JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Friday, June 17, 2005

:: wadah baru dunia penulisan::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

tahniah untuk Faisal Tehrani kerana memenangi hadiah Utama Hadiah Utama Kumpulan Utusan.. dengan 2 novel terkini 'Advencer Si Peniup Ney' dan 'Detektif Indigo'

QA mengenali Faisal Tehrani melalui novel 'cinta hari-hari Rusuhan'.. novel yang berlatarbelakangkan kisah sejarah pergolakan politik tanah air.. sarat dengan mesej perjuangan.. sejak itu memerhati dari jauh.. diikuti karya2 beliau seperti 1511H [KOMBAT]: ( sebuah novel jihad) , tunggu teduh dulu, dll.. yang pasti, beliau telah berjaya menerobos dunia sastera tanah air dengan penulisan berpaksikan ajaran islam.. harap2 remaja yang suka membaca novel tidak sekadar membaca novel-novel bacaan ringan, tetapi cuba menghayati mesej2 yang cuba disampaikan dalam novel2 seperti yang ditonjolkan faisal tehrani..
Qa kini menjejak 2 novel terbaru Faisal Tehrani yang memenangi HUKS.. pasti ada ilmu yang boleh kita gali...

moga islam terus dimartabatkan..
wadah yang berbeza.. tapi matlamat kita sama..

salam pertemuan..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

::Terkini: penduduk Malaysia::

Total: 28.128juta ( suku kedua 2005)

Lelaki: 13.303j
Perempuan: 12.825j


JUMLAH PENDUDUK MENGIKUT UMUR:

0-4 THN = 3.055 J
5-9 THN = 2.828J
10-14 THN= 2.643J
15-19 THN= 2.527J
20-24THN= 2.363J
25-29THN= 2.107J
30-34THN= 1.927J
35-39THN= 1.837J
40-44THN=1.658J
45-49THN=1.433J
50-54THN= 1.176J
55-59THN= 843,200
60-64THN= 612,000
65-69THN= 462,000
70-74THN= 306,400
75 KE ATAS= 351,000


sumber: Berita Harian 16 jun 2005
( Buletin Perangkaan Mei, Jabatan Perangkaan Malaysia)

* penduduk lelaki melebihi wanita.. di IPT?? wanita melebihi lelaki..
* penduduk teramai dalam lingkungan 0-4 tahun.. moga generasi ini membesar menjadi individu berguna kelak.. namun dalam keadaan dunia yang kian suram.. masih 'insan'kah mereka 20 tahun akan datang??
* qa berada di antara 2.363j rakyat Malaysia yang lain.. ayuh syabab.. seramai ini.. apakah sumbangan kita pada ketamadunan bangsa dan lebih2 lagi untuk agama??

Wednesday, June 15, 2005

cinta??

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

*** ni bukan catatan QA, tetapi petikan dari emel QA.. carilah cintaNYA..

Assalamualaikum warahmatullah...
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya.Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang mempunyai keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan.
Juga buat sekalian muslimin & orang2 yang beramal soleh...Dunia ini dipenuhi dengan cinta.


