JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Friday, April 06, 2007

alhamdulillah..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

1001 rasa bercampur baur. Namun kesyukuran tetap teratas. Akhirnya, pemgajian tamat. (Biiznillah, tak ada subjek sangkut).
Macam tak percaya, dah berakhir kembara ilmu untuk menggenggam segulung ijazah. Dulu, terasa lambat waktu berlalu. Sekarang, macam tak percaya pulak..
Mengimbau kembali 3 tahun setengah yang berlalu ini, banyak sungguh pahit manisnya. Insya Allah, kembara ilmu ini tidak akan berhenti di sini..
(saya rasa banyak yang ingin diluahkan tentang ‘tamat pengajian’ ini.. tapi entahlah.. katA hati ni - tak ada kata2 terbaik untuk ditakbirkan perasaan ni.. speechless.. khali..


BERCUTI
Akan bercuti panjang di laman ayahbonda sementara menunggu jawapan permohonan master. Bercuti panjang.. april-penghujung jun, insya Allah.. sesungguhnya dah lama tak dapat peluang bercuti begini..
Masa sekolah dulu, cuti sekolah jer waktu cuti, duduk rumah.. tupun bila dah naik f4 n 5, waktu cuti ada seminar peperiksaan la, ada program, camping dsb..
Lepas SPM- 2 bulan dihabiskan ikuti Kursus Intensif Bahasa Arab dan Inggeris di STASAB.. so tak ada juga cuti panjang macam orang lain..
Sepanjang pengajian di UIA, biasala, UIA tak ada cuti panjang macam U lain. Even masa first year takk ambil sem 3, 3 bulan cuti -2 bulan setengah dihabiskan dengan menjadi guru ganti kat Wosto..
Cuti-cuti sem lain, selalunya 2 minggu jer.. tapi tak pernah sepanjang cuti tu berada di rumah sepenuhnya.. masuk kampung, pertandingan debat, dsb.. so memang jarang bercuti lama di rumah..

Kali ni, rasanya peluang terbaik untuk jadi ‘anak’ mak dan abah.. tunaikan tanggungjawab apa yang patut.. tupun tak sepenuhnya jugak.. minggu depan masuk kampung lagi.. dan bulan jun nanti, seminggu akan bermusafir ke sabah pulak untuk program dengan MISI..

Pepun, kesempatan yang ada ni, terbaik untuk langsaikan hutang2 pada mak dan abah.. pada adik2..
So antara perkara yang penting mengisi cuti kali ni:
skill memasak kena gilapkan semula
jaga wan
projek bunga telur untuk walimah abang long yang terhenti tu kena sambung dan habiskan
mak dah bagi tugas besar- jahit langsir rumah untuk walimah abang long + langsir untuk bilik pengantin

yang lain-lain tu.. coming soon punya projek.. WALLAHUA’LAM





PERANCANGAN ALLAH SENTIASA TERBAIK


I

Dulu mula-mula dapat jadual exam, macam mengeluh jugak, ala napa la ada banyak sangat gap kat tengah2 tu.. lambat habis exam.. sedang kawan2 lain 4hb dah habis, saya kena tunggu sampai 6hb.. tupun paper berderet 3 hari berturut2..

Hari ini, saya bersyukur.. tak disangka2.. ada ribut taufan melanda 29 hb dulu.. maka malam saya menjadi malam Umru Al-Qais

Walailin kamaujil bahri
Arkha sudulahu ‘alayya bianwa’ al humum liyabtali..

Malam menjadi umpama gelora lautan
Menggulung aku dengan tirainya yang penuh kesedihan
Untuk menguji aku

Maka bertuahnya dihadiahkan ‘gap’ seminggu itu, untuk recover n pulihkan perasaan..kalaulah tiada waktu senggang itu, tak dapat bayangkan, terkorbannya peperiksaan kali ni..

II

Bank Rakyat yang mndera.. hingga hari ini, ntah di mana sangkutnya biasiswa saya. Dulu sering rasa geram yang amat dengan kelewatan tu..banyak menyusahkan. Sekarang dah tak kisah. Malah bersyukur.. kalau awal masuk, mesti dah habis duit tu.. bila lewat begini, dengan senang hati saya boleh ikuti Program MISI ke Sabah dengan perbelanjaan sendiri..

SUBHANALLAH.. perancanganNYA sentiasa yang terbaik.. dan sesungguhnya, bila tersingkapnya hikmahMU, akulah yang paling bersyukur..



No comments: