Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, June 15, 2005

cinta??

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

*** ni bukan catatan QA, tetapi petikan dari emel QA.. carilah cintaNYA..

Assalamualaikum warahmatullah...
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya.Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang mempunyai keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan.
Juga buat sekalian muslimin & orang2 yang beramal soleh...Dunia ini dipenuhi dengan cinta.


Ya... Itulah pembuka kata saya kali ini.
Setiap hari kita akan berhadapan dengan cinta.
Kita lahir kerana cinta.
membesar kerana cinta dan dewasa bersama cinta.
Segalanya kerana cinta.Bayangkanlah hidup tanpa cinta.
Apa rasanya....
Mungkin kita tak rasa seseronok yang kita rasa hari ini.
Yang pasti, dunia ini takkan tercipta kalau bukan kerana cinta Allah kepada makhlukNya.Cinta.
Ya... Kerana cinta ada orang jadi gila.
Kerana cinta juga ada orang jadi mulia.
Malah, ada yang sanggup membunuh kerana cinta.
Besar betul peranan cinta dalam hidup kita.
Tapi apa ada dalam cinta?
Saya bukanlah pakar psikologi.
Mungkin sesetengah orang berpendapat saya tak layak berbicara begini tapi bagi saya, pengalaman adalah guru terbaik.
Sementara sijil hanya segulung kertas yang menunjukkan kemampuan kita untuk belajar...
Teringat saya pesanan seorang guru saya.
Jangan pernah menyintai diri sendiri melebihi saudara muslimmu yang lain.
Dan jangan pernah menyintai yang lain melebihi cintamu kepada Yang Memiliki cinta tersebut iaitu Allah al-Kholik.
Kerana rasa cinta Allah kepada makhlukNya adalah tiada batasan.Tidak ada siapapun mampu mengatasi rasa cinta Allah terhadap kita. Ya Allah... Sungguh besar & murninya cintaMu...Bagi saya, cinta terdiri dari 3 elemen atau sifat yang utama.
Dalam cinta, mesti ada kejujuran.
Mesti ada kepercayaan dan mesti ada sifat rela berkorban.
Tanpa 3 sifat ini, cinta kita takkan ke mana.
Hanya setelahcukup yang 3 ini, barulah wujud ketaatan dan kesetiaan.
Bercintalah dengan siapa pun.
Tanpa 3 sifat utama ini, cinta kita hanya akan tinggal istilah.Bagaimanakah cinta tanpa jujur?
Hidup penuh dengan penipuan.
Bagimanakah dapat kita pastikan kita menyintai seseorang itu sedangkan apa yang keluar dari lidah kita belum tentu benar atau palsu?
Bolehkah suami yang mengaku bujang di luar itu dikatakan menyintai isterinya?
Atas apa pun alasan seseorang itu menipu, atau tidak berlaku jujur, maka rasa cintanya boleh dipersoal.Dan bagaimana dengan percaya?
Inilah masalah sebahagian dari kita.
Kita benci kalau tak dipercayai tapi mampukah kita mempercayai orang lain dengan sepenuh2nya?
Bagaimanakah kita boleh berbahagia dengan pasangan kalau sentiasa memiliki rasa sangsi terhadapnya?
Sesetengah orang mengaitkan tidak percaya dengan cemburu tapi, bolehkah dikatakan kita dicintai kalau kita sentiasa diragui? Susah...Dan sifat sedia berkorban.
Ya... Tidak dinamakan beriman kalau tidak diuji dengan dugaan.
Ini tentu mudah.
Bolehkah seorang isteri yang meninggalkan suaminya kerana kepincangan ekonomi dikatakan menyintai suaminya?
Pasti saja tidak.
Pernah tonton 'Ibu Mertuaku'?
Mampukah kita katakan yang Kassim Selamat dicintai sepenuhnya oleh isterinya? Kalau boleh... Pasti kita ada masalah mental...Kita ambil kisah cinta agung.
Cinta para sahabat terhadap Nabi saw. Dalam satu Gizwah, Saiyidina Abu Bakr ra telah datang membawa kesemua hartanya untuk jalan fisabilillah.
Hinggakan Nabi saw bertanya apa yang beliau tinggalkan untuknya & keluarganya kerana telah habis segalanya dibelanjakan untuk gizwah tersebut.
Maka dikatanya "Aku tinggalkan Allah dan RasulNya untuk keluargaku".Subhanallah...
Besar sungguh cintanya kepada Allah dan Nabi saw.
Dalam cinta sebesar ini, telah cukup ketiga2 sifat utamanya. Saiyidina Abu Bakr telah berlaku jujur dengan tidak menyembunyikan sedikitpun hartanya.
Beliau percaya akan janji Allah bahawa Allah takkan mensia2kan orang yang berkorban untukNya.
Dan beliau rela berkorban untuk hidup miskin demi menegakkan agama Allah.Itu tidak lagi diceritakan bagaimana beliau juga bertarung mengorbankan nyawa, meletakkan risiko isterinya menjadi balu dan anak2nya menjadi yatim.Bahkan isteri dan anak2nya juga berbangga sekiranya beliau syahid. Rasa cintanya yang sempurna itu telah berkembang & meresapi keluarganya.Bukankah ini dinamakan cinta sejati.
Dan bukan saja Saiyidina Abu Bakr,malah ramai lagi sahabat2 yang sebegini cintanya.Sekarang, cuba tanya diri sendiri.
Sebesar manakah cinta kita kepada Allah?Kalaupun tidak sebesar cinta Allah kepada kita, adakah sebesar cinta para sahabat kepadaNya?
Sebanyak mana pengorbanan kita untuk Allah?
Sekuat mana kejujuran, kepercayaan dan kesanggupan untuk berkorban kita demi kerana Allah?
Adakah sebesar Gunung Uhud atau sebesar busut di belakang rumahkita?Mampukah kita berlaku jujur kepada Allah dengan tidak melakukan sebarang dosa pun?
Kadangkala kita solat pun asal boleh sebab nak cepat.
Seolah2Allah tidak melihat perbuatan kita.
Jujurkah itu? Atau benarkah kitapercaya kepada balasan syurga dan neraka yang telah Allah janjikan kepada kita?
Sedangkan kita asyik mahsyuk dengan nikmat dunia yang sementara ini.Sanggupkah kita korbankan waktu tidur semata2 untuk beribadah kepada Allah?Kita sanggup berkorban apa saja demi cinta kita kepada cinta dunia.Suami/isteri, anak, ayah, ibu malah mungkin juga sahabat.
Tapi untuk Allah?Sedangkan Allah benar2 menyintai kita.
Kalau Syah Jahan sanggup membina Taj Mahal untuk isterinya, Allah mendirikan yang jauh lebih hebat lagi iaitu syurga sebagai tanda cintaNya kepada kita.Malah sebenarnya neraka juga sebagai bukti cintaNya kepada yang beramal soleh.
Apalah istimewanya amalan kita kalau si pembuat dosa juga memasukisyurga.
Kan?
Maka kerana itu Allah ciptakan neraka.
Supaya kita berfikir.Betapa bertuahnya aku memiliki cinta dari Yang Mencipta cinta. Sekiranya Allah enggan memberikan cintaNya kepada kita... Nescaya hidup kita pasti sia2...Kemudian baru datang taat dan setia.
Taat dalam erti kata menuruti semua perintah tanpa banyak soal. Apakah rasanya seorang suami yang, bila meminta isterinya melakukan sesuatu, dengan pantas akan disiapkannya tanpa banyakbicara?
Sudah tentu kita akan menjadi lebih sayang, lebih cinta kepadanya.Dan bagaimana pula jika kita melakukan segala perintah Allah tanpa banyak bicara?
InsyaAllah, Allah juga akan lebih menyayangi kita.Seperkara lagi tentang taat, janganlah cuba bertanya mengapa Allahmemerintahkan ini dan itu.
Contohnya makan babi.
Kalau dah haram tu,janganlah makan.
Ada yang mengkaji mengapa takleh makan.
Sehingga skang ni,saya dapat tahu (dari orang S'pore sendiri), di Singapura akan diadakan babi ternakan yang bersih.
Sekiranya mereka mampu membuang semua virus2 yang bahaya, babi dah boleh jadi halal & boleh dimakan.
MasyaAllah...Dan setialah kepada Allah biar apapun yang berlaku.
Biar sekuat manapun dugaan yang Allah beri.
Itu hanyalah sekadar cara Allah ingin meningkatkan taraf kita di sisiNya.
Mereka yang tidak setia kepada Allah ialah mereka yang akan gugur imannya apabila diberikan dugaan.
Jangan mempersoalkan mengapa yang kafir lebih bahagia.
Kerana dunia ini memang tempat mereka danAllah tidak memandang kepada mereka...Teringat seorang teman saya.
Ketika ditakdirkan teman lelakinya ke Jordan, saya telah menelefonnya dan bertanya khabar.
Sehinggalah saya mengusiknyadengan bertanya, tak rindu ke bf jauh kat sana.
Dia kata, memang rindu.Tapi tiap kali dia rindu dia akan cakap "Ya Allah.
Alangkah baiknya kalau aku mampu merinduiMu sebegini...".
Saya terkedu.
Selama hidup, tak pernah sekali keluar ayat sebegitu dari mulut saya...Saya perlu berhenti di sini.
Dah terlalu panjang dan meleweh2.
Maafkan sayasekiranya ini membosankan anda. Esok, (Selasa, 7 June 2005) saya insyaAllah akan pulang semula ke darat.
Ke pangkuan cinta2 dunia saya.
Ayah, ibu, isteri dan anak saya. Setiap kali waktu pulang, pasti saya akan kerisauan.Bukan tak seronok bertemu mereka tapi saya risau kerana saya sering gagal dengan dugaanNya ketika bersama mereka.Saya lalai dengan cinta dunia saya.
Keseronokan bersama mereka membuatkan saya kadangkala terlupa membuka kitab Allah.
Sehingga kadangkala terlupa(atau buat2 lupa sebab syok gi shopping) ke masjid untuk untuk berjamaah.Kerana sibuk dengan meraka kadangkala saya lupa untuk menambah ilmu. Ya Allah! Ampunilah daku.
Janganlah Engkau jadikan aku orang yang tersisih dari cintaMu.Saya menyeru kepada diri saya sendiri dan juga anda semua, ingatlah pesanan ini.
'Jangan pernah menyintai diri sendiri melebihi saudara muslimmu yanglain.
Dan jangan pernah menyintai yang lain melebihi cintamu kepada Allah.Kalau kamu menyintai Allah, maka buktikanlah.
Sesungguhnya Allah tidak berharap kepada cintamu sebaliknya dikaulah yang bertuah kerana memiliki cinta Allah.'Akhir kata, sekali lagi ingin saya tekankan.
Dunia ini dipenuhi dengan cinta.
Cintailah sesiapa saja yang anda mahukan tapi tanpa cinta kepadaNya,semuanya akan jadi sia2.
Marilah kita bersama meningkatkan amalan kita semoga kita akan sentiasa menyintai dan dicintai olehNya.
Ini posting terakhir saya untuk trip ini.
Jumpa lagi di hujung bulan (21 June 2005),insyaAllah...Setiap yang baik datang dari Allah dan setiap yang tidak baik datang dari kelemahan dan kebodohan saya sendiri.Wabillahi taufiq wal hidayah...Wassalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh.

No comments: