JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, July 28, 2007

seruan bonda

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

hari ini.. sepatutnya saya ke Sg Ruil, bersama sahabat-sahabat lain untuk program Asli Educational Clinic..

lambaian sg Ruil- tempat paling sejuk di Cameron Highland memanggil.. namun ada lambaian yang lebih utama.. lebih kuat memanggil dan menyeru.. lambaian bonda..


Kelmarin di kelantan, menziarahi keluarga mok ana.. bukan untuk kali pertama, sudah banyak kali saya bertamu di sini.. masih seperti dulu, mesra ukhwah jalinan dan layanan keluarga mok ana masih tidak berkurang..
terima kasih atas layanan.. moga Allah memberkati kalian..

perjalanan pulang, saya berhajat singgah di pejabat mak di Bentong (TM Point), mengirim ole-ole yang dibeli di Kelantan untuk adik-adik, tak lupa, buah salak untuk abah.. yang saya beli di Pasar Minggu.. saya tahu abah sangat suka buah salak.. lagipun harganya murah jer.. (RM4 1kg).. so saya nak kirimkan buat mereka di rumah..

mendapat meseg dari emak ketika dalam perjalanan pulang.. emak tak kerja hari ni. kad wad kecemasan. mak tak sihat.

minggu ini, emak memang MC dari hari isnin kerana demam. tak kebah-kebah... masih menunggu hasil ujian darah. Saya membuat panggilan. lemah suara emak menjawab. amat lemah. sampaikan saya tidak sampai hati melanjutkan perbualan. cuma khabar dari emak, paru-parunya dijangkiti kuman..

lalu.. suara bonda menggamit saya pulang..
lupakan kedinginan di Sg. Ruil..
cinta saya menunggu..

saat ini, saya menunggu ipi-adik saya pulang dari pulapol untuk latihan sukarelawan polis siswanya (suksis) untuk kami sama pulang menjenguk bonda...

Wednesday, July 25, 2007

rindu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

saat ini, saya rindukan wan (nenek saya).. 2 bulan bercuti, menjaga wan, saya mula rasa sunyi.. rutin harian menjaga wan:

7.00pagi- secawan teh
9.30 pagi- sepinggan nasi+seekor ikan goreng
12.00 tengahari- makan tengahari
5.00 petang-secawan teh kosong+biskut kering
8.30 malam: makan tengahari

tiap kali masuk waktu solat:ingatkan wan, dah masuk waktu
seminggu sekali- potongkan kuku kaki n tangan

jaga wan tak susah, cuma agak cerewet bab makan- tak nak masakan yang dibeli. mesti home made.(kecuali biskut kering la). Dan agak cerewet bab rasa. masin/manis lidah wan ada standard ISO2001. hehe.. kalau tak kena gayanya, bisingla dia... biasala, orang tua.. Tapi yang best, bab masak ni banyak petua yang diturunkan.. tu ilmu yang tak dapat di sekolah/buku..

saat ini, saya rindukan wan .. minggu depan (khamis dan jumaat) mesti balik!!!

musafir

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

musafir.saya suka bermusafir. kata orang, jauh perjalanan luas pandangan. The best part of musafir yang paling saya suka, bukan ketika tiba ke destinasi, tetapi sepanjang perjalanan bermusafir. itu adalah satu ruang dan peluang untuk saya berfikir dan berkata-kata dengan diri sendiri, muhasabah masa lalu dan menjana semangat baru. Juga satu ruang untuk saya menghambat setiap kekhilafan yang terjadi, menghitung hikmah dan tarbiyah Allah dalam tiap ujian serta mencari kebaikan dan membina harapan serta kekuatan. Sepanjang perjalanan dalam bermusafir, seringkali saya 'tenggelam' dalam dunia saya sendiri..

::bas::
ke Singapura, menyertai program-program COMRADE/Debat, dari mentakab-ke KL, waima berjalan-jalan sekitar KL. Menaiki bas, walau perjalanan pendek tapi seringkali saya temui mutiara hikmah untuk diri.

:keretapi:
paling jauh perjalanan dengan keretapi, dari Wakaf Baru, kelantan ke Mentakab, semasa saya sekolah rendah dulu. Masih basah dalam ingatan, saya dan adik-adik menaiki keretapi kelas biasa selama sehari semalam. Kami sangat aktif berjalan dari gerabak ke gerabak yang lain. So excited waktu tu. masih jua saya ingat, kegigihan penjaja-penjaja makanan ringan dan sayur-sayuran ketika keretapi masih berada di Kelantan menjaja barangan mereka, naik di satu stesen dan turun di stesen yang lain. Pun masih saya ingat, keseronokan apabila keretapi melalui jambatan, di bawahnya sungai, atau melalui kawasan hutan, terutama bila berada di kawasan Gua Musang/Kuala Lipis. Perjalanan yang memenatikan bila keretapi berselisih dan keretapi yang kami naiki terpaksa berhenti untuk memberi laluan, menukar landasan. Perjalanan yang penat tapi manis untuk diingat

:: Kapal Terbang::
Alhamdulillah, masih saya ingati dan amat syukuri, pengalaman pertama menaiki kapal terbang, dari KL ke Bangkok seterusnya ke New Delhi. Semuanya anugerah Allah. Tak pernah termimpi diberi peluang berada di udara. Dan perjalanan yang panjang menginsafkan saya, betapa agungnya DIA, betapa kerdilNYA saya.. dan betapa pemurahnya DIA memberikan segala kurnia. Perjalanan KL ke Kuching juga masih saya rindui... Walaupun tidak se excited pengalaman pertama, masih saya gembira bermesra dengan awan.. dan moga ada kesempatan lagi nanti untuk saya berada di awanan. Saat ini, saya rindu membawa diri tinggi berlari ke langit..

