JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, January 31, 2008

Kisah dari nama.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sebenarnya saya berhajat menulis entry ini smpena ulangtahun saya yang ke 24, dedikasi buat mak dan abah yang memberikan saya nama ini.

Alkisahnya, sebelum dilahirkan dan mendapat tahu ‘saya’ adalah perempuan, emak dan abah berhajat menamakan saya dengan nama Fatihah. Kerana saya adalah puteri ‘pembukaan’ mereka. (yang sulung abang). Namun entah bagaimana, ketika dilahirkan, nama itu bertukar menjadi ‘Atikah’, maka sehingga hari ini, masih kekal (hatta yaumul qiyamah, saya akan dipanggil dengan nama itu, Insya Allah).

Kali pertama saya menulis nama dalam bahasa Arab (jawi) adalah ketika berada di Tadika Al-Mukmin, ketika usia saya 6 tahun. Ejaannya- ‘ain alif ta kaf ha.

Dan sejak itu, versi nama saya dalam tulisan jawi sering diubah-ubah, terutamanya digantikan huruf ‘kaf’ dengan ‘qof’- menjadikan ejaan ruminya- atiqah. Seringkali bertukar mengikut pendapat ustaz itu dan ustaz ini, katanya ejaannya begini, yang itu pula kata begini, saya hanya tersenyum, terpulang, sementelahan saya sendiri tidak mengetahui yang benarnya, waima dalam hati saya amat menyukai ejaan ‘kaf’ kerana ditulis rumi atu jawi, sebutannya sama, dan ‘kaf’ sifat hurufnya lebih lembut, mudah untuk lisan Melayu, dan juga kerana sifat ‘qaf’ agak keras . Even dalam ‘ilmu dalalah Arab sendiri, perkataan yang agak keras selalunya menunjukkan makna (keras, susah, dahsyat) Cth: Qubur, Qiyamah-

Tapi setelah saya belajar, akhirnya saya jumpa bukti dan hujah kenapa saya harus mengekalkan ejaan nama itu dengan ‘kaf’. Jika dirujuk Mu’jam Arabi Asasi, bab huruf ‘ain, akan dijumpai perkataan ;ain alif ta kaf ha: dirujuk kepada 2 orang sahabiah pada Zaman Rasulullah, iaitu 1) A‘mmatur Rasulullah S.A.W- (Ibu Saudara Rasulullah SAW) ‘Atikah Abdul Mutalib dan ‘Atikah Binti Zaid. Maknanya, nama itu adalah nama klasik arab dan membawa cerita tentang tokoh sahabiah tersebut. Namun maklumat yang saya jumpa lebih banyak berkisar tentang ‘Atikah bnti Zaid sementara kisah ‘Atikah ‘ammaturrasul amat jarang diceritakan (saya akan cuba menggali sejarah itu nanti, Insya Allah)


::‘Atikah; kisah kecantikan yang melalaikan dan isteri Para Syuhada::

ATIKAH BINTI ZAID AMR BIN NUFAIL
Dia termasuk penyair wanita bangsa arab,memiliki kecantikan yang menawan,kesempurnaan dan akhlak yang baik.Pemikirannya juga jitu dan pendapatnya cemerlang.Syairnya banyak berkisar menggalakkan Muslimin berjuang, terutama memberi semangat kepada suaminya yang keluar berperang.
Dia berkahwin dengan Abdullah bin Abu Bakar As-Siddiq.Abdullah sangat memuliakan,menghormati dan menjaganya.Terleka dengan kecantikan dan cintanyakepada Atikah, Abdullah melalaikan tanggungjawabnya kepada Allah. Masjid tidak lagi dikunjungi tiap kali waktu solat, meninggalkan solat jemaah yang selalu dilazimi. Mengetahui keadaan itu, Abu Bakar menyuruh anaknya menceraikan Atikah. Dalam berat hati, dia menurut.Namun penceraian ini membuatkan Abdullah sakit.Lalu dia mengubah sebuah syair yang meluapkan rasa cintanya kepada Atikah.Lalu Abu Bakar menyuruhnya untuk rujuk kembali. Lalu Atikah dan Abdullah belajar dari kesilapan lalu, supaya tidak meletakkan cinta antara mereka melebihi cinta kepada Allah.


::tadabbur: Cinta Allah sentiasa teratas. Bercinta dengan makhluk, tanyakan pada diri, adakah cintu itu melalaikan kita dari memenangi cintaNYA??

Tatkala mereka berdua sudah rujuk,Abdullah menghadiahkan sebidang kebun,dengan syarat,Atikah tidak berkahwin lagi jika dia sudah meninggal dunia.Ketika Abdullah meninggal,maka Atikah merasa sangat tertekan dan terseksa. Lalu datang lamaran dari Umar Al-Khattab untuk memperisterikannya.
Maka ketika Umar binAl-Khattab melamarnya,dia menceritakan masalah kebun itu dan syarat dari Abdullah.Umar menyuruhnya agar meminta fatwa kepada Ali bin Abu Talib.Ali berkata,"Kembalikan kebun itu kepada keluarga Abdullah,sesudah itu berkahwinlah lagi!"Maka dia pun berkahwin dengan Umar.
Setelah Umar binAl-Khattab meninggal dunia dan sudah habis masa iddahnya,dia berkahwin pula dengan Az-Zubair bin Al-Awwam. Dan ketiga-tiga suaminya tadi meningal kerana dibunuh/syahid.
Setelah Az-Zubair meninggal dan masa iddahnya sudah habis,dia dilamar Ali bin Abi TALIB.Dia mengirim utusan untuk menemui Ali,dengan mengatakan,"Sesungguhnya aku tidak boleh membiarkan dirimu anak pakcik Rasulullah,dari pembunuhan".Namun Ali menjawab,"Siapa yang menyukai mati syahid di masa mendatang,hendaklah dia berkahwin dengan Atikah,".Ini kerana memang semua suaminya meninggal dalam keadaan terbunuh.
Kemudian dia dinikahi Al-Husain bin Ali.Ketika Al-Husain terbunuh,Atikahlah yang pertama kali mengangkat pipinya dari tanah dan membersihkannya.Sesudah itu Atikah hidup menjanda.Maka Abdullah Bin Umar pun pernah berkata,"Barangsiapa menghendaki mati syahid,hendaklah menikah dengan Atikah".Atikah meninggal dunia sekitar tahun empat puluh hijrah.

Akan datang: Syair ‘Atikah bt Zaid dalam Hamasah Abi Tammam dan
Kisah ‘Atikah b. Abdullah (Ummu Maktum) ; ibu si buta yang syahid

- itu kisah sejarah, untuk diambil ikhtibar dan pengajaran, dan saya ingin menjiwai, semangat dan ‘khidmat cemerlang’ atikah R.A buat keluarga, dan ummah seluruhnya.

TADABBUR; Sejarah. Kita belajar darinya, namun harus juga ditanya diri, sejarah apakah yang ingin kita lakar dalam usia yang terhad ini, untuk jadi bekalan ‘saham’ di sana?



::Hadiah buat diri::

2minggu lalu, selepas presentation taqwim+ juhud yang diletak menjaykan workshop SLEU: mendapatkan 2 buku- 1) Ketika Cinta Bertasbih 2- sambungan lalu untuk karya cemerlang seterusnya dari Kang Abik
2) Pendidikan Rabbani-mengenal Allah melalui ilmu dunia (Prof Sidek Baba)

Tapi belum berkesempatan menamatkan keduanya, dihimpit tugasan pelajaran.

Minggu ini- selepas midterm dan presentation- esok saya kan pulang ke rumah, sudah terhidu aroma laman ayahbonda yang sudah lama tidak dinikmati (last balik- raya haji). Adik-adik di rumah sudah mula bising, bila kak Ngah nak balik? Dan bila dikhabarkan saya akan pulang jumaat (esok) si Bongsu Izyani sudah mula menghitung hari,menanti pulangnya saya. Dan saya sendiri, amat rindukan keletah dan hilai tawa mereka sesungguhnya, rindu mengucup tangan mak dan abah, merasai kasih sayang mereka dan keluarga dalam teratak keluarga kami yang sederhana.

13 & 15 feb- mid term lagi, dan hadiah buat diri yang seterusnya adalah menghadiri kursus kahwin 16 & 17hb.. (ambil kursus je, bila,siapa,di mana- persoalan2 yang belum ada jawapannya)- Wallahu ‘alam apa yang terbaik, Insya Allah.

::Antara 2 cinta::
Perlu istikharah, memilih dua cinta. Dua-duanya amat saya cintai, dua-duanya punya sumbangan tersendiri.

Perbincangan dengan ustaz-ustaz, hasil bacaan,menilai kemampuan- sudah ada 2 tajuk tesis yang berlegar dalam kepala. Kedua-duanya punya sumbangan,kedua-duanya majal (bidang) yang saya cintai. Cintai amat.bukan sikit-sikit. Dan keduanya memberi makna. Lalu, antara 2 cinta ini, saya harus memilih satu, satu lagi- mungkin dijadikan kajian ilmiah untuk kepentingan dan sumbangan bersama, jika saya punya kelapangan, Insya Allah. (atau ‘simpan’ untuk PHD )

Istikharah. Akan istikharah . Memilih tajuk tesis. Buat masa sekarang, mengumpul bahan dan menulis proposal. Sebaik result exam sem ini keluar nanti,proposal terus dimajukan, Insya Allah. Moga dimudahkan semua, Allahu Al-Musta’an.

Saturday, January 26, 2008

24 yang 24: sanah helwah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

24 january 1984-24 january 2008

24tahun yang lalu, ketika usianya 24 tahun, emak melahirkan saya.. 24 tahun berlalu,usia saya kini 24 tahun, seusia dengan usia emak ketika melahirkan saya..

emak,, terima kasih menyabuang nyawa melahirkan kak ngah, jua atas kasih sayang dan tiap pengorbanan
abah, terima kasih atas jerit perih membesarkan,didikan yang sempurna dan kasih sayang
MOga2 kak Ngah diberi ruang dan peluang membahagiakan mak dan abah,dunia n akhirat, Insya Allah..

Rabbirhamhuma kama rabbayaani saghiira

terima kasih buat semua atas ucapan sanah helwah.. moga tahun ini dan tahun2 mendatang, bertambah keberkatan,diluaskan rezeki dan sentiasa diberi kekuatan, Amiin..

::tahu baru,usia baru, 'rumah' inipun berwajah baru..masih dalam renovation..

hari2 lalu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

::workshop SLEU::
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, dan terima respon yang baik dari participants. yang penting mereka belajar dan dapat manfaat dari workshop tersebut. One of the said:

Both of you did a good job, gave you best shot and it really help.

Alhamdulillah, pujian selayaknya milik Allah yang memudahkan semuanya. Allahu Akbar.


::Majlis Pengislaman Orang Asli Bkt Kala::
Alhamdulillah, seramai 14 Orang Asli Bukit Kala, termasuk Tok Batin memeluk Islam. Majlis dipimpin YB Parlimen Gombak, Dato' Dr Rahman. Pada majlis tersebut, saya menjadi MC bidan terjuan. Allhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Moga-moga selepas ini ramai lagi orang Asli di sana akan memeluk islam, Insya Allah

Thursday, January 17, 2008

berjuanglah di jalan Allah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

FIRMAN Allah s.w.t: Dan berperanglah kamu sekalian di jalan Allah, dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (al-Baqarah: 244)

SYEIKH Sya’rawi berkata: “Selepas Allah menceritakan berkenaan dengan cubaan sebahagian daripada Bani Israel yang ingin melarikan diri daripada kematian tetapi Allah mentafsirkan mereka untuk mati kemudian menghidupkan dengan begitu mudah.

“Ini merupakan pelajaran yang amat jelas bagi orang yang beriman yang apabila datang urusan berperang pada jalan Allah, maka jangan risau hai orang yang beriman jika peperangan menyebabkan kamu menerima kematian. Ini kerana mati boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja.”

Firman Allah s.w.t: Dan berperanglah kamu sekalian di jalan Allah.
Ibnu al-Arabi berkata: “Satu kumpulan ulama kami mengatakan: Ayat ini merupakan ayat yang mujmal. Akan tetapi pendapat ini salah, malah ia adalah ayat yang umum.”

Imam Malik berkata: “Jalan-jalan Allah itu banyak.”
Al-Qadhi berkata: “Tidak ada satu jalan pun dari jalan-jalan Allah melainkan ada perjuangan ke atasnya dan padanya. Jalan Allah s.w.t yang paling awal dan agung ialah Islam.

Allah berfirman yang bermaksud: Katakanlah wahai Muhammad. Inilah jalanku, aku dan orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. (Yusuf: 108).

Rasulullah s.a.w. bersabda sebagai menyempurnakan maksud ayat itu dengan katanya: “Barang siapa yang berperang untuk meletakkan agama Allah s.w.t. di tempat yang paling tinggi, maka dia berperang di jalan Allah s.w.t..”

Dengan itu ternyatalah apa sahaja aspek yang berkaitan dengan syariat harus berlaku peperangan kerana untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Dengan itu ternyatalah ayat itu difahami menurut keumumannya dan ada penegasan dari segi pengkhususan hukumnya.

Jika dikatakan: “Bagaimana dengan orang yang berperang kerana mempertahankan hartanya?
Kami menjawab: “Dia berperang di jalan Allah s.w.t. berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Barang siapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya, maka dia mati syahid.”

Hamka berkata: “Berperang pada jalan Allah s.w.t. adalah untuk meninggikan Kalimah Allah untuk mengamankan agama daripada ancaman musuhnya untuk mempertahankan dakwahnya. Kata Sabilillah yang bermakna Jalan Allah merangkumi maksud yang sungguh luas. Mempertahankan kemerdekaan pun dikira termasuk di dalam rangka jalan Allah s.w.t..

Sebab bangsa yang dijajah dan diperkotak-katikkan oleh bangsa lain seolah mereka telah dibunuh. Maka sepakatlah ahli-ahli fiqh mengatakan bahawa apabila musuh telah masuk ke dalam negeri orang Islam, maka hukumnya menjadi fardu ain untuk berperang pada waktu itu. Semua orang wajib untuk mengerahkan tenaga bagi mempertahankan negerinya dan tidak boleh ada seorang pun yang ketinggalan sehingga semuanya bersama dalam medan peperangan itu.”

Al-Baghawi berkata: “Kebanyakan ahli tafsir berpendapat ayat ini ditujukan kepada yang dihidupkan supaya berperang pada jalan Allah s.w.t. kemudian mereka keluar dari negeri mereka lari daripada jihad. Lantas Allah s.w.t. mematikan mereka kemudian menghidupkan mereka dan memerintahkan untuk berjihad. Ada pendapat mengatakan ia dituju kepada umat ini.

Al-Sonhaji berkata: “Mengikut setengah qaul (pendapat) ulama, ayat ini ditujukan kepada kaum yang tadinya telah dimatikan oleh Allah s.w.t. kemudian dihidupkan-Nya semula, maka setelah dihidupkan, mereka telah diseru supaya berperang di jalan Allah.”

Mengikut setengah qaul ulama yang lain pula, ayat ini ditujukan kepada umat Muhammad s.a.w., yang maksudnya: “Janganlah kamu melarikan diri daripada kematian seperti pekerti segolongan kaum Bani Israel yang yang diceritakan dalam ayat 243 itu – mereka telah melarikan diri kerana takutkan mati. Perbuatan melarikan diri yang sedemikian tidaklah ada gunanya.

Maka dalam ayat ini terkandung seruan supaya orang mukmin itu hendaklah berjihad (berperang) pada jalan Allah.
Sayyid Qutub berkata: “Di sini kita dapat memahami sebahagian dari tujuan peristiwa ini, iaitu kita dapat memahami sebahagian daripada hikmah Allah s.w.t. menceritakan pengalaman ini kepada kaum Muslim dalam generasinya yang pertama dan dalam seluruh generasinya yang lain, iaitu janganlah kamu enggan berjihad di jalan Allah s.w.t. kerana cintakan kesenangan hidup dan takutkan mati, sebab mati dan hidup itu berada di tangan Allah s.w.t.. Oleh itu berperanglah kamu di jalan Allah, bukannya kerana sesuatu tujuan yang lain, dan berjuanglah kamu di bawah panji-panji yang lain. Berperanglah kerana Allah.

