JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, February 24, 2008

Tahniah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Tahniah Comradean. IPTA (Islamic Practical Teaching) Kg Teji & Kg Abu dinobatkan Best Program of the Year dalam IIUM Student Grand Co-Curricular Award 2007 semalam. Tahniah pada semua yg involve.. yang sanggup berkorban..

Tahniah atas prestasi gemilang.. sejak student award diperkenalkan tak silap 3 tahun lepas, tak pernah miss comrade memenangi award.Itu satu pengiktirafan atas gerak kerja yg bagus, tapi perlu tingkatkan lagi profesionalisme comrade. Kadang2,anugerah tu penting, dalam hal comrade ni, untuk dapatkan sponsor program. Bila dah ada 'brand' or cecah 'piawai' tertentu,orang akan tahu dan percaya untuk hulur sponsor.

After all, pengiktirafan datang bersama tanggungjawab. Untuk terus bekerja kuat. Ikhlas jgn sekali-kali kita cicirkan. Iktiraf manusia jgn jadikan matlamat, tapi iktiraf dari Allah- itu cita-cita teratas.By the way, tahniah semua..

Pada anugerah yang sama, COMRADE turut tercalon sebagai top 3- Best Society of the Year. (dari puluhan society yang ada di UIA) tetapi tewas kepada ENGINIUS. Apapun, satu pencapaian yang menggembirakan. (tapi tula, 'diorang' selalu iktiraf antara yang terbaik, tapi bab nak bagi bajek- nape la susah sangat yer?'

Tahniah juga buat dik Pijan yang tercalon sebagai best individu dalam co-curricular pada malam tersebut.

***
Talk di masjid tentang Syi'ah hari ni diganti oleh Prof Abdul Razak As-Sa'di (my ustaz in Research Methodology) coz penceramah sebenar Doktor Ahmad Kaamil kematian adiknya di Mekah. Buku yang kami terjemahkan pula belum diterbitkan kerana ada beberapa kesalahan yang memerlukan pembetulan. Demikian kata Dr Akmal. Maka selepas ini kami akan dipanggil untuk memurnikan terjemahan tersebut. Ada rakan-rakan yang menghantar mesej- sedih dengan hal ni, bagi saya, kami perlu belajar dari kesilapan ini. Kami bukan penterjemah profesional, tambahan pula ini kali pertama semua dari kami terlibat dalam kerja-kerja penterjemahan, dalam waktu yang singkat pula. DIA ingin kami lebih belajar. Itu hakikatnya. After all, Alhamdulillah.

Saturday, February 23, 2008

jumbo sale


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Semalam (Jumaat) saya ke Kompleks Kerajaan Jalan Duta bersama dik Jaie atas satu urusan nasional. Usai segala urusan, kami menaiki teksi ke KL Sentral untuk mengambil Putra LRT ke Gombak.


Sementara menunggu waktu Maghrib, kami singgah di Nile Bookstore di situ. Ada jualan buku di sana dan mata saya menangkap beberapa buku dalam bahasa Arab lalu membeleknya. Tidaklah banyak sangat pilihan bukunya tetapi sebaik melihat harga yang tercatat, saya memerhati judul-judul buku yang ada.


Beberapa buku menarik minat saya, antaranya Fannu Li At-Ta’amul Ma’a Al-Athfaal (seni bergaul dengan kanak-kanak) dan Numu Al-Mafaahim Al-‘Ilmiah Li At-Atfaal (Perkembangan Kognitif bagi Kanak-kanak). sebuah lagi buku yang menarik minat saya adalah yang bertajuk ‘ Al-Wasiyyah wa qisaasun Aakhar’ (wasiat dan kisah-kisah lain) iaitu himpunan cerita penyiasatan. Saya juga membeli satu buku Melayu yang bertajuk ‘Jejak Cemerlang 30 Wanita Beriman’ .


Percaya atau tidak,harga yang tercatat di setiap buku tersebut adalah antara RM4-RM5. Sangat murah! Susah sekali medapatkan buku bahasa Arab dengan harga murah begini di Malaysia. Tambahan lagi dengan judul-judul yang berfaedah itu, saya tidak ragu-ragu untuk mendapatkannya.

Saya ke kaunter untuk membayar buku-buku tersebut. Lebih mengejutkan saya, keempat-empat buku itu kemudianya diberi potongan 50% ! Sungguh terkejut saya. Ini bermakna harga keseluruhannya RM12 cuma. Sungguh sukar saya mempercayainya.

Lalu saya menjenguk sekali lagi di rak jualan tadi. Mata saya menangkap pula 3 jilid ‘Mausuu’ah Safiir li Tarbiyah Al-Aulaad’ (Ensiklopedia Safiir untuk Pendidikan Anak-anak) ketiga-tiganya berkulit keras, dengan harga tertera pada setiap buku adalah RM18. dalam kiraan saya, selepas potongan, harga ketiga-tiga ensiklopedia itu adalah RM27. Itu adalah amat murah pada perkiraan saya, untuk 3 jilid ensiklopedia berbahasa Arab.

Saya membayar, dengan Jaei mengirim sebuah buku lagi untuk dibayar bersama. Subhanallah, terkejut saya sekali lagi apabila bayaran dibuat, harga untuk ketiga-tiga ensiklopedia termasuk buku Jaei tersebut cuma RM16! Rupa-rupanya esiklopedia itu diberi potongan sebanyak 70% !

Saya keluar dari kedai itu dengan terkejut yang amat. Dengan RM24, saya memiliki 4 buku dan 1 ensiklopedia berbahasa Arab yang sangat berharga.

Apabila pulang, saya lebih bersyukur kerana mendapati ensiklopedia itu sarat dengan artikel ilmiah dalam bidang pendidikan, dari pendidikan sebelum sekolah hingga pendidikan selepas marhalah universiti, ditulis oleh ulama-ulama Arab tersohor dalam bidang pendidikan, antaranya Dr Muhammad ‘Ali Madkuur- yang bukunya dijadikan rujukan utama dalam pendidikan bahasa Arab.

Malah, skopnya amat luas, merangkumi semua aspek pendidikan- manhaj (syllabus), idaarah AlFusul (Class Management), Ilm An-nasfi Attarbawi (psikologi pendidikan) malah Ta’lim A-Lughah (language learning).

Alhamdulillah, macam rezeki besar pula hari ini, amat bersyukur saya! Manis sungguh kurniaanMU! Alhamdulillah! Allahu Akbar!

Translation project

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

sorotan seminggu
Jumaat petang-ambil bas KL-Kuantan untuk hadiri exam perjawatan awam di PSDC Kuantan pada esoknya. Tiket jam 8mlm. Mata tidak mengantuk langsung. Maka ditemani my rafiq (laptop) mengulangkaji beberapa perkara sebagai persediaan ujian esok

sabtu
exam 9pg-5ptg.
Jam 6-bas dari kuantan ke Temerloh bergerak. Sampai di Temerloh 8 malam.

Ahad
kenduri kahwin jiran belakang rumah. Kena masak hidangan untuk pengantin. Mak pula perlu ke Terengganu untuk hadiri kursus jam 12 tengahari. Maka memasak 'hentam sajerla' dengan bantuan mak cik-mak cik jiran beberapa orang.

petang-balik UIA.

** Translation Project**

Kesibukan kenduri, tak sedar ada panggilan dari DR Akmal. Malam itu baru saya tahu, Dr Akmal memanggil kerana dia sedang mencari team penterjemah untuk menterjemah buku Arab-BM.

Kata ustaz- dia akan jadi editor. Tapi kerjanya urgent. Perlu siapkan sebelum Rabu kerana terjemahan itu akan dicetak untuk satu seminar Ahad (25hb 2 ) nanti.
Buku itu untuk menentang ajaran2 Syi'ah. Ustaz memohon bantuan saya dan rakan2. Saya berfikir panjang. Khamis pagi ada exam. Namun memikirkan tanggungjawab pada masyarakat saya menerima.Menurut Dr Akmal,seminar ahad nanti dibuat berikutan menularnya ajaran Syiah di kalangan pelajar UIA. Tanggungjawab.tanggungjawab. Tegarkah saya lari dari tangungjawab ini?

Maka petang isnin, jam 5, kami diberi teks untuk terjemahan. Seorang (6 penterjemah semuanya) diberi dalam 20 muka surat. Perjanjian- jam 10 malam hari itu, 10 muka surat pertama perlu diemelkan pada ustaz.

Bekerja, menterjemah dengan tekun. Perlukan tumpuan dan skil yang amat tinggi. Tajuk tentang syiah. lebih-lebih lagi banyak petikan dari kitab-kitab lama. Ayat klasik. Berpusing ligat minda berfikir. Jam 10 malam, Alhamdulillah 10 muka surat pertama selamat dihantar kepada ustaz. Rehat sebentar dan study untuk exam pula.

Rabu- menterjemah baki muka surat, usai bahagian saya, membantu pula rakan-rakan yang belum siap. Sebelum jam 12, semuanya perlu siap. Esok ustaz perlu edit. Jam 10 pagi khamis, terjemahan itu akan dihantar ke syarikat penerbitan.

Khamis- exam. Alhamdulillah, Allah mudahkan semuanya. Namun masih ada tugasan menunggu. Menyambung perjuangan.

Ahad 25hb febuari
Seminar / Talk tauhd (terutama penentangan terhadap Syiah) akan disampaikan oleh seorang ulama dari Mekah yang juga penulis buku 'Risalah ila ikhwanina As-Syiah'
930 pagi
masjid UIA
1000 naskhah buku di atas (terjemahan) akan diedarkan secara percuma


*honororium kerja terjemahan ini memang lumayan, kerana sifatnya yang 'urgent'. Alhamdulillah, rezeki dari Allah. Yang utama, secebis sumbangan untuk masyarakat.

Tuesday, February 19, 2008

mohon

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

mohon didoakan.. dipermudahkan tiap urusan..
Allahu Al-Musta'an

Tuesday, February 12, 2008

dia pergi jua....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang:

petang itu,sepatutnya kami ke kelas bersama. malah dia perlu menghabiskan presentation tajuk yang diamanahkan padanya. Sebelum kelas bermula jam 2petang, dia menghantar msg memaklumkan ketidakhadiranya kerana abangnya yang sakit sedang sakit teruk. Saya membalas dengan doa, moga disembuhkan abangnya.

Usai kelas, dia msg lagi,bertanya tentang pelajaran hari ini. Saya memaklumkan jua tentang mid term yang ditetapkan pada 25 febuari nanti. Saya bertanya lagi keadaan abangnya. SMS saya tiada jawapan.

