tanda hati..

the pictures tell more...


luahan dari 2 sina..


before1...hadiah dari sekolah, asrama, PIBG,rakan setugas..

after1..rice cooker,album,parker pens,sejadah,jubah,pendrive..
before2.. hadiah dari 2 ibnu sina

me with my teachers dari dulu hingga kini..

di meja saya di bilik guru..wearing the jubah hadiah dari guru-guru saya...

i've to go.. to be here... INSTED of IIUM.. belajar seumur hidup..

perpisahan2

بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Majlis perpisahan yang diatur kelas saya- 2 Ibnu Sina..

terima kasih anak-anakku.. terharu sangat.. majlis yang sederhana tapi diuruskan dengan baik sekali..siap dengan pengerusi yang berbaju batik, persembahan sajak, hadiah dan pastinya- makanan yang lazat.. Teacher doakan kalian akan berjaya dalam PMR akan datang dan memecahkan rekod sekolah, Insya Allah.. Terima kasih dan selamat maju jaya semua ;-)

Love u all..


the girls..


the boys..

sajak yang menyentuh hati..


autograph session..

perpisahan1

بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

beberapa gambar sekitar majlis perpisahan saya dan beberapa orang guru SMA Al-Wosto.. 25 Jun yang lalu adalah hari terakhir saya di sana. Perlu pergi untuk meneruskan langkah dalam perjalanan hidup.. buat semua warga SMAW, terima kasih atas segalanya.. Bumi Al-Wosto akan terus segar dalam lipatan kenangan saya.. buat guru-guru saya, yang dari dulu hingga kini tidak pernah jemu memberi kata semangat, budi kalian hanya Allah mampu membalasnya..

Al-Wosto.. tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermanja..


Majlis Perpisahan
Ust Suhaimi- bertukar ke SMA Al-Khairiah
Ust Bihe- Bertukar ke SMA Al-Attas
Cikgu Hapidah- Melanjutkan pelajaran ke peringkat Master (tajaan KPM)
Cikgu Nur Atikah- ???
Beberapa orang guru yang amat banyak jasanya.. baarakallahu fiikum

Saya menyampaikan ucapan perpisahan
Ketawa mereka.. Lucukah ucapan saya? ;-)

suara gambar..

kali ini..
biarlah gambar berbicara..
menunaikan janji untuk memaparkan beberapa gambar...

(sila klik gambar untuk paparan lebih besar)


walimah Naha n Shah

Walimah Timy n Shiman

Kompang boys@hari guru

sukaneka@hari guru

fishes-cuti2malaysia@pulautioman...
subhanallah@pulautioman...

walimah SaadatulJannah

Subhanallah@CameronHighland..

Greenery Carpet@CameronHighland...

Peace@CameronHighland..

AlHarith@MASISUPA2009

coretan dari Taman Ilmu dan Budi

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pejam celik pejam celik.. cuti sekolah selama 2 minggu dah nak habis.. dan saya akan kembali semula kepada tugas sebagai seorang guru di tepi sungai Pahang itu. Cuti 2 minggu banyak dihabiskan dengan menulis tesis. Sungguhpun belum sempurna namun saya lega adala 'bergerak' juga.

Sekembalinya saya ke SMAW nanti, degup hati mengatakan saya tidak akan lama lagi di sana kerana saya sedang 'menunggu' masanya untuk saya meninggalkan bumi Wosto yang tercinta, meneruskan perjalanan saya untuk masa depan..

berikut beberapa perkara untuk coretan:

1) minggu lepas outing dengan sahabat tersayang sejak di Mukmin- Fairuza yang kini seorang akauntan di Kementerian Pelajaran,Putrajaya. Kebetulan saya bermalam di rumah abang ketika itu. Makan di Taman Warisan Pertanian sambil bergebang macam2 cerita. Persahabatan yang merimbun sejak usia kami 7 tahun (kini saya sudah 25 dan dia 26) moga-moga sentiasa dirahmatiNYA. I Love you. Moga dipermudahkan segala urusan awak. apa khabar seorang lagi kembar kami- Fatimah yang kini bertugas di Sarawak? semoga ceria dan dipermudahkan juga tiap urusan.

2) Outing dengan Dik Jaie, kak Awa dan Nurul. Meraikan hari ulangtahun K.Awa n Dik Jaie. Moga Allah merahmati kalian sepanjang usia.

3) menghadiri walimah ayahcik@Hafizul- adik kepada ustazah Hamdah. Berkesempatan menemui keluarga ustazah yang ramai itu dan beberapa guru saya ketika di Mukmin.
"Eh lainlah atikah. dah besar rupanya"
oh, sudah tentu. saya sudah menyambut jubli perak umur saya. Bukan lagi budak Mukmin yang memakai kain putih dan baju hijau itu.

4) Adik ke-5 saya Izzati telah menamatkan semester keempatnya di IKIP Kuantan. 4 SEmester berikutnya - bermula ogos akan datang akan diambil di Universiti of Yarmouk, Jordan. Sekarang dia sedang bercuti. Spend your time with us before u fly dear.. :-)

5) Adik ke4 saya mimi telah menjawat jawatan tetap (N17) di Agensi Nuklear Nasional, Bangi. Tahniah mi, leh belanja ngah pasni.. hehe..

