JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, April 22, 2007

Alhamdulillah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

*Alhamdulillah..
IPTA Pos Lebir berakhir dengan jayanya.. nex entry nanti akan diceritakan pengalaman manis dan pahit hampir seminggu berada di belantara.. Kesyukuran padaMU, tak terhingga nikmatMU..

*Alhamdulillah, got the result for final sem.. with flying colors,, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar..Sungguh istimewa kurniaanMu kali ini.. tak terucap kesyukuran.. dan dengan keputusan sem terakhir ini, maka rasmilah, saya telah grad dari uiam.. menanti hari konvo, Ogos nanti..

masih di uia.. untuk uruskan clearance dan submit keputusan peperiksaan sem terakhir untuk proses borang master.. Akan pulang lusa (selasa).. Rabu akan ke yayasan Pahang, Kuantan menemani adik yang no. 5- Izzati untuk temuduga permohonan pinjaman yayasan Pahang untuk ikuti pengajian Ijazah Sarjana MudaPerbankan Islam (IKIP_Universiti Yarmouk,Jordan)


19 April 2007
20:17:43
Surau Pos Lebir, Gua Musang, Kelantan

saat mesej itu diterima, memaklumkan keputusan peperiksaan akhir, tanpa sedar aku menangis keharuan.. kerana hanya DIA yang tahu, betapa sukarnya saat-saat yang dilalui sepanjang peperiksaan itu.. namun, DIA juga Maha Berkuasa, mengurniakan kegembiraan ini..
ALLAHU AKBAR..

inna ma'al 'usri yusra..

Tuesday, April 10, 2007

misi..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

baru 2 hari pulang ke rumah, perlu pulang ke iium semula..
Alhamdulillah, sempat menyimpan barang2 yang berkotak2 tue..
dan sempat juga siapkan design kad jemputan walimah abg long..

pulang kali ni, untuk ke negeri kelantan.. menziarahi 2 perkampungan Orang asli di Gua Musang, bersama shariah, Madam Martinelli Hshim (asst director student development division, iium) dan bro daniel (asst director community services unit, sdev, iium)..

1- Ke Pos Tohoi- Madam akan hadiri closing ceremony program masuk kg anjuran JASA
2. Ke Pos Tuel- misi utama- survey kampung untuk IPTA nanti
-mintak izin/maklumkan kehadiran COMRADE n program pada Tok Batin
-jumpa guru besar SK paya linggi , Pos Tuel untuk buat program pendidikan pada adik2
-dapatkan maklumat terkini kampung
-survey keadaan kampung n dapatkan apa2 maklumat untuk persediaan program..

doakan semuanya berjalan lancar.. ;-)

Saturday, April 07, 2007

Eid miilad saiedatuka..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Selamat hari lahir buat sahabat saya, semoga tiap impian dikabulkan. moga terus sukses dalam kerjaya..
hm.. takder hadiah.. yang ada, sepinggan kuih apam yang warna-warni tu, saya pos via blog.. hehe ;-)


gambar kat ABU

persiapan.. bunga manggar untuk perarakan...
sambil buat kerja.. kita minum dulu..
seronoknya akak2 ni makan..
bersama sepanduk perarakan
adik2 khusyuk mewarna

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Ni antara gambar2 yang sempat diambil masa pertandingan Ilmiah.. tak banyak sangat.. pertandingan lain pun tak sempat menjenguk.. duk kat pertandingan mewarna jer.. maklumla, nak jaga 'anak'.. ;-)
sok (ahad) ada majlis perasmian dan perarakan.. sayangnya tak dapat nak join.. sok dah nak balik rumah.. barang-barang yang berkotak-kotak tu perlu diuruskan esok..

KU TELAH JATUH CINTA..



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Siang tadi saya menjadi urusetia untuk pertandingan ilmiah sempena sambutan Maulidur Rasul di Asrama Baitul Ummah (ABU)-asrama untuk anak-anak yatim, miskin dan muallaf- di Setapak. Seperti tahun-tahun sudah, saya dan kawan-kawan COMRADE lain membantu untuk membuat pertandingan seperti bercerita kisah nabi, azan, tilawah, kuiz Agama, mewarna dan melukis untuk anak-anak yatim di ABU. Tapi tahun ini lebih istimewa kerana adik-adik dari Asrama Darul Falah Perkim dan Asrama Titian Kasih turut dijemput sebagai peserta.

Bergaul dengan adik-adik ini- anak yatim, anak-anak miskin dan anak-anak muallaf ni seringkali memberi keinsafan. Mereka lahir dari pelbagai latarbelakang. Pelbagai cerita. Dan sesungguhnya, betapa saya bersyukur atas tiap yang Allah kurniakan kerana jika dibandingkan dengan mereka, terlalu beruntung saya dengan apa yang saya miliki.

Menyelami hati anak-anak istimewa ini, melihat raut seribu cerita, terpendam seribu duka, sudah cukup membuat hati tersentuh. Hari ini, saya jatuh cinta. Nurul Hidaya Afika. Cinta memekar untuk insan istimewa ini.

Fika. Itulah gelarannya. Manja, comel,lincah,petah dan bijak. Sesiapa melihatnya pasti tertawan. Usianya baru 4 tahun. Namun di usia ini, dia telah kehilangan kedua orang tua tercinta dalam satu kemalangan raya bulan puasa baru-baru ini. Di ABU, fika turut ditemani kakaknya-Ayu dan abangnya-Amirul.

Dalam usia 4 tahun ini, Fika sudah memahami erti kematian. Bila ditanya di mana ayah n ibunya,- mati- sepatah jawabnya. Pernah satu ketika, adik-adik di sini diberi sekeping kertas dan diminta melukis apa sahaja. Fika melukis 2 objek berbentuk 4 segi tepat dan di dalam kedua-dua 4 segi tepat itu, dilukis objek bujuk. Bila ditanya apa yang dilukis, Fika menjawab- ni mak dan ayah. Rupa-rupanya, itu gambar 2 keranda yang berisi 2 mayat! Keadaan ini sudah cukup membuat semua orang sedih. Rupa-rupanya, gambaran kematian ibubapanya- dengan mayat mereka di dalam keranda masih lekat di ingatan Fika.

Program hari ini, dari pagi sampai petang- membuat saya dan Fika rapat. Tidak tahu ada kuasa magnet apa yang menarik kami antara satu sama lain. Di saat kawan-kawan lain berusaha ‘menambat’ hati Fika, dia dengan senangnya mendekati saya, memeluk, mencium,duduk di ribaan,memimpin tangan saya mengikut gerak lincahnya, dan tidak mahu berenggang.



Sungguh, saya sudah jatuh cinta dengan anak kecil ini!


Saya menemani Fika masuk pertandingan mewarna, sambil mulut becoknya bercerita itu dan ini. . Hingga akhirnya dia kepenatan-mana tidaknya, berlari ke sana ke mari- dan tertidur di ribaan saya..



Wajah comel Fika tenang dalam tidurnya saya tatap...

Sayu.tersentuh. betapa dalam seusia ini, dia sangat dahagakan kasih sayang seorang ibu dan ayah. Cinta saya tertumpah untuk Fika.

Menurut kak Fatimah (antara penjaga ABU), Fika anak kecil yang pandai berdikari. Dia yang paling kecil di ABU, dan yang paling disayangi.. Ibunya mualaf yang dulunya beragama Kristian. Sebelum ini, mereka sekeluarga menetap di Sarawak (arwah ibubapanya orang Sarawak) arwahbapanya anak tunggal dalam keluarga, sementara keluarga sebelah ibunya masih beragama Kristian. Sebab itulah, saudara mara terdekat menghantar mereka adikberadik ke ABU, demi masa depan mereka. Selain Ayu dan Amirul, Fika mempunyai 2 lagi abang, seorang dijaga saudara mereka di Batu Caves dan seorang lagi menetap bersama keluarga arwah ibunya yang beragama Kristian. Justeru, usaha sedang dilakukan untuk membawa abangnya itu juga tinggal di ABU, demi menyelamatkan aqidahnya.

Fika sangat rapat dengan kakaknya-Ayu yang berusia 14 tahun. Ayu menjadi ganti ibu.. bersama Fika, seringkali saya ajak dia ikut saya balik. Dia pasti menggelengkan kepala dan berkata- Kak Ayu?.. Tapi kalau saya kata, dengan kak Ayu sama, barulah dia kata nak..

Kalau ikutkan hati, saya bawa Fika tinggal bersama saya.. tapi, apalah yang saya mampu?? Berada di ABU, dikelilingi kakak,abang dan kawan-kawan,segala2nya tersedia untuk Fika, mungkin itu yang terbaik bagi dia.

