Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, January 24, 2009

seorang pendidik

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, sudah hampir 3 minggu saya mengajar di SMA Al-Wosto, Temerloh, sekolah saya ketika kembara ilmu saat remaja dulu. Bertemu kembali dengan pendidik-pendidik saya dahulu, saya rasa dihargai di sini, 'sense of belonging' itu amat kuat dengan bumi AL-Wosto ini.

Saya mengajar subjek kegemaran saya- NAhu Saraf (tingkatan 3,4 (SMA) dan 5) serta subjel Literasi Arab untuk tingkatan 1.

Alhamdulillah, saya senang 'memberi' apatah lagi untuk bidang yang memang menjadi 'makanan' saya. Terasa ilmu itu benar-benar 'berbuah' ila dapat disalurkan pula kepada anak didik saya.

Banyak yang ingin saya kongsikan namun agak kepenatan. Malam tadi saya berjaga hingga 3 pagi menulis tesis. Tidur lewat bukanlah rutin saya sejak saya mula mengajar,awal tahun ini. Biasanya malam saya peruntukkan jam 9 hingga 12 untuk tesis. Jam 12 wajib tidur kerana saya tidak mahu bangun lewat dan tergopoh gapah pada waktu pagi. Setiap pagi harus dimulakan dengan tenang. Dan saya ke sekolah dengan semangat yang segar setiap hari.

Sangat saya gembira dengan bidang ini. Mendidik. Kerana saya juga telah didik suatu hari dulu. Dan saya sentiasa percaya- guru yang baik akan melahirkan pelajar yang lebih baik dari dirinya. Mudah-mudahan begitu.

Rumah ini mungkin jarang dikemaskini selepas ini. Namun saya masih gembira jika anda masih sudi meninggalkan coretan di sini kala ziarah. MOga ukhwah berpanjangan.

Salam Sayang

Nur Atikah Jamaludin

dua puluh empat yang dua puluh lima

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

24 januari 1984-24 januari 2009


Usia saya bertambah lagi. Alhamdulillah. Thumma Alhamdulillah.Thumma Alhamdulillah.
Terima Kasih YA RAHMAN atas nikmat usia ini. Moga tidak kusia-siakan usia dengan kealpaan. Dan moga tiap denyut nadi dan nafas ini, sentiasa aku jadi hambaMU yang bersyukur.

Terima kasih emak, atas kasih sayang, dan pertaruhan nyawa melahirkan puteri pertamamu ini. Tiap kasih sejak dari dalam kandungan, hingga anakmu menghela udara bumi nan fana, hingga hari ini menginjak ke alam dewasa. Sokonganmu sentiasa ada. Melirih duka, menampung tawa.

Terima kasih abah, tiap penat lelah mencari rezeki. Membesarkan anakanda. Hingga kini, sentiasa mendorong ke arah jaya.

Buat keluarga tersayang, abang, kakak ipar dan adik-adik. Terima kasih atas kasih sayang dan kemesraan. Ayuh kita lestarikan kasih sayang ini, buat bonda dan ayahanda menumpang bahagia.

BUat para guru disetiap kembara pencarian ilmu. Amat banyak mendidik jiwa dan jati diri. Hingga hari ini, rasa teguh melangkah menghadapi tiap onak duri di muka bumi.

Buat teman-teman sepanjang perjalanan, terima kasih atas persahabatan dihulurkan. Budi dan jasa kalian tetap dalam ingatan. Tawa gembira kalian menceriakan kehidupan.

Untuk dia. Terima kasih atas kepercayaan. Moga dipermudahkan tiap usaha mencapai impian.

Untuk semua, doakan moga kejap hati dan jiwa atas landasan kebenaran.
Baarakallahu fiikum Jamiian.

**
Hadiah diri buat diri sempena hari ulangtahun kelahiran ini:

1. KUASA HIJRAH KUASA UNTUK BERUBAH- DATO' DR MOHD FADZILAH KAMSAH & AHMAD FADZLI YUSOF
2.THE KITE RUNNER- KHALED HOSSEINI

Sunday, January 04, 2009

Gelora di hati..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Eh. macam tajuk cerita kat TV pulak.. hehe.. bukan macam tu.. tapi sesungguhnya saat ini, ada nada melankolik..

Baru pulang makan malam, outing bersama teman-teman seperjuangan, Kak Faridah dan anaknya Alya, Hanum,Kak Yati, Dija n Jun.

Esok, saya akan pergi. Meski hujung minggu saya akan ke sini lagi, tapi suasananya tentulah berbeza.

Jalan ini saya pilih selepas memohon padaNYA. Saya tahu, menilai kemampuan diri, sana tidak betah berada di sini lagi. Tahun ini masuk tahun ke 7 saya kembara ilmu peringkat pengajian tinggi. Bermula di Matrik (2002) hingga ke pengajian MA ini, tanpa henti. Tanpa cuti yang panjang. (sedia maklum, UIA tiada cuti semester lebih 3 minggu semasa tempoh pengajian saya). Paling lama saya bercuti 2 bulan sementara menunggu permohonan MA.

Jelasnya, di usia ke 25 tahun ini, saya ingin melangkah ke alam baru. Medan untuk memberi. Dan saya bersedia menggalas 2 tugas serentak- pengajar dan pelajar. Pendidik dan dididik. Baki pengajian ini menyiapkan tesis cuma. Dan saya harap dunia baru saya yang pastinya sibuk adalah momentum terbaik untuk saya lebih rajin menyiapkan tesis. Mudah-mudahan tanpa tanggungjawab peribadi (seperti isteri/ibu) saya lebih menghargai masa yang saya ada untuk perjuangan.

Masa untuk memberi. Di sana, 'kepulangan' saya dinanti. Terutama selepas keputusan PMR yan jauh merosot untuk pelajaran Bahasa Arab, mereka menunggu saya untuk berbudi. Masanya tiba untuk mengaplikasi ilmu yang dipelajari.

Selasa (7 januari) saya akan melapor diri di SMA Al-Wosto, bumi barakah yang banyak mendidik diri. Menjadi guru sandaran di bawah Majlis Agama Islam. Menjadi pengajar dan pelajar, hujung minggu saya akan berada di UIA.

Usah ditanya bagaimana kehidupan selepas ini kerana saya masih belum laluinya namun saya punya azam dan keyakinan. Masa untuk memberi sudah tiba, juga masa untuk saya kembali bersama keluarga. Kalaupun tidak lama, sekurang-kurangnya sehingga tesis ini disiapkan, sebelum saya memilih jalan lain untuk masa hadapan, dengan izin Allah.

Gelora di hati. Saya tidak tahu mengapa. Tetapi saya sedih amat. Tadi, bual mesra dengan teman-teman seperjuangan. Saat berpisah, si Alya anak Kak Faridah berusia 4 tahun yang petah berbicara senyap tiba-tiba. Kata ibunya, bila dia sedih menghadapi saat berpisah, dia akan senyap. Malah dia tidak mahu bersalaman dengan kami. Hanya menyembam muka ke kerusi kereta. Jika kanak-kanak seusia ini tahu erti sedih, saya juga begitu. Walang dan rawan. Dan hari esok yang menanti, saya mohon kebaikan dariNYA mengiringi tiap langkah.

Allahu Al-Musta'an
**
Saya sedang mengintai peluang untuk ke situ. Amat ingin jika diberi peluang. Mendengar namanya sahaja saya udah terhidu aroma tenangnya. Kalau itu yang terbaik, saya sedia dijemput ke sana.

Saturday, January 03, 2009

hati ibu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Kata bonda..

Lebih mudah bila anak di dalam perut..
ke mana ibu pergi, dia tahu anaknya di mana
duduk si ibu, anaknya tetap di situ..
berdiri si ibu, anaknya tetap di situ..
semakin anak dewasa..
anak-anak membesar membawa haluan diri..
ke sana dan ke mari..
maka berserakanlah hati ibu..
ke sana dan ke mari
8 anak yang dilahirkan..
berserakanlah hati ibu ke 8 tempat..
kerisauan yang tidak kunjung padam..
hanya kerana
kasih seorang ibu

***
اللهم اغفرلي ولوالدي وارحمهما كما ربباني صغيرا
****

hari ni bumi UIa dilimpahi hujan.. dari malam tadi hingga ke petang tadi.. bukan kat UIA je sebenarnya.. rata-rata tempat hujan hari ni.. Apa saya rasa.. entah.. duk tepi tingkap bilik, layan hujan turun. Macam2 saya fikir. MAcam-macam. Rintik-rintik hujan membasahi bumi. Tapi hati ni rasa sayu je. Tidak mahu meneruskan berfikir yang bukan-bukan. Saya mentartil Kalamullah. Habis satu juzu'. Hati yang rawan cuba memahami tiap kandungan kalamNYA. Moga tiap kesedihan itu hilang.
**
أحاول ما استطعت أن أبشركم جميعاً ولكن قدرتي محدودة

Friday, January 02, 2009

alumni comrade@ metro

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

cerita tentang alumni comrade di sini >> harianmetro

kalau dalam paper ada gambar sama.. (",)

Thursday, January 01, 2009

OUTING, REUNION COMRADE & WALIMAH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



OUTING 1:

Dengan sahabat istimewa- Fairuza dan Fatimah, sebelum Fatimah memulakan tugas sebagai guru di Mukah, Sarawak Fairuza (kini Akauntan di Kementerian Pelajaran) dan Fatimah (guru lepasan KPLI).. Love u always

EFFA love forever fillah

OUTING 2:

dengan Jaie dan Shariah, sebelum saya meninggalkan UIA.. entah bila dapat jumpa lagi..

Dik Jaie & Kak Awa.. I Love u lots..

REUNION COMRADE

Gambar sekitar REUNION COMRADE di Teratak Hijaz, Sg Merab, Bangi. (dulu dikenali sebagai Astana Dugang Country Resort) Terima kasih buat semua yang hadir. Terima kasih Hijjaz atas kerjasama yang diberikan. Buat persembahan lagi untuk kami. Saya nak promote tempat ni. Sesuai untuk buat family day. Jom bantu ekonomi Muslim.



Seronok dapat jumpa alumni COMRADE. Semua dah berjaya dalam bidang masing-masing, ada yang jadi usahawan,pensyarah, juru audit, peguam,guru, wartawan, dsb.Moga terus cemerlang dan istiqamah membantu lapangan dakwah.



Bersama sahabat-sahabat tersayang.. saya mendukung Nasuha, anak Kak Anis




Kumpulan saya selepas 'dibom'



Gaya 'ShahrulMan' bersama perekanya



Gajah lawan Harimau,kancil terapit di tengah (",)



acara untuk pasangan pengantin baru.. suap mok ana, jgn tak suap


Bersama Kak Zura (kini Pegawai Kaji Cuaca) dan Ka Mid (Pensyarah Matrik UIa).. love u sis..



Hijjaz membuat persembahan untuk kami..


Bergambar bersama Hijjaz



Ukhwah itu manis ..


Ada masa kita berjumpa lagi.. Insya Allah


SELAMAT PENGANTIN BARU.
Moga bahagia hingga ke syurga :


1) sepupu saya, Fatimah n suaminya- Sidek. Meriah kenduri di rumah Pak De di Serendah


Mempelai di pelaminYani (adik bongsu saya), Kakak Ipar, Adik saya Mimi, Mak dan Achik yang menjaga hidangan untuk tetamu ketika majlis kenduri
Firdaus- anak sedara sepupu saya yang comel (jumpa ketika kenduri)



2) Buat Hafizah dan suami. Jah, moga bahagia mengiringi kehidupanmu, Insya Allah




Antara COMRADEANS yang hadir..

Tahun berganti

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Langit petang dari tingkap bilik saya..
Membawa ke malam yang semakin suram..
dan begitulah hari berganti hari..
Esok, kenangan saya tinggalkan di sini
Kerana sebagaimana hari yang terus berganti..
Begitulah hidup..
Satu persatu tangga kehidupan pasti didaki
Allahu Al-Musta'an