JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Monday, May 28, 2007

alhamdulillah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

26 jun 2006
dengan sekali lafaz, abg long selamat diijabkabulkan dengan pasangannya.. barakallahu fikuma..

27 jun
from taman saga to kg pandan, kuantan with ukhwah n mahabbah
1 bas mini (bas sma al-wosto) dan 16 buah kereta berarak ke kuantan untuk walimah di rumah kak pae.ukhwah, mahabbah, meriah. moga Allah memberkati ..

28 jun
di iium, menyelesaikan clerance.. tertunda proses hingga esok kerana pegawai bertugas untk pelajar tajaan bank rakyat bercuti.. so saya masih di kampus.. miss this place so much..

petang tadi- jalan2 ke KL Sentral. pameran kementerian pengajian tinggi. jalan-jalan cari peluang/penaja biasiswa pascasiswazah..

Monday, May 21, 2007

SELAMAT HARI GURU,,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Selamat hari Guru buat semua cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya.. jasa dan budi kalian bertakhta di jiwa, tak mampu saya balas. Moga Allah berkati..

Cikgu-cikgu di Tadika Kemas kg Gajah Mati (1989)
Ustazah Fatimah dan Siti yang mengajar saya di Tadika Islam Al-Mukmin (1990)
Ustaz dan ustazah di SRA Al-Mukmin (1991-1996)- Ust. Ibrahim, Ust Aris, Ust Fatimah, Ust Hamdah, Ust Zalizan, Ust Zainab, Ust Osman, Ust Arifin, Ust Jamilah, Ust salina, dan lain-lain (sekadar menyebut beberapa nama)
Guru-guru SMA Al-Wosto- Great Teacher Khairul, Ust Hussain, Ust Aminah, Cikgu Zaki, Cikgu Sarimah, Cikgu Zariah, Allahyarham Ust Sabaruddin, Ust Zaiti, Ust Suriyati, Teacher Rujana, Ustaz MUhhamd Rajaie, Ust Adam,cikgu Norhaslinda

Pensyarah-pensyarahku di matrikulasi- Madam Isfadiah, Ustazah Syahidawati, ustazah mazlina,Ust Majid, Ust Ma’had

Pensyarah2 di IIUM- Dr Rahmah, Ust Solah, Dr Foua, Ust Ibrahim Al-Farisi, Ust Majdi, Dr Akmal Khuzairy, Ust Saufi, Ust Sofiyaa, Ust Mugtaba, Ust Haslina

Tak lupa buat abah yang juga cikgu maths and add math saya dan abg long..

Selamat hari guru!



Dedikasi buat guru-guruku

Dari halaman mesra..melalui lorong-lorong kembara
Ke kaki tangga
Dari bangunan lama hingga ke bangunan lama
Di kelas sana

Dari kiraan Algebra hingga imbangan duga
Menyingkap pujangga Shakespear, Al-Antarah dan Za’aba
Menggali khazanah zaman purba hingga wawasan negara
Menyelam agungnya Kalamullah dan sunnah rasulNYA

Di makmal- mengenal tabung uji, penunu Bunsen dan kerabatnya
Di bengkel- bermesra dengan pahat, gergaji dan konco-konco mereka
Di padang- laungan arahan menempa nama di MASISUPA
Di Pusat Sumber- bimbingan tekun melatih petah bicara
Di medan perhimpunan mingguan dan di dewan
Bergema alunan teguranmu sarat keikhlasan

Kukutip nostalgia raudhah ilmuan
Di bumi permai penuh kedamaian
Dalam tikungan mesramu
Sepanjang kembara jadi bekalan

Dalam alunan mesra nasihatmu
Dalam dendangan tegas teguranmu
Dalam rentak tekun dedikasimu
Kutemui sinar menyuluh lorong berliku

Andai diizinkan
Ingin aku terus di sini
Di bawah lembayung cintamu
Sayangnya masa terus berlalu
Dan aku
Bukan lagi pemilik seragam biru dengan kain putih itu
Yang setia menadah dedikasimu
Namun kerana mulianya jasa dan baktimu
Dari Halaman Mesra
Kini aku dipuncak menara

NAJ-AL-Ikhlas edisi jubli Perak (2003)
Gubahan semula- mei 2007

tautan hati-novel dakwah


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



TAUTAN HATI- novel dakwah..
Selepas Ayat-ayat Cinta, telah lahir satu lagi novel islami hasil buah tangan sdri Fatimah Syarha Nordin. Novel berjudul Tautan Hati ini berkisar tentang perlaksanaan system usrah untuk menautkan hati-hati dengan jalan Allah, serta pembentukan biah solehah. Berlatarbelakangkan kampus UIA (juga beberapa insiden benar), saya kira penulis berjaya menjagak pembaca mengenal keindahan tautan hati kerana Ilahi.

