JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, February 25, 2007

kasih sayangNYA dalam ujian


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


baru pulang dari laman bonda...

ujian Allah datang lagi..

kesian kak chik (adik yang no 6)..


Ya Allah, Engkau penyembuh segala peyakit..

maka sembuhkanlah dia..


namun dalam ujian ini

aku temui erti kasih sayang..

sebaik mengetahui keadaan kak chik yang sakit

teratak kami tak henti2 dikunjungi jiran tetangga

saudara mara

bakal tunang abg long n keluarga juga datang..

terima kasih YA Allah atas nikmat ukhwah ini

susah senang, masih ramai yang memberi sokongan


kak chik insan istimewa

dalam usianya 15 tahun

aku tahu dia cukup tabah melawan sakitnya

sempat berpesan pada mak n kami adik beradik

"semua jangan risau.. semua kena kuat.. ALlah nak uji kak chik ni, Allah nak uji kita"


dan jika dia setabah itu, apatah lagi kami??

seharusnya lebih tabah..

teringat pesan ustaz:


'Allah nak uji kita, DIA nak tengok sejauh mana kesabaran kita?
sabar dan redhalah

selagi berkeluh kesah, masalah tak akan hilang..

kemuncaknya adalah redha dan tawakal

maka ketika itu, segala masalah akan hilang dengan sendiri

dan ada hikmahNYA yang menanti..

sabarlah.."


pulang ke uia..

ayahbonda menghantar ke bus station mentakab..

sedih nak balik n tinggalkan rumah..

kuatkan hati..!


sampai uia..

masuliyyah sampai bila2 pun akan jadi lebih banyak dari waktu yang ada

khauf dan raja'

hanya pada Allah..

moga dalam segala kesempitan ini

dilapangkan hati dan masa..

kuatlah hati..

sabarlah!

tabahlah!

redhalah!


Monday, February 19, 2007

jawapan alam..



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Bersatu dengan alam..
Saat yang kunanti adalah saat dapat bersatu dengan alam. Menghayati indahnya ciptaanMU. Mencari jawapan pada setiap persoalan dalam rimbun kasih dan ketenangan, keistimewaan yang ENgkau ciptakan tiada bandingan.. Maha Suci Engkau Allah yang mencipta alam penuh kesempurnaan dan keindahan.

Mengapungkan diri di permukaan laut, menghadapkan wajah ke langit yang membiru.meninggalkan dunia sebentar. Yang ada hanya bunyi ombak. Dan lintasan beburung riang di awangan.tenang.setenang-tenangnya. Subhanallah atas ciptaanmu.tafakkur tadabbur.bicara dengan alam.tamhid buat penciptaNYA.dan doa tiada henti buat Yang Esa.harapan dan impian.tawakkal beraja milik Allah yang mutlak. Bersatu dengan alam adalah peluang untuk aku bicara.mencari jawapan kepda persoalan-persoalan yang sekian lama menghantui.



Lalu kata langit yang membiru
Tiada apa-apa yang hilang
Fikir

Kata laut dan ombak yang menderu
Tiada apa-apa yang hilang
Tadabbur

Kata burung yang riang
Tiada apa-apa yang hilang
Tafakkur

Kata pepasir yang memutih
Tiada apa-apa yang hilang
Jangan lupa
Ibrah dari sejarah lalu

Tiada apa-apa yang hilang
Jika engkau masih berpegang
Sabar.Tabah.Redha



ADEB CAMP 06


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


PROGRAM: MUKHAYYAM AL-ARABI LILMUNAZHARAH II
(ARABIC DEBATE CAMP)
VENUE: SRI MALAYSIA HOTEL, PORT DICSON
DATE: 16-18 FEBUARI 2007