::Trak JHEOA::
satu lagi perjalanan yang selalunya mengasyikkan. Berada di belakang trak, menghadap ke jalanraya seolah-olah berjalan dalam keadaan mengundur ke belakang. Paling jauh, dari Pos Lebir, Kelantan ke Gombak. Perjalanan dari jam 1 tengahari dan sampai ke GOmbak semula 5 pagi esoknya (sebab singgah di Air Terjun Lata REk+ makan buah durian kat sana).. penat coz trak berjalan perlahan (tak boleh lebih dari 60km sejam) tapi seronok. Menikmati perjalanan begini, satu ruang yang cukup berharga bagi saya.

dan di setiap permusafiran itu, seringkali seharusnya kita berdoa, diberi keberkatan dalam musafir, dan moga dengan berkatnya musafir itu, Allah memberikan kurnia-kurniaNYA pada kita..

lagi catatan pengembara ilmu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

sekejap rasa masa berlalu.. hari ni dah hari rabu.. macam biasa, hari rabu dah rasa macam hujung minggu sebab khamis dan jumaat dah tak ada kelas..

baru habis menghadiri SEminar Sastera Bandingan dari visit lecturer dari Indonesia yang juga sasterawan trkenal di sana- Prof Abdul Hadi Wiji Muthari.. pagi tadi sempat mendengar 2 sesi- sesi satu tentang Estetika dan Jagat Sastera Sufi di Nusantara dan sesi 2- 'Tamsil Laut dan Maal Hayat dalam syair-syair tasauf Hamzah Fansuri'. Tak berkesempatan mengikuti sesi seterusnya sebab ada kelas lepas ni. Apapun, dapat banyak input pagi ni, terutama tentang perkembangan sastera Sufi di Nusantara dan peranannya dalam 'mencairkan' ketegangan aliran agama di Indonesia.

terpegun juga dengan syair Hamzah Fansuri - Tamsil Laut da Maal hayat. Banyak sekali perkataan bahasa Arab menjadi intipati syair. Maka timbul persoalan, mungkinkah masyarakat Nusantara ketika abad ke 16 dan 17 menguasai bahasa Arab dengan baik? atau syair sendiri menjadi medium untuk mengenalkan bahasa Arab kepada masyarakat zaman itu. Secara logiknya, mana mungkin Hamzah Fansuri menulis dengan kayanya Bahasa Arab jika masyarakat tidak memahami, sedangkan syair itu sendiri tujuannya menyebarkan makna dan isinya kepada masyarakat, bukan kepada penyair sendiri..

nantilah, akan saya post kan syairnya nanti..

::musafir::
malam ini, saya akan bermusafir ke negeri Cik Siti Wan Kembang, menemani kekanda tercinta- Mok Ana pulang ke laman ayahbondanya di Pasir Puteh. Akan kembali semula ke sini pagi jumaat, Petangnya, berhajat ke PWTC untuk menyaksikan International Islamic Fair. sabtu, mengendalikan halaqah pada pagi dan akan berangkat ke Cameron Highlands sebaik habis halaqah pada pagi Sabtu untuk menyertai Asli Educational Clinic di Asrama Sungai Ruil. Mulanya, saya diminta memberikan talk dalam satu slot motivasi. Namun memandangkan waktunya bertindih dengan jadual halaqah, saya terpaksa menolak. Akhirnya, mereka gantikan saya dengan Mok Ana... dan saya akan pergi juga ke sana, menemani Mok Ana.. dan ada beberapa tugas juga diamanahkan..

::Ogos::
masa pantas berlalu. Ogos menjelang. Tidak sabar menunggu 27 Ogos-untuk menerima segulung ijazah...
Tugas harian macam biasa aje. Moga setiap langkah ada rahmatNYA mengiringi.

....
moga kesibukan ini, menjadikan aku lupa memikirkan persoalan itu.. Ya Allah, moga aku redha.. dan masih aku nantikan, takdir terbaikMU untukku..

Monday, July 23, 2007

busyra

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

kelas hari ni mula 9am.. tapi jam 8pagi-dah berada kat library after about 10minutes menapak dari Asiah ke Asma' n tahan bas, ke library (sebab malas jalan kaki+nak cepat)..

hari yang bersemangat.. even malam tadi kul 2am baru sampai mahallah dari USIM, NILAI after having a nice and great moment in final 2nd ASEAN Intervarsity arabic Debate.. Alfun MAbruk buat team uia yang menggungguli 1st and 2nd place, jugak buat dik Salman yang dapat best debater..

biarpun rasa penat coz dari jumaat-ahad setiap hari berulang alik dari uia-nilai-uia, there is no 'black monday' for me.. Alhamdulillah.. malah lebih semangat rasa.. maybe coz kegembiraan malam tadi.. dan kerana dalam 3 hari ini, tiap2 hari berada dalam biah 'arabiyah bila nonton debat, malam tadi mimpi pun dalam arab.. hehehe.. ;-)

2nd ASEAN intervarsity Arabic Debate Championship.

alhamdulillah, alfun mabruk buat semua. buat semua team yang menyertai, buat semua peserta yang memberanikan diri, buat para trainers yang bersungguh-sungguh melatih, buat USIM dan seluruh warga komiti.. alfun mabruk kerana terus memartabatkan bahasa Arab.. buat komiti, memang tabik spring coz dari dulu, saya perhati, they did very well in organizing the program..

penyertaan kali ni, ada universiti yang baru 1st time masuk- macamUni. Islam Nasional Malang (UIN Malang) indonesia. ada gak univ. yang masuk dulu tak masuk kali ni (UPM). apapun, sejak menjadi pemerhati/penyokong sedari jumaat dulu, saya sangat-sangat gembira.. banyak sebabnya..

1)mustawa yang meningkat.. rata-rata pasukan yang bertanding (mungkin telah belajar dari pengalaman yang lalu) menunjukkan peningkatan.. kalau dulu kebanyakan i'timad pada kertas, sekarang kebanyakan peserta dah irtijal (spontan) so menunjukkan penguasaan lughah mereka semakin mantap. dan setiap perlawanan, sangat sengit dan seimbang, susah nak jangka siapa yang menang.. dari segi ada' (persembahan) pun mantap-mantap belaka. dan seperti tahun lepas, saya selalu kagum dengan cara penyampaian peserta Indonesia. suara yang lantang (kadang-kadang terlalu lantang.. tak bagus gak).. dan cara mereka yang meyakinkan (walau kekadang isi tak bagus, tapi bila penyampaian yakin, macam conficent jer..) maybe sebab darah Sukarno- pemidato terkemuka ada dalam diri mereka so bab-bab pidato gini, memang saya tabik spring la..

kalau ada kekurangan pun, maybe dari segi struktur debat, terutama pasukan yang baru-baru ni, kadang-kadang tersilap dan kurang faham lagi dari penyusunan isi/peranan pendebat 1,2,3 dan penggulung..

keseluruhannya, memang jauh lebih bagus dari tahun sebelumnya, masa depan yang cerah untuk debat bahasa Arab, untuk bahasa Arab itu sendiri.. Allahu Akbar, moga Allah beri kita kekuatan untk lestarikan perjuangan memartabatkan bahasa Al-Quran ni..

2) suasana pertandingan berlangsung penuh ukhwah dan muhibbah..takda lagi timbul isu macam kat Sarawak.. melihat semua orang boleh bertegur sapa dengan baik, Alhamdulillah. kita ambil yang jernih, buang yang keruh..

3) dapat jumpa teman-teman debaters sama ada yang masih berdebat mahupun yang dah pencen. yang dah pencen macam Kak Yuni (team mates saya masa dapat 2nd place ASEAN tahun lepas) menurunkan pulak ilmunya pada budak-madrasa Al-Junaid. tahniah kak, memang ada 'bayang' akak kat performance diorang ari tu. pendebat2 USIM yang dah pencen - Mahfuzah, Fatimah (masing-masing dah kerja), safwan (sambung dip undang2 kat USIM gak) n adik2 lain- farid,(USIM), Maryam Karimah (UTM) dan lain-lain tu.. seronok dapat jumpa balik.. bertukar-tukar cerita dan pandangan..

4) jumpa my schoolmate- sorang tu junior Mukmin- Najib Taha yang mewakili USIM buat kali pertama.. lama betul tak jumpa budak nie.. last-last jumpa kat sini pulak,

pun jumpa ngan Faiz yang masa kat wosto lebih dikenali sbg Mat Macho.. my classmate since F1 lagi.. tengah buat degree law syariah/sivil kat USIM.. lambat lagi habisnya coz 5 years kat sini, lepas habiskan 3 tahun diploma di KIPSAS. sempat la berbual cerita lama-lama, kenangan-kenangan zaman sekolah,pasal kawan2 n family.. jeles dia bila tau saya dah kat master.. dia lak lagi 2 tahun baru complete degree.. takperla, rezeki masing-masing la tue..

sempat gak mamat ni korek cerita saya..selamba je tanya.. cerita yang dulu, cerita yang dia kata 'semua orang tahu'. sejujurnya jawab saya- cerita tu dah tamat. kenapa tamat? tanya dia lagi. sebab dah tamatla?? full stop. jangan tanya lebih2 k?

5) jumpa ustaz/ustazah -trainers dan hukkam dari universiti lain, yang masih menggenali saya.. Dr Ahmad (KUIM) Ust. Thalal (UTM), ustaz UIN Syarif Hidayatullah, dan semestinya trainers UIA sendiri.. bertegur sapa dan bertanya khabar. banyak saya dapat ilmu dari mereka (hukkam) sepanjang pertandinag, terutama ta'liq (ulasan) mereka tiap kali lepas pertandingan.

jumpa juga Ustazah Lubna, pensyarah masa matrik yang kini berkhidmat di USIM. dia mengajak saya menyertainya di USIM after finish my MA.

dan tiba-tiba juga, Dr Ahmad (KUIM_ menawarkan saya sebagai tenaga pengajar di sana, dengan menukar mode study kepada part time.. saya masih memikirkan tawaran nie.. coz banyak benda nak ditimbangkan, antaranya jarak dari Nilai-GOmbak, untuk saya berulang alik, dengan keadaan saya yang tidak tahu memandu ini.

selebihnya, masih belum ada rasa confident dalam diri nak mengajar orang ni. rasa ilmu tak cukup lagi... tunggula, saya tanyakan pada DIA apa jalan saya nanti.. mudah-mudahan petunjukNYA menghampiri..

6) kegembiraan utama- tentulah kejayaan berganda team uia.. melangkah ke perlawanan akhir dan bertemu sesama sendiri dan menggondol anugerah pendebat terbaik..

since dua-dua layak ke semi, saya dah rasa gembira, sekurang-kurangnya lebih baik dari pencapaian ASEAN tahun lalu (1 team sangkut kat suku).. dalam masa yang sama, bila semi berlangsung, berdebar sangat2. bila result diumumkan, saya tunggu kat luar dewan, tak sanggup nak dengar. fobia dengan 'tragedi' di Sarawak-waktu Royal dulu, bila kedua-dua team uia di 'knock-out' waktu semi. Tapi Alhamdulillah, kedua-duanya layak ke final dan bertemu sesama sendiri.

Final-mengimbau final tahun lepas juga. melihat mereka beraksi di pentas, saya jeles. sebab saya dah tak punyai peluang itu. tahun lepas, waktu team saya beraksi, saya sekadar memerhati dari bawah coz saya simpanan. Apapun, saat dan detik itu tetap saya ingati, kejohanan pertama yang saya sertai dan mendapat tempat kedua.

tajuk final- tentang penggunaan 1 mata wang untuk negara ASEAN pula mengingatkan saya pusingan ke 6 4th intervarsity, ogos tahun lalu, uia lawan uia juga dengan tajuk yang hampir sama-penggunaan 1 mata wang untuk negara Islam. perlawanan masa tu memang rasa sengit coz kedua-dua team perform their best. sampai perbincangan tajuk tu betul-betul jadi forum ekonomi dalam bahasa Arab.

sama halnya berlaku malam tadi, sengit. dua-dua pasukan membincangkan dari sudut ekonomi dan politik dengan mantap. dan saya sangat terpegun melihat persembahan Azhan dan Salman. memang dah jangka, salah seorang dari mereka akan dapat best debater perlawanan tu. tahniah..
Azhan- anta dah banyak tahsin. teruskan usaha.
Salman- bright future for u.. baru 1st year 1st sem so ada peluang yg banyak lagi untuk tahsin semuanya..
Izhar n Harun- go go n go
Widyana n Aini- belajar dan terus belajar, antuma ada banyak peluang lagi.. grab the opportunities

Jannah n Mas'ud- wah2, pas kahwin ni, makin mantap korang ek??

apapun, alfun mabruk untuk semua..
dan istimewa buat para trainers.. barakallahu fiikum.. semua ini anugerah dari Allah, hadiah untuk kalian yang banyak berkorban dan bersusah payah.. so proud of you.. hanya Allah mampu balas jasa kalian..

tertebus kekecewaan di Sarawak
inna ma'al 'usri yusra...

alfun mabruk!
Alhamdulillah

pasrah

angin bumi Irish
kembali ke Tanah Melayu
membawa khabar bisu
tanpa berita tanpa pengertian..
jika sejarah duka berulang
masih aku bersyukur
andai itu ketentuan..
Bukankah hanya DIA tahu apa yang terbaik di hadapan??

'dan nikmat Tuhanmu yang manakah yang ingin kamu dustakan?' Ar-Rahman

Thursday, July 19, 2007

suara hati

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

katanya: aku lihat engkau sukar untuk menangis dan selalu bersabar
adakah cinta ini menghalang engkau untuk berbuat demikian (untuk menangis)??

dan aku menjawab: sungguh, benar, aku sebenarnya seorang pencinta dan aku memiliki rasa cinta, namun insan seperti aku rahsianya tidak dihebah dan diceritakan oleh air mata

::Abu Firas Al-Hamdaani::


:::::::
hari ini, saya menulis apa yang terlintas.. kerana sukarnya mengelak diri dari memikirkan.. persoalan 'kenapa'??


::::::::
buat pendebat-pendebat Bahasa Arab IPT ASEAN yang berkampung di USIM untuk kejohanan DEBAT BAHASA ARAB IPT ASEAN KE-2, (terutama team IIUM)

selamat berjuang dan berdebat penuh kematangan dan ilmiah, moga tiap tajuk diperdebatkan dengan matang dan dikupas dengan sebaiknya.. buktikan, mustawa debat arab juga sama tinggi dengan debat bm dan english.. jangan berdebat -al-kalam 'alal hawa-.. moga Allah merahmati kalian dalam usaha memartabatkan bahasa arab di bumi Malaysia ini..

insya Allah, ada kesempatan, saya ingin ke sana, berjumpa kawan-kawan lama, melihat aksi adik-adik, bermesra dengan isu semasa dalam bahasa Arab tercinta.. moga dipermudahkan..

30 helikopter nuri

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

hujan lebat selepas subuh pagi semalam.perkara pertama terlintas di hati saya, kasihan mangsa yang terkorban dalam nahas Nuri di Genting Sempah. usaha untuk mengeluarkan mayat mereka pasti tergendala lagi. hujan di Gombak, bereti hujan juga di kawasan kejadian... dan dalam seminggu ini, helikopter-helikopter SAR memeriahkan kawasan udara sekitar UIA... sedetik itu juga, simpati saya melimpah. sudah beberapa kali, air mata menitis tatkala membaca suratkhabar tentang kejadian, atau tatkala menonton berita di TV.. Moga Allah menempatkan mereka bersama orang beriman, dan semoga diberi ketabahan kepada keluarga terlibat... semalam, hujan hampir di sepanjang hari.cuaca buruk begini, tentu menyukarkan keadaan...

teringat lagu 10 budak hitam..

cuba nyanyikan pula lagu ini:

30 helikopter NURI
18 dan terhempas..
tinggal lagi 12..

12 helikopter nuri....
.....

(sambung sendiri),,

Al-Fatihah...

temuduga

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

sambung kisah temuduga. Saya pernah menghantar adik saya untuk temuduga pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang. jadi, saya sedia maklum dengan nature soalan yang ditanya-lebih kepada soalan-soalan tentang latarbelakang keluarga dan pendidikan. Namun agak 'gerun' juga apabila ada antara calon-calon yang hadir sibuk mengulangkaji struktur organisasi Yayasan Pahang. sungguh, kalau itu soalannya, saya langsung tidak bersedia. sekadar mengetahui maklumat-maklumat penting, tidak mendalamai sedalamnya.

Nasib saya baik, bertemu anak saudara sepupu yang kini dalam proses menyiapkan tesis masternya di UM- yang saya panggil Kak NItrah (kerana dia juga senior saya di WOSTO). sebaliknya, dia lebih senang memanggil saya Mak Ngah. Kak Nitrah telah melaui sesi temuduga yang sama pada tahun lepas dan Alhamdulillah, dia berjaya. lalu saya bertanyakannya tentang prosedur temuduga. dan jawapannya, sama seperti yang berada dalam pengetahuan saya.
kak Nitrah sebenarnya datang bersama kawannya yang juga senior saya- Kak Herda yang baru pulang dari Azhar Al-Sharif dan baru menyambung pengajian sarjananya, juga di UM. kesempatan yang ada ini sesungguhnya amat berguna, menautkan ukhwah kami. tak sangka pulak, jumpa di sini.

giliran saya, dengan nama Allah saya melangkah ke bilik temuduga. dan seprti dijankga, soalan-soalan lebih kepada latarbelakng keluarga dan pendidikan, serta perancangan masa depan.. cuma ada satu soalan yang saya fikir agak 'susah' untuk dijawab.

kenapa awak sambung belajar??
jawapan saya: kerana saya ingin mendalami lagi bidang ini, dan membuka peluang lebih besar dengan apabila memiliki sarjana.

sedang hakikatnya, ingin sahaja saya menjawab:
kerana saya rasa saya bodoh dan saya tidak puas belajar.saya nak belajar lagi.

apapun, Alhamdulillah, semua berjalan lancar.

giliran Kak Herda, agak lama, berbanding saya yang sekejap jer berada dalam bilik tu.dia keluar bilik temuduga dengan juraian air mata. pelik? rupa-rupanya, dia diasak di diprovok dengan pelbagai soalan dalam tu. mungkin kerana dia lepasan Azhar, lalu dicop sebagai pro pembangkang, ditanya dengan soalan-soalan yang 'panas'. mendengarnya, saya juga menjadi sedih, terutama apabila kursus yang diambilnya di UM tu- FIQH dianggap KURSUS TIDAK PRAKTIKAL.

sedangkan hakikatnya, apakah lagi yang lebih praktikal SEPANJANG HIDUP daripada FIQH?? kadang-kadang terasa jengkel dengan mentaliti masyarakat yang memandang rendah pelajar jurusan agama. tak seharusnya begitu..

:cikgu oh Cikgu::
saya juga bertemu Cikgu Sharifudin- guru matematik saya ketika tingkatan 3 di Wosto, yang menghadiri temuduga untuk pinjaman pendidikan menyambung PHD dalam bidangnya- Bimbingan dan kaunseling.

You are in right track. komen cikgu bila mengetahui saya menyambung sarjana. lalu, cikgu mengimbas kembali ujian warna yang dilakukannya selaku guru bimbingan dan kaunseling Wosto dulu- untuk melihat kecenderungan bidang pelajar. dan cikgu masih mengingati keputusan ujian saya- saya bernaung di bawah warna emas- dengan status manusia elit, yang bidangnya dan gelanggangnya di tengah-tengah masyarakat. dan beberapa kriteria lain. itu semua mencambahkan semangat saya, kalau itulah jatidiri saya, seharusnya rasa ;kekurangan', 'rendah diri' dan ketidakpercayaan pada kemampuan diri sendiri ini harus saya buang jauh-jauh.. Ya Allah, berilah saya kekuatan mengikis mazmumah dalam diri..

temuduga hari itu..membuka mata saya.. saya harus kuat!

catatan pengembara ilmu..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

minggu ini, semua kelas sudah bermula.. hari ini khamis.. tak ada kelas. dah setelah diberi introduction semua subjek, cinta saya kian mendalam. Alhamdulillah, dikurniakan rasa cinta untuk mencari ilmu dan terus menggali khazanahNYA.. Dengan cinta ini, keazaman dan kesungguhan berpaksi. dan bukankah dengan rasa cinta juga lahirnya kekuatan untuk menempuh tiap dugaan mendatang?? moga cinta ini terus kekal dan memekar..


terasa kini, syukur Alhamdulillah atas tiap yang ditakdirkanNYA atas diri. semasa pengajian sarjana muda dulu, ketika diberi pilihan untuk memilih 3 daripada 6 subjek elektif Human Sciences, saya memilih 3 subjek- Intro to Psychology, Intro to Mass Communication dan subjek Rise and Expansion of Islam. hari ini, sangat saya syukuri. ke 3-3 subjek itu amat berkait rapat dengan pengajian sarjana saya, terutama untuk subjek Psycholinguistic. Alhamdulillah, sesungguhnya ketentuan Allah itu sentiasa yang terbaik. Allahu Akbar!

::hari kebodohan??::

semuanya bermula dengan baik. Malamnya, saya sudah siap menggosok pakaian untuk dipakai keesokannya. menyemak kembali sijil-sijil yang akan dibawa untuk sesi interview pinjaman pendidikan Yayasan Pahang. tidur awal. dan seperti biasa, rutin harian bermula 5.15 pagi. usai solat subuh, sempat menghayati surah Luqman, sambil berdoa diberikan kecerdasan akal seperti LUqman untuk menjawab soalan interview...

6.45 pagi, saya mengetuk bilik Asma'. dia berjanji untuk menghantar saya ke bus station pertama UIA. ketuk ketuk dan ketuk. tiada jawapan. bukan sahaja Asma', roomates yang lain juga tidak bangun membuka pintu. mungkin mereka tidur semula lepas subuh, kerana ketika melewati bilik mereka 5.15 pagi tadi, kedengaran suara mereka berbual-bual. saya membuat panggilan kepada Asma'. tiada jawapan. melihatkan masa yang kian beredar, dan saya perlu berada di PWTC jam 8.30 pagi, saya membuat keputusan berjalan kaki ke bus stop terdekat- di hadapan MAhallah Asma'. berjalan pagi, di pagi yang sejuk ke sana mengambil masa 10 minit. matahari masih malu-malu menampakkan wajah. sebaik sampai, kelibat bas Rapid KL kelihatan. Alhamdulillah, demi melihat bas tetera LRT TAMAN MELATI, saya menahan dan menaiki bas. saya sebenarnya menunggu bus yang menuju ke LRT Terminal Putra. tapi tak kisahla, janji sampai ke mana-mana stesen LRT. ..

dalam bas, saya menaip msg kepada Asma', memaklumkan saya pergi dahulu kerana hari sudah lewat... perjalanan bas agak 'pelik'. melalui jalan lama, ke kawasan Ong Tai KIm dan melalui Taman Setapak. laluan yang saya tak pernah lalui sepanjang menaiki bas Rapid KL di UIA.ketika membelok ke kawasan berhampiran Taman Melati, saya lega kerana kian hampir ke Stesen LRT. tak semena-mena, bas kembali membelok ke OTK, dan melalui jalan pulang kembali ke UIA! dan saya sendiri tak tahu.saya tidak panik, tetapi dalam masa yang sama juga tidak mampu berfikir nak berhenti ke mana. pun tidak terlintas untuk bertanya sesiapa waima kepada pemandu bas. yang saya nampak-saya akan berhenti di UIA semula nanti. Agak resah bila jam menunjukkan hampir 8 pagi. tapi entah apa yang menghijab fikiran, saya tidak mampu berfikir, apa yang terbaik untuk saya lakukan ketika itu!

hampir sejam di dalam bas, 8 pagi. bas masuk ke UIA semula dan saya menekan loceng, berhenti. lalu menahan teksi untuk ke Stesen Putra Gombak.

sampai di stesen Terminal Putra, saya menaiki LRT Putra ke Masjid Jamek, dan seterusnya menukar LRT le STAR ke PWTC. sampai di Bilik Pahang, PWTC dalam 9.15 pagi! mujur ketika itu semua yang datang untuk temuduga berada di waiting room. dan saya menunggu di situ, dengan rasa agak kesal kerana terlambat. sedangkan itu bukanlah prinsip saya.

moral of the story::

teringat kata-kata seorang teman, ada masanya, kita akan mempamerkan kebodohan kita. dan saya rasa, hari itu, pagi isnin itu, saya melaluinya. saya sebenarnya punya banyak pilihan, bertanya kepada pemandu, atau berhenti di mana-mana dan mengambil teksi.. tapi entah apa yang menghijab pemikiran, saya memilih 'bersiar-siar' dalam bas dalam masa sejam dan kembali ke tempat saya menaiki bas-UIA... apapun, mungkin ada hikmah di sebaliknya, namun kadangkala tergelak sendiri, bila super senior UIA tersalah menaiki bas, di kawasan UIA sendiri..

jika saya menghadiri temuduga kerja, pasti awal-awal lagi saya sudah ditolak kerana kelewatan itu. dan pastinya alasan yang diberi tidak akan diterima sama sekali. tapi itulah hakikatnya, kadang-kadang kita telah rancang sehabis baik, seteliti mungkin, merencana perjalanan dengan tertib dan tersusun. namun, bila kuasa Allah menginginkan sesuatu, kita tetap akan tewas dalam perancangan Allah yang lebih baik, yang kita tidak nampak apa hikmahnya kerana kerdilnya kita. namun, atas tiap sesuatu itu, Alhamdulillah...

Sunday, July 15, 2007

minggu pertama

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

minggu pertama sesi pembelajaran.. kebanyakan kelas cancel coz masih dalam adjustment perion.. yang pasti, kelas saya cuma pada hari isnin (petang) selasa (pagi dan petang) dan rabu (petang)..

kelas yang masuk ari tu, kelas psycholingusitic ajer....

permulaan yang baik untuk sem ni.. saya ingin terus berada dalam 'zon' ini, terasa tenang berada di situ.. moga Allah terus limpahkan kurniaNYA..

::saya vs mereka::
new room, new roomates.. teman-teman sebilik yang hebat-hebat.. rasa kerdilnya diri.. si jannah yang top scorer masa degreenya (1st class), yang datang dari educated family (kakak dan abangnya memiliki master, sedang dalam pengajian phd ).. si saiidah yang mak ayahnya merupakan lecturer.. dan saya- seorang yang biasa-biasa, lahir dari keluarga yang sederhana.. rasa kerdilnya diri.. tapi cemburukan ilmu, itu adalah satu kebaikan kan..

namun itu semua bukan menjadi batasa dalam ukhwah.. masih boleh mengejar pahala 27 darjat dalam tiap kali solat jika berada di bilik, itu sudah cukup mengumpulkan hati-hati kami.. moga bertemu dengan mereka yang rajin dan hebat ini, saya yang malas ni jadi rajin juga

:amiirah::
saya memohon menjadi amirah (chief fasilitator) untuk study circle (halaqah) di bawah credited skill, uia.. istimewanya uia- setiap pelajar perlu mengikuti halaqah/usrah sebagai credited subjek semasa semester 1 dan 2..

amiirah- di bawahnya ada 3 naqibah yang memimpin 3 usrah.. selain supervise perjalanan ke 3-3 usrah , amirah juga perlu memberikan mass lecture (in english) dalam 5 sesi..

saya memilih berada di sini, berkongsi ilmu dan pengalaman yang cetek untuk adik2 1st dan 2nd year.. untuk adik2 yang berasal dari relegious backgroud, perlukan islah.. dan adik2 yang berasal dari non-religious backgroud, matlamatnya tentu lebih besar, moga mereka menghayati erti khalifatullah yang sebenar..

semalam, selepas permohonan diterima, saya mengikuti half-day seminar tentang peranan amir dan amirah (macam TOT).. terasa sekejap masa berlalu.. Ust Ismail Chong- sedari dulu, sangat saya kagumi talknya kerana pengisian yang mantap.. tiap modul berasal dari kalamullah dan sunnah rasulNYA.. terasa macam air sejuk yang mengalir, masuk ke hati-hati yang dahagakan ilmu dan peringatan..

tanggungjawab baru, demi ummah, demi islam.. moga ada keberkatan dan barakah dariNYA..

::temuduga Yayasan Pahang::

esok pagi (isnin, 16 julai) saya akan menghadiri temuduga untuk pinjaman yayasan Pahang (pinjaman pendidikan) di Bilik Pahang, PWTC.. doakan saya.. moga dipermudahkan setiap urusan..

Tuesday, July 10, 2007

hatiku di mana??


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Hatiku dibawa pergi..
Jauh ke bumi Irish..
Kembalinya nanti..
Masih adakah hatiku di situ??
Buat menumpang kasih
Menyebar agama,Menyemai iman, menabur taqwa
Jika tiada lagi
Duhai aku.. redha, redha dan redhalah…



jalan-jalan naik bas..

tambak johor

arab street

cop passport

in front of Masjid Sultan

jalan-jalan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Alhamdulillah.. pengajian dah bermula..

selepas brifing Kuliyyah ari tu, jalan terbuka luas untuk saya habiskan pengajian dalam tempoh setahun setengah ni.. Alhamdulillah satu persatu Allah buka jalan itu.. Allahu Akbar.. so azam saya, insya Allah, hujung tahun depan saya akan tamat pengajian sarjana ini..

fa iza 'azamta, fatawakkal 'alallah..

lagi.. gambar di Kota Singa

hospital bersalin kandang Kerbau

Pusat Bahasa Arab di Arab Street
Darul Arqam di Singapura
kat JB- eh.. bila masa saya buka studio ni?? ;-)
Pahang Street pun ada..??

Trip to Singapore..

Masjid Sultan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah, Allah memudahkan musafir kali ini..

Walimah janna n Mas’ud
Kedua-duanya my team mates dalam debat b.arab.. Janna Singaporean n mas’ud Indonesian.. Alhamdulillah, majlis yang ringkas dan sederhana tapi meriah.. majlis perkahwinan Melayu Singapura sama aje dengan Melayu Malaysia.. memang tidak ada bezanya.. Cuma saya rasa dalam banyak-banyak majlis akad nikah yang saya hadiri, saya paling suka dengan cara Qadhi menyampaikan khutbah nikah pada kedua-dua mempelai, cara penyampaiannya ringkas, tapi sarat dengan hikmah, sambil menyebut nama kedua mempelas, dari awal hingga akhir.. rasa lebih ‘dekat’ di pendengaran kedua mempelai..
pengantin bersama debaters (all singaporean, except me)
kenangan bersama pengantin, Dr Rahmah n her daughter, Sanah n Kak Yuni

turut hadir- Dr Rahmah dan rakan-rakan debaters yang lain.. Moga Allah memberkati kalian..



::thanks kak yuni dan keluarga::


sepanjang berada di kota singa, saya menginap di rumah kak Yuni di Yishun.. thanks kak yuni n keluarga, jazakumullahu khaira kathiira.. layanan yang amat istimewa.. menghubung ukhwah kita.. mak kak yuni yang baik.. sempat menghadiahkan saya 2 helai tudung.. terima kasih mak cik.. kata mak cik- pakai ajer buat basah kat rumah.. (coz saiznya tak sama macam yang saya selalu pakai).. takper, nanti saya pakai gak tudung2 tue.. nice to meet you.. moga Allah memberkati kak Yuni dan keluarga..

syukran mak kak Yuni..


jalan-jalan cari apa??


selepas menghadiri walimah jannah n masud, kak Yuni membawa saya pusing-pusing ke Kota Singa. antara tempat yang dilawati Bugis Junction, arab Street, sempat gak singgah di Darul Arqam- tempat pengislaman warga singapura.. hajat le espalanade tak kesampaian coz tempat tu ditutup sempena rehearsel National Day.. pusing-pusing sampai malam, kami solat di Masjid Sultan, dan dinner di restoran berhampiran, sambil cerita-cerita..


cari cenderamata kat Arab Street


thanks kak yuni.. insya Allah ada rezeki saya datang lagi, akak kena bawa saya jalan-jalan lagi.. .. syukran coz sepanjang perjalanan, tak henti bercerita itu dan ini, informasi tentang Kota Singa.. sesungguhnya musafir kali ini menyeronokkan, menambah pengalaman.. menambah rasa ketuhanan.. Alhamdulillah, atas kesempatan yang ada

lagi..gambar pelantok

rawatan kesihatan dari medical team, uia kuantan
ada rezeki, kami kembali lagi
saujana mata memandang, indah ciptaanMU
puppy- macam kucing ajer di sini..
ceria-anak-anak pelantok

IPTA pelantok


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


IPTA PELANTOK


Alhamdulillah, IPTA Pelantok berlangsung dengan jayanya..

corat-coret IPTA Pelantok:


::penyertaan penggerak2 JAKIM/JAIP amat bermakna.. berkongsi pengalaman dengan orang-orang berpengalaman amat berharga.. lain kali, ada IPTA ajakla penggerak2 ni sama.. kita kan budak baru belajar?? kehadiran daie yang berpengalaman macam mereka sangat banyak membantu


::Alhamdulillah, hari ke 4 program, ada busyra, Pak M memilih mengucap 2 kalimah shahadah sejurus sebelum azan maghrib dilaungkan.. Alhamdulillah, hidayah Allah turun jua. Allahu Akbar!!


::Helwani:: sambutan menggalakkan para ibu di Pelantok amat mengharukan.. saya mengetuai Helwani kali ini, mengajar kraftangan (bakul, pasu bunga, bekas telur) dari surat khabar.. ternyata ibu-ibu di sini cepar belajar.. dan petang itu, usai sesi pertama, kami menerima permintaan untuk dilanjutkan sesi helwani kali kedua keesokan harinya.. peluang untuk menambah mesra dan berdakwah lagi..

bersama amek-amek selepas sesi helwani-bersama hasil kraftangan

::kalimah Allah::

usai malam kebudayaan, Maha Suci Allah, langit terang benderang dihiasi bintang dan bulan penuh jamadil Awal.. lebih menakjubkan kuasa Allah- awan membentuk kalimah Allah.. Subhanallah! saya tidak sempat menyaksikan tetapi kawan-kawan lain terpaku menyaksikannya, disambut kalimah Allahu Akbar.. moga bersamanya, ada rahmat dari Allah mengiringi misi dakwah kali ini



::sambutan warga SK Pelantok::

terharu, sebelum pulang, kami diraikan dalam majlis sederhana tapi meriah oleh warga SK Pelantok.. sedih juga meninggalkan adik-adik, setelah beberapa hari bersama mereka.. to module team.. sorry sangat tak banyak yang boleh dibantu masa sesi motivasi ari tu.. macam bukan motivasi-sekadar berbasa-basi
adik-adik SK Pelantok




::ancaman Aluj::

Pelantok diancam Aluj. pegangan yang mengajak orang asli kembali kepada agama asal mereka dan mengamalkan cara hidup zaman neenk moyang mereka-bercawat dan apa-apa lagi seperti zaman'kegemilangan' jahiliyah mereka.. moga kita sama-sama istiqamah dalam jalan ini, demi agama tercinta, pasni harap-harap ada selalu program follow up dibuat.. kala tak kita, siapa lagi??
balai sewang tempat penganut Aluj 'beribadah'- no entry




:: keluarga angkat::

rata-rata peserta membawa pulang cenderamata dan cenderahati dari keluarga angkat.. pemurahnya mereka, dalam serba kedhaifan, masih berusaha mencari sesuatu sebagai hadiah kenangan buat anak-anak angkat memasing.. anak-anak angkat semua, jangan lost contact dengan mereka.. terutama kalau yang bukan muslim tu.. nila peluang nak jalinkan dakwah terus terusan dengan mereka.. moga kasih sayang itu menghubung mereka ke jalan allah,. Ameen..



::pasangan jalan dakwah??::



teringat pesanan Pak Teh (penggerak Jakim) waktu tazkirah maghrib ari tu.. harap semua peserta istiqamah dengan jalan ini.. keluar dari uia, jadilah apa jua, ikut bidang masing-masingg.. tapi tanggungjawab menyeru manusia ke Jalan Allah jangan dilupa.. ini kerja warisan para nabi.. ini tanggungjawab kita.. pesan Pak Teh lagi- sebolehnya, carilah pasangan yang sama dalam jalan ini, kalau tak, kerja dakwah ini jadi 'jammed' coz jika pasangan tidak memahami, macam mana nak teruskan dalam keadaan bersemangat??



Allahumma hablana min azwaajina wazurriyyatina qurratu a'yun, waj'al lana lil muttaqiina imaama..



Selamat tinggal Pelantok.. di hujung program ini, ada sayu menyapa.. moga-moga kesibukan dalam pelajaran tidak menghalang saya untuk terus menyertai misi dakwah selepas-selepas ini.. Ya Allah, mudahkanlah semua..




gambar lagi?? www.ashraflatif.com