1st time saya mengenali novel ini melalui bulletin post Ibn Ibrahim dalam friendster. Teruja membaca sipnosisnya, saya berhajat untuk mendapatkannya. Tiba-tiba teringat 2 hari sebelum itu, my littlel brothe hussaini ibnu ibrahim bertanyakan alamat rumah saya kepada seorang kawan. Dan gerak hati saya berbisik bahawa saya akan menerima naskhah Tautan Hati itu tidak lama lagi.

14 mei 2006, gerak hati itu nyata benar. Bingkisan Tautan Hati dari UIA Gombak diterima. Syukran jazakallah khairul jaza’ buat dik Hussaini atas hadiah tersebut. I really appreciate it.



kenduri kendara

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


2 minggu sebelum kenduri.. persiapan makin rancak. 2 minggu lalu, saya mempengerusikan mesyuarat kami adik-beradik, bersama mak dan abah mengagihkan tugasan sebelum kenduri, yang melibatkan pengurusan rumah.. (kadang-kadang terasa macam menguruskan program IPTA pulak-coz saya agihkan ikut biro- special task, catering, prep n tech dsb)..

Sabtu baru ni, mesyuarat penetapan kerja oleh jiran-jiran. Dari pagi, mak cik-mak cik jiran tetangga datang membantu menyiapkan juadah untuk mesyuarat malam ni. Kuih kuaci, lepat pisang dan pau disediakan dengan gotong-royong. Lepas maghrib, mihun digoreng. Alhamdulillah, mesyuarat yang dimulakan lepas Isyak berjalan lancar. Hujan yang turun tidak menghalang jiran-jiran memenuhi rumah kami, sepakat membawa berkat.



gambar masa mesyuarat

Di rumah, pagi-pagi hari bekerja, tinggal saya dan wan. Abg Long di Sarawak. Izzati dah mendaftar di IKIP Kuantan khamis lepas. Mimi pun dah mulakan sem terakhirnya di KUIS. Ipi ambil short sem di UIA.Sambil menjaga wan,memasak dan menguruskan rumah, saya memulakan kerja-kerja persiapan kenduri. Sejak andak (Izzati) daftar, pagi-pagi begini agak sunyi.. so waktu pagi, saya selalu ‘kidnap’ fariz- budak kecik umur 2 tahun lebih yang jiran saya jaga.. bawak dia ke rumah, sambil kemas2 rumah berceloteh dengan dia..
Petang-petang pulak, ‘special riadhah’. Pergi umah jiran , main ngan Zulaika (8 bulan).. biasa pas asar waktu dia makan.. pas nenek dia suap makan, saya minta untuk mandikan dia, pakaiakan pakaian dan bawa pergi jalan-jalan.. seronok melayan telatah ika yang lasak dan lincah.. terhibur hati.,

Kerja-kerja mengemas rumah dah dimulakan, untuk menyambut tetamu dan saudara mara sempena kenduri abg long nanti. mengemas, mencuci dan menyusun atur 7 buah bilik bukanlah satu perkara yang mudah. Jumaat baru ni, sehari suntuk diperlukan untuk mengemas semuanya. Alhamdulillah, rumah kami sudah sedia menerima tetamu dan saudara mara yang akan bermalam di rumah. Bilik pengantin pun dah siap dikemas, Cuma tinggal kerja-kerja menghias yang akan dilakukan minggu terakhir nanti. Alhamdulillah, masa pengubahsuaian rumah 2 tahun lepas, abah dah siap plan untuk future. Alhamdulillah, waktu tu ada rezeki untuk luaskan rumah. Kebetulan orang sebelah rumah nak jual rumahnya so abah beli dan kerja ubahsuai rumah dilakukan untuk mencantumkan 2 rumah. Maka abah siap plan untuk jadikan satu bilik sebagai bilik pengantin, bilik yang lebih luas dari bilik-bilik lain dan dicantumkan dengan bilik air. Insya Allah, akan dirasmikan abg long dan pasangannya nanti.

2 minggu sebelum kenduri, persiapan makin rancak.. moga dipermudahkan semua, insya Allah..

