JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, October 31, 2009

Abah: hadiah hari lahir teristimewa

بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
1 November tiba lagi (walaupun entry ini awal)

Hari ini hari lahir abah yang ke 55..
dan saat ini, abah sedang menjadi tetamu Allah, menunaikan haji di Kota Suci mekah..
saya pasti, ini hadiah hari lahir yang teristimewa untuk Abah..
Keadaan terkini, Abah sudah sampai di Mekah selepas hampir seminggu di Madinah. Namun ditimpa masalah- bagasi Abah yang diuruskan pekerja Tabung Haji hilang entah ke mana.. Maka Abah masih menunggu bagasinya..
Moga-moga dipermudahkan semua untuk Abah..
Kembali bercerita tentang Abah
Saya mula rindukan dia.. pulang ke rumah minggu ini, tiada suara dan wajah abah..selalu ada sama-sama, terutama masa makan ..
dan tahun ini, tiadalah sambutan hari lahir untuk Abah, mungkin tunggu dia balik. Yang penting, dia selamat di sana dan pulang dengan haji mabrur, Insya Allah.
Saya masih ingat ketika di sekolah, masa saya di tingkatan 4- Adik saya Nazifi tingkatan 3, Mimi tingkatan 2. Kami buat kejutan kat Abah. Hantar kek hari lahirnya ke makmal sains. Masa tu Abah tengah mengajar..
Masa saya di tingkatan lima, kami hantar kek ke Bilik Guru lelaki, Abah tengah tanda buku pelajarnya..
Tahun depan Abah akan bersara, mengakhiri tugasnya di SMA Al-Wosto, Insya Allah selepas hampir 21 tahun mengajar di Al-Wosto..
Saya masih rindukan saat-saat sebelum Abah ke Mekah. Saya menolong Abah memeriksa barangan yang ingin dibawa dan memasukkan 'sarung' Tabung Haji pada begnya, menampal tanda nama pada beg..
Saya juga terharu melihat Abah memfotokopi doa-doa dari buku Travelog Haji:Mengubah Sempadan Iman yang saya belikan untuknya bila dapat tahu Abah bakal menjadi tetamu Allah tahun ini. Kertas yang difotokopi itu dibawa bersamanya ke Mekah..
Doa yang saya kirimkan untuk Abah bacakan di sana sekadarnya; mengharap dipermudahkan segala urusan jodoh,tesis dan pengajian DPLI. Doa menjadi insan yang hampir di sisiNYA, doa tentang tempat posting nanti-moga diberi sebaik-baik tempat- dan satu doa yang saya harap akan dimakbulkan: Untuk saya jadi Tetamu Allah juga satu hari nanti, dalam usia yang masih muda, Insya Allah.
Di rumah, memang keadaan agak sunyi. Emak juga nampaknya resah. 'Boyfriendnya' jauh, sebelum ni tak pernah berpisah sejauh dan selama ini..
Wan (nenek saya, mak mertua Abah) juga nampak resah. dia mula resah sejak beberapa hari sebelum keberangkatan Abah. Katanya, kalau umurnya tidak panjang (tahun ini umur wan 98 tahun) dan ajalnya tiba saat Abah di sana, akan kuranglah seorang untuk solatkan jenazahnya. Sebelum Abah ke Mekah, Wan mengirim duit untuk saya belikan dodol di Pekan Sehari temerloh, untuk Abah bawak bekal katanya. Sebab dia tahu Abah sangat suka makan dodol.
Yang paling penting, dari satu sudut, saya melihat bahawa Abah adalah menantu yang sangat disayangi Wan. Sebab: Abah amat baik melayani Wan, lebih-lebih lagi ketika usia Wan kian menginjak tua..
Abah amat rajin melayan makan minum wan. Wan agak cerewet. Maklumla,selera orang tua.. maka setiap kali sebelum ke pasar, Abah akan tanya Wan, apa yang ingin dimakan. Abah juga amat rajin melayan Wan berbual itu dan ini.Amat sabar dia melayan kerenah Wan. Wan dah tua, jadi pendengarannya kurang. Namun abah tetap sabar melayannya berbual, walau terpaksa mengulang cerita yang sama 2 3 kali..
Entry saya melompat-lompat kan? tak apalah, saya sekadar menulis apa yang terlintas..
Untuk Abah..
semoga Abah beribadah dengan tenang di sana.. Doakan kak Ngah yer..
Selamat hari Lahir , moga Allah panjangkan umur Abah supaya Kak Ngah dapat berbakti pada Abah dan Emak dan supaya Abah dapat tengok kejayaan Kak Ngah nanti...
اللهم اغفرلي ولوالدي وارحمهما كما ربياني صغيرا

Saturday, October 10, 2009

melankolik

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

2 3 hari ini, saya sangat melankolik.. tidak tahu mengapa.. Saya mencari ruang untuk mencari diri dan mengembalikan momentum dalam diri. Syukur Ya Allah, waima di sebalik melankolik itu, 2 peperiksaan semalam dapat dijawab dengan baik. ALhamdulillah.