Malam itu, saya dan beberapa rakan sekelas berdiskusi di bilik. Sedang rancak berbincang, SMS iterima darinya.

salam.abg telah kembali ke rahmatullah jam 10.10 pm tadi. Al-Fatihah.
kiriman pesanan ringkas dari sahabat saya- shuhadaa atau lebih dikenali syud meruntun jiwa. Diskusi saya, kak Fiddah dan Kak Asmahan (kedua-duanya classmates saya dari Indonesia) terhenti.

Segera saya menelifon mok ana. Terlupa pula, dia di KElantan atas urusan keluarga. Rupa-rupanya Mok Ana belum menerima berita sedih tersebut. Saat saya memaklumkan padanya, terkejut dia. Lalu dia meaklumkan akan memberitahu rakan2 lain.

Akhirnya, lebih kurang jam 11 malam, saya berada di rumah syud di Keramat bersama syariah dan kak yati,shahrul menaiki kereta yang dipandu iqbal-semuanya rakan-rakan seangkatan dalam COMRADE. Diikuti beberapa motor lagi, beberapa ikhwah comrade hadir malam itu.
Sesampainya,saya memeluk syud, erat. Tabahlah sahabat! moga dia tenang di sana.

dan pagi tadi,sekali lagi kami ke sana. Saat sampai,jenazah sedang dimandikan..
YA Ayyatuhannafsu al mutmainnah
Irjiei ila rabbiki raadiyatan mardhiyyah
fadkhulii fi'ibaadi
wadkhuli jannatii..

***
Syud, sahabat saya. Dari matric lagi, kami bersama,sekelas.. sama-sama menyambung pengajian ke main campus selepas menamatkan setahun setengah di matric. Dia kemudian terus bersama saya menyambung pengajian master,waima lewat satu sem dari saya.

Kami bersama dalam COMRADE. Dalam debat Bahasa Arab jua. Mahallah sama di matric, juga di main campus. Semua itu menjadikan kami akrab. Malah juga dikatakan kami memiliki wajah seiras..

Sem pertama di main campus, kami sebilik, di situlah wujudnya 'keluarga sin chan' yang bahagia. Syud sebagai sin chan yang nakal, dan saya digelar 'papa sinchan'.. antara kenangan manis yang kami kongsi bersama.

Kami jua punya persamaan. Anak ke 2 dari 8 beradik. Bezanya, adik beradik Syud 5 lelaki 3 perempuan sedang saya- 3 lelaki 5 perempuan..

Abang syud menderita sakit sejak setahun kebelakangan ini. Saya tahu itu, seringkali sem ini, syud bercerita keadaan abangnya yang berusia 26 tahun itu. Saya juga mengenali abangnya- Abg Firdaus. Malah budak-budak COMRADE yang seangkatan dengan saya jua mengenalinya.
Waktu dulu- ketika COMRADE masih belum stabil, belm memiliku aset yang banyak seperti sekarang, tiap kali program,kami terpaksa meminjam peralatan terutama peralatan memasak. Pernah sekali, meminjam periuk belanga nenek Shariyah di Melaka. dan ketika itu, Abg Firdaus yang memandu unser ayah Syud, menolong kami mengangkut periuk belangan dari Melaka ke UIA.

Dan kerana keakraban COMRADE, aktiviti ziarah rumah ahli sering diadakan, dari rumah yang sekitar KL, hinggalah ke Pahang,Kelantan dan Johor, kami redah untuk mengenali keluarga ahli-ahli COMRADE yang juga sahabat kami. Maka rumah syud juga tidak terkecuali,apatah lagi, rumahnya cuma kira-kira 15 min dari Taman Ilmu dan Budi. Sebab itulah, abg Firdaus sendiri amat dikenali dikalangan ikhwah terutamanya, dia turut menjadi sahabt mereka.

Sejak dia sakit, seringkali syud bercerita. Dan bukan sekali dua saya melihat dia ke kelas dengan wajah keletihan, lesu kerana menjaga si abang yang sakit.

Akhirnya, Allah telah menetapkan, nyawanya dipinjam setakat 11 febuari 2008. Meninggalkan ibu dan ayah, serta 7 adik yang amat menyayanginya..

Buat syud sayang, moga ko n keluarga tabah..
MOga dia di sana tenang di sisi Muqarrabin..
Sesungguhnya Allah lebih menyayangi dia..

Insya Allah, kita jua akan menyusul nanti, dan akan berjumpa di sana nanti..
di sana yang abadi..

Monday, February 11, 2008

Kisah Malang yang berulang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

(kisah benar. Beberapa nama/keadaan diubah untuk kepentingan bersama)

Ini kisah malang yang diulang. Sejarah berdarah yang tidak diambil endah,tiak diambil ‘ibrah. Lantas, kisah yang sekian lama terpampang di dada-dada akhbar berulang, lagi, lagi dan lagi. Marah. Memang kemarahan itu ada, namun saat begini, kemarahan sudah tiada makna. Mencari penyelesaian adalah yang terbaik, dari terus menambah kekusutan.

Pertengahan januari 2008, 12 tahun menjelang wawasan 2020.. namun jika begini moral remaja, yang diharap mendokong wawasan itu, lupakan saja. Pembangunan tiada makna bila maruah tergadai. Kemajuan tiada harga bila iman terlerai.
****

Khusyuk saya meyertai niqasy yang rancak tentang teori dalam pertembungan bahasa, bahasa ibunda dan bahasa yang dipelajari, bahasa Arab tentunya. Teori-teori kesalahan berbahasa Arab kerana terpengaruh dengan struktur bahasa Melayu yang dilazimi, berdarah daging dalam diri. Perbincangan diketuai sahabat saya- Syuhadaa. Dr Abdul Wahab sesekali menyampuk,memberi penerangan. Kehadiran Ustaz Ibrahim- salah seorang jurulatih saya dalam debat bahasa Arab ternyata merancakkan kelas. Beliau yang masih dalam pengajian masternya memberi pendapat berdasarkan pengalamannya 12 tahun mengajar di Markaz Al-Lughat (CELPAD) UIAM. Terasa mengalir mutiara-mutiara ilmu dari orang-orang berpengalaman, begitu membantu kami yang baru setahun jagung. Kelas petang isnin selama 3 jam itu tidak ramai, termasuk DR Abdul Wahab- 5 orang Cuma. Maka setiap tajuk dapat dikupas dengan baik, dengan musyarakah setiap dari kami.

Konsentrasi saya terganggu dengan ‘gegaran’ telefon bimbit di celah-celah file. Saya menjeling. Ada panggilan dari Kak Nor. Pelik pula saya. Rasa tak kena. Mengapa dia memanggil sedangkan sebelum kelas tadi, saya bermesej dengan dia dan sudah memaklumkan kelas saya akan tamat jam 5.


Rancangan kami, nak ke Sate Kajang Hj Samhuri di Taman Melati, usai solat Asar petang itu. Ada hal pentingkah dia menelfon? Mengapa tidak menghantar pesanan ringkas shaja?? Saya cuba meletakkan tumpuan kembali pada munaqasyah kami. Pangilan tidak dijawab.

Fokus diganggu kembali dengan ‘gegaran’ telefon bimbit kali kedua. Kali ini pesanan ringkas pula. Dari orang yang sama. Saya membaca sejenak.

‘mesej ASAP’
Ringkas, tapi serius bunyinya. Membuat saya tertanya. Dan azan Asar berkumandang. Kelas dihentikan dan akan bersambung minggu depan. Seperti biasa, azan Asar akan jadi ‘jam loceng’ untuk kami menamatkan kelas. Saya tergesa-gesa keluar dan menuju ke masjid UIA yang berdiri megah di tengah kampus. Sambil tangan menekan butang-butang henset, membalas mesej kak Nor.

“Kenapa Yang?’
Tanya saya ringkas. Memang kami saling menggunakan panggilan manja tika bermesej. Sama-sama memanggil ‘yang’ atau kekadang ‘ling’. Memang saya menyayangi dia, dan dia menyayangi saya- kerana Allah. Dia umpama kakak yang sentiasa bersama dalam susah dan senang. Ukhwah yang terbina kerana sering bersama dalam perjuangan dakwah ke kawasan pedalaman mengeratkan kami.

‘Plan cancelled Yang. Kita kena ke Shah Alam. Urgent. Kita temankan Siti. Kawannya ada masalah.Jumpa after solat. Tunggu depan tangga besar’

Balas Kak Nor menambahkan tanda Tanya di kepala saya. Saya membalas ringkas- Ok. Bersabar menunggu penerangannya, usai solat nanti. Seruan Iqamat menyeru berjemaah. Apa lagi yang lebih utama daripada ‘panngilan’ DIA? Lalu segera saya menyempurnakan wudu’, agar tidak terlepas ganjaran 27 kali hebat dari solat bersendirian.

***
‘saya sebenarnya malu dengan korang, kawan saya macam-macm masalah’
Siti melepaskan keluhan, memulakan bicaranya. Kak Nor mendengar sambil memandu. Saya di sebelahnya memandang sekali-sekala ke wajah siti yang duduk seorang di kerusi belakang. Dia memandang jauh ke depan, ke arah jalanraya. Keadaan sesak selepas jam 5 petang- fenomena biasa warga kota.


‘Ala Siti,jangan cakap macam tu, apa yang nak dimalukan, dalam dunia ni bukan semua orang baik,’ saya membalas, cuba menyelami perasaan Siti, agar dia tidak rasa berseorangan.

‘takpela, yang penting kita tolong dia’
kata kak Nor sambil menumpukan perhatian pada pemanduannya. Siti memulakan cerita, apa yang perlu kami lakukan, memecah kebuntuan saya sedari tadi. Megeluh panjang saya, sambil beristighfar alam hati. Terpana sebentar, tidak tahu apa perkataan terbaik untuk saya ucapkan.

Kami tiba di Terminal Putra, Gombak. Tidak lama kemudian, kelibat seorang wanita seusia saya menghampiri kereta yang kami naiki. Dia masuk ke dalam, duduk di sebelah Siti.
‘Ayu, ni Tikah, sebaya kita. Yang ni Kak Nor, ‘muda’ dari kita’ Siti memperkenalkan saya dan Kak Nor pada kawanya- Ayu. Sambil bersenda dengan Kak Nor.

“Aa, akak muda banyak dari korang, 16 baru nak masuk 17 .hehe’
Kak Nor pula menyambung dengan gelak tawanya. Terasa kemesraan itu mula bersemi antara kami. Lalu sesi taaruf bermula.

Ayu kawan satu sekolah dengan Siti. Penuntut sebuah IPTA di Perak. Dia baru sampai ke KL, bergegas ke sini selepas tamat kuliahnya. Ada hal penting. Tentang kawan Siti, kawan Ayu juga. Teman persekolahan mereka.

‘sebenarnya, tiap kali ko msej aku, cerita apa-apa masalah, Kak Nor dan Tika nila, tempat rujukan aku. Akupun bukan pandai sangat, aku selalu Tanya diorang. Sebab tu bila ko mesej malam tadi, aku Nampak berdua leh tolong kita Insya Allah.’

Siti memaklumkan kepada Ayu, mengapa saya dan K.Nor boleh terlibat sama dalam hal ni. Lalu, dalam keadaan yang masih segan-segan, Ayu menceritakan semula kisah itu, dengan beerapa maklumat terkini. Dan kami bertiga khusuk mendengar,dalam kereta yang berada di celah-celah kesesakan jalanraya menuju ke Shah Alam untuk bertemu kawan Siti dan Ayu- Cik Bai.

Umpama rusa masuk kampong. Meredah aje jalan berpandukan papan tanda yang ada mencari Seksyen 18, Shah Alam. Atau lebih tepat lagi, mencari KFC Ss 18, Shah Alam. Menurut K.Nor, dia tidak pernah melalui kawasan itu, lalu kami tawakkal dalam usaha, mengikut arah di papan tanda. Mujur telah berhenti menunaikan Maghrib di salah satu RnR. Tidak kalut memikir waktu isyak yang hampir tiba.

Akhirnya, kami menjumpai bangunan yng dimaksudkan. Restoran makanan segera KFC itu trletak bertentangan dengan restoran McDonalds. Hujan renyai- renyai mengiringi kami. Kami berbincang, lalu mengambi keputusan- Siti dan Ayu akan menemui Cik BAi di KFC. Saya dan Kak Nor tunggu di restoran Mc Donald. Bimbang pula reaksi Cik BAi melihat kami yang tidak dikenali nanti.

Saya dan kak Nor masuk ke restorn makanan segera tersebut. Kak Nor memesan 2 bekas aiskrim. Saya hanya menunggu di pintu. Banyk mata memandang pelik ke arah saya. Jam 9.30 malam begini, tentu juga mereka hairan, perempuan bertudung labuh seperti saya dalam restoran makanan segera berseorangan. Saya buat tidak peduli. Hingga Kak Nor sampai membawa 2 mangkuk aiskrim, kami berdua masih berdiri di pintu.

‘takut pulak Cik BAi tengok saya nanti, ustazah manala nak terjah dia malam-malam begini’

Luah saya pada Kak Nor. Malam itu saya berbaju kurung, dengan tudung labuh sedondon berwarna peach. Dari pagi hari itu, itulah pakaian saya. Sememangnya jika kelas penuh hingga petang, saya selesa berpakaian begitu, lebih senang untuk bersolat terutamanya. Terus dengan pkaian yang sedia dipakai.

‘takpe, kita cakap elok-elok..’ bicara kak Nor menenangkan hati...

Sebenarnya, pakaian bukan masalahnya, Cuma dalam berdakwah, 1st impression amat penting supaya mendekatkan jurang yang ada. Kalau sedari awal, jurang itu wujud, bagaimana ingin dibina satu hubungan yang berkesan untuk dakwah? Sebab itulah, jika masuk ke kampong orang Asli umpamanya, soal berpakaian antara yang dititikberatkan, jangan pakai yang terlalu cantik, nanti mereka akan menjauh kerana malu apabila membandingkan pakaian mereka yang compang camping dengan pakaian kita. Itu antara pesanan. Itu antara amalan. Dan saya juga bimbang, pakaian saya malam itu memberi bad 1st impression pada Cik Bai. Namun saya berdoa dalam hati, dipermudahkan urusan kami malam itu.

Tak lama kemudian, Siti datang bersama Ayu. Dibelakang mereka 3 wanita. 2 dari mereka tidak bertudung. Seorang mengikat rambutnya ke belakang. Seorang lagi melepaskan rambutnya yang di paras bahu itu mengurai ke belakang. Kami bersalaman. Saya memeluk erat tiap mereka. Sambil memaniskan muka semanisnya. Dari bentuk fizikal, saya meneka yang tidak memakai tudung, melepaskan rambutnya ke belakang itu adalah Cik Bai. Kami menuju ke tingkat atas. Mengambil tempat.

Saya cuba meramahkan diri. Berkenalan,bertanya itu dan ini. Tepat tekaan saya, itulah Cik Bai. Dan 2 orang lagi kawannya, berpangkat kakak kepada kami. Cik BAi sendiri- seperti saya, Siti dan Ayu, berusia 24 tahun.

‘mereka datang sebagai kawan. Jangan segan-segan, mereka akan tolong ko.’ Ayu memulakan lngkah, dengan harapan kehadiran kami tidak disalah erti. Akhirnya Cik Bai memulakan cerita, cerita sama seperti yang diceritkan Siti dan Ayu dalam perjalanan, namun bila empnya sendiri bercerita, lebih tepat, menta’kidkan apa yang terjadi.

Dlam hati saya istighfar. Hati saya telah menangis sesungguhnya. Kisah malang ini berulang kali lagi saya dengar. Kesal dan sedih. Kawan, mudahnya engkau terpedaya. Sebenarnya, misi kami malam itu adalah untuk memujuk Cik Bai. Dia tertekan lalu ingin membunuh diri. Gara-gara kertelanjurannya, ada nyawa yang berusia 4 bulan dikandungnya. Dari fizikalnya, sudah kelihatan, fizikal lazim bagi bkal ibu. Malam-malam sudah, sebaik mengetahui ada nyawa yang sedang membesar dalam rahimnya, Cik BAi mengadu pada Ayu- kawan baiknya dari sekolah, dan Ayu memohon jasa baik Siti membantunya. Dan Siti pula, mengajak saya dan Kak Nor bersama-sama meleraikan kekusutan ini. Wajah Cik BAi sugul. Jelas kelihatan, malu,rasa bersalah,tekanan. Bukan sahaja pada kami, malah pada diri sendiri kerana keterlanjurannya.


Hanya selepas usia nyawa itu 4 bulan, barulah Cik BAi menyedari ‘kewujudan’ nyawa tersebut dalam rahimnya. Siapakah kaum Adam yang bertanggungjwab? Malang nasib Cik Bai. ‘lelaki’ itu- kekasihnya yang sebenarnya tunangan orang, yang akan mendirikan rumah tangga dengan tunangnya sebulan dari hari itu. Dan malang lagi, bila lelaki itu tidak mengaku bertanggungjawab, malam membawa Cik Bai berjumpa tunangnya, lalu CikBAi diseranah di hadapan tuning lelaki tersebut. Umpamanya, lelaki itu adalah malaikat di mata tunangnya. Yang buruk, yang bersalah, Cik Bai.

Dan selepas didesak (di belakang tunangnya) lelaki tersebut memaksa Cik Bai menggugurkan kndungan. Jenis apakah lelaki tersebut? kami yang mendengar menahan marah. Dalam usia kandungan 4 bulan, pengguguran bukan sahaja mengakibatkan bayi mati tapi juga membawa risiko kematian si ibu. lelaki itu (wajarkah digelar lelaki?) memang bukan manusia. Kemanusiaan itu telah lama hilang dari dirinya. Dan lelaki tu, dengan angkuhnya memohon dari Cik Bai supaya ‘tidak mengganggu dia lagi’. Aduh! Durjana sungguh! Sungguh-sungguh seperti kata pepatah- habis madu sepah dibuang. ‘touch n go’ sungguh.

Lalu dalam keadaan yang menekan itulah, Cik BAi ingin memilih jalannya sendiri- menghilangkan nyawanya sendri. Malam itu, kami datang sebagai kawan, memujuk dan memohon supaya tidak ditambah dosa yang ada, ditak dikusutan simpulan itu, ada jalan yang lebih baik dari itu.

Kata Cik Bai, dia buntu, benar-benar buntu. Mak Ayah, keluarga, bagaimana penerimaan mereka? Kerja? Masyarakat? Hari-hari hadapan, bagaimana harus ditempuh? Perut yang kian membesar, tak mampu disorokkan. Aduh kawan, alangkah baiknya jika itulah yang engkau fikirkan dulu, sebelum engkau membenarkan kehormatanmu diserah hanya kerana nafsu.

**
to be continued.. kisah seterusnya: kami n Cik Bai berhadapan keluarga Cik Bai

****

glosari: niqays = munaqasayah : perbincangan
musyarakah- penglibatan
menta'kidkan- menjelaskan

manis

ika yang comel..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




cuti raya cina- percutian yang manis. mulanya, tak plan nak habiskan cuti di rumah, maklumla,minggu lepas saya sudah pulang.. then my mum said again n again ; "balikla, balikla" so, akhirnya pulang juga..




khamis- kenduri kesyukuran di Jambu Rias, sempena pulihnya kesihatan sepupu saya dari sakitnya. Seekor lembu dan seekor kambing tumbang. Masak anak beranak.. apabila berkumpul keluarga begini, memang meriah..

bersama adik-adik/sepupu dan salah seorang ayah saudara (sepupu emak)- pak Ngah yang sangat suka menyakat






::8 beradik berkumpul::

Cuti kali ini mengumpulkan kami 8 beradik. Along turut pulang dari Sarawak. Hampir sebulan lalu,kakak ipar saya mengikut along ke Mukah. MInggu ini, dia perlu menghadiri Kursus Induksi untuk Pembantu Tadbir SPA di INTAN Sg Petani, sebelum dihantar bertugas ke mana-mana.

Maka cuti kali ini, kami 8 beradik bergumpul. Meriah laman ayahbonda. Waktu makan paling meriah, miss the moment.. Alhamdulillah 'ala ni'matihi 'alaina..

::Zulaika::
Cuti kali ini, budak kecik yang saya rindui- Ika turut pulang bersama mama,papa n kak longnya. Sudah besar,makin comel,makin bijak, tapi masih sama seperti waktu dia kecik dulu- agresif.



'helo.. sape tu??..'


ika merajuk- minta dipujuk kakaknya..

dah ok dah.. hisap susu atas pangkuan kakaknya



Malam Jumaat-diadakan majlis bercukur MOhd HArith Mifzal- 10 hari. Selepas 5 tahun berkahwin, dan tidak dikurniakan cahayamata kak long Ida (mak saudara Ika- kakak kembar ibunya) mengambil anak angkat. comel..


mohd Harith Mifzal



::bila lagi cuti lama?::
"Bila lagi cuti lama? "
itulah ayat wan (nenek saya) pada kami.. beberapa minggu sudah, adik saya Izzati bercuti semester, maka wan tinggal di rumah kami, Izzati habis cutinya maka wan terpaksa pulang ke rumah MAk Long di Bentong. Dalam pilu wan mengemas barang-barangnya. Dia berat hati nak ke sana.. Tapi tiada pilihan lain. Waktu pagi, saat abah,mak dan adik-adik kerja/sekolah, rumah kami sunyi sepi. Maka keadaan itu bukanlah yang terbaik untuk meninggalkan wan sendirian di rumah, tambahan dengan penyakit pitamnya.