Lewat petang, saya terpaksa tinggalkan Fika. Wajah sayu Fika mengiringi kepulangan saya. Sebak di hati, meninggalkan cinta saya di sini. Ya Allah, moga dipermudahkan, ada masa saya akan kembali lagi ke sini, meluangkan masa untuk cinta saya ini. Moga dia membesar dalam keimanan dan kasih sayang, meski tak tertanding kasih sayang seorang ibu dan ayah..

2 3 hari ini, pasti saya ‘angau’ merindui cinta saya..


SPEECH ENHANCEMENT SKILL IN ARABIC

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Waktu revision week ari tu, Arabic Debate Club IIUM adakan one day workshop. Saya dijemput untuk bersama-sama menghadiri dan berkongsi pengalaman sebagai seorang Arabic Debater dalam workshop tersebut. Tujuannya adalah untuk meluluskan cadangan mewajibkan Speech Enhancement Skill in Arabic ( sebagai Credited Course) untuk pelajar-pelajar BARB, IRK dan LAW Shariah, bermula intake next session.

Workshop dihadiri oleh Dean untuk IRK dan LAWS serta setiap head department dalam kedua-dua kuliyyah tersebut, Director Speech Enhancement and Public Speaking Skill IIUM, Head Credited Co-Curricular Unit, IIUM, trainers debat bahasa Arab dan para pendebat bahasa arab uia.

Alhamdulillah, dalam sesi pagi, persetujuan dicapai dari dean dan semua head of department serta Head CCAC untuk menjadikan Speech Enhancemenet Skill in Arabic sebagai credited co- curricular untuk pelajar-pelajar tadi menggantikan system halaqah (study circle) yang ada sekarang.

Kalau system sekarang, semua pelajar sem 1 dan 2 wajib mengikuti halaqah (usrah/study circle). Namun dalam keadaan sekarang, saya sendiri berpendapat sillibus halaqah tersebut sebenarnya adalah perkara2 asas sahaja, so bagi pelajar2 IRK/Law shariah/ Barb yang pastinya datang dari sekolah agama, perkara2 tersebut adalah pengulangan bagi mereka. Bagi pelajar-pelajar yang datang dari sekolah yang bukan aliran agama, memang subjek tersebut penting bagi mereka. tambahan ada tahsin quran dan hafazan separuh juz amma dalam silibus tersebut, sangat membantu pelajar2 yang amat jarang menyentuh, membaca apatah lagi menghafal quran untuk didik mereka..

Berbalik kepada Speech Enhancement Skill in Arabic (SESA) tadi, objektifnya adalah untuk wujudkan biah bertutur dalam Bahasa Arab. Sebab dari rungutan pensyarah-pensyarah, pelajar2 agak pasif di dalam kelas, antara puncanya- kurang confident untuk bertutur dalam bahasa Arab (maklumla, kat UIA ni, subjek agama diajar sepenuhnya dalam B.Arab. Dalam B.I Cuma untuk pelajar2 non-islamic course).. setelah diamati dan dikaji, puncanya bukan tidak tahu bahasa Arab, tetapi kurang keyakinan untuk bertutur. Sebenarnya, mereka menguasai bahasa Arab dengan baik. Mereka membaca kitab-kitab turath dalam bahasa Arab, buku-buku rujukan dan nota dalam BA, lecturer dalam BA, assignment pun dalam bahasa Arab. So, penguasaan ada, Cuma kurang keyakinan.

Budak2 BARB pun sama (termasuk saya).. hakikatnya, kami tidak seghairah budak2 BENL (English language) yang gah berbahasa inggeris di mana-mana sahaja mereka berada. So, pentingnya nak wujudkan biah (suasana) yang boleh encourage cakap arab n mumarasah ni.

Dalam workshop tersebut, kami para pendebat berkongsi pengalaman, betapa bertutur itu sangat membantu membaiki bahasa, dan membantu menjadi aktif dalam perbincangan di dalam kelas..

Syabas untuk Arabic Debate Club. Dalam usia 3 tahun penubuhan, dah mula mengorak llangkah, memberi khidmat untuk lebih ramai pelajar, dan bukan tertumpu pada pendebat2 sahaja.. saya percaya, jika dilaksanakan, gagasan ini akan banyak memberi manfaat kepada semua dan kepada bahasa al-quran yang tercinta ini.