Ya... Itulah pembuka kata saya kali ini.
Setiap hari kita akan berhadapan dengan cinta.
Kita lahir kerana cinta.
membesar kerana cinta dan dewasa bersama cinta.
Segalanya kerana cinta.Bayangkanlah hidup tanpa cinta.
Apa rasanya....
Mungkin kita tak rasa seseronok yang kita rasa hari ini.
Yang pasti, dunia ini takkan tercipta kalau bukan kerana cinta Allah kepada makhlukNya.Cinta.
Ya... Kerana cinta ada orang jadi gila.
Kerana cinta juga ada orang jadi mulia.
Malah, ada yang sanggup membunuh kerana cinta.
Besar betul peranan cinta dalam hidup kita.
Tapi apa ada dalam cinta?
Saya bukanlah pakar psikologi.
Mungkin sesetengah orang berpendapat saya tak layak berbicara begini tapi bagi saya, pengalaman adalah guru terbaik.
Sementara sijil hanya segulung kertas yang menunjukkan kemampuan kita untuk belajar...
Teringat saya pesanan seorang guru saya.
Jangan pernah menyintai diri sendiri melebihi saudara muslimmu yang lain.
Dan jangan pernah menyintai yang lain melebihi cintamu kepada Yang Memiliki cinta tersebut iaitu Allah al-Kholik.
Kerana rasa cinta Allah kepada makhlukNya adalah tiada batasan.Tidak ada siapapun mampu mengatasi rasa cinta Allah terhadap kita. Ya Allah... Sungguh besar & murninya cintaMu...Bagi saya, cinta terdiri dari 3 elemen atau sifat yang utama.
Dalam cinta, mesti ada kejujuran.
Mesti ada kepercayaan dan mesti ada sifat rela berkorban.
Tanpa 3 sifat ini, cinta kita takkan ke mana.
Hanya setelahcukup yang 3 ini, barulah wujud ketaatan dan kesetiaan.
Bercintalah dengan siapa pun.
Tanpa 3 sifat utama ini, cinta kita hanya akan tinggal istilah.Bagaimanakah cinta tanpa jujur?
Hidup penuh dengan penipuan.
Bagimanakah dapat kita pastikan kita menyintai seseorang itu sedangkan apa yang keluar dari lidah kita belum tentu benar atau palsu?
Bolehkah suami yang mengaku bujang di luar itu dikatakan menyintai isterinya?
Atas apa pun alasan seseorang itu menipu, atau tidak berlaku jujur, maka rasa cintanya boleh dipersoal.Dan bagaimana dengan percaya?
Inilah masalah sebahagian dari kita.
Kita benci kalau tak dipercayai tapi mampukah kita mempercayai orang lain dengan sepenuh2nya?
Bagaimanakah kita boleh berbahagia dengan pasangan kalau sentiasa memiliki rasa sangsi terhadapnya?
Sesetengah orang mengaitkan tidak percaya dengan cemburu tapi, bolehkah dikatakan kita dicintai kalau kita sentiasa diragui? Susah...Dan sifat sedia berkorban.
Ya... Tidak dinamakan beriman kalau tidak diuji dengan dugaan.
Ini tentu mudah.
Bolehkah seorang isteri yang meninggalkan suaminya kerana kepincangan ekonomi dikatakan menyintai suaminya?
Pasti saja tidak.
Pernah tonton 'Ibu Mertuaku'?
Mampukah kita katakan yang Kassim Selamat dicintai sepenuhnya oleh isterinya? Kalau boleh... Pasti kita ada masalah mental...Kita ambil kisah cinta agung.
Cinta para sahabat terhadap Nabi saw. Dalam satu Gizwah, Saiyidina Abu Bakr ra telah datang membawa kesemua hartanya untuk jalan fisabilillah.
Hinggakan Nabi saw bertanya apa yang beliau tinggalkan untuknya & keluarganya kerana telah habis segalanya dibelanjakan untuk gizwah tersebut.
Maka dikatanya "Aku tinggalkan Allah dan RasulNya untuk keluargaku".Subhanallah...
Besar sungguh cintanya kepada Allah dan Nabi saw.
Dalam cinta sebesar ini, telah cukup ketiga2 sifat utamanya. Saiyidina Abu Bakr telah berlaku jujur dengan tidak menyembunyikan sedikitpun hartanya.
Beliau percaya akan janji Allah bahawa Allah takkan mensia2kan orang yang berkorban untukNya.
Dan beliau rela berkorban untuk hidup miskin demi menegakkan agama Allah.Itu tidak lagi diceritakan bagaimana beliau juga bertarung mengorbankan nyawa, meletakkan risiko isterinya menjadi balu dan anak2nya menjadi yatim.Bahkan isteri dan anak2nya juga berbangga sekiranya beliau syahid. Rasa cintanya yang sempurna itu telah berkembang & meresapi keluarganya.Bukankah ini dinamakan cinta sejati.
Dan bukan saja Saiyidina Abu Bakr,malah ramai lagi sahabat2 yang sebegini cintanya.Sekarang, cuba tanya diri sendiri.
Sebesar manakah cinta kita kepada Allah?Kalaupun tidak sebesar cinta Allah kepada kita, adakah sebesar cinta para sahabat kepadaNya?
Sebanyak mana pengorbanan kita untuk Allah?
Sekuat mana kejujuran, kepercayaan dan kesanggupan untuk berkorban kita demi kerana Allah?
Adakah sebesar Gunung Uhud atau sebesar busut di belakang rumahkita?Mampukah kita berlaku jujur kepada Allah dengan tidak melakukan sebarang dosa pun?
Kadangkala kita solat pun asal boleh sebab nak cepat.