Khamis lepas, saya, mak abah n syuhadaa menghantar Izzati mendaftarkan diri di IKIP Kuantan. Sebaik result SPM keluar, Izzati ditawarkan IKIP dan Yayasan Pahang untuk ikuti Sarjana Muda Syariah-Ekonomi dan Perbankan Islam. 2 tahun di IKIP dan 2 tahun di Universiti Yarmouk, Jordan dengan pinjaman Yayasan Pahang.

Masa mendaftar, ada 88 pelajar semuanya, yang akan ikuti KIBA- Kursus Intensif Bahasa Arab selama 3 bulan. 9 pelajar ke Morocco, 40 lebih ke Al-Azhar dan selebihnya pelajar yang sama jurusan dengan Izzati. Pelajar ke morocco dan Al-Azhar akan berlepas September nanti sementara Izzati dan kawan-kawannya akan menghabiskan 4 sem di IKIP, kuantan sebelum ke Jordan.

Saya turut mengikuti taklimat yang diberikan. Teruja sungguh dengan peluang yang adik-adik ni dapat untuk belajar di Al-Azhar, Morocco dan Jordan.. Alhamdulillah, semua rezeki mereka.

Kredit untuk Yayasan Pahang yang beri pinjaman pendidikan untuk mereka. bukan setakat pinjaman, tetapi pelajar yang pergi bawah YP juga diuruskan sepenuhnya oleh mereka. Beg Pakaian, Blazer, tiket kapal terbang, passport, visa dan segala urusan sepanjang pengajian akan diuruskan YP. Pinjaman dah meliputi semua tu, termasuk penginapan masa kat sana nanti. Pinjaman berbeza ikut course/negara. Pelajar tahfiz al-azhar (24k), pelajar pengajian islam al-azhar (29k), pelajar perubatan Al-Azhar (230k)morocco (35k) dan my sis dengan kawan-kawannya 63k.

Tapi yang bagusnya pinjaman YP ni bayaran balik TANPA kos pentadbiran + ada potongan bayaran. Kalau dapat mumtaz tak payah bayar langsung, dapat jayyid jiddan potong 50% dan dapat jayyid potongan 25%. Pun ada potongan kalau habiskan bayaran awal.. jauh lebih bagus dari PTPTN yang ada kos pentadbiran + makin lambat bayar, adala tambahan bayaran..

moga tenang di sana..

  • Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Al- Fatihah buat ayah angkat tersayang, Abu Hassan Hj Kecik yang meninggal dunia pada jam 9.45 malam,Sabtu 12 Mei 2007



Sabtu malam, saya sedang berkumpul bersama mak dan adik-adik. Malam waktu istirehat, sambil menonton televisyen. Abah pula di ruang sebelah, sibuk membuat panggilan kepada saudara mara, menjemput untuk kenduri abg long nanti. tiba-tiba abah datang, menghulur telefon bimbit emak “ada miscall dari rumah Mak Nah” kata abah. Emak mencapai telefon bimbitnya dan terus mendail nombor rumah Mak Nah.Talian sibuk. Emak mendail lagi. Dan apabila panggilan dijawab, khabar duka, pemergian ayah angkat saya- yang saya panggil abah- diterima. Innalillah wainna ilaihi rajiun..

Saya, mak dan abah bergegas bersiap. Saya membawa bekal pakaian, berhajat untuk bermalam di sana. Abah dan emak mengizinkan. Di saat ini, hanya terbayang wajah duka ibu angkat saya –yang saya panggil emak-.. masih basah dalam ingatan, pemergian Kak Mawar, 2 tahun lepas. Masih baru lagi rasanya.. dan kini emak kehilangan pula suami tersayang. Janji Allah pasti, bila tiba waktu perjanjianNYA, kita pasti kembali.

Perjalanan ke rumah mereka mengambil masa lebih kurang 10 minit. Proton Saga kelabu yang dipandu abah membelah malam menuju ke Kg. Gajah Mati. Sampai di rumah, mak tenang di sisi jenazah abah. Saya memeluk emak. Membisikkan kata-kata semangat. Seterusnya mencari kakak-kakak yang lain. Mereka di bilik. Kak Ima, Kak Mas, seorang demi seorang saya salami dan peluk. Sedu sedan bersulam.. seorang demi seorang saudara mara dan jiran tetangga datang berziarah malam itu.. hampir 12 malam, yang tinggal Cuma anak-anak dan menantu-menantu arwah. Di sisi jenazah abah, emak masih setia melagukan ayat-ayat suci al-quran. Saya menemani emak, bersama abang-abang dan kakak-kakak yang lain. Kami bergilir-gilir membacakan ayat-ayat suci al-quran. Sambil membaca, emak meminta saya menyemak bacaannya, dan membetulkan jika tersalah baca. Hampir 3.00 pagi, mata saya tidak mampu menahan kantuk. Melihatnya, emak menyuruh saya tidur, dan saya meminta izin masuk ke bilik..

5.30 pagi-alunan bacaan al-quran mengejutkan saya dari lena. Selesai mandi dan solat subuh, saya kembali membaca Al-Quran di sisi jenazah. Abg ngah dan isteri bersama anak-anak sudah sampai lewat pagi tadi. Maka semua anak-anak arwah abah sudah berada di rumah. Saya mencari kelibat emak. Tiada di ruang depan itu. Saya ke dapur, mencari emak. Sayu hati melihat emak berdiri di depan pintu dapur, membelakangkan saya, menghadap remang-remang subuh. Jauh menungannya. Emak saya hampiri. Sekujur tubuh lemah emak saya dakap erat. Emak menangis di bahu saya. “akak baru lagi pergi, ni abah pulak tinggalkan mak” sendu emak di pagi hari. Saya memujuk emak, meniupkan kesabaran.. Ya Allah, tabahkan hati emak. Saya memahami derita emak. Masa saya masih kecil, anak emak yang ke 3- Abang Edi meninggal dunia dalam kemalangan yang ngeri. 2 tahun lepas, Kak Mawar kesayangan kami pula kembali kepada Rabb. Bukan kematian itu yang dikesali, tapi cara kematiannya yang tragis itu (rujuk entry mac 2005) amat memilukan. Dan kini, teman hidupnya selama 40 tahun pula pergi. Sejak arwah kak Mawar pergi, mak tinggal berdua di rumah itu dengan abah. Dan sekarang, perjanjian Abah dengan Rabb sampai. Tinggallah emak, dengan kesedihan yang tiada hujungnya..

Saudara mara, tetangga, sahabat handai semakin ramai memenuhi rumah. Saya mengikut mak cik-mak cik mencari daun bidara, melerai dan melumatkannya untuk mandi jenazah. Jam 9pagi, anak-anak arwah Kak Mawar- Hakim dan Nisa sampai bersama papa dan mama baru mereka. ketika memeluk tubuh kecil Hakim dan Nisa, emak menangis lagi. Mengundang pilu di hati kami yang melihatnya…

Hampir 11 pagi, jenazah siap dikafan dan disolatkan. Saya dan adik- Izzati memapah emak ke kubur untuk persemadian abah. Abah disemadikan di sebelah kubur arwah Kak Mawar. Emak dalam langkah yang longlai, dalam sedu sedannya menggagahkan diri membacakan ayat-ayat suci Al-quran untuk suami dan anak-anak yang telah pergi dahulu..

‘Wahai jiwa yang tenang, pulanglah kamu kepadaTuhanmu dengan redha dan kamu diredhai, masuklah bersama hamba-hambaku, dan masuklah ke dalam syurgaku”
****
3 hari, abah dimasukkan ke hospital kerana lemah jantung. Sabtu pagi, meronta-ronta abah ingin pulang. Kerana desakannya, doctor membenarkan abah pulang, dengan janji dia akan kembali semula untuk buat follow up. Malam itu, abah makan tengahari berlaukkan ikan goreng. Dia masih mampu berjalan sendiri, ke dapur, kedepan rumah. Selepas makan, abah baring di tilamnya.Jam 9.30 malam, abah mengadu kepanasan. Dia meminta Kak Mas memasang kipas. Abah cuba bangun dari pembaringan, tapi dia tiba-tiba rebah kembali. Hilang kekuatan. Dalam baringnya dia mengadu kepanasan. Emak mengambil air batu untuk meredakan kepanasannya. Abah kian tercungap-cungap. Kak Mas dan emak mengajarnya mengucap. Dengan mudah, nyawanya ditarik keluar dan dia kembali menemui Ilahi..

Hj Abu Hassan bin Kecik. Saya dan adik-adik memanggilnya ‘aboh gemok’.. kerana fizikalnya, pasti. Dari kecil, sejak saya belum lahir lagi, sewaktu kami sekeluarga menetap di Kg Gajah Mati, kami menyewa rumah sewa abah. Dan sejak usia saya 2 bulan, sewaktu mak dan abah bekerja, saya dihantar ke rumah keluarga ini. Ibu asuhan saya- Mak Nah- saya panggilnya Emak. Dan suaminya- saya panggil abah. Anak-anak mereka pula menjadi kakak dan abang saya. Dalam kasih sayang keluarga ini, saya membesar, hinggalah usia saya 7 tahun, keluarga kami berpindah ke Taman Saga. Namun hubungan erat ini tak pernah terputus.