Malah, hal ‘cost-effectiveness’ ni dah sering dibincangkan dalam meeting student leaders sebelum ni. Masa hadiri Mc lead (management course for student leaders) tahun lepas, kami diajak berbincang untuk keluarkan idea, buat program yang boleh bagi manfaat kepada seramai mungkin orang, dengan kos yang berpatutan. Seringkali disebut contoh- debat, kos mahal (yuran penyertaan, elaun trainer dan debater, pengangkutan (kalau kat oversea lagi mahal kos), penginapan dsb) tapi kesan pada pelajar –Cuma melibatkan pelajar yang terlibat jerla.. pada nama UIA memang tak dinafikan tapi yang penting, apa yang student dapat..

Compare dengan program community services (yg UIA agak kedekut keluarkan budget tu).. manfaatnya meliputi jumlah student yang ramai, masyarakat, kos takderla semahal debat.. so, cost effectivenessnya memang tak dapat dipertikaikan..

So saya nampak idea ini adalah gabungan antara 2 hal ni, coz kesannya akan dirasai oleh ramai pelajar. Tambahan pulak silibus digubal mengikut keperluan kursus2 tadi.. so tak mustahil satu hari nanti, akan diadakan moot court dalam bahasa Arab pulak.. saya harap saya akan dapat tengok nanti..

Alhamdulillah, 1st step dah settle, sekarang cadangan ini akan dikemukakan dalam senate meeting. Jika diluluskan, sem depan akan bermula SESA. Dan masa sesi petang workshop tersebut, amanah berat diterima. Sementelahan saya akan menyambung master di sini, saya diharap dapat memberi sumbangan secara aktif untuk perlaksanaan SESA. Menjadi trainer untuk SESA dan membantu trainer sedia ada menyusun silibus SESA, based on experience saya.. Insya Allah, saya ingin membantu selagi terdaya. Sama-sama kita menyebarkan bahasa Arab dalam masyarakat.. Moga dipermudahkan..

IPTA MENGGAMIT

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Malam tadi, menghadiri meeting untuk program Islamic Practical Teaching for Aborigines (IPTA) yang akan diadakan selama seminggu minggu depan.. Kerinduan masuk kampung menggamit.. dah lama saya tak join diorang masuk kampung. Kesempatan kali ini amat saya hargai…

Masa meeting, dik Halimah (S/u) program meminta saya untuk jadi ass head com Sport n Rec, menggantikan Niza yang last minute tak dapat pergi,.. dengan baik, saya menolak. Saya lebih senang menjadi peserta sahaja, membantu dari belakang.. ‘orang tua’ macam saya, nak tengok adik2 pulak buat kerja, kami support dari belakang dan bantu apa yang patut. Alasan saya disokong dan diterima kawan2 yang lain..
Maka saya kekal dalam biro catering.. Akhirnya dapat juga saya kerja dalam biro ni masa masuk kampung.. sebelum ni sepanjang join program, tak pernah saya diletak dalam biro ni.. saya selalu tertumpu pada bahagian management/coordinator.. (diorang ingat saya tak pandai masak kot? Hehe).. pada saya biro catering ni istimewa coz sepanjang program, kami masak sendiri. Untuk kami dan untuk orang kampung.. so, sekali masak, paling kurangpun untuk 300 orang.. best tu.. macam kenduri.. sambil masak, baca selawat/ayat2 bagi lembut hati diorang masuk islam/patuh pada ajaran islam..

Kali ni lagi best. Tukang Masak Café Mahalah Nusaibah-yg kami panggil mama- willingly turun padang, jadi tukang masak kami.. so lehla belajar2 masak dari seorang tukang masak professional..

Lepas meeting malam tadi, berkobar2 semangat nak masuk kampung.. Pos Lebir menggamit lambaian perjuangan..

happy belated birthday


happy belated birthday untuk sinchan@ shud..
huhu.. akhirnya tamat pengajian kita..
best kan.. sama-sam dari matrik.. masuk comrade.. main handball.. masuk debat..
dan ada pulak kata muka kita sama.. hehe.. ramai betul 'kembar' saya kat uia nie..
so, semoga sukses selalu..
jangan sedih2..
jangan sokmo 'takde perasaan'..
u know what u want..
nanti papa gigit sinchan baru tau..
dear friend..
love u..