Seolah2Allah tidak melihat perbuatan kita.
Jujurkah itu? Atau benarkah kitapercaya kepada balasan syurga dan neraka yang telah Allah janjikan kepada kita?
Sedangkan kita asyik mahsyuk dengan nikmat dunia yang sementara ini.Sanggupkah kita korbankan waktu tidur semata2 untuk beribadah kepada Allah?Kita sanggup berkorban apa saja demi cinta kita kepada cinta dunia.Suami/isteri, anak, ayah, ibu malah mungkin juga sahabat.
Tapi untuk Allah?Sedangkan Allah benar2 menyintai kita.
Kalau Syah Jahan sanggup membina Taj Mahal untuk isterinya, Allah mendirikan yang jauh lebih hebat lagi iaitu syurga sebagai tanda cintaNya kepada kita.Malah sebenarnya neraka juga sebagai bukti cintaNya kepada yang beramal soleh.
Apalah istimewanya amalan kita kalau si pembuat dosa juga memasukisyurga.
Kan?
Maka kerana itu Allah ciptakan neraka.
Supaya kita berfikir.Betapa bertuahnya aku memiliki cinta dari Yang Mencipta cinta. Sekiranya Allah enggan memberikan cintaNya kepada kita... Nescaya hidup kita pasti sia2...Kemudian baru datang taat dan setia.
Taat dalam erti kata menuruti semua perintah tanpa banyak soal. Apakah rasanya seorang suami yang, bila meminta isterinya melakukan sesuatu, dengan pantas akan disiapkannya tanpa banyakbicara?
Sudah tentu kita akan menjadi lebih sayang, lebih cinta kepadanya.Dan bagaimana pula jika kita melakukan segala perintah Allah tanpa banyak bicara?
InsyaAllah, Allah juga akan lebih menyayangi kita.Seperkara lagi tentang taat, janganlah cuba bertanya mengapa Allahmemerintahkan ini dan itu.
Contohnya makan babi.
Kalau dah haram tu,janganlah makan.
Ada yang mengkaji mengapa takleh makan.
Sehingga skang ni,saya dapat tahu (dari orang S'pore sendiri), di Singapura akan diadakan babi ternakan yang bersih.
Sekiranya mereka mampu membuang semua virus2 yang bahaya, babi dah boleh jadi halal & boleh dimakan.
MasyaAllah...Dan setialah kepada Allah biar apapun yang berlaku.
Biar sekuat manapun dugaan yang Allah beri.
Itu hanyalah sekadar cara Allah ingin meningkatkan taraf kita di sisiNya.
Mereka yang tidak setia kepada Allah ialah mereka yang akan gugur imannya apabila diberikan dugaan.
Jangan mempersoalkan mengapa yang kafir lebih bahagia.
Kerana dunia ini memang tempat mereka danAllah tidak memandang kepada mereka...Teringat seorang teman saya.
Ketika ditakdirkan teman lelakinya ke Jordan, saya telah menelefonnya dan bertanya khabar.
Sehinggalah saya mengusiknyadengan bertanya, tak rindu ke bf jauh kat sana.
Dia kata, memang rindu.Tapi tiap kali dia rindu dia akan cakap "Ya Allah.
Alangkah baiknya kalau aku mampu merinduiMu sebegini...".
Saya terkedu.
Selama hidup, tak pernah sekali keluar ayat sebegitu dari mulut saya...Saya perlu berhenti di sini.
Dah terlalu panjang dan meleweh2.
Maafkan sayasekiranya ini membosankan anda. Esok, (Selasa, 7 June 2005) saya insyaAllah akan pulang semula ke darat.
Ke pangkuan cinta2 dunia saya.
Ayah, ibu, isteri dan anak saya. Setiap kali waktu pulang, pasti saya akan kerisauan.Bukan tak seronok bertemu mereka tapi saya risau kerana saya sering gagal dengan dugaanNya ketika bersama mereka.Saya lalai dengan cinta dunia saya.
Keseronokan bersama mereka membuatkan saya kadangkala terlupa membuka kitab Allah.
Sehingga kadangkala terlupa(atau buat2 lupa sebab syok gi shopping) ke masjid untuk untuk berjamaah.Kerana sibuk dengan meraka kadangkala saya lupa untuk menambah ilmu. Ya Allah! Ampunilah daku.
Janganlah Engkau jadikan aku orang yang tersisih dari cintaMu.Saya menyeru kepada diri saya sendiri dan juga anda semua, ingatlah pesanan ini.
'Jangan pernah menyintai diri sendiri melebihi saudara muslimmu yanglain.
Dan jangan pernah menyintai yang lain melebihi cintamu kepada Allah.Kalau kamu menyintai Allah, maka buktikanlah.
Sesungguhnya Allah tidak berharap kepada cintamu sebaliknya dikaulah yang bertuah kerana memiliki cinta Allah.'Akhir kata, sekali lagi ingin saya tekankan.
Dunia ini dipenuhi dengan cinta.
Cintailah sesiapa saja yang anda mahukan tapi tanpa cinta kepadaNya,semuanya akan jadi sia2.
Marilah kita bersama meningkatkan amalan kita semoga kita akan sentiasa menyintai dan dicintai olehNya.
Ini posting terakhir saya untuk trip ini.
Jumpa lagi di hujung bulan (21 June 2005),insyaAllah...Setiap yang baik datang dari Allah dan setiap yang tidak baik datang dari kelemahan dan kebodohan saya sendiri.Wabillahi taufiq wal hidayah...Wassalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh.