Abah yang saya kenali, sangat berdisiplin orangnya, maklumlah dulu dia merupakan Tukang Masak Tentera. Selepas bersara dari tentera, beliau bekerja sebagai tukang masak hospital mentakab.
Walaupun tegas, abah penyayang orangnya. Masih ada dalam kotak memori saya kenangan zaman kanak-kanak bersama abah. Saya seringkali mengikut mak dan abah serta kakak-kakak menanam jagung dan pisang di tepi sungai pahang. Penat bekerja, kami membakar jagung dan pisang. Enak sekali jagung dan pisang bakar dimakan panas-panas dengan air kopi. Makan berkelah di tepi sungai pahang. Selesai makan, kami terjun sungai..

Masih terasa riangnya berendam dalam kolam ikan abah di belakang rumah, memungut ikan-ikan potak yang tersangkut di jaring. Dan masih terasa lenguhnya leher mendongak melihat abah memanjat pokok kabung untuk menadah nira pada dahannya… masih terasa penatnya mengejar itik-itik dan angsa, sewaktu mengikut abah dan emak memberi makan ternakannya..
Masih segar juga, kenangan berulang-alik ke jerantut pada hujung minggu untuk menziarahi kak Ima, anak bongsu mak dan abah yang ketika itu menuntut di SMK TAHAP. Dan sepanjang perjalanan itulah, abah akan menitipkan nasihat, agar saya belajar rajin-rajin.
Walaupun kami pindah ke Taman Saga, abah masih prihatin, terutama soal pelajaran. Setiap kali menhgadapi peperiksaan besar, abah tak lupa menasihati dan apabila result keluar, pasti dia antara orang yang awal bertanyakan keputusan…

Semuanya masih basah dalam ingatan.zaman kanak-kanak saya.. di atas dukungan abah, saya membesar..terlalu banyak jasa abah dan keluarga pada saya, adik-adik dan keluarga..

Buat abah, moga Allah membalas jasa dan kebaikan abah dengan kasih sayangNYA yang tak bertepi. Moga abah tenang di sana, di sisi Rab.. kami semua juga akan kembali nanti..

Saturday, May 05, 2007

jemputan




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
buat semua, jemputan ke majlis kesyukuran sempena walimah kekanda tercinta, MOHD AMIR WAFFI JAMALUDIN dengan pasangannya SITI NURFAEZAH ABDUL HALIM di kediaman kami:
60, jalan saga 15 taman saga 28400 Mentakab
pada 3 Jun 2007..
jemput datang memeriahkan majlis..
Mr Presiden- En. Sai, tolong wakilkan pada anak-anak buah yang lain yer..
pembaca setia blog nie.. sin chan@adaa, dik hussaini,sarah, hasnah dan kawan2 lain (kalau kebetulan pulang ke Malaysia)
dan semua la, semoga kehadiran anda memeriahkan majlis dan diberkati.. Ameen

kalian tak akan mengeri..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sedang saya menguli tepung untuk buat kuih badak berendam petang semalam.. mimi (adik ke 4) menghampiri..

“Ngah, kalau Mi cakap, ngah jangan marah yer..” katanya memula bicara.. membuat saya tertanya-tanya.
“kenapa? Cakaplah?”
“mimi terbaca yang awak tulis kat PC awak tu.. dokumen tajuk ‘my life’.. ”
Ha? YA Allah, macam mana saya boleh cuai sangat ni? Memang, PC itu tempat saya mencurah rasa, meluahkan bebanan fikiran dan tekanan hidup. Menulis dan menulis segalanya di ruang computer. Sepanjang berada di kampus, PC itu teman setia. Bila PC itu ingin dibawa ke rumah, usai pengajian dulu, telah saya kemaskini semua dokumen dalamnya. Segala yang berkaitan dengan soal hidup-terutama yang pahit-pahit telah saya simpan dalam satu driver lain- hanya untuk tatapan saya. Memang tidak biasa berkongsi kepahitan dengan adik-adik. Saya ingin mereka tahu yang gembira-gembira sahaja. Segala kepahitan, biarlah saya sendiri yang tahu.. saya telah pastikan, tidak ada satupun dokumen yang tercicir.. tapi, Subhanallah, dokumen yang satu itu- yang paling ‘perit’ tercicir. Cuai sungguh saya!

“so, mimi dah tahu?”
‘Hmm.. bukan mimi jer, andak pun tahu. dia jumpa dulu.. dia panggil mimi baca sama.. ”
Ha? Dua orang baca? So adik-adik saya yang berdua ini dah tahu.. aduss..
Saya cuba tersenyum. Terasa kelat. Mimi memandang saya, penuh simpati.
“dah tahu, takperla, buat-buat tak tahu jer..” kata saya perlahan.
“ tapi ngah, mimi tak sangka.. mimi ngan andak menangis baca..andak kata, dia rasa macam tengah baca novel yang paling sedih..”
Saya cuba tersenyum. Masih terasa kelat.
“takperla, menda dah lepas, ngah ok jer..”
Mata mimi mula berkaca.. “ngah, macam mana awak boleh sekuat, setabah ini?”
Saya hanya mampu tersenyum memandang mimi. Oh adik, kau tak akan mengerti..
Keluhan kecil saya lepaskan..Mencari kata-kata terbaik untuk diucapkan
“ Allah tu Maha Kuat. Kalau kita pilih untuk jadi lemah, kita akan lemah. Jika kita pilih untuk jadi kuat, kita akan jadi kuat.”
Mimi hanya mendiamkan diri dengan jawapan saya. Matanya memandang penuh simpati.
“dahlah, menda dah lepas. Ngah ok jer. Tak ada apa yang nak dikesalkan. Ngah Cuma harap, orang lain berhenti cakap yang buruk-buruk tentang dia. Manusia suka menghukum. Itu bukan kerja kita. Banyak menda yang kita tak tahu. jangan nak hukum sesuka hati kita. Hari ini, dia dah bangun semula, jadi diri dia. Bagilah dia peluang. Diapun nak hidup juga. Ngah harap orang tak cakap yang bukan-bukan lagi. Ngah ngan dia, kami tetap kawan baik. Yang lepas sudah, dah jodoh kami tak ada, ngah redha. DIA tahu apa yang terbaik.”
Mimi Cuma diam. Tak terkata apa…

Dan malam tadi.. dia muncul di kaca TV, seperti yang dimaklumkan, dia berjaya di situ. Saya mendokan dia akan terus berjaya, meneruskan warisan yang ditinggalkan arwah ayahnya.. saya percaya, tidak lama lagi dia akan menjadi public figure… semoga mendung dalam hidupnya akan berakhir. Moga dia berjaya meniti puncak kegemilangan itu semula. Yang berlalu tinggal sejarah, tanpa mungkin kembali, ia akan kekal jadi sejarah.bagi saya, yang lepas biarkan berlalu.. Saya redha dan saya percaya, DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kami..


selamat hari ibu

Mak dan Abah.. lebih kurang 23 tahun yang lalu.. Emak memangku abg long dan saya tenang dalam ribaan abah..
(muka mak masa muda- sama macam saya ker? )

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


SELAMAT HARI IBU..
Buat bonda tecinta Pn. Khalijah Mohd. Sharif, cintamu mekar di jiwa.

Mak yang istimewa.. bagi saya mak seorang iron lady.. bukan mudah di zaman ini seorang wanita berkerjaya melahirkan dan membesarkan 8 orang anak. Kalau kerjaya sebagai pendidik, mungkin masih ramai.. tapi emak saya kerja office hour. 8-5 berada di pejabat. Mak memang wanita besi. Walaupun bekerja, kami anak-anak tidak terabai. Saya kagum dengan mak, menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna.

Kerjaya mak dengan Telekom bermula sejak usianya 20 tahun.. tahun ini, sudah 27 tahun mak berkhidmat. Bermula sebagai seorang kerani, kini emak menjadi pegawai pemasaran Sales and Services, merangkap Ketua Kedai Tm Point Bentong..

Masa mak bertugas di Kuantan, keluarga kami terpisah. Mak membawa 2 adik yang bongsu tinggal bersamanya di Kuantan, Abah dan Izzati di mentakab sementara saya dan 2 adik lagi di asrama SMA AL-Wosto. Waktu itu, abang long di UM. Tiap hujung minggu, mak menaiki ekspres dari Kuantan pulang ke Mentakab. Sabtu hari untuk keluarga, mak masak dan datang ke asrama, melawat kami 3 beradik. Makan bersama-sama di kawasan sekolah. Ahadnya mak dan adik-adik pulang semula ke Kuantan.. tiada istilah penat, berjauhan sebenarnya mengeratkan hubungan kami..

Sekarang, mak bertugas di Bentong.. Pukul 6.40, sudah keluar dari rumah, menumpang seorang kawan. Ofis tutup jam 5, mak memulakan tugasnya mengira kutipan harian. Biasanya berlanjutan hingga 6 petang. Dengan menaiki bas, hampir sejam setengah perjalanan. 7.30mlm, baru mak berada di rumah. Malam masa untuk keluarga dan rehat.. itulah rutin mak setiap hari. Penat tapi mak tak pernah merungut. Bekerja untuk keluarga. Dan setia bersama emak, tentulah abah yang sangat memahami..

Kami pernah lalui masa susah, waktu mak bersalinkan adik yang ke 7 dan 8. sebagai kakitangan swasta, kelahiran anak selepas yang ke6 tiada cuti diberikan. Lalu mak mengambil cuti bergaji selama 2 bulan. So kami bergantung kepada pendapatan abah sepenuhnya. Kami adik beradik sekolah swasta, sebuah sekolah agama di Bandar Temerloh. So, pendapatan abah lebih banyak diperlukan untuk yuran sekolah. Soal pendidikan agama, mak dan abah memang sanggup berhabis.. dan memang itu tindakan yang bijak. Dari kecil bersekolah di sekolah agama. Alhamdulillah soal agama, fardhu ain terjaga.. dan hari ini saya akui, pendidikan awal itu banyak mencorak diri..

Waktu mak cuti tanpa gaji 2 bulan itu, hidup kami agak susah. Tapi Alhamdulillah, dalam sederhana itu ada keberkatan. Dan sekurang-kurangnya kami belajar erti hidup.
Hari ini, mak adakalanya menyuarakan hasrat untuk bersara awal. Tapi memikirkan anak-anak yang masih ramai di bangku sekolah, mak membatalkan hasratnya. Saya ingin bekerja terus, membantu keluarga lepas IJazah tamat. Tapi mak menghalang. Kata mak, dia harap saya menggenggam master, sementara dia masih berupaya menyara kami. Harapan emak saya bawa. Apa lagi yang lebih membahagiakan, selain daripada melihat emak gembira? Dan biar saya mampu menggenggam PHD sekalipun, tak terbalas tinggi jasa dan pengorbanan mak..

Kelahiran dua adik bongsu ini- tahun 1995 dan 1996 juga istimewa kerana kelahiran mereka letika cuti sekolah.. kesempatan itu merupakan ‘hadiah; dari Allah yang memberi ruang pada saya untuk menjaga mak ketika dalam pantang. Juga hadiah dari Allah kerana menjadikan hubungan saya dan 2 adik bongsu ini- Munawar dan Izyani –rapat. Kerana sejak dari usia beberapa hari itulah, saya membantu emak menguruskan, memandikan mereka.

Mak istimewa. Darinya, mengalir dalam diri saya bakat dan kepetahan berpidato, berdebat. Kerana saya mewarisinya dari emak. Dari zaman sekolah, emak pemidato yang handal. Hingga hari ini, emak masih aktif berpidato. Saban tahun mewakili Pahang dalam Pidato Kakitangan Telekom Kebangsaan, dan pernah menjadi johan kebangsaan. Sebab itulah, emak sentiasa menjadi pendorong saya dalam berpidato/berdebat..

Dari kecil juga, mak yang menanam minat membaca dalam diri saya. Masih saya ingat, dulu, saban minggu dibelikan majalah MIngguan Kanak-kanak untuk saya. (hari ni rasanya MKK dah tak wujud) dan minat itu berkembang, sebati dalam diri. Dibantu pula teladan dari abah yang memang minat membaca.

Cuma satu, saya jarang berkongsi masalah dengan mak. Bukan kerana kami tidak rapat, tetapi mungkin kerana emak bekerja, saya melihat kepenatan dan keletihan emak, sehinggalah tak sampai hati menceritakan masalah saya kepada emak. So untuk emak, hanya cerita yang baik-baik sahaja. Yang buruk-buruk, saya simpan sendiri. Tapi jadi terbalik pulak, coz bila ada apa-apa masalah, saya orang yang pertama mak hubungi. Duduk di kampus, saya sentiasa dekat dengan keluarga kerana mak sentiasa menghubungi, bercerita masalah dan perkembangan di rumah. Lebih-lebih lagi bila abg long bertugas di Sarawak, saya mengambil alih tanggungjawab hal ehwal adik-adik..

Bercakap tentang emak, banyak ingin saya curahkan.. moga Allah merahmati hidup emak, tak terbalas jasa dan pengorbanan mak, walau segunung emas saya persembahkan. Moga Allah beri saya kesempatan untuk terus membahagiakan emak,

Ya Allah, ampuni dosaku dan kedua ibubapaku. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka menyayangiku sejak kecil lagi..

saya yang masih kecil di atas ribaan emak

hampir 23 tahun berlalu.. saya dan bonda tercinta- Aidilfitri yang lalu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Hampir 2 minggu bercuti.. tiada apa-apa aktiviti menarik yang dilakukan. Rutin harian macam biasa.. jadi chef of the family.. yang berubah Cuma menu masakan coz no more masakan pedas-pedas.. sejak abah kena buasir, menu masakan perlu diubah.. kalau dulu, sambal menu wajib . Sambal tempoyak, sambal belacan, sambal ikan bilis, sambal asam jawa, sambal belimbing buluh dan bermacam jenis sambal bergilir. Kini, tak ada sambal lagi. Kesian kat abah. Kadang-kadang buat juga muka kesian dia tu.. ‘sambal takda yer..?’ padahal memang dah tahu, memang dah tak masuk menu.. Sorry bah, kena sihat dulu, so kena pantang sambal.. tapi yang tak bestnya, sejak sambal dah tak ada ni, bukan abah jer yang tak laju bila makan.. anak abah ni pun sama… tapi nak buat macam mana.. abah punya pasal.. ;-)

Lebih kurang sebulan sebelum majlis resepsi perkahwinan Abg long di rumah. Persiapan-persiapan semakin rancak dilakukan. Mak dan abah paling sibuk. Bila krisis minyak masak di pasaran, abah paling risau..

Kad jemputan telah diedarkan. Saya sendiri tidak sabar menanti majlis tersebut. It’ll be a big ijtima’. Masakan tidak, moga ada kesempatan (jika jemputan dipenuhi) berjumpa dengan guru-guru SMA Al-Wosto, guru-guru saya yang juga rakan setugas abah.. juga perjumpaan besar untuk keluarga kami yang memang sedia besar. Alhamdulillah, jiran-jiran setaman sedia membantu persiapan. Walaupun tinggal di kawasan perumahan, semangat muafakat di sini mash kuat. Bersyukur, jiran-jiran yang baik juga rezeki.. sakit pening, kenduri kendara, jiran-jiran sekeliling sentiasa ada membantu…

Menerima ahli keluarga baru.. kegembiraan buat kami sekeluarga.. mak paling gembira menerima menantu sulung.. Saya juga bersyukur dengan pilihan abg long. Dan benarlah, jika ‘kalkulator’ syariat, pesan nabi jadi ukuran, Insya Allah ada keberkatan. Saya kira, jodoh abg long mudah.. Abg long mengenali bakal kakak ipar saya selepas diperkenal kan kawannya. Berkenalan melalui sms.. selepas menyelidik dan yakin dengan agamanya, abg long menyuarakan hasrat hati pada mak. Aidilfitri tahun lepas, selepas hampir 6 bulan berkenalan melalui sms, kami sekeluarga menziarahi keluarga kak long di kuantan, saling berkenalan antara keluarga. Dan pertemuan itulah, kali pertama abg long dan kakak ipar saya melihat antara satu sama lain. Sebelum itu lagi, tekad abg long sudah bulat. Katanya, dia memilih kerana agama. Cukuplah itu sebagai panduan, bukankah nabi berpesan, pilihlah agama, nescaya akan beruntung. Walau kenal sekejap, abg long percaya pilihannya tepat. Dan untuk kenal lebih lagi, hanya ikatan perkahwinan yang menghalalkan..

Mengenali kak long, saya respek dia. Beberapa kali bermalam di rumahnya di Kuantan, saya yakin abang long tak tersilap memilih..

Keluarganya juga, baik-baik belaka. Hingga emak meminta kami memanggil mak dan ayah kak long juga dengan panggilan mak dan abah.. kata emak, kak long dah jadi keluarga kami. Mak dan ayahnya serta keluarganya juga adalah keluarga kami. Ukhwah 2 keluarga perlu dieratkan. Nyata indahnya hikmah perkahwinan, menyatukan 2 keluarga, mengukuhkan silaturrahim. Mak juga selalu berpesan, kami harus menerima kak long bukan sebagai seorang kakak ipar, tetapi umpama kakak sendiri.. Ya Allah,Ya Al-Jaami' (Yang Maha Mengumpulkan) kami memohon keberkatanMU dalam penyatuan ini…