Firman Allah Taala: Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Sayyid Qutub berkata: “Maksudnya Allah s.w.t. mendengar segala perkataan dan mengetahui segala rahsia atau tujuan di sebaliknya. Allah mendengar segala permohonan dan memperkenankannya dan Dia mengetahui pula segala sesuatu yang mendatangkan kebaikan kepada kehidupan dan hati mereka. Berperanglah di jalan Allah s.w.t. kerana di dalam perjuangan ini tidak ada amalan yang sia-sia di sisi Allah.

Jihad kerana Allah s.w.t. itu merupakan satu pengorbanan. Pendermaan harta dan infak kerana Allah s.w.t. biasanya digandingkan di dalam al-Quran dengan pembicaraan jihad dan peperangan, terutama di masa jihad itu merupakan amalan sukarela dan para mujahid terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri.

Kadang-kadang ia tidak dapat berjihad kerana harta tidak ada, oleh sebab itulah perlu adanya galakan yang berterusan (mendesak orang ramai) mengeluarkan derma untuk memberi kemudahan kepada para mujahidin di jalan Allah s.w.t.. Oleh itu di sini (ayat yang berikut) mengemukakan seruan derma dan infak dalam bentuk yang amat menarik.

Al-Sonhaji berkata: “Allah itu Maha Mendengar akan ulasan-ulasan dan alasan-alasan orang tentang seruan berjihad itu, sama ada menyambut seruan itu dengan patuh ataupun enggan mematuhinya sambil berdalih mengemukakan berbagai alasan. Lagi mengetahui, yakni Allah Maha Mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati hamba-Nya, yang mana semuanya itu kelak akan diberi-Nya balasan.”

Al-Qurtubi berkata: “Allah s.w.t. mendengar ucapan kamu seperti mana mereka berkata dan mengetahui kehendak kamu dengannya.”

Iktibar Ayat:

* Imam Nasafi berkata: “Galakan supaya berjihad selepas diberitahu kerana tidak mungkin kita boleh melarikan diri daripada mati.”

* Al-Maghari berkata: “Arahan dalam ayat ini supaya kita menghiasi diri kita dengan sifat berani dan memakai seluar kekuatan supaya musuh berasa gerun dan kita menjadi golongan yang mulia dan hidup dalam kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

* Mengisbatkan sifat Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

credit: utusan online

malam ini 17 januari, 8pm, MIni Audi, IIUM

Study Skill Workshop

'taking note skills'

organizer: Student Learning Enhancement Unit

Facilitator: Sr. Nur Atikah Jamaludin & Sr. Ulfah Mansurah

-all are invited- (free)



Tuesday, January 15, 2008

update..

Ahad,

pagi –pagi lagi, saya menunggu Adik Fatihah, memboncengnya menuju ke Kg Bkt Kala. Ingatkan kami berdua ajer, tiba-tiba saya dimaklumkan ada 3 motor lagi akan bersama kami, beah,syikin,imah,fatin,yuni dan saper sorang lagi? Lupa pulak saya. Tapi semua adik2.. kira saya paling muda ;-)
Kami ambil keputusan bersarapan dulu di gerai berhampiran SM Teknik Gombak.. dan bila 8 minah rempit turun dari motor,semua mata memandang.. aduh,segan pula rasanya.. dan ni kira pecah rekod pula, 8 sister COMRADE merempit ke tempat program.. hehe..

Kami sampai di Bukit Kala. Acara baru nak bermula, hari ini dipenuhi dengan acara sukaneka dengan penduduk kampung. Hujan turun, kejap lebat,kejap berhenti,kejap renyai. Namun acara diteruskan. Acara netball berlangsung dalam keadaan hujan renyai-berhenti-hujan. 1st game, saya jadi pengadil. Takdela straight sangat. Ala kadar aje. Tapi melihat team Bukit Kala main, memang mantap. Rupa2nya mereka memiliki team yang sering + join pertandingan. Team A uia tewas 1 mata kepada team bukit kala A.

2nd game-saya pula bermain. Melepaskan gian. Kebanyakan adik2 yang satu team dengan saya, 1st time main-sekadar mencukupkan team. Kami main ntah apa2. dalam renyai2 hujan, kami jadi ‘sayur’- pasukan belasahan. Tewas 1-13 kepada team bukit kala B.. tak kisahla, yang penting, semangat kesukanan dan mengeratkan hubungan dengan beliawanis kampung.

Final terpaksa dihentikan kerana hujan, dah tengahari sikit baru bermula. Dan kali ini, saya menjadi penjaga masa dan pencatat markah. Dah tak larat. Bukit Kala B (yang tewaskan team saya menang 21-1. permainan mereka memang hebat petang itu, amat kagum saya melihatnya.Lincah dan memiliki skill tersendiri.

Bagi kanak-kanak,pelbagai acara diprogramkan untuk mereka, jelas tersenyum ceria adik-adik ni. Kaum bapa juga dengan acara mereka, gusti lengan,menyumpit,takraw dan sebagainya, dan bagi Kaum ibu juga,pelbagai acara untuk mereka, antaranya pertandingan memasak ikan keli,dan musang berjanggut .