imtihan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

tengah imtihan.. dah habis satu paper tadi.. tinggal satu paper lagi sabtu nie.. selamat berjaya kawan2 sekalian.. moga berjaya dan mendapat keberkatan ilmu...

::jenguk-jenguk my inbox::

salam tikah.. pip still kat sini.. i've change lots.. but still hope you'll be with me forever.. love u..
sender: pieypah cayang
*******

wsalam warahmatullah.. rindu kat pip.. jaga diri n family baik2.. panjang umur kita jumpa.
------------------------------------------

salam tikah, kak kin n baby sihat.. dah nak masuk 4 bulan.. doakan kak kin selamat.. kak kin bangga dengan tikah.. nak sangat jumpa tikah.. yang lepas usah dikenang.. tumpukan pada study.. kak kin percaya pada tikah.. kita doakan dia sama2.. kita semua sayang dia..
sender: kak kin cayang
****
syukran kak kin.. jaga diri n baby baik2.. tak sabar nak tunggu baby kuar.. terima kasih selalu doakan adik kak kin yang sorang nie.. jangan bimbangkan tikah k.. sayang kak kin..

------------------------------------------------

xpela kak, bawa bersabar..zu pasti akak akan dapat yg lebih baik.. terima kasih masih anggap zu adik akak..minggu depan zu balik kg aqim kat Langkawi..kalau ada masalah kongsi la ngn zu.. zu sayang akak..
sender: zu adikku sayang

****
terima kasih zu.. zu adik akak dunia akhirat.. maaf kadang2 akak busy sampai abaikan zu.. jag diri baik2.. nanti ada masa akak jalan2 pergi melaka leh kita jumpa k..

--------------------------
cinta memberi segalanya buat diri menilai jatuh bangun seorang aku, membela maruah yang tidak tergadai, andai kian hari ada jiwa terasa kosong, harusku isi dengan membeli rindu yang bisa terlerai di telapak qudusMU, memohon agar kasih sayang ini dicurah balasan rindu setulusnya dari yang Maha Adil. Tuhan, andai masih ada harga diri yang benar terbela, kupohon dariMu ia terjadi di depan mata, kerana tak siapa bisa mengetahui cinta kasih yang terpendam selama ini, telah Kau beli dek ceteknya pengalamanku merentas kisah silam. moga ada bahagia kan hadir, menyinari malamku denganMU disisi..

sender: Ukht fatihah
****
tak paham le kak.. tapi ok la.. tikah cuba paham.. ishk..ishk.. tersentuh lak rasa..

--------------------------
hargailah bila berukhwah.. sayangilah bila bersama.. maafkanlah bila terluka.. rinduilah bila berjauhan.. fahamilah bila keliru.. nasihatilah bila terleka.. ingatilah bila sunyi..

sender: mujahid
*****
ukhwah itu indah.. janji di hati. tak terlafaz dek kata.. tapi sentiasa ada.. susah senang pasti bersama.. syukran sahabat..