Kalau boleh wan sebenarnya tidak mahu ke mana-mana. Dia lebih senang menetap di rumah kami. Namun keadaan tidak memihak padanya. Sebab itulah, dia akan bertanya, bila kami akan bercuti lama, hatta seminggu pun, dia pasti ingin pulang ke rumah kami, ada orang yang menemaninya di rumah.

Muka wan sayu saat saya dan adik menghantarnya ke Bentong- ke rumah Mak Long sebelum kami meneruskan perjalanan ke Gombak. Janji kami, cuti sekolah Mac nanti, wan akan kami bawa kembali ke rumah kami..


::minggu ini::

Plan ke kursus kahwin harus dibatalkan, saya perlu menghadiri urusan penting di Kuantan Sabtu ini.. Melihat jadual minggu ini, agak kelelahan juga:


13hb- midterm Taqwim Kutub

15hb- 5 ptg: mid term Methods of Teaching Arabic As 2nd LAnguage

malamnya-ambil bas ke Kuantan. Bermalam di rumah mertua along.

16hb- 9pg pg perlu berada di PSDC, Jalan Semambu

jam 5, after selesai semua, ambil bas pulang ke taman Saga


(mulanya nak balik UIA terus) tapi Ahad (esoknya) jiran belakang rumah kenduri kahwin. Keluarga Pengantin lelaki dari Perak akan bermalam di rumah kami. Kata mak- takda siapa di rumah, tetamu datang nanti sapa nak layan.. then ahad tu juga, rumah kami jadi 'tempat masak makanan pengantin'.. my mum said- nanti siapa nak tolong mak??


hehe.. itulah pilihan yang ada.. tak apa, i'll help you ;-) bikulli suruurin.
'Ala kulli hal- moga Allah memudahkan semuanya... Allahu Al-Musta'an

Wednesday, February 06, 2008

hamdan lillah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah.
Segala pujian hanya milikMU yang memudahkan segalanya..

Pengesahan dari Department- subjek MOdern Linguistic 2 akan ditawarkan semester pendek akan datang. Alhamdulillah, it is really a good news for me. Maknanya untuk semester pendek ini (april-jun) saya akan menghabiskan baki 1 subjek, melengkapkan semua 10 subjek bagi pengajian Master ini. Ini juga bermakna pada sem seterusnya (julai-nov) saya akan menumpukan kepada penulisan tesis. Punya masa yang panjang sebenarnya ( 2 sem ) untuk menyiapkan tesis, tapi lagi cepat siap lagi bagus..

'ala kulli hal, padaNYA dimohon kekuatan menempuh tiap cabaran mendatang.. Allahumma Yassir..

TanpaMU kutak berdaya...

Monday, February 04, 2008

seperti salju dipanah mentari..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




Nasihatnya..
Pilihlah,menjadi keras atau lembut
Hati itu milikmu..


Lalu
Berkali-kali
Aku cuba mengutip
Serpihan semalam yang tercicir

cuba kucantum jadi hikayat
Makin ingin kutatang
Seakan serpih menjadi debu
Seakan tidak mahu digenggam

Lalu..
Masih akukah yang menjadi batu
Sedang telah ku cuba
Menjadi salju dipanah mentari..
Mungkinkah darinya DIA
jalan berliku usah diseru
Lalu ditutup jejak yang ingin kutapak..
Duhai
Moga lorong hidupku
Sinarnya tesuluh cahaya..

NAJ
29dec07
Asiah,iium Gombak1:14am

valentine

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

jawapan buat saudara Myuse tentang Valentine:

berdasarkan ilmu saya yang terhad ini:
menyambutnya haram waima untuk suami isteri
dan pengharamannya bukan kerana 'hubungan' individu yang menyambut itu, tetapi kerana asal usul perayaan tersebut- merikan kemenangan kristian menewaskan ummat islam (dalam perang apa, lupa pula saya, kena periksa semula hal ni)

maka, hubungan individu yang menyambut jatuh soal kedua, sedangkan sebab musabab pengharaman itu - asal usul perayaan tersebut adalah lebih utama.

maka inginkah kita bergembira atas kekalahan para pejuang agama tercinta?? Nauzubillah min zalik..

Adapun soal suami isteri, dalam berkasih sayang, saya brpendapat, tiada hai-hari khusus untuk dirayakan, kerana setiap hari seharusnya dijadikan hari untuk berkasih sayang.. seperti tag iklan kat tv tu (iklan apa ntah, terlupa);

..tiap hari sayang...

wallahua'lam

kenaikan harga barang vs hadiah hari lahir

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Sedari dulu, saya selalunya meletakkan peruntukan sekian sekian ringgit untuk perbelanjaan bulanan. Amalan ini berterusan hingga kini, masih saya letakkan peruntukan bulanan untuk perbelanjaan. Dan kadarnya masih sama seperti saya mula-mula mengambil ijazah dahulu. Namun baru-baru ini, saya menyedari kesukaran berbelanja mengikut peruntukan tersebut.

Puncanya- kenaikan harga makanan di kampus. Sem ini, jarang saya makan tengahari di kawasan centre (laman kampus), waktu tengahari, terutamanya rabu dan khamis (hari kelas penuh) jarang sekali saya ambil makanan tengahari, gara-gara kesuntukan masa atau kesibukan dengan kelas/tugas di perpustakaan. So, yang temudah adalah minum susu/ makan roti utuk alas perut, sementara menunggu kelas tamat pada petang. Hari-hari selebihnya, jika saya tidak ke mana-mana, menghabiskan masa membuat tugasan di bilik, saya akan membeli makanan di kafe mahaallah yang harganya lebih mudah berbanding d kawasan kampus.

Minggu-minggu sudah, bila saya lebih senang menghabiskan masa di maktabah (library), saya makan tengahari di kampus, juga makan petang di kampus.. baru saya sedari, betapa harga makanan telah naik! Jika sebelum ini, hidangan lengkap (nasi) boleh dibeli dengan harga RM3, sekarang tidak mungkin lagi. Begitu juga dengan makanan ala carte, tiada harga makanan pada RM2.50 lagi, dan kebanyakannya RM3.50 dan ke atas. Harga minuman- tidak sempat pula saya selidiki kerana saya lebih suka minum air masak/air suam sahaja, bawa bekal dari bilik. Memang dari dulu, saya jarang minum air manis. Ditambah pula azam tahun baru- no more ice. Mengurangkan minuman berais. So, jika harga air minuman naik, rasanya tidak memberi kesan pada saya.

Berbalik kepada kenaikan harga makanan, memangla amat dirasakan. Dan nampaknya, peruntukan kewangan seperti dahulu sudah tidak relevan lagi. Dengan menilik baki pinjaman Yayasan Pahang setelah ditolak yuran, dicampur wang gaji kerja part time office Asiah dulu dan elaun Chief Facilitator, ditolak belian buku-buku dan belanja, berkerut dahi saya memikirkan pengurusan kewangan saya sem ini. Sebolehnya, saya tidak mahu memohon tambahan ‘biasiswa PAMA’ sepanjang pengajian master ini.

Pinjaman YP sendiri bukanlah banyak mana, ditolak yuran, Cuma berbaki lebih kurang RM500 sahaja. Cuma rezeki agak murah sem ni, dengan beberapa kerja sampingan yang dibuat, adala side income untuk saya merasai titik peluh sendiri meyara kehidupan.

Dan sesungguhnya Allah itu Maha Besar dan sebaik-baik pengharapan! Saya pulang ke rumah jumaat lalu, ingin menghabikan masa hujung minggu bersama keluarga. Kepulangan saya ‘dinanti’ sepucuk surat dari Yayasan Pahang yang membawa berita gembira. Kenaikan kadar pinjaman. YP memberi kenaikan, tambahan RM1000 setiap satu semester, bermula sem ini. Alhamdulillah, rasanya tidak perlu berfikir panjang menerima tawaran ini, umpama jawapan kepada ‘kekerutan dahi’ saya minggu ini. Tambahan pula, pinjaman YP tidak diiringi caj tambahan/bayaran perkhidmatan seperti pinjaman PTPTN. Dan jika diizinkanNYa, saya akan berusaha kuat menukarkan segala pinjaman itu kepada biasiswa, setelah medapat result cemerlang dalam mengajian master ini Insya Allah.

Alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat atas kurniaanNYA. Dan lebih istimewa, surat YP itu bertarikh 24 Januari 2008. sempat saya katakan pada emak dan adik saya- ni hadiah hari lahir ni. Dan sempat jua adik saya membalas spontan, sinis- ‘ hadiah hari lahir ke, hadiah nak pilihanraya?’. ;-p

Petang itu jua, saya menerima mesej Mdm Asiah- pensyarah yang sudah beberapa kali saya masuk menggantikan kelasnya apabila ia menghadiri conference, bertanyakan jika saya ‘free’ untuk masuk beberapa kelasnya minggu depan ( saya selalu mengambil peluang ini untuk belajar, mendapatkan pengalaman, tambahan pula, amat senang bekerja dengan madam Asiah yang sangat baik hati + dapat side income).

Boss saya di Mahallah Asiah juga menelefon petang itu, menawarkan kerja part time di sana,kerana mereka memerlukan staff sokongan untuk beberapa bulan ini. Alhamdulillah, saat-saat begini, rezeki itu sentiasa ada.

Juga tawaran menjadi MC Bahasa Arab closing ceremony Ummatic Week petengahan Febuari nanti dengan bayaran yang agak lumayan.

Lalu, saya harus memilih yang terbaik. Study tetap keutamaan saya, kerja-kerja sampingan lain tidak seharusnya menjejaskan pengajian. Yang penting, setiap yang dilakukan, tidak seharusnya menjadikan wang sebagai matlamat. Saya ingin memberi nilai tambah sebanyak mungkin pada ASK (Attitude,Skill, Knowledge) supaya boleh sentiasa memberi manfaat pada semua, Insya Allah.

Ya, apa jua, saat ini, saya bersyukur yang amat. Sememangnya DIA sentiasa ada dalam tiap keresahan ini. Allahu Akbar! Allahu Al-Musta’an.