Pagi tadi ada kelas Pn NOr. Semalam saya sudah menghubungi Pn Nor, minta pelepasan dari kelas. Hari ni (tengahari) ada kenduri di rumah kerana abah akan menjadi tetamu Allah tahun ini. Insya Allah pergi 20 hb nanti. Sayangnya Pn NOr tidak memberi pelepasan. Saya mesti hadir ke kelas katanya.

Sesi pertama kelas (penerangan + tips exam) dari Pn NOr selesai.Lalu dia memberi pelepasan untuk saya balik awal sementara kelas dihabiskan dengan presentation beberapa pelajar lain. Hari ini sesi konvo pertama bagi tahun 2009. Ketika melalui Main Auditorium, saya menjenguk video yang dipasang, siaran langsung dari CAC. Sesi penganugerahan PHD sedang berlangsung. Saya cemburu yang amat. Meremang juga bulu roma melihat satu persatu nama dipanggil menerima anugerah tertinggi dalam akademik. Jeles.Jeles.Jeles. Campur terharu. Berlinang air mata juga. Saya memang begini. Saya mudah terharu dengan satu-satu 'victory'. Saya harap itu satu momentum buat diri. Saya akan rasai juga satu hari nanti, biiznillah.

TAHNIAH!
2pm tadi sesi penganugerahan MA.. Tahniah kawan-kawan yang menerima MA masing-masing tadi, terutama my Dear Asma, Kak Zaiton n Jannah my roomate, kak Salwa,Kak Mardhiana, Kak Nik Mursyidah dan yang lain-lain. Sedih juga tidak dapat bersama kalian. Namun saya percaya perancangan Allah untuk saya lebih baik. Kerana banyak perkara luar kawalan yang berlaku, ditambah kelemahan dan kemalasan saya.. Namun Insya Allah, tahun hadapan saya akan menerimanya.. and double convocation (+ the 'third' one?) Insya Allah..

AGM COMRADE
Malam tadi, saya berkesempatan menghadiri AGM COMRADE. Tahniah buat board baru. Teruskan perjuangan. Tahniah buat COMRADEAN yang konvo n welcome to Alumni. Harap Alumni lebih aktif lepas ini..

only Allah know how much i miss the comradeans.. Terutama kawan-kawan seangkatan saya....

KHALI..LOMPONG,
Terasa ada lompong di situ. Saya usir setiap keterkilanan dan keterasaan. Saya sisihkan tiap yang memakan hati.. Saya maafkan tiap yang terkhilaf. Namun masih ada lompong di situ. Ya Allah, isi kelompongan itu dengan cintaMU. isi kegusaran itu dengan syukur padaMU. Moga ruang yang lompong itu tidak menjauhkan aku dariMU.

Kenangan Indah di Aidilfitri

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Aidilfitri.

Rasa bersyukur sangat dapat meraikan Aidilfitri hari ini dengan penuh kenikmatan.
me and my lovely Ika and Aisyah
1 Syawal

Selepas bermaafan sesama keluarga, kami menyiapkan juadah istimewa untuk kenduri kesyukuran merangkap Rumah Terbuka kami. Selepas Asar, kenduri kesyukuran bermula. Kenduri ini sempena keberangkatan adik saya yang ke -5 Izzati ke Jordan pada 3 Syawal kelak. Alhamdulillah, ramai sanak saudara dan rakan taulan berkumpul di rumah. Terasa ukhwah itu amat indah.Malamnya, sahabat sejati saya dari Mukmin datang- Fairuza, Fatimah dan Nawwar

2 Syawal

Duduk di rumah melayan tetamu yang tidak putus-putus berkunjung.

3 Syawal

Awal pagi lagi kami ke Kuantan. Izzati akan berlepas ke Jordan. Perjalanan Kuantan-KLIA-Doha-Amman akan bermula petang nanti. Petang itu, air mata kami sekeluarga tumpah di Lapangan Terbang Kuantan melepaskan dia memulakan kembara ilmunya sebagai siswi di University of Yarmouk, Irbid dalam bidang Ekonomi Islam. Selamat bermusafir menggali khazanah ilmu, moga kembali dengan ilmu sarat di dada buat agama dan nusa
Me, Izzati and si Bongsu Yani
Family picture with red nose ;-) tarikh salah set pulak..
5 puteri mak n abah.. look like i'm the youngest ? ;-)
4 Syawal

Di rumah. Melayan tetamu. Rakan-rakan sekolah berkunjung ke rumah

5 Syawal

Di rumah lagi. Masih ramai tetamu berkunjung. Sahabat saya Eibe datang bersama anak dan suami

6 Syawal

Selepas Asar- mengunjungi keluarga sahabat saya Fatimah di Temerloh. Diikuti ziarah Dr Sarah yang bertugas di Hospital Temerloh. Sahabat saya ini baru pulang dari Moscow dan baru memulakan housemanship di hospital tersebut. Tiada cuti raya buatnya maka saya dan adik membuat ‘lawatan mengejut’ ke hospital. Seterusnya kami ke rumah guru saya ketika sekolah rendah- Ustaz Osman.
beraya di hospital bersama Dr Sarah
7 syawal

Ziarah ‘istimewa’ sebelum menghadiri 2 majlis kenduri kahwin.

1) Kenalan di Felda Purun

2) Sahabat sekelas saya di SMA Al-Wosto Rafidah di Felda Triang 3. Tahniah kak long (Rafidah) dan suami
Dapat berjumpa ramai Wostorian. Dan kami menyambung ziarah ke rumah kawan-kawan yang berdekatan
antara wostorian yang dapat bertemu hari itu... Safawati dah 2 anak..

8 Syawal

Kenduri kahwin 2 sahabat sekelas saya- Hasnah dan Sidek.Mereka berdua 'mengejutkan' kami kerana tak ada angin, tiba-tiba kad undangan diterima.. Ketika rombongan pengantin sampai, kami beramai-ramai beratur menyambut.. rasa terharu tengok tangan Sidek memimpin tangan Hasnah.. Berseri-seri.. Ramai sekali wostorian batch kami berkumpul. Yang dah berumahtangga datang bersama suami/ anak-anak. Meriah sungguh. Cikgu Zaki turut hadir.


Antara wostorian yang hadir..

Kemudiannya kami berkonvoi menziarahi rakan-rakan yang berdekatan. Alhamdulillah seronok dapat berjumpa rakan-rakan zaman sekolah. Sebahagiannya tidak saya jumpa sejak 9 tahun lalu! Alhamdulillah. Amat manis pertemuan ini. Moga Ukhwah berpanjangan.

2 'beg susu' yang mengiringi konvoi kami.. kerana 2 dari ahli rombongan sudah mempunyai anak.. akan bertambah mungkin beg seperti ini dalam konvoi tahun depan dan tahun akan datang? :-)

Thursday, October 08, 2009

Kuatlah hati...!

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kembali menjenguk rumah ini.. ingin melepaskan lelah..

Belum habis bercerita tentang raya yang pelbagai warna.. kalaupun tiada coretan, akan saya tempelkan gambar sekitar suasana hari raya. Amat bersyukur kerana Aidilfitri memberi ruang merapatkan ukhwah.. dan ketemu wajah-wajah yang dirindui.. hatta yang tidak bertemu sekian lama...

Habis raya terus bertungkus lumus dengan assignment dan menyusuk Kem Bina Insan Guru yang amat meletihkan. Syukur, perkara baru yang saya pelajari..

Minggu ini, final exam bermula.. moga dipermudahkan semua.. Malam tadi tangisan ini tumpah jua, setelah sekian lama saya menguatkan diri menempuh setiap bebanan di kiri dan kanan. Sungguh, saya hanya insan yang lemah. Sekuat manapun saya, hanya dengan kekuatan dari DIA yang menguatkan saya. Mungkin malam tadi saya terasa amat penat.Dan tekanan itu amat memuncak. Hari ini saya ingin bangun dengan hati yang berlapang dada dengan setiap ujian . Moga DIA memberi kekuatan yang amat saya perlukan.

Oktober. Saya memberi masa hingga hujung tahun ini untuk menyelesaikannya. Insya Allah. Saya tahu saya boleh lakukannya. Saya perlu kuat!

Abah akan ke Tanah Suci Mekah, menjadi Tetamu Allah pada tahun ini. Insya Allah akan ke sana 20hb nanti.

ok, cukup sampai di sini. Saya menjeguk hanya untuk meluah rasa. Izinkan saya berundur. Ada banyak tanggungjawab menanti.

Dia.. Terima Kasih kerana tidak henti memberi kata semangat.

الله المستعان