######
lambaian laman bonda.. tak taula naper... menggamit jer lambaian laman bonda.. meronta2 nak pulang ke rumah.. sabar2.. tunggu habis method of dakwah dulu k...


Wednesday, June 08, 2005

berkorban demi cinta

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Berkorban Demi Cinta
Album : Damai

Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com

Bermula gemilang cahaya

Petunjuk pimpinan yang Esa
Menempuh jalan hidup di dunia
Cabaran yang silih berganti
Dugaan mematangkan diri
Mengajar erti hidup ini

Berjuang berkorban demi cinta
Suka dan duka suratanNya
Mengenal makna jalan bahagia
Masa yang silih berlalu
Semakin hampir saat itu
Ya Tuhan tunjukkan
Moga selamat bersamaMu

Biarpun bersama kekurangan
Namun bersyukur kurniaan Tuhan
Iman di hati sabar menjadi pemujuk diri
DenganMu ku punyai segala
Tak kan beruntung seisi dunia
Limpah kurniakan petunjuk bantuan
Tempuh hari yang mendatang

Semoga…
Sisa hidup ini tak kan terbuang lagi
Setiap detik masa dalam amalan jua
Jangan dipisahkan
denganMu kebahgiaan
Semoga dengan ini jambatan menemui
Cinta yang sejati
Itu yang abadi

Berjuang mencari iman taqwa
Perisai menempuh pancaroba
Penentu tempat rahmat bahagia
Seiring teman dan saudara
Pimpinan tauladan baginda
Ya Tuhan bantulah
Moga selamat selamanya

Lagu : Kamal Halim (Al-Mansur Productions)
Lirik : Kamal Halim (Al-Mansur Productions)
Susunan Muzik : Kamal Halim
Penerbit : Kamal Halim
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

semoga terus cekal...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

"ustazah bangga tengok atikah cekal.."
Ass. Prof Dr Rahmah- cafe safiyyah- penghujung mei yang rusuh

"dari dulu saya perhati, bagus. kamu memang cekal.. boleh jadi pemimpin"
Bro Azhar, Kg Aring 5, Gua Musang kelantan..

moga saat itu terbuka pintu doa dan dimakbulkan doa mereka buatku.. Ya Allah, Engkau Yang Maha Cekal, kurniakan aku kecekalan mengharungi tiap mehnah n tribulasi kehidupan ini.. sebelum aku kembali bertemuMU.. dan semoga aku diberi kekuatan.. meneruskan perjuangan Rasul Junjungan..

Ya Allah.. kumohon cintaMU
cinta mereka yang dicintaiMU
cinta mereka yang menyintaiMu
cinta mereka yang membawa aku hampir denganMU..

Tuesday, June 07, 2005

::special edition::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

untuk sahabat.. moga terus tabah.. thanks for everything..

Belaian Ibu
Album : Damai

Tertanam naluri keibuan amat mendalam

Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh… ibu Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu

Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta
Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan
anak-anakmu
Oh… Ibu
Lagu : Manis Helma (Hijjaz Records)
Lirik : Alif Lam Ra (Gurindam Entertainment)



Untukmu


Sahabat Dalam kabut ku tercari-cari cahaya

Akhirnya ku temui sinar ceria diraut wajahmu
Andainya alam ini mampu berkata-kata
Pastilah pujian buat dirimu
Di waktu itu akulah yg bertuah
Punya sahabat sepertimu

Sahabat kau bimbing la ku menuju cahaya ilahi
SahabatAku lemah mangharungi ranjau dunia
Sahabat Aku ingin seperti mu dalam ketenangan
Menghadapi hidup ini

Sahabat ku bersyukur kerna mengenali dirimu
Ku harap moga kitakan bersama
Harungi segala suka duka
Moga kejayaan milik kita
Agar hidup menuju mulia

:: kusyukuri nikmatMU::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

assalamualaikum buat semua penghuni bumi yg sementara...

seperti biasala.. pos untuk hari2 yang tertunggak.. n this special edition untuk catatan perjalanan ke bumi Darul Naim..

