sedang mengikuti pengajian Sarjana- satu perkara yang tidak termaktub langsung dalam pelan CRAB tersebut.
Hari hadapan.
Menjelang usia 25 tahun, saya akan meletak pula target saya dan strategi (dulu sekadar melakar) pelan seterusnya, apa yang saya ingin capai dalam 5 tahun kehadapan dan 10 tahun kehadapan. Ia akan bermula pada tahun hadapan, strategi yang perlu dilakukan untuk apa yang ingin saya gapai bermula usia 25 hingga usia saya 30 tahun dan tahun-tahun hadapan. Perkahwinan? Hehe, tentulah, antara agenda utamanya. Tapi usah ditanyakan bila, kerana bila diizinNYA, waktu itu pasti tiba.Kun Fayakun. JUga antara agenda utama dalam 5 tahun ini adalah-mudah-mudahan ketika usia 30 tahun nanti, saya sudah bergelar Dr. Nur Atikah. Amin.
‘Ala kulli hal, kita merancang, DIA juga merancang dan tentunya perancangan DIA lebih baik. Perancangan yang dilakukan kita seharusnya jadi satu sasaran dan satu semangat, bila kita tahu apa yang ingin kita lakukan, Insya Allah semangat akan sentiasa ada. Bukan dalam organisasi sahaja perlu ada KPI dan QAS, hidup juga perlu begitu kerana kehidupan kita juga adalah ‘kerja’- ibadah yang ‘tuan besar’ yang menilainya adalah Pencipta Yang Maha Agung, dan kita perlu sentiasa bersedia.
**
Al-Fatihah…
Ayah Kak Far yang kembali ke Rahmatullah pada malam 1 syawal
Ayah Ustazah Aminah Murni yang kembali ke Rahmatullah pada 7 Syawal
Ayah Cik (adik kepada ibu angkat saya- Mak Nah) yang kembali ke Rahmatullah pada 21 Syawal.
Emak Ummi- Mak Cik yang selalu join ABIM masuk kampung yang kembali ke Rahmatullah pada 23 Syawal.
***
teka teki teka tekuk
Saya akhiri entri ini dengan satu soalan.
Bagaimanakah caranya untuk mengeringkan sesuatu (kasut@pakaian umpamanya) di tengah panas dan anda tidak perlu mengalihkannya pada waktu hujan, tanpa barangan tersebut kebasahan ditimpa hujan.
Atau dalam bahasa mudahnya. Anda menjemur kasut di tengah panas. Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya namuna kasut tersebut TIDAK BASAH SAMA SEKALI. Bagaimanakah ini boleh terjadi?
Jawapannya dalam entri seterusnya, selepas saya pulang dari Pos Tuel untuk 1 program hari raya bersama penduduk orang asli di sana.
Tuesday, August 26, 2008
Gombak-K.Terengganu-Pasir Puteh-Klang-Gombak
sempat bersantai di tepi pantai..
Berhenti solat di Masjid Terapung, K.TerengganuEsoknya, usai subuh saya menaiki komuter ke Klang untuk menghadiri sesi 2 Kem bahasa Arab persediaan ke Timur Tengah untuk pelajar tajaan JAIS.
bersama sebahagian peserta yang bakal ke Timur Tengah
bersama musyrifi al halaqah, Ust Lutfi dan Kak Lina serta AJK kursus
Selasa malam- kembali ke UIA.
Wednesday, July 30, 2008
jangan tinggalkan saya
Update hari-hari berlalu..
Sabtu
Pagi- 1st halaqah.. sesi taaruf..
pagi- kunjungan durian dan rambutan..
tengahari- ke Asrama Baitul Ummah (ABU). Saya menjadi urusetia untuk majlis makan malam amal ABU. Petang itu, saya, dan beberapa rakan COMRADE ke Dewan Besar Tabung Haji, Jalan Tun Abdul RAzak. Kat bangunan Tabung Haji bersama adik-adik ABU. I love lisa very much!
Lisa- adik yang duduk kat ABU. Umurnya 6 tahun. Mak ayah dia melarikan diri entah ke mana maka Lisa dan bersama seorang adik dan kakaknya tinggal di ABU.
Lisa yang manja. Seringkali datang duduk di ribaan saya. Sebelum masuk dewan malam itu, beberapa kali dia berpesan. 'Lisa nak duduk dengan kakak ya.'
saya cuma mengangguk.
Malam itu, saya agak kalut meyusun adik-adik yang membuat persembahan. Lisa duduk bersama tetamu jemputan yang lain. Hingga tiba-tiba dia datang kepada saya dan mengulangi lagi' Lisa nak duduk dengan akak boleh?
lalu saya membawa Lisa ke meja saya dan kawan-kawan. Manja budak ni. Makan bersuap. Lalu dia bercerita- Lisa tak nak duduk sana. Ada mak cik garang. Dia tanya kenapa Lisa duduk kat Baitul Ummah.
ish, sapalah yang tanya soalan tu. Bukankah ada cara lebih baik untuk mengetahui jawapan itu, tanyakan pada penjaga ABU. Janganlah tanya budak kecik tu. BUkankah mereka ke sini kerana ada sisi hitam dalam kehidupan mereka.Ada kisah pedih. Ada luka. Maka adalah tidak wajar kita mengingatkan mereka tentang yang duka itu. Apatah lagi budak sekecil itu, tentulah terguris hatinya, ditinggalkan ibu dan ayah begitu sahaja.
Sebelum pulang, Lisa mengajukan bicara yang susah untuk saya jawab.
+Kakak tinggal kat mana?
-Kat asrama kakakla.Kat UIA.
+Lisa tak pernah tegok asrama kakak. Kakak bawakla Lisa pergi asrama kakak. Lisa nak tinggal dengan kakak boleh.
err.. boleh, sememangnya boleh dik. Tapi apalah upaya yang kakakmu ini ada? Ada sayang yang melimpah tapi kakakpun menyara hidup 'seadanya'. (Ni jawapan saya sendiri. Ta dijawab begitu kepada Lisa.
Maka di sinilah saya menyedari, penting juga menjadi kaya. Penting memiliki harta. Bukankah masih banyak jiwa yang memerlukan kita untuk berkongsi hidup mereka? Lisa, maafka akak!
**
Ahad.
saya sendirian menghabiskan masa di bilik. Menyelesaikan satu tugas, membantu Dr Rahmah membuat penyelidikan untuk membedah novel Salju Sakinah, menggali kriteria Adab islami dalam novel tersebut> Tidak mahu mengulas panjang tentang ini. Saya ingin menunggu ulasan atas ulasan selepas usai sesi Kupasan Novel tersebut di DBP hujung minggu ini. Untuk maklumat lanjut program tersebut, sila lihat di>>> sini
Selasa
pagi- mengambil ujian berkomputer untuk medapatkan lesen memandu.Alhamdulillah, lulus. Pecubaan pertama untuk orang yang 'zero' tentang pemanduan tetapi amat cemerlang sebagai seorang penumpang. hehe.
malam
menjadi juri pertandingan karaoke nasyid terbuka Mahallah Aminah. Thanks kak Shamila yang menjemput saya sebagai juri. Gian juga nak bernasyid dalam suasana santai begini, maklumla tiada brothers. Bebas. Terkenang kenangan menjadi naib johan petandingan nyanyian lagu patriotik di Mahallah Ameenah 2 tahun lalu. Saya berduet dengan syud mewakili blok F. hehe, berjaya kami 'menyumbangkan' lagu Warisan nyanyian Allahyarham Sudirman dan memujuk juri memberikan kemenangan tempat kedua kepada kami.
****
Sepupu saya selamat melahirkan anak kedua semalam. Seorang putera.Tahniah Kak Long Nor. Sepupu yang akrab dengan saya kerana masa mula bekerja dulu, dia menetap bersama keluarga saya di Mentakab. Sementelahan dia telah kehilangan ibunya sejak usianya 2 tahun lagi. Maka ibu saya menjadi ibunya. Dan saya yang tiada kakak pula, rasa gembira dikurniakan kakak sebaik dia. Khalila Farhana, selamat menjadi kak Long!
Allahu Al-Musta'an
Saturday, May 24, 2008
imbasan semalam..
Kemahiran Amal Islami Daerah Hulu Bernam- 2 Mei
saya menjadi hakim untuk pertandingan syarahan bahasa Arab perempuan- salah satu acara yang dipertandingkan dalam Kemagiran Amal Islami Sekolah Rendah Agama daerah Hulu Selangor. Hakim bidan terjun, menggantikan seorang hakim yang menarik diri di saat akhir. Menjadi hakim bahagian bahasa. Saya bangga melihat adik-adik ini (pelajar sekolah rendah, kebanyakanya berusia 11-12 tahun) menghafal teks syarahan bahasa Arab dan melontarkanya di khalayak dengan berani. Satu permulaan yang baik buat mereka.
Namun agak terkilan dengan beberapa kesalahan yang tak sepatutnya. Kesalahan pada teks, bermakna kesalahan penyedia teks. Beerti kesilapan pada guru, bukan pelajar. Contohnya penggunaan ( Ayyuhal muhaadhiruuna wal muhaadhiraat) untuk menyapa hadirin, sedangkan sepatutnya (ayyuhal haadhiiruuna wal haadhiraat) kerana almuhaadhir bermaksud (pensyarah). Jauh sekali maksudnya. Penggunaan perkataan yang tidak tepat seringkali membuatkan makna teks lari. Kesilapan yang saya kira perlu diambil intibah.
Sebutan beberapa huruf yang tiada dalam bahasa Melayu atau hampir kepada huruf Melayu juga menjadi masalah. Kaf dan Qof, contohnya. Ba'da dan ba'dho- lain maksudnya. Lidah Melayu kita ini, seharusnya dilatih untuk menyebut perkataan Arab dengan betul. Tartil al-quran dengan makhraj yang betul- itulah latihan terbaik.
2-3 Mei- Putrajaya-Ziarah Ukhwah
Ziarah ukhwah, menziarahi kakak ipar saya yang baru sebulan mendiami kuarters kerajaan di Presint 7. Mengerat ukhwah saudara.
10-13 Mei - Golden Straits Beach Resort, Port Dickson. Slot 3 Iflah Camp- Self Esteem.
Excellent. Wonderful. Great Job. 3 komen Dr Nor Azian- head of Student Learning Enhancement Unit sebaik saya dan Br Farouq menamatkan sesi kami. Alhamdulillah, slot berjalan lancar. Namun masih ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki. Syukur Alhamdulillah atas kesempatan ini. Banyak sekali yang saya pelajari.
Komen yang hampir sama diberi Br Salim- Trainer kami. Masih banyak yang perlu diperbaiki sesunguhnya.
Kelas Debat Bahasa Arab - tahap permulaan
Dilantik sebagai jurulatih pelatih, kelas diadakan 2 minggu sekali- Isnin dan Rabu 8-10 malam. Medan saya mempratikkan segala ilmu yang dipelajari dalam kelas. Dari penyusunan silibus hinggalah persediaan mengajar-perlu dilakukan sendiri. Begitu juga mengaplikasikan ilmu mengajar. Teknik pengajaran kemahiran bercakap (Maharah al-kalam) kerana kelas ini adalah medan untuk pelajar bercakap dan melatih diri supaya yakin untuk bercakap dalam bahasa Arab.
Kelas pertama tidak sampai 10 orang. Hari berikutnya, kelas semakin bertambah hingga hampir 20 orang. Pelajar pula selain dari pelajar Melayu, ada 2 beradik dari Turki- Sevgi Altundal dan Gulchan yang setia menghadiri kelas. Lingkungan kursus pengajian juga meluas. Bukan setakat pelajar bahasa Arab dan Ilmu Wahyu, terdapat juga pelajar Ekonomi dan Undang-undang. Saya melihat ini sebagai perkembangan yang amat bagus. Mereka datang sebenarnya bukanlah untuk menjadi pendebat, tetapi untuk melatih diri bercakap. dan kelas ini- saya membuka ruang untuk mereka bercakap sebanyaknya dalam bahasa Arab. Ruang itu dibuka seluasnya dengan pelbagai aktiviti bercakap. Teori Skiner- Behaviorisme benar-benar saya aplikasikan di sini.
Semasa kelas yang pertama, di penghujung sesi, saya meminta mereka menulis apa tujuan mereka, target mereka datang ke kelas ini. Supaya mudah saya mengetahui kecenderungan mereka. Mengejutkan bila 3 dari peserta menulis hadaf mereka- ingin menjadi seperti kamu. Terkesima saya. Tidak mungkin akan ada 2 orang seperti saya. Dan saya sendiri bukanlah contoh terbaik kerana masih ramai lagi contoh yang ada, lebih fasih dan lebih mantap berbahasa Arab. Satu tanggungjawab pula untuk saya- menjadikan diri lebih baik.
Dan saya sentiasa percaya- guru yang baik adalah guru yang berjaya melahirkan pelajar yang lebih baik dari dirinya. Ya, dan saya mahukan mereka menjadi lebih baik dari saya.
Kepuasan itu hadir setiap kali hujung sesi, mereka datang mengucapkan terima kasih dan meyatakan bahawa mereka banyak mendapat manfaat dari sesi tersebut. Bagi seorang saya, alhamdulillah, moga ilmu sedikit ini yang dikongsi menjadi saham di sana.
Rakaman Akademi Al-Quran 3- Episod suku akhir 3- 21 Mei
Pengalaman baru, melihat bagaimana proses rakaman rancangan tersebut. Tak seperti di kaca TV. Melibatkan banyak proses. Studio sebenarnya kosong- tiada penonton. Yang ada cuma ahli keluarga peserta. Dan Pelajar darul Quran yang dijemput setiap minggu. Tanpa Pelajar Darul quran- memang tiada penonton lain. Itulah bezanya program hiburan dan program keagamaan. Tiada sambutan, kurang promosi atau apa ? Saya sendiri tiada jawapan.
Monday, May 05, 2008
kembara kasih 08

Intro diari kembara:
Sunday, April 20, 2008
entry tertangguh: hidup dan kehidupan
Saya menulis dari satu lokasi yang memanifestasikan keagungan Allah. Cukup tenang di sini. Hempasan ombak mencipta irama segar, tenang sekali. Matahari memancar cukup terang, menceriakan hari. Saya bersendiri di sini. Mencari ilham dan kedamaian di tepi pantai di halaman sebuah chalet di Marang, Terengganu. Emak telah keluar pagi tadi, menghadiri temuduga kenaikan pangkat di Pusat Latihan Telekom Marang. Dan saya di sini- sendirian, mencari damai di tepi pantai yang tenang. Dan ombak yang menghempas pantai seolah menyeru hati supaya sentiasa mengalunkan zikir, sepertimana ia tidak pernah berhenti melakukannya, bersama hempasan ombak yang berulang tanpa henti. Tanpa jemu.
Saya coretkan perjalanan panjang saya sejak kelmarin, dari UIA ke Mentakab seterusnya ke negeri penyu bertelur ini.
Sabtu
Saya mengemas bilik dari pagi, mengemas juga barang-barang untuk dibawa pulang. Tidak banyak, pakaian untuk ke Terengganu. Buku-buku yang dibeli untuk adik-adik di pesta buku. Tidak lupa, rafiq kesayangan- laptop saya. Beg sandang berisi laptop dimuatkan dengan semua barang tadi. Bersiap untuk pulang.
Tenggelam dalam lautan gajet terkini
9.45pg. bersendirian di tengah keramaian. Saya sudah berada di hadapan pintu masuk utama Kuala Lumpur Convention Center, KLCC untuk menjenguk PC Fair. Ada gajet yang ingin dimiliki. Saya sengaja berada di situ lebih awal. Rancangnya, 2 jam di sini, sebelum ke PWTC untuk tawaf kali kedua di Pesta Buku Antarabangsa 2008. sebelu menaiki bas jam 3, turun di Mentakab dan sempat menghadiri kenduri kesyukuran sempena kelahiran anak kedua Kak Ima di kg Gajah Mati yang dujadualkan ba’da Asar.
NAsib saya tidak baik. PC fair hanya bermula jam 11 pagi, sedang saya berfikir bahwa ia akan dibuka jam 10 pagi. Maka lebih 1 jam saya menunggu di Taman KLCC. Sendirian, terasa boring juga. Saya tidak membawa buku sebagai teman seperti lazimnya kerana berniat membeli buku lagi di Pesta Buku, maka tidak mahu memberatkan muatan beg. Bahu sudah mula terasa lenguh menggalas laptop dan beberapa buah buku hadiah untuk adik-adik.
Jam 11, saat pameran mula dibuka, saya melangkah masuk. Tujuan hnya satu, mendapatkan gajet yang diingini, dalam bajek yang ditetapkan sejak beberapa hari lalu. Tenggelam dalam lautan gajet terkini. Dengan pelawaan dari para jurujual yang mempromosi produk masing-masing. Saya membutakan hati dari memandang gajet yang selainnya. Pertama kerana kesuntukan masa, tidak mahu terlalu lama di sini. Kedua kerana mengelak rambang mata, takut tergoda. Lalu saya hanya singgah di gerai-gerai yang menawarkan gajet yang dihajati. Saya membandingkan harga, fungsi dan kelebihan setiap jenis gajet itu, menyesuaikan dengan bajek yang saya terhadkan.
Akhirnya, saya membuat pilihan. Gajet apa,jenisnya,harganya, biarlah rahsia. Yang pasti, saya gembira memilikinya, Alhamdulillah, menggantikan yang lama yang sudah uzur benar.
Perjalanan seterusnya ke PWTC. Mengambil Putra LRT ke Masjid Jamek dan menukar menaiki STAR ke PWTC. Tujuan saya – dewan Tun razak 3 & 4 kerana minggu lalu, saya sudah tawaf ke 2 dewan Pesta Buku yang lain.
Saya mengambil kesempatan mengambil autograph Pak Samad. Ramah dia bertanya itu dan ini. Sempat bergambar juga.
Mencari pula penerbitan buku rujukan sekolah. Sasbadi dan Pelangi jadi pilihan. Kedua-dua gerai saya lawati.membandingkan kualiti buku dan harganya, lalu saya memilih membeli buku rujukan di Pelangi. Untuk adik-adik di rumah. Untuk Kak Chik, Abang dan si bongsu YAni. Di gerai sebuah pengedar kitab arab, saya membeli sebuah buku yang saya fikir berguna untuk penulisan tesis.
Singgah di gerai Payless bookstore- 3 novel inggeris dibeli dengan harga RM15. Di galeri Ilmu, 2 buku sulung ustaz Hasrizal dibeli. Aku terima Nikahnya. Satu untuk saya, satu untuk kawan yang mengirim. Ustaz Hasrizal ada di situ. Ramai yang menunggu autograph.
Menaiki bas metrobus ke Temerloh jam 4.30 (kerana bas ke Mentakab hanya ada jam 6.30 petang. Tiket kehabisan.saya tak betah menunggu lagi) saya menuju ke Pahang dengan bahu yang amat lenguh, menyandang beg dengan berisi laptop dan beberapa buku di dalamnya, dan buku-buku yang baru dibeli dijinjing di tangan (12 buah semuanya). Perut saya mula lapar. Hanya terisi dengan sebiji roti dan air mineral sejak pagi. Bas yang selesa, saya tertidur kepenatan. Di luar hujan lebat membasah bumi, menyambut kepulangan saya ke Laman Ayahbonda. Adik-adik tersenyum girang medapat buku yang dihadiahi. Wan pula menyambut kepulangan saya dalam kegembiraan. Terlepas rindu saat salam hangat dan ciuman di pipi kendurnya. Malam itu saya tidur dalam kepenatan. Tapi cukup tenang, rehat yang mendamaikan di laman ayahbonda, dalam cinta kasih keluarga.
Ahad
10 pagi. Saya,emak dan Izzati sudah berada di Terminal Bas Temerloh. Izzati akan pulang ke Kuantan, bas jam 10. saya dan emak pula akan ke terengganu. Jam 10 juga. Emak membeli air. Saya menunggu beg. Bas Transnasional yang akan membawa Izzati sampai. Dia segera menyalami saya. Dan masuk ke dalam perut bas tanpa sempat menyalami emak yang masih membeli air. Kirim salam mak. Katanya seraya berlalu, kerana bas kelihatan sudah mahu bergerak.
Emak datang dengan air dan beberapa buku roti.
'Andak dah pergi ke?' tanya emak.
'aa..' jawab saya pendek, seraya menujuk bas yang akan membawanya.