Walau keadaan cuaca kurang baik,acara diteruskan sampai petang. Dan acara terakhir petang itu, saya turut menyertainya. Acara tarik tali, team saya (campuran uia dan beliawanis bukit kala) kalah di final,menentang kaum ibu bukit kala. Mana taknya, kami semua saiz s, berbanding mak-mak ni.. apapun, meriah sungguh hari ini.

Malam-majlis penutup. YB Parlimen Gombak turun, YB ADUN Ulu Klang hadir. Dari UIA-Dr Akmal menjadi wakil. ABIM diwakili En Sirajuddin Siraj- YDP ABIM Selangor (yang bersama dalam program sejak jumaat lagi). Juga wakil-wakil penganjur yang lain- Persatuan Penyayang Nur Iman, JHeoa,JAKIM,JAIS, Masjid Al-Ghufran TTDI.

Saya menjadi MC, bergilir dengan abang Azmi (Dj Asyik.fm) gentar juga, berganding dengan dj professional, tapi Alhamdulillah, semua berjalan lancar.

Ucapan Tok Batin adalah satu kemanisan bagi kami, bila beliau mengumumkan beliau dan keluarganya bersedia memeluk islam, Alhamdulillah. Beliau juga menyeru anak-anak buahnya bersama beliau,memilih agama ini.


Tok Husin Ngah Yin, amat saya kagumi. Seorang pemimpin masyarakat orang asli yang berwawasan. Saya kira dikalangan orang Melayu sendiri sukar mencari pemimpin sepertinya. Ketika berucap,isinya dan buah fikirnya amat bernas, bercakap tentang wawasan,ekonomi,budaya,sosioekonomi,agama dengan bijaksana. Terserlah wibawanya. Bukan sahaja kerana cara pengucapan umumnya yang berkesan,tapi seruannya kepada anak-anak buahnya jauh melangkaui masa. Antara persoalan yang dilontarkannya,yang harus kita sama-sama fikir- wawasan 2020 Cuma tinggal 12 tahun sahaja lagi, boleh kita bayangkan,dengan apa yang kita miliki hari ini, di manakah kita,12 tahun mendatang itu? Tanpa ilmu,kemahiran dan daya tahan dalam persaingan, ke manakah kita?


Usai majlis, saya sempat berbual dengan tok Husin, mana dapat idea bernas, berucap dengan hebat begitu? Spontan beliau menjawab “kita ni, kalau nak banyak ilmu,kenala rajin membaca’. Subhanallah,satu saranan dan ingatan yang menambahkan kekaguman saya dan rakan-rakan yang ada mengelilinginya ketika itu.

Kg bkt Kala kami tinggalkan malam itu. Jam 12mlm, baru saya tiba di Mahallah. Penat tapi puas, minggu depan kami akan datang lagi, perlu ada follow up sepanjang minggu. Hinggalah 20hb nanti, majlis ucap syahadah akan dilakukan. Moga saat itu, lebih ramai akan memilih islam sebagai anutan, YA Allah, bukakanlah pintu hidayahMU bagi penduduk-penduduk di sini, Amin.

ADA APA DENGAN BUKIT KALA.??
Kg Org Asli Bukit Kala merupakan kawasan perkampungan Orang Asli yang terletak di Bt 12, Gombak. Bagi pengguna jalan lama KL-Karak, pasti perasan perkampungan Orang Asli di sepanjang jalan tersebut, dan kawasan Bukit Kala meliputi kawasan sepajang jalan lama tersebut, hinggalah Lebuh Raya Kl-Karak (sebelum tiba di persimpangan Genting). Yang lebih istimewa, di Kg Bkt Kala, 18 suku kaum orang Asli berkumpul.


Jika di penempatan lain, biasanya hanya ada satu kaum sahaja menetap tetapi di sini, anda akan menemui hampir kesemua suku kaum orang Asli yang ada di Malaysia. Sebab itulah, Tok Batin Husin melihat kampungnya amat berpotensi untuk program Homestay kerana keunikan penduduk-penduduknya.

Kebanyakan penduduk di sini berhijrah dari kawasan penempatan utama mereka (contohnya: bateq & Jahai-Kelantan, Temiar-Perak, Semai-kawasan Cameron Highland, Semelai- Tasek Bera,Pos Iskandar) ke sini, antara sebab utama adalah kewujudan Hospital Orang Asli di kawasan ini. Permulaannya, mereka datang sebagai pesakit, setelah menetap agak lama, mereka memilih untuk terus membina kehidupan di sini.

Contoh paling nyata, jika seorang ibu kaum Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman, jika kandungan berusia 6 bulan,mereka sudah dibawa ke hospital ini dengan helicopter, lalu tinggallah di Gombak sehingga bersalin dan keadaan kesihatan pulih. Adakala, keluarga yang lain (suami,anak-anak) akan menemani sepanjang tempoh tersebut, maka mereka adakalanya memilih untuk terus menetap di kawasan Bukit Kala.

Keunikan Bkt Kala dengan 18 suku kaum orang Asli menambahkan’keunikan’ kawasan Gombak. Jirannya- UIA, mengumpulkan warga dari 99 negara, dengan pelbagai kaum. Subhanallah yang menjadikan manusia bersuku kaum, manifestasi keagunganNYA Yang MAha Besar. Dan lebih indah, hampir semuanya beragama Islam- agama suci yang menyatukan semua kaum ini, hidup dalam aman dan penuh semangat kasih sayang. JIka sekarang,30% penduduk Bkt Kala adalah Muslim, moga-moga akan datang makin ramai menjadi sebahagian dari kita. Usaha dakwah dan tarbiyah mereka yang Muslim perlu berterusan. Ancaman Kristian kian menggugat. Moga pejuang-pejuang agama, tidak luntur semangat mereka, meneruskan perjuangan dengan mengharapkan redha Allah semata-mata, Allahu Akbar!

Isnin:


bangun pagi, terasa sengal di seluruh badan, penangan main netball dan tarik tali semalamnya. Maklumla,skru-skru dah ketat.

9pagi-diskusi dengan Kak Fiddah, classmate saya dari Indonesia.
11.30- jumpa Madam Nor Asiah, lapor tentang perjalanan kelasnya yang saya gantikan jumaat lepas.
Selepas Zohor- kelas Constractive & Error Analysis (At-Tahlil At-taqaabuli wa tahlil al-akhta’). Saya menyambung pembentangan,mengetuai perbincangan tajuk tentang at tahlil at-taqaabuli. Pendapat-pendapat yang menentang kajian ini dan contoh-contoh kajian dalam lapangan ini.

Usai Asar, saya dan Mok Ana ke Sate Kajang Hj Samhuri, Tmn Melati. Lewat petang begini, baru berkesempatan saya mengisi perut. Tengahari tadi, hanya sekotak susu jadi alas perut. Tak sempat nak mencari nasi.

Sementara menunggu maghrib, saya duduk di depan AinCom, untuk medapatkan wireless free, buat research untuk tajuk pembentangan saya minggu depan.

Usai Maghrib, bergegas pula ke library, ada perbincangan lagi, kali ini dengan Adik Ulfa, berkenaan workshop kami khamis nanti. Perbincangan berlanjutan hingga 11.30 malam. Sampai di bilik, menyegarkan diri, Solat Isyak diikuti solat hajat, mohon diberi kekuatan dan dimudahkan urusan-urusan saya.

Menyambung study, dan tidur pulas-sepulasnya.

******
Bila saya memerhati rutin harian yang padat, saya hanya mampu mengingati pesanan ‘dia’. Katanya: “saya harap, awak dah mula fikir tentang hal itu”

Lalu, dalam kepadatan jadual dan tugasan harian begini, sungguh, saya tidak punya masa yang terbaik untuk memikirkannya, tidak ada ruang terbaik untuk mengungkai tiap simpulan yang rumit. Lalu saya kesampingkan semua, dan sesungguhnya, sebab itulah, hari ini, saya masih begini, dan lebih senang begini, hingga satu masa yang tepat itu tiba.. entah bila, saya sendiri kurang tahu, hanya mohon dipermudahkanNYA tiap urusan, dan diberiNYA yang terbaik, dari DIA untuk najah di dunia dan akhirat, Amin.

******
Tahniah buat Norlizan@Yan, sahabat saya di wosto- teman sekelas yang juga duduk di sebelah saya semasa di tingkatan 1 & 2. Moga kelahiran puteri sulungnya- Aisyah Humaira 8 januari lalu menceriakan hidup Yan dan suami. Moga Aisyah jadi puteri yang menyumbang kepada agama, insya Allah.

Sempat saya bermesejan, bertanya Yan, apa perasaannya dah jadi ibu.

Kata Yan: “seronok sangat. Rasa sayang sangat kat anak sendiri”

Hm.. anak?? Mesti seronok kan? Buat masa sekarang,dengan keadaan rutin yang begini, rasanya saya juga bahagia seadanya, dengan anak tekak,anak kucing, tak lupa anak-anak tangga yang dinaiki saban hari-ke kelas dan ke library, atau ke bilik ustz ustazah. Hehe.. masanya akan tiba jua nanti ;-)


Selasa.

Tiada kelas. Hari mengemas bilik dan membasuh pakaian. Maklumla, minggu lepas, hatta sabtu dan ahad jadual saya penuh, maka kurang ihtimam nak buat semua ini. Maka pagi ini, ops bilik dilakukan, tenang hati melihat bilik bersih sebersihnya, baldi kosong sekosongnya. Sedang menyidai pakaian di depan bilik, Principal Mahallah lalu, K.Sham (bos saya di Ofis mahallah) ada bersama, diiringi 2 wanita.

Rupanya rombongan dari luar, ingin meninjau fasiliti di Mahallah Asiah. Mereka meninjau kawasan blok saya. Sempat saya menyapa mereka, lalu diperkenalkan saya kepada kedua tetamu tadi oleh k.Sham. mereka meneruskan tinjauan,dan saya meneruskan sidaian.

Tidak lama kemudian,mereka berpatah balik, kata K.Sham, mereka ingin melihat fasiliti di dalam bilik,lalu meminta izin masuk ke bilik saya. Dengan senang hati, saya menjemput mereka masuk. Mujur, Alhamdulillah, pagi tadi dah Ops Bilik. Sempat k.Sham mengomen : “Amboi Tikah, cantiknya bilik,macm bilik pengantin. ” saya hanya mampu tersenyum. Hehe, cantik apanya, biasa-biasa ajer..

Rombongan mereka pulang. Meninggalkan saya di bilik. Dan tugasan sebagai pelajar menunggu..

DOAKAN SAYA.. HARI2 MENDATANG AGAK MENCABAR

ALLAHU ALMUSTA'AN.

Saturday, January 12, 2008

hujung minggu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sabtu.. hari cuti.. tapi macam biasa la, bagi seorang saya.. cuti ke tak cuti,sama ajer.. hidup ini terlalu singkat untuk 'bercuti-cuti' sahaja..

Sabtu pagi, siapkan kerja untuk presentation next week.. untuk subjek evaluation of arabic as second language textbook.. masih belum siap.. maklumla, dapat tajuk 'universal charecteristics in evaluating languages textbooks. (dalam arab).. jenuh nak mencari criteria ni, untuk bahasa2 utama dunia..

dan siapkan untuk workshop juga..
power point terutamanya, nak kena buat betul2.. yang saya belajar sejak dulu2- be profesional, even dalam power point (ni tak ramai orang ambil ihtimam)

pas zuhur- ke bukit kala.. program dakwah+maal hijrah dengan saudara baru di sana..
sekadar 'kacau-kacau- jer.. kacau orang masak. kacau adik2 main, sempat kenal2 dengan beberapa saudara baru.. antaraya kak aisyah yang baru masuk islam 2 hari lepas..

pas asar- hujan turun,patutnya ada riadah.. malam nanti tak ada aktiviti besar, kebanyakan aktiviti hanya akan bermula pagi esok. so, saya decide untuk pulang ke uia, ada beberapa kerja jugak yang nak diselesaikan.

just received the message from mok ana yang ada di bukit kala- mereka memerlukan khidmat saya untuk jadi MC majlis penutup esok. majlis formal. ada YB Gombak lagi.. mula-mula saya terima, nak bantu diorang, then baru teringat.. saya masih batuk-batuk.. malam lagi teruk (kerana cuaca sejuk) so, rasanya better panggil orang lain, takut ganggu kelancaran majlis..

so, just wait and see.. tak leh berlama-lama.. ada kerja menanti..
sok pagi-saya akan ke bukit kala semula. 'merempit' dengan si Fatihah..
Esok pagi ada family day.. teringin nak join acara netball- persahabatan dengan belia kampung.. dah lama tak main ni..

****
hari ini dan hari esok
terima kasih kerana tidak memaksa
terima kasih kerana memahami
hari-hari esok
saat ingin aku pergi
pasti jawapan itu aku beri


***
rindu nak balik rumah..
adik-adikku sayang..
jangan nakal-nakal...

Friday, January 11, 2008

selamat tahun baru 1429h


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

sihat mahkota orang sakit
Lama saya tidak update. Agak malas menulis dan kesibukan dengan tugas-tugas harian sebagai pelajar. Hujung tahun 2007/awal 2008, ditarik nikmat sihat. Bermula dari selsema biasa, hinggalah malam tahun baru itu, saya terlantar mengerang di katil. Kepanasan yang amat menjadikan kepala pening dan terasa bisa-bisa di segenap sendi. Sejak mula terasa kesakitan, saya tidak mengunci pintu bilik, mudah jika apa2 yang tidak baik berlaku. Benar gerak hati saya, sudahnya saya tidak mampu lagi bangun. Terasa kesakitan menyerang tiap sendi. Hanya air mata mampu mengalir, sambil berdoa agar rakan-rakan sebilik tergerak hati membuka pintu bilik saya. Hinggalah maghrib itu, jannah membuka pintu bilik saya, mengajak berjemaah bersama seperti kebiasaannya. Terkejut dia melihat saya mengerang di katil. Dan usai maghrib, saya dibawa ke klinik. Dapat MC sehari. Thanks jannah yang bersusah payah membawa saya ke klinik, thanks Saiidah, seorang lagi roommate saya yang macam ibu pula. Membelikan makanan dan mengingatkan saya tiap kali waktu makan ubat. Sakit penyembuh dosa. Mudah-mudahan begitulah. Sepanjang tahun, Alhamdulillah, diberiNYA nikmat kesihatan, sakit begini, mengingatkan betapa sihat itu amat berharga.

Alhamdulillah, sudah kembali segar melaksanakan tugasan harian, Cuma masih batuk-batuk. Dan sindrom selepas demam teruk begini, hilang selera makan. BMI yang mula stabil sem lepas kembali menurun. Moga2 selera untuk makan akan kembali stabil nanti.
Saat-saat sakit begini,saya rindukan wan (nenek saya), biasanya, jika diserang demam panas begini, tangan tuanya yang hanya tinggal kulit, tak henti memicit kepala yang pening. Kekar tangan tuanya yang berkedut terasa segar menyentuh kepala, sambil kekadang menyelung dengan air asam jawa untuk meredakan kepanasan. Itulah wan dan kasih sayangnya..

Sem ini agak banyak cuti, krismas,raya haji,tahun baru,awal muharram,dan nanti Thaipusam. Agak merencatkan aktiviti pembelajaran, banyak cuti kadang-kadang menghilangkan focus, sudahlah saya memang tiada kelas selasa dan jumaat, terasa macam main-main pula. Masih mencari-cari momentum terbaik. Saya tidak sukakan kekosongan begini,hanya menjadikan saya malas. Kesibukan sebaliknya selalu menjadikan saya lebih lebih menghargai masa..
conduct workshop
Lanjutan TOT SLEU, selepas melalui beberapa siri workshop sebelum dilantik sebagai fasilitator, Alhamdulillah saya terpilih. Dalam beberapa siri training sebelum ini, performance kami dinilai. Dan dalam workshop terakhir beberapa minggu lalu, kami diberitahu bahawa sesi pertama untuk student facilitator adalah pada 17 januari. Siapa yang melepasi ujian sepanjang sesi latihan akan dipanggil untuk mengendalikan beberapa siri workshop. Dan Alhamdulillah, saya menerima surat perlantikan sebagai speaker untuk sesi 17hb nanti. Agak mendebarkan juga. Saya dan adik Ulfa dilantik mengendalikan workshop bertajuk Note-Taking Strategies. Saat ini, saya dan Ulfa sibuk membuat persiapan,research tentang tajuk dan memikirkan aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk diisi sepanjang 2 jam sesi tersebut. Program SLEU lebih mementingkan Quantum Learning, bukan sekadar talk sepanjang masa. Moga dipermudahkan semuanya. Di sini, saya ingin menimba pengalaman mengndalikan workshop. Saya bukan seorang speaker atau trainer yang baik, tapi saya mesti belajar untuk menjadi yang terbaik! Alhamdulillah ‘ala kulli hal, saya melihat ini sebagai ruang dan peluang dariNYA untuk saya memberi nilai tambah pada ASK- Attitude,Skill and Knowledge. Permulaan yang baik untuk tahun ini, Insya Allah

Selamat tahun baru 1429 Hijrah,
ikut taqwim hijrah, umur saya mencecah suku abad. Lahir pada 21 Rabiul Akhir 1404 (seperti yang abah catatkan pada surat beranak), bermakna usia saya mencecah 25 tahun. Pada usia ini, Rasulullah SAW telah mengahwini Khadijah RA. Dan pada usia ini, para Sahabat sedang melalui zaman kegemilangan mereka sebagai pejuang agama Allah. (malah ada yang lebih muda dari usia ini telah dipilih memimpin angkatan perang- Usamah b. Zaid contohnya)
Dan dalam usia ini, dalam tahun ini, hanya keberkatan dari DIA saya harapkan,mengiringi tiap saat dan minit,jam dan hari,minggu dan bulan,moga dengan kasih sayangNYA, sentiasa terpelihara diri dan keluarga, menuju Al-Falah di sini dan di sana, Insya Allah. Allahu Akbar.

****

Pagi tadi

tiada kelas, saya masuk kelas Madam Asiah-menggantikan beliau yang menghadiri seminar

9-10am-kelas critical thinking, pasang Audio Cd, student dengar dan buat report, tentang the way to success.

10-11am- kelas parenting. Student present 2 tajuk hangat- Poligamy dan Responsibility of husband and wife. diiringi sesi Q&A yang hangat..

11-12.30am- menghadiri talk Us Ibrahim tentang Proof Reading untuk tesis (in arabic)..

***

sampai bila

lari-lari cari pasti

sampai satu hari

angguk gelengku terus dinanti

sampai nanti

saat ragu tiada bertamu di hati

hujung minggu ini- misi dakwah di Kg Bukit Kala. Moga dimudahkan semua, Allahummah dina as-sirotal mustazqim.. Amin.

Tuesday, January 01, 2008

selamat tahun baru masihi 2008

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

A-suh
Z-ahir dan batin
A-gar
M-antap

T-ekun
A-nggun
H-arapan
U-saha
N-ekad

B-eriman
A-ktif
R-ilex
U-ntung

2008..?

*copy from my inbox. A message from a friend wishing me a happy new year.

Azam tahun baru? Rasanya sama aje dengan semua orang, mengharapkan tahun 2008 ini lebih baik dari sebelumnya. Sebenarnya, lebih senang mengungkai azam di awal muharram nanti (bersamaan 10 januari). Apapun, untuk tahun ini, saya mengharapkan:

1) study- harap untuk tamatkan pengajian MA tahun ini. Walalu berbaki 2 sem lagi (hingga April 2009), berharap untuk menamatkan penulisan tesis menjelang hujung tahun ini. Next sem, (July-okt09) berbaki 1 subjek dan penulisan tesis. Cuti panjang sem 3 nanti (April-jun08) saya ingin menumpukan kepada penulisan research proposal,penyerahan dan perbincangan dengan lecturer (permohonan untuk mengambil baki 1 subjek pada sem 3 ditolak). Insya Allah, moga dibukakanNYA jalan-jalan kemudahan, diberi kekuatan dan keazaman serta keazaman. La Hawla Wala Quwwata Illa Billah Al-A’liyy Al-A’zhim.
2) Masih lagi tentang study. Hope to finish my MA with 1st class honor. Dengan usaha dan keazaman,Insya Allah, tiada apa yang mustahil. Azam untuk tidak membayar pinjaman Yayasan Pahang. (syarat perjanjian-kecemerlangan melunaskan hutang).
3) Lesen kereta. Hehe. Ni azam tahun-tahun sudah. Tapi sampai sekarang belum terlaksana. Masa dan sumber yang ada, lebih diperlukan untk hal-hal lain yang lebih penting. Hopefully, sebelum tamat pengajian MA ni, dah ada lessen, sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Lagipun ambil lesen atas tiket ‘student’ lebih murah,masa belajar fleksible,
4) Doing dakwah works actively. Siapa tahu,tahun-tahun akan datang, di ‘block’ dari involve in this kind of activities. Untung sabut tenggelam, untung manusia tak siapa pun tahu…
5) Be a better muslimah..