6) Tahniah buat Sarah adik kepada sahabat Mukmin saya Fatimah yang kini bergelar Dr. Sarah. Tahniah Sarah. 1st batch Mukmin tak ada yang jadi doktor. Then 2nd batch- Sarah wakilnya. U make us proud of you. Selamat kembali ke Malaysia dan berbakti kepada agama bangsa dan negara.

6) Selepas seminggu di UIA, esok saya akan pulang.. Rinduu..

semula?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Minggu lepas, saya berkesempatan berjumpa berberapa sahabat wostorian ni, sewaktu walimah 2 orang sahabat ini:

Siti Nor Fatimah@ Timy dan suami
Nahariah dan Suami.
Baarakallahu fiikum wajama'a bainakum fi khair..
Gambar akan diupload kemudian yer...

Cuti.. sambil menulis tesis, saya mengemas rak-rak buku di rumah.. terjumpa beberapa buku-buku lama yang tidak terusik.. Dan saya terjumpa sebuah buku ini- Buku autograph yang saya minta rakan-rakan coretkan sedikit kata-kata sebelum meninggalkan alam persekolahan selepas tamat tingkatan 5- 8 tahun yang lalu. Membaca catatan yang mereka tinggalkan, saya tersenyum mengingati mereka. Juga ada rindu bertandang. Sahabat-sahabat sekalian apa khabar kalian semua? Semoga semuanya dalam redhaNYA melalui kehidupan masing-masing.

Mata saya menatap catatan ini..

- Minta maaf, mungkin kita tidak jumpa dah sebab haluan kita berbeza. Mudah-mudahan kita berjaya dan mungkin Allah temukan semula, Insya Allah!-
-SN1942


After 8 years, sungguh Allah temukan semula.. Mudah-mudahan pertemuan ini kelak akan menjadi lembayung yang memberkati perjalanan hidup kita seterusnya. Hingga saat itu, mudah-mudahan DIA sentiasa memelihara dalam redhaNYA.

Allahumma Yassir

Cuti..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Cuti sekolah 2 minggu.. tapi saya tak bercuti.. menyiapkan tesis seboleh mungkin... semana yang mampu,, Moga dipermudahkan...


***
Insaflah..

Dia-

Dia. Umurnya baru 16 tahun. Dibuang sekolah A kerana ditangkap khalwat. Lalu merayu masuk ke sekolah B. Sekolah B menerima dengan bersyarat- berubah untuk kebaikan. Jenuh dinasihati, jenuh diberi peringatan. Namun mazmumah masih beraja. Tiada perubahan. Sering melarikan diri dari asrama kerana ingin berjumpa kekasih hati. Bulan lepas, digantung sekolah seminggu kerana melarikan diri dari asrama. Saat ayahnya dibawa menghadap pengetua, linangan air mata si ayah tak mampu ditahan melihat kenakalan si anak.

Cuti sekolah- dia pulang dari asrama. Saat kawan-kawan lain gembira menuju ke kampung halaman, dia juga gembira menuju ke satu destinasi. Ke mana, tiada siapa tahu.

Sabtu 5 pagi- Kemalangan jalanraya di Lebuh Raya Pantai Timur melibatkan sebuah motosikal yang ditunggangi seorang remaja berusia 20 tahun mengakibatkan remaja tersebut meninggal dunia di tempat kejadian. Pembonceng motosikal tersebut- teman wanita arwah koma.

Inna lillahi wainna ilaihi raajiun..
Moga dia diberi kesempatan merasai seteguk nikmat bernama 'insaf' dan bertemu husnul khaatimah.. dan moga kisah ini jadi iktibar sekelian warga alam...

Ceritera Hari Guru

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Semalam diadakan sambutan hari guru di sekolah. Sederhana tapi meriah.

Pagi- acara padang

Para guru dibahagikan kepada 4 kumpulan untuk bertanding dalam beberapa acara sukaneka. Antaranya acara boling padang, rebut kerusi, getah & straw, golf (ni paling best- first time pegang kayu golf) .. Acara diakhiri dengan acara tarik tali antara guru lelaki dan pelajar lelaki.. Mana nak terlawan pelajar tu dengan cikgu-cikgu yang memang gagah perkasa itu. Hehe..

Tengahari- acara dewan

Dimulai dengan perarakan 'karpet merah' para guru dari halaman sekolah ke dewan besar, diiringi paluan kompang,selawat dan bunga manggar ( cikgu-cikgu yang dah kahwin terasa seperti 'berarak' kali keduakah? Yang bujang ini rasa biasa-biasa sahaja ;-) )
Acara dalam dewan pula bermula dengan ucapan, diikuti dengan nyanyian lagu Guru Malaysia dan Ikrar Hari Guru. Kemudian 'posmen' datang berbasikal menyerahkan watikah Hari Guru daripada para pelajar. Seterusnya persembahan nasyid dari pelajar dan deklamasi sajak. Nasyid hari tu- lagu 'tradisi SMAW' untuk hari guru- Lilin Seorang Guru.