'La, dia lapar tu, gastric nanti. Mak dah belikan dia roti ni'
Kata emak dengan menjinjit beg plastik berisi air dan roti dan tanpa saya sempat menjawab, saya melihat emak melangkah laju menuju bas yang sudah dinaiki Izzati. Dari jauh, Saya melihat kasih emak pada anaknya, bas yang sudah bergerak sedikit ditahannya, lalu dinaiki. Mungkin dia berkata
‘saya nak bagi makanan ni pada anak saya, ’
Saya melihat emak memasuki bas, Izzati meluru melihat emak di perut bas. Di tengah-tengah perut bas, saya melihat emak menghulurkan plastik berisi 2 buku roti dan air mineral kepada adik saya- anak emak yang ke-5. mereka bersalaman, sebelum izzati mencium kedua-dua pipi emak, emak turun dan bas bergerak menuju ke Kuantan.
Bas kami belum sampai. Seorang wanita bersama 2 anak, diiringi seorang wanita lain lalu di hadapan saya, sebaik melihat wajah wanita tersebut, saya menjerit spontan. Kak S!
Dia yang terkejut memalingkan muka ke arah saya, kami bersalaman sebelum saya memeluknya erat. Rindu. Hampir 5 tahun saya kira kami tidak berjumpa. Kami rapat satu ketika dulu.. Dan ada kisah tragis yang merapatkan kami. Wajah kak S masih seperti dulu. Saya masih mengingati dia. Masakan saya lupa, bahu saya ini yang menahan sendunya. Jari jemari saya ini yang mengesat air matanya. Ya , 7 tahun lalu, ketika saya berusia 17 tahun. Dia menganggap saya wira. Dia menganggap saya penyelamat. hAkikatnya, Allah yang menentukan segala.
Kisah itu terpahat dalam memori hingga kini. Kerana si suami-Encik A- insan yang saya kagumi-amat rapat dengan saya. Dan si puteri yang mempesonakan itu- kawan sekelas saya, duduk di belakang meja saya.
Kerana pesona sang puteri, encik A lupa diri,lupa anak isteri. Maka di bahu ini Kak S melepas tangisan, meminta nasihat dari seorang saya yang ketika itu berusia 17 tahun, yang tidak pernah kenal erti cinta, apatah lagi memahami asam ragam rumah tangga.
Semua jadi kenangan dan pengalaman, apa, bagaimana, mengapa hingga akhirnya, saya memegang watak utama dalam kisah itu, biarlah plot ceritanya menjadi rahsia. Tapi hingga hari ini, kak S mengingati saya sebagai wira yang menyelamat rumahtangganya. Sedang hakikatnya, Allah jua yang Maha Berkuasa. Pertemuan dengan Kak S itu mengungkai memori lama, sempat saya melihat, luka kak S masih berparut, nada dan cara percakapanya, saya percaya, dalamnya luka hati si isteri kerana kecurangan suami. Biar masa 7 tahun berlalu, parut itu tetap ada. Saya mengesanya dalam nada kak S yang masih berbau sendu. Doa saya, dulu kini dan selamanya, bahagia akan sentisa mengiringi rumahtangga Kak S dan suaminya..
Bas Kak S sampai. Kami berpisah, perpisahan yang tidak diketahui bila pula akan bertemu lagi. Bas Seri Jengka tiba. Saya dan emak memasuki perut bas yang agak usang itu. Kalau punya pilihan lain, tentu emak tidak akan memilih bas ini, amat uzur rupanya. baru 10 minit bergerak, bau hangit menyelubungi bas yang kami naik. Bas berhenti, pemandu memeriksa enjin. Bas mengalami kerosakan. Kami turun, ‘berkelah’ di tepi jalan di kawasan perhentian Bukit Angin, beberapa meter sebelum jambatan Temerloh menuju ke Kuantan.
Sebaik keluar dan melihat rupa bas, baru saya sedari, betapa uzurnya bas yang kami naiki. Pelik juga, mampukah bas ini melalui perjalanan yang panjang? Jengka-Temerloh-Kuantan-Kuala Terengganu-Kota Bharu. Masya Allah, sungguh-sungguh saya terkejut melihat betapa uzurnya bas ini. Dalam bas juga uzur, dengan kerusi usang yang bergerak setiap kali bas melalui selekoh tajam, langsir yang kusam.
Sejam setengah di situ. Baru bas berjalan semula, dengan kelajuan yang amat mendukacitakan. Laju lagi trak Abg Zahar yag saya naiki untuk masuk ke kampong orang asli. Entah jam berapa agaknya baru sampai ke Kuala Terengganu. Di Kuantan-bas tersalah masuk jalan. Kecewa betul saya dengan perkhidmatan bas ini. Perjalanan yang panjang, bas yang tidak selesa, menjadikan perjalanan amat memenatkan. Bebrapa kali juga bas berhenti, hingga saya terfikir, bas ni bas ekspres ke bas domestic yang berhenti-henti megambil penumpang? Maaf Seri Jengka, selepas ini, saya hanya akan menggunakan khidmat anda jika saya tidak punya pilihan lain. Rasanya lebih rela menaiki ekspres ke kuantan dan mengambil bas lain ke K.Terengganu berbanding perkhidmatan yang teruk ini.
Bila memasuki negeri Darul Iman, baru hati saya tenang, terutama melalui persisiran pantai yang mendamaikan. Senja itu, azan maghrib menyambut kedatangan saya dan emak ke Bandar K.Terengganu. Alhamdulillah, sampai jua kami, Hamdan lillah, moga dipermudahkan urusan seterusnya.
Monday, April 07, 2008
BEDAH FILEM: AYAT-AYAT CINTA: ALLAH sedang berbicara denganmu
Hari-hari di pejabat agak sibuk. Banyak sekali kerja di pejabat. Cuti saya sudah bermula (cuti belajar) selepas tamatnya peperiksaan 31hb lalu. Warga UIA masih dalam minggu peperiksaan hingga 8April nanti. Semester bercuti hingga 28 April.Result keluar 21 April. Meronta hati ingin pulang ke laman ayahbonda. Tapi kerja saya di ofis masih banyak.Terutama hujung sem begini- menguruskan ‘check out’ warga UIA yang ingin pulang ke kampong.
Seperti hari ini dan semalam.Tak menang tangan dibuatnya. Kata orang Temerloh- ‘kohot dibuatnyer’.. MAka tak adil meninggalkan tanggungjawab begitu banyak pada rakan sekerja. Sabarlah hati, saya akan selesaikan tugas ini hingga pertengahan April, Insya Allah, gamitan lambaian ayahbonda akan ditunaikan.
:: Allah sedang berbicara denganmu::
Ayat-ayat Cinta versi Filem. Saya menonton melalui klip yang dimuatturun dari You Tube oleh kawan sekelas dari Indonesia. 13 klip yang berdurasi dalam 10 minit tiap satunya. Perolehnya sejak sebelum exam lalu namun menyabarkan hati, hingga malam tadi baru saya menontonnya.
Tahniah. Karya Kang Abik diterjemah dalam filem dengan jayanya. Khabarnya tengah meletup di seberang. (saya menonton melalui You Tube, tapi ingin menunggu CD original dari seberang, kiriman rakan seperjuangan yang pulang bercuti di sana pastinya)
Saya fikir, jika diperlihatkan kepada umum, boleh melawan karya biadab Geert Wilders- Fitna yang fitnah.
Islam bukan terrorisme, seperti yang dijelaskan dalam adegan Metro di Bandar Kaherah- tatkala Orang-orang Arab menghina Aisha yang mempersilakan 2 wanita Amerika duduk. Dengan bantahan mereka- Amerika adalah najis. Lalu Fahri menenangkan ketegangan dengan mengulang Hadis NAbi yang mafhumnya: Siapa yang menyakiti Kafir Zimmi, dia menyakiti aku (NAbi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wasallam).
Ya, itulah seharusnya cerminan umat islam, tidak memusuhi kafir yang tidak memerangi mereka.
Juga kupasan Fahri tentang pertanyaan gadis amerika tersebut- Islam zalim terhadap wanita. Suami boleh memukul isteri. Pantas dibidas- ayat itu dimanipulasi maknanya dengan tujuan menghina islam. Hakikatnya ayat tersebut didahului dengan perintah menasihati isteri yang melakukan salah, diikuti tindakan memisahkan dari tempat tidur jika engkar, dan ketiga baru dipukul, itupun dengan syarat-syarat untuk mengelak mudharat yang melampau..
Sarat sekali ibrah yang diambil dari Ayat-ayat Quran Al-Karim dan Sunnah Al-Mutahharah.
Namun ada beberapa komen saya:
1) Fahri dalam Novel saya kira lebih luhur. Sangat menjaga pandangannya bila bermuamalah dengan wanita. Ghaddu Al-Basar. Dalam Filem, ciri yang satu ini agak dipinggirkan..
2) Kenapa Aisha tidak memakai tudung tatkala polis sampai masuk ke rumahnya? Rasanya adegan itu lebih manis jika- sebaik mendengar suara lelaki memberi salam,(polis) bergegas dia mencapai jilbab sebelum menuruni tangga. Itu tanda Wanita Solehah, sangat-sangat menjaga auratnya.
3) Tatkala bersolat jemaah, Fahri menjadi imam, Aisha makmum dan Maria yang baru memeluk islam mengikut dari atas katil kerana sakit. Bagus kerana menunjukkan kesungguhan Maria bersolat walau dalam keadaan baring, itu gaya hidup muslim, tak akan meninggalkan solat walau apa sebabnya(uzur syar’ie lainla). Tapi agak pelik melihat Aisya yang berpurdah tetap mengenakan niqabnya tatkala solat, (kalau da yang lebih arif tolong betulkan) coz ketika solat, seluruh wajah dihadapkan padaNYA, juga tatkala sujud, seluruh muka bersujud. Pengalaman saya bersahabat dengan kakak-kakak yang kuat tekadnya memakai niqab, tatkala solat, ia akan ditanggal. Muka dan hidung bukankah antara anggota sujud?Wallahu A’lam..Mungkin tersalah pandang benda ni.
4) Babak yang paling saya tersentuh:
(Teramat+paling tersentuh )(kata orang temerloh- bapokla tersentohnyer koi):
Dalam penjara, saat Fahri menerima surat dibuang dari Al-Azhar kerana tuduhan memperkosa Norah, putus asa pada kehidupan menimpanya. Lalu kawan sepenjaranya mengingatkannya tentang Kisah Yusuf Alaihi Salam yang dipenjara kerana fitnah Zulaika. Saya amat terkesan dengan dialog ini:
“Kamu mau tahu apa yg dikatakan Yusuf? kata Yusuf:
Ya Allah, jika memang kehidupan penjara lebih beerti bagiku daripada dunia maka aku lebih memilih tinggal dipenjara tapi dekat denganmu…
Allah sedang berbicara padamu tentang sabar dan ikhlas…
Ya, sesungguhnya, Allah sedang berbicara dengan kita-melalui ibrah yang berlaku disekeliling kita, setiap hari, namun hanya orang-orang yang berfikir sahaja menyedarinya.
Agak tersentuh jua:
Saat Aisha meminta Fahri-suaminya yang dicintai menikahi Maria:
Nikahilah ia Fahri
Aku melihat Islam dalam diri Maria
Dia butuh kamu
Dan anak dalam kandunganku ini butuh ayahnya
Tabah sungguh si isteri yang merelakan suaminya menduakannya, bernikah seorang lagi. Hebat sungguh kekuatan yang dimilikinya, dengan izin Allah Taala.
Lagi: Yang menghajati poligami, seharusnya melihat dari sisi bagaimana ‘cemburunya’ Aisha melihat kemesraan suaminya dan madunya- Maria.. Perempuan, hati dan nalurinya memang begitu, walau solehah manapun ia, (teliti kisah Aisyah Al-Humaira yang cemburukan Khadijah Al-Khuwailid yang telah pergi) Itu bukan tanda kelemahan, tapi sensitifnya n halusnya perasaan itulah yang dengan izin Allah, kita masih hidup hingga hari ini, kerana halusnya jiwa seorang ibu menjaga kita sejak dari dalam kandungannya lagi. Allahu Akbar!
6) diselit perbualan dalam bahasa Arab (walau bahasa Ammie), merdu didengari di pancaindera pendengaran ini.. Saya juga suka mendengar lafaz nikah, ijabqabul Fahri-Aisya dan Fahri- Maria yang dilafazkan dalam Bahasa Arab, hassasiatullughah tu memang ada zouqnya yang tersendiri. Subhaanallazi anzala Al-Quraana ‘arabiyyan..
5) melihat kebesaran Allah melalui Sungai Nil, jua melihat suasana Bandar Kaherah, menggamit rindu pula, dalam kesedihan menjelang tamatnya baki 1 subjek semester pendek ini, berkobar semangat ini, mungkin menjejak Negara Arab@ mana-mana Negara luar beberapa tahun mendatang ini, Insya Allah untuk menyambung kembara Ilmu. MUngkin Alexander Universiti (Faculty of Education- Department of Manhaj mungkin? ) Atau Universiti of Yarmouk atau Al-BAyt- Faculty of Applied Linguitics mungkin? ) atau terbang ke Uk? (Salford University atau yang lainnya yang punya faculty of modern languages- mengambil takhassus dalam Arabic translation ? ) Apapun, ia bermula dari angan-angan yang akan selalu didoakan dan diusahakan, mudah-mudahan hidayah dan taufiq Allah mengiringi.Ameen..
Berhenti dulu di sini, moga ketemu lagi, saat ini, saya ingin menikmati ‘bicara Allah tentang sabar,ikhlas,taqwa dan redha’ dalam ibrah hidup seharian ini. Bak kata Wan my bestfriend-
If u can’t fly, run! If u can’t run, walk!. If u can’t walk, crawl! But by all means, keep moving n keep moving! Ada hikmah agung yang tersembunyi.
Dan kata Kak Fizza- Mrs Fawwaz:
Bersangka baik dengan Allah, itulah yang akan memberi ketenangan jiwa. Ya, saya rasai ketenangan itu kak, infiniti sekali! Allahu Akbar!
Thursday, March 13, 2008
...musim exam..
doakan segalanya dipermudahkan
.. masih ingin tenang dalam kekalutan
..masih ingin senyum dalam keributan
..masih ingin damai dalam tekanan
<< tengok jadual sebelah ni.. musim exam tiba lagi.. ALLAHUMMA YASSIR...
http://www.cfkeep.org/users/atikah/allughah
website yang dibina untuk final project educational teknologi ( perlu tukar encoding kepada unicode (UTF-8) untuk difahami. Tangah2 malam merakam suara/adjust gambar + ambil gambar (jam dalam bilik jadi mangsa) untuk siapkan.. tak seberapa pun tapi banyak ilmu baru dipelajari ketika menyiapkannya..
ok.. mata saya semakin berpinar2.. kerana tidur yang tidak terjaga.. ;-)
..masih ingin tenang...
Saturday, March 01, 2008
kerja
saya bekerja semula sebagai part timer di Mahallah Asiah College Office. Ditawarkan kontrak sehingga Mei ini. Oleh itu, jadual saya semakin padat. Tiada lagi main-main..
Jika tiada kelas watu office hour, saya kan berada di pejabat. Tapi Alhamdulilah, masanya fleksibel. JIka terlibat dengan exam/consultation dengan pensyarah, akan dikecualikan dari berada di pejabat.
Kerja saya- staf sokongan, tapi lebih kepada menguruskan bahagian fasiliti penghuni mahallah. JIka ada kerosakan fasiliti (meliputi perabot/elektrik/plumbing), pelajar akan datang report di ofis, saya uruskan laporan, maklumkan pada IP (IIUM Properties) dan ada technician akan datang untuk baiki, selepas baiki, saya akan cek untuk pastikan benar-benar dibaikpulih, sebelum boleh tutup 'work order'.
Terlibat juga menguruskan filing system untuk student dan administration, selain kerja-kerja lain..
Apapun, saya seronok bekerja, membantu pelajar yang menghadapi masalah umpamanya.. kak, katil saya patah.lampu meja study rosak,tandas tersumbat, tingkap bilik ada t**i burung. dan macam-macam lagi masalah penghuni, diuruskan dan dibantu penyelesaiannya.
Inilah yang paling menyeronokkan saya. KEPUASAN membantu mereka yang memerlukan pertolongan. Rasa gembira bila every single problem dapat diselesakan. Gain new skills, suasana pejabat yang baik, kakak2 n boss di ofis pun baik hati + side income.
Ya Allah, jika khidmat kecil untuk pejuang kecil fi sabilillah (penuntut ilmu) ini ada keberkatan buatku, KAU mudahkanlah tiap urusanku, dan tetapkanlah niatku keranaMU selalu, Insya Allah.
Bekerja, masa perlu diurus dengan bijak, jadual hrian saya juga berubah, tidur awal selepas isyak dan bangun seawal 2 pagi-study+siapkan kerja. Apapun, Alhamdulillah, masa yang ada lebih dihargai.
Allahumma Yassir.. Allahu Al-Musta'an
Sunday, February 24, 2008
Tahniah
Tahniah Comradean. IPTA (Islamic Practical Teaching) Kg Teji & Kg Abu dinobatkan Best Program of the Year dalam IIUM Student Grand Co-Curricular Award 2007 semalam. Tahniah pada semua yg involve.. yang sanggup berkorban..
Tahniah atas prestasi gemilang.. sejak student award diperkenalkan tak silap 3 tahun lepas, tak pernah miss comrade memenangi award.Itu satu pengiktirafan atas gerak kerja yg bagus, tapi perlu tingkatkan lagi profesionalisme comrade. Kadang2,anugerah tu penting, dalam hal comrade ni, untuk dapatkan sponsor program. Bila dah ada 'brand' or cecah 'piawai' tertentu,orang akan tahu dan percaya untuk hulur sponsor.
After all, pengiktirafan datang bersama tanggungjawab. Untuk terus bekerja kuat. Ikhlas jgn sekali-kali kita cicirkan. Iktiraf manusia jgn jadikan matlamat, tapi iktiraf dari Allah- itu cita-cita teratas.By the way, tahniah semua..
Pada anugerah yang sama, COMRADE turut tercalon sebagai top 3- Best Society of the Year. (dari puluhan society yang ada di UIA) tetapi tewas kepada ENGINIUS. Apapun, satu pencapaian yang menggembirakan. (tapi tula, 'diorang' selalu iktiraf antara yang terbaik, tapi bab nak bagi bajek- nape la susah sangat yer?'
Tahniah juga buat dik Pijan yang tercalon sebagai best individu dalam co-curricular pada malam tersebut.
***
Talk di masjid tentang Syi'ah hari ni diganti oleh Prof Abdul Razak As-Sa'di (my ustaz in Research Methodology) coz penceramah sebenar Doktor Ahmad Kaamil kematian adiknya di Mekah. Buku yang kami terjemahkan pula belum diterbitkan kerana ada beberapa kesalahan yang memerlukan pembetulan. Demikian kata Dr Akmal. Maka selepas ini kami akan dipanggil untuk memurnikan terjemahan tersebut. Ada rakan-rakan yang menghantar mesej- sedih dengan hal ni, bagi saya, kami perlu belajar dari kesilapan ini. Kami bukan penterjemah profesional, tambahan pula ini kali pertama semua dari kami terlibat dalam kerja-kerja penterjemahan, dalam waktu yang singkat pula. DIA ingin kami lebih belajar. Itu hakikatnya. After all, Alhamdulillah.
Monday, February 04, 2008
kenaikan harga barang vs hadiah hari lahir
Sedari dulu, saya selalunya meletakkan peruntukan sekian sekian ringgit untuk perbelanjaan bulanan. Amalan ini berterusan hingga kini, masih saya letakkan peruntukan bulanan untuk perbelanjaan. Dan kadarnya masih sama seperti saya mula-mula mengambil ijazah dahulu. Namun baru-baru ini, saya menyedari kesukaran berbelanja mengikut peruntukan tersebut.
Puncanya- kenaikan harga makanan di kampus. Sem ini, jarang saya makan tengahari di kawasan centre (laman kampus), waktu tengahari, terutamanya rabu dan khamis (hari kelas penuh) jarang sekali saya ambil makanan tengahari, gara-gara kesuntukan masa atau kesibukan dengan kelas/tugas di perpustakaan. So, yang temudah adalah minum susu/ makan roti utuk alas perut, sementara menunggu kelas tamat pada petang. Hari-hari selebihnya, jika saya tidak ke mana-mana, menghabiskan masa membuat tugasan di bilik, saya akan membeli makanan di kafe mahaallah yang harganya lebih mudah berbanding d kawasan kampus.
Minggu-minggu sudah, bila saya lebih senang menghabiskan masa di maktabah (library), saya makan tengahari di kampus, juga makan petang di kampus.. baru saya sedari, betapa harga makanan telah naik! Jika sebelum ini, hidangan lengkap (nasi) boleh dibeli dengan harga RM3, sekarang tidak mungkin lagi. Begitu juga dengan makanan ala carte, tiada harga makanan pada RM2.50 lagi, dan kebanyakannya RM3.50 dan ke atas. Harga minuman- tidak sempat pula saya selidiki kerana saya lebih suka minum air masak/air suam sahaja, bawa bekal dari bilik. Memang dari dulu, saya jarang minum air manis. Ditambah pula azam tahun baru- no more ice. Mengurangkan minuman berais. So, jika harga air minuman naik, rasanya tidak memberi kesan pada saya.
Berbalik kepada kenaikan harga makanan, memangla amat dirasakan. Dan nampaknya, peruntukan kewangan seperti dahulu sudah tidak relevan lagi. Dengan menilik baki pinjaman Yayasan Pahang setelah ditolak yuran, dicampur wang gaji kerja part time office Asiah dulu dan elaun Chief Facilitator, ditolak belian buku-buku dan belanja, berkerut dahi saya memikirkan pengurusan kewangan saya sem ini. Sebolehnya, saya tidak mahu memohon tambahan ‘biasiswa PAMA’ sepanjang pengajian master ini.
Pinjaman YP sendiri bukanlah banyak mana, ditolak yuran, Cuma berbaki lebih kurang RM500 sahaja. Cuma rezeki agak murah sem ni, dengan beberapa kerja sampingan yang dibuat, adala side income untuk saya merasai titik peluh sendiri meyara kehidupan.
Dan sesungguhnya Allah itu Maha Besar dan sebaik-baik pengharapan! Saya pulang ke rumah jumaat lalu, ingin menghabikan masa hujung minggu bersama keluarga. Kepulangan saya ‘dinanti’ sepucuk surat dari Yayasan Pahang yang membawa berita gembira. Kenaikan kadar pinjaman. YP memberi kenaikan, tambahan RM1000 setiap satu semester, bermula sem ini. Alhamdulillah, rasanya tidak perlu berfikir panjang menerima tawaran ini, umpama jawapan kepada ‘kekerutan dahi’ saya minggu ini. Tambahan pula, pinjaman YP tidak diiringi caj tambahan/bayaran perkhidmatan seperti pinjaman PTPTN. Dan jika diizinkanNYa, saya akan berusaha kuat menukarkan segala pinjaman itu kepada biasiswa, setelah medapat result cemerlang dalam mengajian master ini Insya Allah.
Alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat atas kurniaanNYA. Dan lebih istimewa, surat YP itu bertarikh 24 Januari 2008. sempat saya katakan pada emak dan adik saya- ni hadiah hari lahir ni. Dan sempat jua adik saya membalas spontan, sinis- ‘ hadiah hari lahir ke, hadiah nak pilihanraya?’. ;-p
Petang itu jua, saya menerima mesej Mdm Asiah- pensyarah yang sudah beberapa kali saya masuk menggantikan kelasnya apabila ia menghadiri conference, bertanyakan jika saya ‘free’ untuk masuk beberapa kelasnya minggu depan ( saya selalu mengambil peluang ini untuk belajar, mendapatkan pengalaman, tambahan pula, amat senang bekerja dengan madam Asiah yang sangat baik hati + dapat side income).
Boss saya di Mahallah Asiah juga menelefon petang itu, menawarkan kerja part time di sana,kerana mereka memerlukan staff sokongan untuk beberapa bulan ini. Alhamdulillah, saat-saat begini, rezeki itu sentiasa ada.
Juga tawaran menjadi MC Bahasa Arab closing ceremony Ummatic Week petengahan Febuari nanti dengan bayaran yang agak lumayan.
Lalu, saya harus memilih yang terbaik. Study tetap keutamaan saya, kerja-kerja sampingan lain tidak seharusnya menjejaskan pengajian. Yang penting, setiap yang dilakukan, tidak seharusnya menjadikan wang sebagai matlamat. Saya ingin memberi nilai tambah sebanyak mungkin pada ASK (Attitude,Skill, Knowledge) supaya boleh sentiasa memberi manfaat pada semua, Insya Allah.
Ya, apa jua, saat ini, saya bersyukur yang amat. Sememangnya DIA sentiasa ada dalam tiap keresahan ini. Allahu Akbar! Allahu Al-Musta’an.
Thursday, January 31, 2008
Kisah dari nama.
Sebenarnya saya berhajat menulis entry ini smpena ulangtahun saya yang ke 24, dedikasi buat mak dan abah yang memberikan saya nama ini.
Alkisahnya, sebelum dilahirkan dan mendapat tahu ‘saya’ adalah perempuan, emak dan abah berhajat menamakan saya dengan nama Fatihah. Kerana saya adalah puteri ‘pembukaan’ mereka. (yang sulung abang). Namun entah bagaimana, ketika dilahirkan, nama itu bertukar menjadi ‘Atikah’, maka sehingga hari ini, masih kekal (hatta yaumul qiyamah, saya akan dipanggil dengan nama itu, Insya Allah).
Kali pertama saya menulis nama dalam bahasa Arab (jawi) adalah ketika berada di Tadika Al-Mukmin, ketika usia saya 6 tahun. Ejaannya- ‘ain alif ta kaf ha.
Dan sejak itu, versi nama saya dalam tulisan jawi sering diubah-ubah, terutamanya digantikan huruf ‘kaf’ dengan ‘qof’- menjadikan ejaan ruminya- atiqah. Seringkali bertukar mengikut pendapat ustaz itu dan ustaz ini, katanya ejaannya begini, yang itu pula kata begini, saya hanya tersenyum, terpulang, sementelahan saya sendiri tidak mengetahui yang benarnya, waima dalam hati saya amat menyukai ejaan ‘kaf’ kerana ditulis rumi atu jawi, sebutannya sama, dan ‘kaf’ sifat hurufnya lebih lembut, mudah untuk lisan Melayu, dan juga kerana sifat ‘qaf’ agak keras . Even dalam ‘ilmu dalalah Arab sendiri, perkataan yang agak keras selalunya menunjukkan makna (keras, susah, dahsyat) Cth: Qubur, Qiyamah-
Tapi setelah saya belajar, akhirnya saya jumpa bukti dan hujah kenapa saya harus mengekalkan ejaan nama itu dengan ‘kaf’. Jika dirujuk Mu’jam Arabi Asasi, bab huruf ‘ain, akan dijumpai perkataan ;ain alif ta kaf ha: dirujuk kepada 2 orang sahabiah pada Zaman Rasulullah, iaitu 1) A‘mmatur Rasulullah S.A.W- (Ibu Saudara Rasulullah SAW) ‘Atikah Abdul Mutalib dan ‘Atikah Binti Zaid. Maknanya, nama itu adalah nama klasik arab dan membawa cerita tentang tokoh sahabiah tersebut. Namun maklumat yang saya jumpa lebih banyak berkisar tentang ‘Atikah bnti Zaid sementara kisah ‘Atikah ‘ammaturrasul amat jarang diceritakan (saya akan cuba menggali sejarah itu nanti, Insya Allah)
::‘Atikah; kisah kecantikan yang melalaikan dan isteri Para Syuhada::
ATIKAH BINTI ZAID AMR BIN NUFAIL
Dia termasuk penyair wanita bangsa arab,memiliki kecantikan yang menawan,kesempurnaan dan akhlak yang baik.Pemikirannya juga jitu dan pendapatnya cemerlang.Syairnya banyak berkisar menggalakkan Muslimin berjuang, terutama memberi semangat kepada suaminya yang keluar berperang.
Dia berkahwin dengan Abdullah bin Abu Bakar As-Siddiq.Abdullah sangat memuliakan,menghormati dan menjaganya.Terleka dengan kecantikan dan cintanyakepada Atikah, Abdullah melalaikan tanggungjawabnya kepada Allah. Masjid tidak lagi dikunjungi tiap kali waktu solat, meninggalkan solat jemaah yang selalu dilazimi. Mengetahui keadaan itu, Abu Bakar menyuruh anaknya menceraikan Atikah. Dalam berat hati, dia menurut.Namun penceraian ini membuatkan Abdullah sakit.Lalu dia mengubah sebuah syair yang meluapkan rasa cintanya kepada Atikah.Lalu Abu Bakar menyuruhnya untuk rujuk kembali. Lalu Atikah dan Abdullah belajar dari kesilapan lalu, supaya tidak meletakkan cinta antara mereka melebihi cinta kepada Allah.
::tadabbur: Cinta Allah sentiasa teratas. Bercinta dengan makhluk, tanyakan pada diri, adakah cintu itu melalaikan kita dari memenangi cintaNYA??
Tatkala mereka berdua sudah rujuk,Abdullah menghadiahkan sebidang kebun,dengan syarat,Atikah tidak berkahwin lagi jika dia sudah meninggal dunia.Ketika Abdullah meninggal,maka Atikah merasa sangat tertekan dan terseksa. Lalu datang lamaran dari Umar Al-Khattab untuk memperisterikannya.
Maka ketika Umar binAl-Khattab melamarnya,dia menceritakan masalah kebun itu dan syarat dari Abdullah.Umar menyuruhnya agar meminta fatwa kepada Ali bin Abu Talib.Ali berkata,"Kembalikan kebun itu kepada keluarga Abdullah,sesudah itu berkahwinlah lagi!"Maka dia pun berkahwin dengan Umar.
Setelah Umar binAl-Khattab meninggal dunia dan sudah habis masa iddahnya,dia berkahwin pula dengan Az-Zubair bin Al-Awwam. Dan ketiga-tiga suaminya tadi meningal kerana dibunuh/syahid.
Setelah Az-Zubair meninggal dan masa iddahnya sudah habis,dia dilamar Ali bin Abi TALIB.Dia mengirim utusan untuk menemui Ali,dengan mengatakan,"Sesungguhnya aku tidak boleh membiarkan dirimu anak pakcik Rasulullah,dari pembunuhan".Namun Ali menjawab,"Siapa yang menyukai mati syahid di masa mendatang,hendaklah dia berkahwin dengan Atikah,".Ini kerana memang semua suaminya meninggal dalam keadaan terbunuh.
Kemudian dia dinikahi Al-Husain bin Ali.Ketika Al-Husain terbunuh,Atikahlah yang pertama kali mengangkat pipinya dari tanah dan membersihkannya.Sesudah itu Atikah hidup menjanda.Maka Abdullah Bin Umar pun pernah berkata,"Barangsiapa menghendaki mati syahid,hendaklah menikah dengan Atikah".Atikah meninggal dunia sekitar tahun empat puluh hijrah.
Akan datang: Syair ‘Atikah bt Zaid dalam Hamasah Abi Tammam dan
Kisah ‘Atikah b. Abdullah (Ummu Maktum) ; ibu si buta yang syahid
- itu kisah sejarah, untuk diambil ikhtibar dan pengajaran, dan saya ingin menjiwai, semangat dan ‘khidmat cemerlang’ atikah R.A buat keluarga, dan ummah seluruhnya.
TADABBUR; Sejarah. Kita belajar darinya, namun harus juga ditanya diri, sejarah apakah yang ingin kita lakar dalam usia yang terhad ini, untuk jadi bekalan ‘saham’ di sana?
::Hadiah buat diri::
2minggu lalu, selepas presentation taqwim+ juhud yang diletak menjaykan workshop SLEU: mendapatkan 2 buku- 1) Ketika Cinta Bertasbih 2- sambungan lalu untuk karya cemerlang seterusnya dari Kang Abik
2) Pendidikan Rabbani-mengenal Allah melalui ilmu dunia (Prof Sidek Baba)
Tapi belum berkesempatan menamatkan keduanya, dihimpit tugasan pelajaran.
Minggu ini- selepas midterm dan presentation- esok saya kan pulang ke rumah, sudah terhidu aroma laman ayahbonda yang sudah lama tidak dinikmati (last balik- raya haji). Adik-adik di rumah sudah mula bising, bila kak Ngah nak balik? Dan bila dikhabarkan saya akan pulang jumaat (esok) si Bongsu Izyani sudah mula menghitung hari,menanti pulangnya saya. Dan saya sendiri, amat rindukan keletah dan hilai tawa mereka sesungguhnya, rindu mengucup tangan mak dan abah, merasai kasih sayang mereka dan keluarga dalam teratak keluarga kami yang sederhana.
13 & 15 feb- mid term lagi, dan hadiah buat diri yang seterusnya adalah menghadiri kursus kahwin 16 & 17hb.. (ambil kursus je, bila,siapa,di mana- persoalan2 yang belum ada jawapannya)- Wallahu ‘alam apa yang terbaik, Insya Allah.
::Antara 2 cinta::
Perlu istikharah, memilih dua cinta. Dua-duanya amat saya cintai, dua-duanya punya sumbangan tersendiri.
Perbincangan dengan ustaz-ustaz, hasil bacaan,menilai kemampuan- sudah ada 2 tajuk tesis yang berlegar dalam kepala. Kedua-duanya punya sumbangan,kedua-duanya majal (bidang) yang saya cintai. Cintai amat.bukan sikit-sikit. Dan keduanya memberi makna. Lalu, antara 2 cinta ini, saya harus memilih satu, satu lagi- mungkin dijadikan kajian ilmiah untuk kepentingan dan sumbangan bersama, jika saya punya kelapangan, Insya Allah. (atau ‘simpan’ untuk PHD )
Istikharah. Akan istikharah . Memilih tajuk tesis. Buat masa sekarang, mengumpul bahan dan menulis proposal. Sebaik result exam sem ini keluar nanti,proposal terus dimajukan, Insya Allah. Moga dimudahkan semua, Allahu Al-Musta’an.