Friday, April 06, 2007

kias cinta

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

just nak share this nasyid.. indah cintaMU terbias dalam tiap yang KAU ciptakan.. moga kami jadi hamba yang bersyukur..


SEANDAINYA DUNIA TIADA WARNA
TETAP KAN KUKAGUMI
INDAH MAYA ALAM CIPTAAN-NYA
KUDRATNYA KUAGUNGI
NAMUN JALIN WARNA ZAHIRLAH SANG PELANGI
MENGISI MENDUNG MENAMBAH SERI
TERBIAS SEMUA CAHAYA
NYATA ILHAM DI ALAM MIMPI
BETAPA KUSYUKURI NIKMATNYA
KUPASTI

BEGITU KIAS CINTA
HADIR MENYERI JIWA
MENYATU SEJUTA RASA
DUNIA PENUH BERMAKNA
TIKA DLM GELITA ATAU SEPI KEMBARA
DIHADIRKAN RASA CINTA
SISIH SEGALA DUKA ANUGERAH DARI-NYA

HANYALAH CINTA-NYA YANG AMAT KUHARAPKAN
TIADA LAIN YG JADI RAYUAN
NAMUN DIA MAHA MENGERTI
TAK MAMPU INSAN BERSENDIRI
MENEMPUH DUGAAN YG MENGUJI
NALURI


TAK AKAN KUPERSIA LIMPAH RAHMAT YANG ESA
BAGAIKAN JALINAN WARNA
YANG BERSULAM CAHAYA B
IASAN KASIH-NYA

MOGA TAK DIUJI
ASYIK CINTA DUNIAWI
MENGHARAP TEDUH REDHA ILAHI
KERNA SEGALA KURNIA
HADIRNYA HANYA PINJAMAN
SUNGGUHKU KU SYUKURI KESEMPATAN
BAHAGIA

wahai anakku

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

kemas-kemas barang tadi, terjumpa kertas ni..
Ustaz Aris bagi pada budak Mukmin (rasanya my batch jer) masa nak dah habis sekolah dulu.. pesanan yang selalu jadi panduan...


Pesanan ayah

Wahai anakku
Tiada erti kelebihan AKAL Bani Adam kecuali digunakan sebaiknya. Siramilah akalmu dengan embun keimanan, bajailah is dengan ilmu pengetahuan, jauhilah akalmu dati angan-angan yang panjang.

Wahai anakku
Ketahuilah kamu adalah makhluk mukallaf. Di atas bahumu terpikul kewajipan yang dituntut. Malaikat rahmat dan azab sentiasa mencatat perilakumu. Sedarlah, setiap hembusan nafasmu beerti selangkah menuju ajal. Hidup di dunia terlalu singkat, terlantar di kubur terlalu panjang, AZAB akibat mengikut hawa nafsu sangat PEDIH. Manahkah keindahan semalam? Ia telah berlalu dan yang tinggal hanyalah penyesalan.

Wahai anakku,
Ingatlah, keazaman lahir bersama-sama setiap Bani Adam, tetapi ia menjadi lemah ditelan zaman. Oleh itu, apabila engkau merasa dirimu mulai lemah, maka berdoalah kepada Yang Maha Perkasa. Apabila engkau merasa dirimu mulai malas, maka kembalilah ke pangkuan Yang Maha Pemberi Taufiq.

Wahai anakku,
Sedarlah, kian hari tempoh hidupmu semakin singkat, kewajipanmu semakin bertambah. Hari-hari yang berlalu tidak akan kembali. Jangan sekali-kali kamu tertipu dengan kesibukan beban harianmu. Telitilah dengan penuh keinsafan, tanyalah dirimu, apakah kesibukan itu boleh menebus dirimu di akhirat nanti atau sebaliknya? Jika engkau sibuk di dunia untuk dunia, maka tiadalah bahagiamu di akhirat nanti. Jika sibukmu di dunia untuk akhirat, maka moga bahagialah bagimu di akhirat nanti.

Wahai anakku,
Insafilah, usia kanak-kanak adalah masa untuk melengkapi diri dengan ILMU dan PEKERTI MULIA, usia MUDA UNTUK BERAMAL DAN BERJUANG, usia tua samada peluang bertaubat atau penyesalan.



alhamdulillah..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

1001 rasa bercampur baur. Namun kesyukuran tetap teratas. Akhirnya, pemgajian tamat. (Biiznillah, tak ada subjek sangkut).
Macam tak percaya, dah berakhir kembara ilmu untuk menggenggam segulung ijazah. Dulu, terasa lambat waktu berlalu. Sekarang, macam tak percaya pulak..
Mengimbau kembali 3 tahun setengah yang berlalu ini, banyak sungguh pahit manisnya. Insya Allah, kembara ilmu ini tidak akan berhenti di sini..
(saya rasa banyak yang ingin diluahkan tentang ‘tamat pengajian’ ini.. tapi entahlah.. katA hati ni - tak ada kata2 terbaik untuk ditakbirkan perasaan ni.. speechless.. khali..


BERCUTI
Akan bercuti panjang di laman ayahbonda sementara menunggu jawapan permohonan master. Bercuti panjang.. april-penghujung jun, insya Allah.. sesungguhnya dah lama tak dapat peluang bercuti begini..
Masa sekolah dulu, cuti sekolah jer waktu cuti, duduk rumah.. tupun bila dah naik f4 n 5, waktu cuti ada seminar peperiksaan la, ada program, camping dsb..
Lepas SPM- 2 bulan dihabiskan ikuti Kursus Intensif Bahasa Arab dan Inggeris di STASAB.. so tak ada juga cuti panjang macam orang lain..
Sepanjang pengajian di UIA, biasala, UIA tak ada cuti panjang macam U lain. Even masa first year takk ambil sem 3, 3 bulan cuti -2 bulan setengah dihabiskan dengan menjadi guru ganti kat Wosto..
Cuti-cuti sem lain, selalunya 2 minggu jer.. tapi tak pernah sepanjang cuti tu berada di rumah sepenuhnya.. masuk kampung, pertandingan debat, dsb.. so memang jarang bercuti lama di rumah..

Kali ni, rasanya peluang terbaik untuk jadi ‘anak’ mak dan abah.. tunaikan tanggungjawab apa yang patut.. tupun tak sepenuhnya jugak.. minggu depan masuk kampung lagi.. dan bulan jun nanti, seminggu akan bermusafir ke sabah pulak untuk program dengan MISI..

Pepun, kesempatan yang ada ni, terbaik untuk langsaikan hutang2 pada mak dan abah.. pada adik2..
So antara perkara yang penting mengisi cuti kali ni:
skill memasak kena gilapkan semula
jaga wan
projek bunga telur untuk walimah abang long yang terhenti tu kena sambung dan habiskan
mak dah bagi tugas besar- jahit langsir rumah untuk walimah abang long + langsir untuk bilik pengantin

yang lain-lain tu.. coming soon punya projek.. WALLAHUA’LAM





PERANCANGAN ALLAH SENTIASA TERBAIK


I

Dulu mula-mula dapat jadual exam, macam mengeluh jugak, ala napa la ada banyak sangat gap kat tengah2 tu.. lambat habis exam.. sedang kawan2 lain 4hb dah habis, saya kena tunggu sampai 6hb.. tupun paper berderet 3 hari berturut2..

Hari ini, saya bersyukur.. tak disangka2.. ada ribut taufan melanda 29 hb dulu.. maka malam saya menjadi malam Umru Al-Qais

Walailin kamaujil bahri
Arkha sudulahu ‘alayya bianwa’ al humum liyabtali..

Malam menjadi umpama gelora lautan
Menggulung aku dengan tirainya yang penuh kesedihan
Untuk menguji aku

Maka bertuahnya dihadiahkan ‘gap’ seminggu itu, untuk recover n pulihkan perasaan..kalaulah tiada waktu senggang itu, tak dapat bayangkan, terkorbannya peperiksaan kali ni..

II

Bank Rakyat yang mndera.. hingga hari ini, ntah di mana sangkutnya biasiswa saya. Dulu sering rasa geram yang amat dengan kelewatan tu..banyak menyusahkan. Sekarang dah tak kisah. Malah bersyukur.. kalau awal masuk, mesti dah habis duit tu.. bila lewat begini, dengan senang hati saya boleh ikuti Program MISI ke Sabah dengan perbelanjaan sendiri..

SUBHANALLAH.. perancanganNYA sentiasa yang terbaik.. dan sesungguhnya, bila tersingkapnya hikmahMU, akulah yang paling bersyukur..