Mungkin ramai yang tidak tahu, lagu tersebut berasal dari SMA Al-Wosto sebelum dikomersialkan oleh In-Team melalui salah seorang ahlinya- Suhaimi yang juga bekas pelajar/penasyid SMAW. Lagu Lilin Seorang Guru dicipta oleh My Great Teacher- Cikgu Khairul Salleh Abdul Rahman. Di tangan Suhaimi, lagu tersebut digubah semula namun sejujurnya saya lebih menyukai lagu tersebut versi asalnya.


Lagu kedua oleh kumpulan nasyid Al-Harith adalah lagu yang berjudul 'ILHAM. Owh, lagu yang sungguh nostalgik bagi saya.

Untuk sajak, 2 sajak awal adalah sajak ciptaan pelajar, diikuti 'sajak tradisi' hari guru hasil kreativiti Sasterawan Negara Usman Awang-

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


Diakhiri dengan doa, moga majlis tersebut diberkati dan usaha kalian diganjari Allah. Bukan penghargaan yang guru-guru harapkan, melainkan kejayaan dalam kehidupan kalian, dunia dan akhirat.

Saya juga menerima beberapa hadiah dari para pelajar. Terima kasih semua. Baarakallahu Fiikum Jamiian.

Gambar? Kemudian akan di muat naik. Ada masalah sedikit untuk pindahkan gambar ke my 'rafiq' ini..

di pertengahan Mei ini..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Saya dilanda masalah tidak boleh makan kerana terkesan dengan peristiwa ngeri yang berlaku di rumah (sementara) saya iaitu di rumah warden SMAW. Apa peristiwanya? hoho tak perlu diceritakan kerana dibimbangi anda semua juga tidak boleh makan nanti. Untuk itu, saya kerapkali pulang ke rumah beberapa hari ini. Sungguh, jika tidak saya hilang selera sama sekali untuk makan terutamanya nasi.. Nikmat yang Allah tarik ini moga aakan pulih kembali.

***
SELAMAT HARI IBU, SELAMAT HARI GURU

buat bonda, ibu dan guru pertamaku
Guru-guru pendidikan formalku-
Tadika Kemas Batu Kapur
Tadika Al-Mukmin Tmn Saga
SRA Al-Mukmin
SMA Al-Wosto
Pusat Matrikulasi UIAM
UIAM (Ijazah & Master)

Tanpa kalian,siapalah saya.. tak lupa buat ayahanda yang juga guru matematikku dan guru matematik tambahanku, juga buat abg long. Moga tiap usaha dan budi kalian diganjari jannahNYA.

Tadi sambutan hari guru peringkat sekolah diadakan. Meriah dalam sederhana. Dan saya merindui saat-saat sekolah dulu.Menjadi orang yang meraikan lebih bermakna dari menjadi orang yang diraikan.

Terima kasih buat anak-anak murid ustazah@teacher@cikgu yang memberi hadiah. Yang lebih penting adalah kalian mengamalkan tiap yang dipelajari dan yang dipesan dalam hidup. Moga Allah memudahkan hidup kalian dan segala urusan, Insya Allah.

*****

SELAMAT PENGANTIN BARu
Buat sahabat saya- Lin dan suami
Buat Pasangan COMRADE- Hairul dan Teha (adik Lin)
Walimahnya di Batu Pahat semalam. Amat ingin menghadiri kerana 3 dari 4 pengantin kenalan rapat saya tapi keadaan tidak mengizinkan. Moga diberkati perjalanan hidup kalian dalam mawaddah dan rahmah menuju sakinah dan redhaNYA, Insya Allah.

teman

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

DI TAMAN TEMAN

TULUS BERKEMBANG SUCI BUNGA
HARUM CINTA KUNTUM SYURGA
BURUNG BERBISIK TANPA DUSTA
MERSIK MANJA ASYIK FANA

DI KALA MALAM TIDURKAN SENJA
BINTANG MENJAHIT BAJU LENA
SEHINGGA FAJAR HINDAR PURNAMA
KAU MASIH SETIA

DANAU TERBENTANG SEJUJURNYA
TENANG JIWA HILANG LARA
SAATKU JEJAKI TAMANMU
BENAR INDAH AMAT INDAH

DI KALA LUKA TERLALU DALAM
SEMBUHPUN MASIH TAK TERPADAM
HINGGA TERKADANG AKU BERDENDAM
KAU TETAP SETIA

CHORUS
WALAU JAUHKU BERLARI
WALAU JENUHKU MENCARI
TETAP SUNGGUH KAU TEMANI
TANPA JEMU DAN BENCI
BIARKU TELAN TANGISMU
BIARKU SIMPAN RESAHMU
MESKI KAU BUKAN MILLIKKU
TEGUH KAU DI HATIKU

PERCAYALAHKAU INDERALOKA
KAN KUSUSURIBAHAGIAMU
TEMAN DI TAMAN INI

LAGU : FAUZI MARZUKI (EMI MUSIC PUBLISHING SDN BHD)
LIRIK : HAIRUL ANUAR HARUN (ARDAWALIKA SDN BHD)