Alhamdulillah, saya berkesempatan mengikuti ADEB II 2007. selepas kejayaan ADEB 1 di Tg Bidara Resort, tahun lepas. Program yang menghimpunkan 50 peserta, termasuk para trainers dan keluarga mereka. mewujudkan biah ‘arabiyah.mumarasah dan bertujuan untuk melahirkan penutur bahasa arab yang tholaqah (fasih). Menghimpunkan peserta lebih dari 8 negara (Malaysia,sudan, mesir, kemboja, arab Saudi, Bangladesh,Eriteria,Singapura,Indonesia) menjadi medan taaruf dan bersilaturrahim.
Jika tahun lepas, saya merupakan salah seorang jawatankuasa program, kali ini saya mengikutinya sebagai peserta.. tahniah buat sahabat-sahabat dalam naadi munazarah yang meneruskan perjuangan ini. Barakallahu fii kulli juhuudikum .

Kenangan indah ADEB07:

My group:
Nama Group LUghatu Ad-Dhod (antara nama lain untuk bahasa Arab. Nama ini menunjukkan keistimewaan bahasa arab sendiri iaiutu satu-satunya bahasa di dunia ini yang mempunyai huruf Dhod)
MOto group: mumarasah.. tholaqah ( melazimi dan seterusnya menjadi fasih)

Alhamdulillah, jika tahun lepas kumpulan saya memenangi kumpulan terbaik, tahun ini sejarah yang sama berulang.. setiap pendebat diberi amanah untuk menghulu kumpulan masing-masing dan setelah kumpulan dibentuk, ahli kumpulan saya terdiri daripada 2 lelaki dan 3 perempuan, termasuk saya sendiri. Diletakkan bersama Hafizullah (master IRK/Bangladesh), EklimRedha (master IRK/Bangladesh), Shahida (BARB/4th year/kelantan) n Azimah (Barb/4th/kelantan) adalah satu kesempatan terbaik, terutama berkongsi pengalaman dengan 2 orang student master yang juga ex student Al-Azhar. Alhamdulillah, sepanjang program, banyak yang dikongsi dan mereka berdua yang fasih berbahasa Arab banyak menunjuk ajar kami. Thanks to all atas kerjasama yang diberikan hingga kumpulan ini dipilih sebagai kumpulan terbaik.



Treasure Hunt:
Oleh kerana aim sebenar untuk belajar, bukan untuk kemenangan, maka kami pun menggunakan pendekatan untuk lebih banyak berjalan dari mengejar waktu, maka kumpulan kami adalah kumpulan yang terakhir samapi di check point. Sampailah urusetia sendiri bimbang ke mana sesatnya kami. Antara yang best adalah tugas untuk susun satu bait yang agak berbelit-belit:
Ma takakkaktum ‘alayya, kataka’kuikum ‘ala zi jinnah, ifraquu ‘annii



Taqdim as-thaqafi:
Kami memilih yang paling simple- nasyid. Hafizullah menjadi penghulu dan kami sekadar mengikut. I like that song (nahnu muslimin wa allughah al-arabiyyah) coz maknanya yang mendalam dan bahasanya yang indah. Tahniah buat kumpulan lain dengan persembahan yang sangat kreatif walaupun masa untuk bersedia sangat sekejap.ada lakonan, ada dikir barat, ada sketsa.. semuanya dalam bahasa arab..

Al munazarah baina al-mudarribin
Trainers berdebat?? Sungguh meriah dan hebat!! Bila Ustaz Husain, Ustaz Fouad, ustaz Majdi selaku pencadang dengan tajuk (ta’addud az-zawaj afdhal- berkahwin lebih dari satu baik) menentang barisan pembangkang yang terdiri dari Ust Salah, Ustaz Hassan dan Ustaz Ibrahim. Sungguh gamat suasana.. hujah kedua-dua pasukan pun sangat mantap. Jurinya adalah semua penonton termasuk zaujah ustaz2 tadi.. dan kerana penontonnya ramai perempuan, tentulah kemenangan kepada pembangkang. Tapi kalau fikir2 balik hujah kerajaan tu, memang banyak benarnya. Mungkinkah aku juga akan masuk dalam ‘geng sarah’??



Al-munazarah li fasl at-tadrib:
Pasukan aku kalah di separuh akhir. Alhamdulillah. Satu kemenangan juga. Yang penting mumarasah lughah itu sendiri.

ADEB 1 & 2..
Sentiasa akan jadi manis dalam ingatan. ADEB 1 tahun lepas adalah titik tolak permulaan aku melibatkan diri dalam debat. Kali pertama aku berdebat depan jumhur coz setelah dipilih secara rawak, aku dikehendaki untuk mempersembahkan mock debate untuk tajuk ‘usbu’ attaaruf fi dukhu al jamiah dhorurah’ (minggu suaikenal ketika masuk ke universiti penting) dan untuk pertama kali ini, aku berlawan dengan pendebat2 yang jauh lebih berpengalaman, termasuk pendebat2 untk kategori Arabic as first language yang merupakan penutur bahasa Arab. Di sinilah bermulanya. Aku dipilih sebagai best debater dalam perlawanan tersebut dan trainers memohon aku untuk terus berkecimpung dalam bidang ini…

Keterlibatan ini mengubat rindu.setelah sekian lama aku meninggalkan gelanggang pidato ketika di sekolah menengah dulu. Setahun berlalu dengan pantas. Berkat didikan trainers yang tekun, hari ini aku akan tinggalkan gelanggang ini. Dan tentunya aku amat bersyukur. Banyak sangat yang aku pelajari. Mumarasah lughah,tambah pengetahuan semasa, vocabulary yang pelbagai bidang, kawan2 yang ramai, bernaung bawah trainers yang sangat bersungguh, meyertai pertandingan, dan pelbagai anugerah yang diberi Allah ketika menyertai bidang ini.terutamanya mengembalikan keyakinan dan kepercayaan terhadap diri sendiri, setelah sekian lama kepercayaan itu hilang dek taufan yang merusuh. Alhamdulillah, hari ini aku tahu aku tidak tersilap memilih bidang ini untuk menghiasi zaman kampus. Dan hari ini, jika berjumpa para trainers, mereka lahirkan kesedihan coz aku akan meninggalkan mereka.dalam masa yang sama, mereka gembira kerana hari ini, aku dah banyak peningkatan berbanding mula-mula masuk dulu.. Barakallahu fiikum ayyuhal mudarribin.. di tangan kalianlah, semua anugerah ini dapat hadir hingga ke tahap ini, dengan izin Allah.. dan aku pasti merinduinya nanti, seperti mana hari ini aku merindui didikan Cikgu Zaki dan Cikgu sarimah yang melatih aku pidato dulu.

subahanallah... indah alam ciptaanMU..
more pictures??

http://dhiyauqalbii.fotopages.com






Friday, February 16, 2007

minda pertama//

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

ini posting yang tertangguh dari sem lepas.. tetiba je terjumpa.. so rasa rugi pulak kalau apa yang dah ternukil ini tidak dikongsi bersama.. ini ibrah yang aku ambil dari kursus BTN yang diikuti sem lepas.. waktu itu sedang hangat dengan isu gula..

:: minda kelas pertama::

Aku mengikuti BTN pada sabtu yg lalu dengan keadaan ‘paksa rela’.. sekadar memenuhi requirement university untuk graduasi. Pun, sebolehnya juga mengikhlaskan niat.. tiap ilmu milik Allah. Mengikuti apa2 yang baik dan menyahkan apa2 yang ‘tidak baik’ dan ‘menjengkelkan’ sepanjang seminar.

Antara yang menarik minat adalah seruan supaya menjadikan minda kelas pertama..pada aku seruan itu telah lama wujud dalam titipan wahyu.. antara keperluan mencipta kelas pertama adalah dengan menjadikan kepentingan org lain lebih dari kepentingan sendiri, sentiasa membantu dan sanggup mnyusahkan diri sendiri untuk keenangan org lain.. inilah soal tadhiyah (pengorbanan) yang telah dijalinkan dalam sejarah para sahabat dan Nabi tercinta sejak dari dulu lagi…malah islam telah menyarankan supaya sentiasa menyayangi yang tua dan mengasihani yang lebih muda.. sebagai muslim, seharusnya tidak ada sebab untuk kita tidak menjadi manusia yang memiliki minda kelas pertama kerana kita punyai panduan kelas pertama (al-quran) dan contoh juga kelas pertama(RAsulullah- bukan setakat kelas pertama malah kelas super vvvvvvvvvvip)

::seruan meramaikan zuriat::

Selusuri fakta berikut:

Rakyat Malaysia: 26 juta. Drpdnya= 16j adalah melayu (islam+ separa islam)..

drpd 12 j, perempuan = 6 juta. Drpd 6 juta, 2 juta adalah golongan 40 tahun ke atas, 2 juta adalah bayi n kanak2 dan selebihnya 2 juta adalahremaja/belia.
Daripada 2 juta ini, melihat kepada fenomena hari ini (kekurangan lelaki berkualiti, tuntutan kerjaya dsb) yang akan berkahwin mungkin separuh daripadanya ( 1 juta)..

jika 1 juta ini melahirkan anak purata 5 anak seorang.. 10 atau 20 tahun akan datang, keturunan Melayu (generasai baru ) hanyalah 5 juta! Sedangkan bangsa2 lain, dengan kemasukan pendatang asing, kes2 anak luar nikah yang ramai dsb, telah menambahkan zuriat mereka dengan pesatnya.. so apa akan jadi pada masa akan datang? Masih kekalkah melayu menjadi bangsa majority di tanah tumpa darah sendiri??

So seruan membanyakkkan zuriat dikira cukup relevan untuk memastikan kita masih mendiami bumi Malaysia ini dalam zon selesa. Bahkan yang lebih penting bukan setakat meramaikan zuriat, tapi tanggungjawab yang lebih besar adalah memastikan anak2 tadi membesar dengan pendidikan islam yang sempurna, menjadi syabab n fatayat yang mendokong agama ( ceh macam menteri pembangunan wanita pulak bercakap)..

Tapi masih lagi aku nak membidas system pembelajaran negara.. usia 23 baru nak habis belajar, nak cari kerja lagi.. so perkahwinan menjadi agenda lewat usia.. kalau ada student nak mintak kawin awal.. mesti mak bapak tak setuju (alhamdulillah if mak bapak memahami).. so dalam kelewatan usia tersebut, proses meambahkan populasi rakyat menjadi lebih lambat.. belum ditambah dengan agenda KPLI dan J_QAF yang tidak mengizinkan penuntutnya berkahwin (atau lebih tepat lagi mengandung) sepanjang tempoh pengajian.. so.. semuanya menjadikan proses pembinaan keluarga agenda lewat usia.. mak bapak dah pencen tapi anak2 masih belajar…

Perpun.. seruan untuk semua.. banyakkanlah zuriat n didiklah mereka menjadi pejuang kalamullah..

::krisis sumber makanan::

Ibrah dari surah Yusuf yang sering kita lupakan (kerana kita selalunya lebih terpesona pada kisah percintaan yusuff dan zulaikha) adalah tentang pengurusan sumber asli dan makanan. Betapa sesungguhnya sebuah negara yang stabil adalah negara yang mempunyai simpaanan makanan selama 7 tahun.. tapi Malaysia??

Kita hanya mempunyai bekalan beras yang mencukupi untuk tempoh 3 bulan.. if apa2 belaku (nauzubillah) beras akan habis dalam temph 3 bulan..
Tetapi dalam waktu yang sama.. kita masih mempunyai banyak tanah bendang yang tidak diusahakan…slh siapa/ sumber manusia? Teknologi? Malas?

Isu gula gak kian meruncing.. susahnya nak dapatkan gula.. namun ada kajian mengatakan bahawa rakyat Malaysia puratanya memakan gula 10 sudu sehari! Sedangkan keperluan badan kita hanyalah 2 sudu sehari, 1per 5 sahaja dari apa yg kita ambil! Patutla ramai diserang diabetes.. tak percaya? Pagi kita minum the tarik secawan, kul sebelas secawan, minum tengahari, minum petang n minum malam! Tu maksimum seecawan 2 sudu gula.. belum kira yang menjerit2 ‘mamak, kurang manis la..!

So andainya tabiat ini dapat kurangkan, tentu masalah gula dapat diatasi..

Kita masih mengimport daging2 dari negara luar.. berapa banyak negara rugi hasil aliran wang keluar? Penjajah telah menjajah minda kita dan menjadikan tugas seorang penggembala lembu/kambing sebagai kerjaya ‘low class’.. begitulah perancangan meeka untuk meletakkan standard rasul junjungan S.A.W jatuh di mata manusia.. tak ramai di kalangan kita ingin membekalkan daging2 tersebut kepada rakyat dan bangsa kita sendiri.. sedangkan perkara ni dah jadi fardhu kifayah! Tak payah import dari India @ Australia.. tak bimbang penyakit leembu gila.. tak ragu proses penyembelihan.. sungguh banyak pahalanya…

zikir jangan tak zikir..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

ayuh zikrullah..
masihkah kalian ingat?

untaian kalimah hadiah nabi buat puteri tercinta-Fatimah Radhiyallahu anha..
tatkala Fatimah mengadu kepenatan dan keletihan melakukan kerja2 rumah..

lalu NAbi S.A.W membekalkan
SUBHANALLAH
ALHAMDULILLAH
LAILAHAILLALLAH
ALLAHU AKBAR

Maka..
seruan buat diri dan buat semua..
alangkah indahnya
bila hati sentiasa berzikir
seperi burung
seperti awan
seperti pokok
sepetri tiap makhluk
yang tak henti mengalunkan zikrullah..

so, just as simple as these words
SUBHANALLAH
ALHAMDULILLAH
LAILAHAILLALLAH
ALLAHU AKBAR

kala berjalan pagi-pagi ke kelas..
tiap tapak
SUBHANALLAH
ALHAMDULILLAH
LAILAHAILLALLAH
ALLAHU AKBAR
(biarpun dah lewat, makin laju langkah.. maka makin laju juga zikir kita?)

kala menunggu bas
kala menunggu lecturer yang lambat masuk.. SUBHANALLAH
ALHAMDULILLAH
LAILAHAILLALLAH
ALLAHU AKBAR
(biarpun bas lewat.. makin lama menunggu, makin banyak zikir kita..)

kala menggosok gigi..
kala menggosok baju (iron baju)
setiap gosokan..
SUBHANALLAH
ALHAMDULILLAH
LAILAHAILLALLAH
ALLAHU AKBAR

tiap kali membasuh baju..
tiap berusan
SUBHANALLAH
ALHAMDULILLAH
LAILAHAILLALLAH
ALLAHU AKBAR
(biarpun banyak baju tu, makin banyak,makin lama juga zikir kita)

tiap kali menaiki tangga..
tiap anak tangga
SUBHANALLAH
ALHAMDULILLAH
LAILAHAILLALLAH
ALLAHU AKBAR
(biarpun tinggi, makin tinggi, makin banyak zikir kita)

tiap kali menyikat rambut
sekali sisir
SUBHANALLAH
ALHAMDULILLAH
LAILAHAILLALLAH
ALLAHU AKBAR..

tiap kali dan tiap sesuatu..
SUBHANALLAH
ALHAMDULILLAH
LAILAHAILLALLAH
ALLAHU AKBAR

berzikirlah dengan penuh kesedaran,
lafazlah dengan penuh keinsafan..
betapa kerdil kita di sisi DIA..
SUBHANALLAH

ALHAMDULILLAH
LAILAHAILLALLAH
ALLAHU AKBAR

zikir, jangan tak zikir..!

"dan sesungguhnya dengan mengingati Allah itu, hati menjadi tenang"

ingin ku tanya..

dalam kesibukan assignment.. hati saya tetap meronta untuk menulis..
benar, saya sependapat dengan ust Hasrizal (www.saifulislam.com) yang mengatakan menulis merupakan antara cara untuk melepaskan tekanan.dan saya juga merasakan begitu..

terutama bila kepala saya sudah merasa "senak" .. maka saya perlu memuntahkan segala yang membuatkan kepala itu senak.. dan seringkali kepala yang senak itu membuahkan afkar untuk dikongsi bersama.. dan benar, menulis itu menjana minda, menggerakkan akal..

dan saya tidak mahu peristiwa teguran ustaz fouad malam tadi, sewaktu kelas debat berulang kembali..

:kenapa kamu diam? saya lihat kamu berfikir sangat dalam.. sesuatu yang serius.. apa yang mengganggu fikiran kamu??:

:diam.senyum.(diamkan seribu bahasa)

ntah?? sayapun tak tahu apa yang sedang saya fikir?? tapi saya tahu, ada sesuatu yang sedang saya fikir??

::laut, nantikan aku..::
Alhamdulillah.. hujung minggu ini berkesempatan mengikuti Mukhayyam Al-Arabi di Port Dikson. PD? sebaik tahu venue program, saya semakin teruja untuk pergi..

sungguh, sudah lama saya tidak bermesra dengan laut membiru yang bersatu dengan langit.yang acapkali menghadirkan ketenangan dalam diri.
Subhanallah! MAha Suci Engkau Ya Allah, tidaklah Engkau jadikan sesuatu itu sia-sia YA Wahhab. moga sentiasa dipermudahkan kami menghadam hikmah di sebalik tiap yang Engkau jadikan, agar kami tahu makna kesyukuran..


menjelang musafir ke PD..
ingin kutanya pada laut yang membiru..

ke mana hilangnya hatiku??
ingin kutanya pada langit yang gagah menongkah
ke mana hilangnya hatiku??
ingin ku tanya pada ombak yang menderu
ke mana hilangnya hatiku??
inginku tanya pada bayu yang gemersik
ke mana hilangnya hatiku??
ingin ku tahu jawapannya..
dalam tafakkur, tadabbur dan taammul..
nantikan kehadiranku...

FASTABIQUL KHAIRAAT

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

assalamualaikum.. salam barakah di pagi sayyidul ayyam yang tenang..
selawat dan salam buat junjungan tercinta..buat keluarga baginda, para tabiin dan tabi'tabiin.. juga buat pejuang2 agama..

salam kesejahteraan, salam keampunan buat diri, buat bonda dan ayahanda tercinta, buat abang , adik2 dan kaum keluarga, buat guru2 yang berjasa, buat sahabat2 seperjuangan dan buat semua kaum muslimin, sama ada yang hidup mahupun yang telah pergi menemuiNYA.. ayuh semua..

FASTABIQUL KHAIRAAT...

Tuesday, February 13, 2007

hidup


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

persoalan yang masih kabur..
tak tahu lagi apa sudahnya..
dalam hijrah ini ada ketenangan sesungguhnya
namun masih juga banyak persoalan
buntu.kelu.diam tanpa kata.
dan seringkali kupujuk hati
sabar.tabah.redha.tawakkal.bersangka baik padaNYA.
moga dalam tiap harapan itu, tiada kekecewaan.
padaMU kuserah...
"biar KAU menjadi saksi
tulus tangisku kala dinihari
kesempatan yang hanya sebentar
moga keihklasanku terlakar
berikan aku hidayah
agar diperkuatkan iman yang lemah.."
banyak yang ingin saya coretkan..
berkongsi ilmu di seminar kesihatan wanita bersama Dr. Ismail Tambi
forum hijrah 'dare to change?'
exhibition criminal war
hubungan 'din' dan 'dain'
teory ethics al-ghazali
namun masa agak terbatas
doakan saya
dapat melalui 2 minggu yang kritikal ini dengan tenang
bahath
presentation
komitmen pada keluarga
Rabbi yassir wala tua'ssir...
hati tenang,jiwa lapang
biar waktu terasa sempit dan menghimpit..