Khamis

mlm: bertolak dr Greenwood jam 9.30 mlm.. ahli rehlah ( rombongan) yg lain- che' su, abg zul, shukri, shariah n kak engku...

sepanjang perjalanan.. kdg2 tidur tapi takleh nak lelap sangat.. dulu musafir ke kelantan naik bas ikut jalan terengganu.. so luas la sikit pemandangannya, melalui persisiran pantai di Terengganu dan kawasan petroleum di Paka/ marang pada waktu malam memang meriah n bercahaya... perjalanan kali ni melalui Gua Musang... diliputi hutan so malam2 begini.. hanya kegelapan jerla... tidur memang best.. tapi mata tak nak lelap...

Jumaat

Sayyidul Ayyam (penghulu hari) yang tenang.. Mo'ana menyambut kedatangan kami di Pekan pasir Putih.. sampai umah, rest n sempat dijamu agar2 milo di pagi hari... ba'da solatu ssubh (selepas solat subuh) meluruskan badan.. n breakfast masakan kelantan..

xtvt hari dimulakan dengan riadhah.. main ping pong.. nampaknya pas ni COMRADE boleh anjurkan pertandingan ping pong seCOMRADE.. :-) semangat main.. QA beregu dgn Shariah vs Abg Zul n Shukri.. dah lama tak main ping pong nie.. tapi okla.. ketuk2 bola janji masuk... dah lama tak riadhah camnie.. ingat pulak masa zaman sekolah dulu.. petang2 lepas latihan netball selalu kacau team ping pong berlatih... sampai kena halau.. :-)

selepas breakfast.. ziarah umah abg mo'ana.. then destinasi seterusnya ke majlis walimah kak wan... pa2hal, makan dulu n seterusnya sessi fotografi bersama pengantin.. masa tu pengantin lelaki ( abg nazri) tak sampai lagi so bergambar dengan Kak wan jerla... apapun, BARAKALLAHU FIKUMA.. (moga Allah meberkati kalian) n semoga baitul muslim yang dibina melahirkan pejuang2 agama.. Insya Allah..

next destination.. souq (pasar) di pekan pasir putih.. sempatla bershopping sikit2... makanan2 cam keropok/budu/ dsb...

then, pergi ke pantai Tok Bali... sekadar menjamu mata dengan pemandangan sekitar... n acara wajib- sesi fotografi..

perjalanan seterusnya ke Rumah Che' su.. bertaaruf ngn usrah (keluarga) che' su n seterusnya makan angin sekitar kampung... kawasan sawah/ ladang bittiih (mentimun cina@tembikai) yang menghijau menyejukkan mata.. damai jer rasa.. SUBHANALLAH atas setiap sesuatu yang ENGKAU ciptakan... Alhamdulillah rezeki kami murah n dijamu tembikai yang baru dipetik..

mlm: pas a'sya (mkn mlm) umah che' su.. pulang ke rumah mo'ana dalam keletihan.. maklumla jadual lawatan yang padat.. pas rest.. berbual dengan akak ipar mo'ana yang sangat peramah...

sabtu

pagi2... pas sarapan cam semalamnya, sempat beriadhah main ping pong lagi.. diikuti mini mersyuarat comrade ( khususan biro DNI ) untuk program IPTA... takper2.. sambil main ping pong pun leh munaqasyah (berbincang) jugak..

then.. perjalanan ke bandar KOTA Bharu menaiki bas... kak fi dah tunggu kat stesen bas Pasir Putih.. perjalanan hampir sejam.. n tengah hari tu.. kami tiba di bandar KB.. tunggu jah n en. wan jemput di depan pasaraya billion...

waktu tu memang time lunch so.. tanpa berlengah. kami menuju ke rumah fatin.. makanan dah tersedia.. nampaknya mama n papa fatin dah merestui tauamaani (kembar) hehe.. yg lain jgn jeles.. papa fatin siap tertukar panggil QA "kakak".. hmm pelik jugak.. tapi maybe bila dah selalu sangat bersama.. muka pun leh jadi sama.. ( yer ker?? boleh pakai ke teori nie..).. tapi yg lebih penting... moga hati2 kami bertaut dalam kasihNYa.. itu lebih penting dalam membuahkan kemesraan n kasih sayang..

