Ahad,
pagi –pagi lagi, saya menunggu Adik Fatihah, memboncengnya menuju ke Kg Bkt Kala. Ingatkan kami berdua ajer, tiba-tiba saya dimaklumkan ada 3 motor lagi akan bersama kami, beah,syikin,imah,fatin,yuni dan saper sorang lagi? Lupa pulak saya. Tapi semua adik2.. kira saya paling muda ;-)
Kami ambil keputusan bersarapan dulu di gerai berhampiran SM Teknik Gombak.. dan bila 8 minah rempit turun dari motor,semua mata memandang.. aduh,segan pula rasanya.. dan ni kira pecah rekod pula, 8 sister COMRADE merempit ke tempat program.. hehe..
Kami sampai di Bukit Kala. Acara baru nak bermula, hari ini dipenuhi dengan acara sukaneka dengan penduduk kampung. Hujan turun, kejap lebat,kejap berhenti,kejap renyai. Namun acara diteruskan. Acara netball berlangsung dalam keadaan hujan renyai-berhenti-hujan. 1st game, saya jadi pengadil. Takdela straight sangat. Ala kadar aje. Tapi melihat team Bukit Kala main, memang mantap. Rupa2nya mereka memiliki team yang sering + join pertandingan. Team A uia tewas 1 mata kepada team bukit kala A.
2nd game-saya pula bermain. Melepaskan gian. Kebanyakan adik2 yang satu team dengan saya, 1st time main-sekadar mencukupkan team. Kami main ntah apa2. dalam renyai2 hujan, kami jadi ‘sayur’- pasukan belasahan. Tewas 1-13 kepada team bukit kala B.. tak kisahla, yang penting, semangat kesukanan dan mengeratkan hubungan dengan beliawanis kampung.
Final terpaksa dihentikan kerana hujan, dah tengahari sikit baru bermula. Dan kali ini, saya menjadi penjaga masa dan pencatat markah. Dah tak larat. Bukit Kala B (yang tewaskan team saya menang 21-1. permainan mereka memang hebat petang itu, amat kagum saya melihatnya.Lincah dan memiliki skill tersendiri.
Bagi kanak-kanak,pelbagai acara diprogramkan untuk mereka, jelas tersenyum ceria adik-adik ni. Kaum bapa juga dengan acara mereka, gusti lengan,menyumpit,takraw dan sebagainya, dan bagi Kaum ibu juga,pelbagai acara untuk mereka, antaranya pertandingan memasak ikan keli,dan musang berjanggut .
Walau keadaan cuaca kurang baik,acara diteruskan sampai petang. Dan acara terakhir petang itu, saya turut menyertainya. Acara tarik tali, team saya (campuran uia dan beliawanis bukit kala) kalah di final,menentang kaum ibu bukit kala. Mana taknya, kami semua saiz s, berbanding mak-mak ni.. apapun, meriah sungguh hari ini.
Malam-majlis penutup. YB Parlimen Gombak turun, YB ADUN Ulu Klang hadir. Dari UIA-Dr Akmal menjadi wakil. ABIM diwakili En Sirajuddin Siraj- YDP ABIM Selangor (yang bersama dalam program sejak jumaat lagi). Juga wakil-wakil penganjur yang lain- Persatuan Penyayang Nur Iman, JHeoa,JAKIM,JAIS, Masjid Al-Ghufran TTDI.
Saya menjadi MC, bergilir dengan abang Azmi (Dj Asyik.fm) gentar juga, berganding dengan dj professional, tapi Alhamdulillah, semua berjalan lancar.
Ucapan Tok Batin adalah satu kemanisan bagi kami, bila beliau mengumumkan beliau dan keluarganya bersedia memeluk islam, Alhamdulillah. Beliau juga menyeru anak-anak buahnya bersama beliau,memilih agama ini.
Tok Husin Ngah Yin, amat saya kagumi. Seorang pemimpin masyarakat orang asli yang berwawasan. Saya kira dikalangan orang Melayu sendiri sukar mencari pemimpin sepertinya. Ketika berucap,isinya dan buah fikirnya amat bernas, bercakap tentang wawasan,ekonomi,budaya,sosioekonomi,agama dengan bijaksana. Terserlah wibawanya. Bukan sahaja kerana cara pengucapan umumnya yang berkesan,tapi seruannya kepada anak-anak buahnya jauh melangkaui masa. Antara persoalan yang dilontarkannya,yang harus kita sama-sama fikir- wawasan 2020 Cuma tinggal 12 tahun sahaja lagi, boleh kita bayangkan,dengan apa yang kita miliki hari ini, di manakah kita,12 tahun mendatang itu? Tanpa ilmu,kemahiran dan daya tahan dalam persaingan, ke manakah kita?
Usai majlis, saya sempat berbual dengan tok Husin, mana dapat idea bernas, berucap dengan hebat begitu? Spontan beliau menjawab “kita ni, kalau nak banyak ilmu,kenala rajin membaca’. Subhanallah,satu saranan dan ingatan yang menambahkan kekaguman saya dan rakan-rakan yang ada mengelilinginya ketika itu.
Kg bkt Kala kami tinggalkan malam itu. Jam 12mlm, baru saya tiba di Mahallah. Penat tapi puas, minggu depan kami akan datang lagi, perlu ada follow up sepanjang minggu. Hinggalah 20hb nanti, majlis ucap syahadah akan dilakukan. Moga saat itu, lebih ramai akan memilih islam sebagai anutan, YA Allah, bukakanlah pintu hidayahMU bagi penduduk-penduduk di sini, Amin.
ADA APA DENGAN BUKIT KALA.??
Kg Org Asli Bukit Kala merupakan kawasan perkampungan Orang Asli yang terletak di Bt 12, Gombak. Bagi pengguna jalan lama KL-Karak, pasti perasan perkampungan Orang Asli di sepanjang jalan tersebut, dan kawasan Bukit Kala meliputi kawasan sepajang jalan lama tersebut, hinggalah Lebuh Raya Kl-Karak (sebelum tiba di persimpangan Genting). Yang lebih istimewa, di Kg Bkt Kala, 18 suku kaum orang Asli berkumpul.
Jika di penempatan lain, biasanya hanya ada satu kaum sahaja menetap tetapi di sini, anda akan menemui hampir kesemua suku kaum orang Asli yang ada di Malaysia. Sebab itulah, Tok Batin Husin melihat kampungnya amat berpotensi untuk program Homestay kerana keunikan penduduk-penduduknya.
Kebanyakan penduduk di sini berhijrah dari kawasan penempatan utama mereka (contohnya: bateq & Jahai-Kelantan, Temiar-Perak, Semai-kawasan Cameron Highland, Semelai- Tasek Bera,Pos Iskandar) ke sini, antara sebab utama adalah kewujudan Hospital Orang Asli di kawasan ini. Permulaannya, mereka datang sebagai pesakit, setelah menetap agak lama, mereka memilih untuk terus membina kehidupan di sini.
Contoh paling nyata, jika seorang ibu kaum Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman, jika kandungan berusia 6 bulan,mereka sudah dibawa ke hospital ini dengan helicopter, lalu tinggallah di Gombak sehingga bersalin dan keadaan kesihatan pulih. Adakala, keluarga yang lain (suami,anak-anak) akan menemani sepanjang tempoh tersebut, maka mereka adakalanya memilih untuk terus menetap di kawasan Bukit Kala.
Keunikan Bkt Kala dengan 18 suku kaum orang Asli menambahkan’keunikan’ kawasan Gombak. Jirannya- UIA, mengumpulkan warga dari 99 negara, dengan pelbagai kaum. Subhanallah yang menjadikan manusia bersuku kaum, manifestasi keagunganNYA Yang MAha Besar. Dan lebih indah, hampir semuanya beragama Islam- agama suci yang menyatukan semua kaum ini, hidup dalam aman dan penuh semangat kasih sayang. JIka sekarang,30% penduduk Bkt Kala adalah Muslim, moga-moga akan datang makin ramai menjadi sebahagian dari kita. Usaha dakwah dan tarbiyah mereka yang Muslim perlu berterusan. Ancaman Kristian kian menggugat. Moga pejuang-pejuang agama, tidak luntur semangat mereka, meneruskan perjuangan dengan mengharapkan redha Allah semata-mata, Allahu Akbar!
Isnin:
bangun pagi, terasa sengal di seluruh badan, penangan main netball dan tarik tali semalamnya. Maklumla,skru-skru dah ketat.
9pagi-diskusi dengan Kak Fiddah, classmate saya dari Indonesia.
11.30- jumpa Madam Nor Asiah, lapor tentang perjalanan kelasnya yang saya gantikan jumaat lepas.
Selepas Zohor- kelas Constractive & Error Analysis (At-Tahlil At-taqaabuli wa tahlil al-akhta’). Saya menyambung pembentangan,mengetuai perbincangan tajuk tentang at tahlil at-taqaabuli. Pendapat-pendapat yang menentang kajian ini dan contoh-contoh kajian dalam lapangan ini.
Usai Asar, saya dan Mok Ana ke Sate Kajang Hj Samhuri, Tmn Melati. Lewat petang begini, baru berkesempatan saya mengisi perut. Tengahari tadi, hanya sekotak susu jadi alas perut. Tak sempat nak mencari nasi.
Sementara menunggu maghrib, saya duduk di depan AinCom, untuk medapatkan wireless free, buat research untuk tajuk pembentangan saya minggu depan.
Usai Maghrib, bergegas pula ke library, ada perbincangan lagi, kali ini dengan Adik Ulfa, berkenaan workshop kami khamis nanti. Perbincangan berlanjutan hingga 11.30 malam. Sampai di bilik, menyegarkan diri, Solat Isyak diikuti solat hajat, mohon diberi kekuatan dan dimudahkan urusan-urusan saya.
Menyambung study, dan tidur pulas-sepulasnya.
******
Bila saya memerhati rutin harian yang padat, saya hanya mampu mengingati pesanan ‘dia’. Katanya: “saya harap, awak dah mula fikir tentang hal itu”
Lalu, dalam kepadatan jadual dan tugasan harian begini, sungguh, saya tidak punya masa yang terbaik untuk memikirkannya, tidak ada ruang terbaik untuk mengungkai tiap simpulan yang rumit. Lalu saya kesampingkan semua, dan sesungguhnya, sebab itulah, hari ini, saya masih begini, dan lebih senang begini, hingga satu masa yang tepat itu tiba.. entah bila, saya sendiri kurang tahu, hanya mohon dipermudahkanNYA tiap urusan, dan diberiNYA yang terbaik, dari DIA untuk najah di dunia dan akhirat, Amin.
******
Tahniah buat Norlizan@Yan, sahabat saya di wosto- teman sekelas yang juga duduk di sebelah saya semasa di tingkatan 1 & 2. Moga kelahiran puteri sulungnya- Aisyah Humaira 8 januari lalu menceriakan hidup Yan dan suami. Moga Aisyah jadi puteri yang menyumbang kepada agama, insya Allah.
Sempat saya bermesejan, bertanya Yan, apa perasaannya dah jadi ibu.
Kata Yan: “seronok sangat. Rasa sayang sangat kat anak sendiri”
Hm.. anak?? Mesti seronok kan? Buat masa sekarang,dengan keadaan rutin yang begini, rasanya saya juga bahagia seadanya, dengan anak tekak,anak kucing, tak lupa anak-anak tangga yang dinaiki saban hari-ke kelas dan ke library, atau ke bilik ustz ustazah. Hehe.. masanya akan tiba jua nanti ;-)
Selasa.
Tiada kelas. Hari mengemas bilik dan membasuh pakaian. Maklumla, minggu lepas, hatta sabtu dan ahad jadual saya penuh, maka kurang ihtimam nak buat semua ini. Maka pagi ini, ops bilik dilakukan, tenang hati melihat bilik bersih sebersihnya, baldi kosong sekosongnya. Sedang menyidai pakaian di depan bilik, Principal Mahallah lalu, K.Sham (bos saya di Ofis mahallah) ada bersama, diiringi 2 wanita.
Rupanya rombongan dari luar, ingin meninjau fasiliti di Mahallah Asiah. Mereka meninjau kawasan blok saya. Sempat saya menyapa mereka, lalu diperkenalkan saya kepada kedua tetamu tadi oleh k.Sham. mereka meneruskan tinjauan,dan saya meneruskan sidaian.
Tidak lama kemudian,mereka berpatah balik, kata K.Sham, mereka ingin melihat fasiliti di dalam bilik,lalu meminta izin masuk ke bilik saya. Dengan senang hati, saya menjemput mereka masuk. Mujur, Alhamdulillah, pagi tadi dah Ops Bilik. Sempat k.Sham mengomen : “Amboi Tikah, cantiknya bilik,macm bilik pengantin. ” saya hanya mampu tersenyum. Hehe, cantik apanya, biasa-biasa ajer..
Rombongan mereka pulang. Meninggalkan saya di bilik. Dan tugasan sebagai pelajar menunggu..
DOAKAN SAYA.. HARI2 MENDATANG AGAK MENCABAR
ALLAHU ALMUSTA'AN.
No comments:
Post a Comment