pas makan, terus ke rumah En. Wan di Kutan.. rehat dan mandi.. petangnya kami dibawa ke pantai Seri Tujuh n dibawa ke sempadan kelantan-thailand.. dari jauh sayup2 kelihatan bandar Tak Bai- kawasan pembunuhan beramai2 umat Islam.. hujan yg turun tidak mengizinkan kami berlam2 di situ.. tambahan abg zul perlu berada di stesen bas KB untuk perjalalan pulang ke JB malam tue.... n.. one thing to remember.. tetiba dapat sms yang mengganggu ketenangan jiwa.. Ya Allah, tak habis2 lagi ke kes nie... ??? Sabarlah hati.. tenanglah jiwa..


pas makan malam.. pergi umah mak andak.. beberapa meter je dr umah En. Wan.. berkesempatan borak2 dah lama tak jumpa mak Andak.. sambil makan roti canai... pastu pergi membeli belah di wakaf Che' Yeh... sempat la tangkap jam tangan, baju.. jam yang lama tu dah uzur benar nampaknya ( sebenarnya dah tak nak pakai da.. :-) ) shukri n mo' ana pun sempat membeli jam tangan.. alih2 tersesat cari jalan ke tempat parking kereta.. pusing2 akhirnya jumpa gak...

balik dalam keletihan.. tapi mata takleh lelap.. akhirnya 'ahli2 form' hanya terlelap hampir pukul 4 pagi..

ahad

pagi2.. tunggu jah n fatin datang.. 'istana' persinggahan kami seterusnya ialah umah jah n then ke pantai Irama... sempat main2 air.. cari ketenangan.. Alhamdulillah... Subhanallah.. damailah hati yang rusuh..

"umpama ombak yang tak henti menghempas pantai, itulah hidup kita yang tak henti ditimpa dugaan.. dan kerana Pantai n Ombak milik DIA.. begitulah jua hidup kita milik DIA..dan pasti kita akan kembali.... umpama pantai yang adakalanya terhakis dek kuatnya ombak, kekadang hidup kita juga terkesan dek kuatnya dugaan... namun pepohon yang membantu mengelak hakisan meredakan.. itulah sahabat2 sejati tempat berpaut, pohon berteduh... "

'seperti air laut ada pasang surutnya, begitu jua kita selalu berubah.. semua ini ada hikmahnya yang kadang2 kita tak ketahui.. orang yang gagal dalam hidup adalah mereka yang tak sanggup menghadapi cabaranNYA.'

>>>>>>>

after rest kejap kat umah jah, QA, fatin, shukri, mo'ana n kak fi ke billion.. temankan shukri yang nak beli jam untuk adiknya.. then hantar mo' ana n kak fi yang nak pulang ke rumah masing2.. bye bye mo'ana n kak fi cyg... mo'ana, thanks for all ur kindness.. jumpa lagi before ke Lebir nanti..

kami bertiga terus ke rumah fatin.. tolong masak untuk makan malam.. n petangnya kak engku n shariah tiba pula.. pas makan.. rush untuk ke stesen bas jalan hamzah.. perjalanan pulang ke uia.. selamat tinggal bumi darul naim.. moga terus pertahankan perjuangan n kedaulatan Islam.. kami datang lagi nanti...

sepanjang perjalalan... menghayati kisah sebuah kehidupan.. sahabat, moga terus tabah.. n terima kasih atas tiap nasihat n dorongan.. Terima kasih Ya Allah atas anugerahMu ini... salam ukhwah buat semua... Moga dicantumnya hati2 kami atas perjuangan n kalimah suciMU.. ALLAHUAKBAR!


>> sebagai insan biasa, kita memang tak terlepas dr ujianNYA. jika kita menilai dengan sebaik mungkin, maka banyak hikmah di sebaliknya..tanda kasihNYA kpd kita.. jika kita diberi ujian, sebenarnya DIA mahu kita semakin rapat denganNYA.. itulah dikatakan rahmat drNYA..>>

terima kasih untuk semua... moga Allah membalas jasa kalian.. UKHWAH FILLAH

Wednesday, June 01, 2005

bunga oh bunga

"Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... Begitulah orang yang cantik jarang berbudi.." Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sebutir senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa?
Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji. Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga,seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.
Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai. Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin.
Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa. Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan. Wanita yang tidak cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata.
Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya. Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya. Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka. Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan.
Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya? Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat.