Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, December 28, 2006

Sweet moment.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, spent most precious n sweet moment with my family during 3 days holidays..

::serasi::
Jumaat malam.. keluar dengan wan, my ex roommate.. wan belanja makan satay.. sharing the moment n heart to heart dengan wan.. tentang impian, cita2.. soal jodoh, soal iman.. sugguh, kami serasi.. Alhamdulillah yang mengurniakan aku seorang lagi sahabat seistimewa wan.. moga Allah memberkati hidupmu, sahabat!

‘at the very 1st time I saw you, I told to myself, I’ve to approach this special girl, n now I know how lucky I am to have u as my friend. Uhibbuki Fillah!’

::tua dan ketuaan::
Sampai di rumah, menerima panggilan telefon yang mengkhabarkan Aki Haji (adik kepada nenek aku sakit) dan selepas zohor, kami sekeluarga bergegas pulang ke kampung.. sama macam wan, aki pun dah tua.. Cuma Alhamdulillah, balik kali ni, wan nampa lebih segar. Dah boleh bangun dan berjalan sendiri, jauh lebih baik dari keadaannya sewaktu aku tinggalkan sebelum ke Sarawak dulu.. Aki pulak nampak lebih uzur dari wan..
dua beradik yang tua, berbicara dalam bahasa yang luar biasa volumenya.. kerana tua dan ketuaan memamah usia, turut memamah panca indera yang sementara nikmatnya..

::baarakallahu fikuma: halim n iza::
Alhamdulillah, akhirnya kisah cinta dari tingkatan 2 berakhir dengan ijab Kabul bersaksi nama Ilahi. Buat halim n iza, moga berbahagia hingga ke syurga.. aku kagum dengan Halim, kerana dalam usia semuda ini bersedia memikul tanggungjwab sebagai suami.sebaik dapat kerja tetap, iza dilamar dan kini mereka bergelar suami isteri. Moga Allah memberkati kehidupan kalian, Ameen.

Meghadiri perkahwinan mereka bersama kawan2 sewostorian, banyak yang kami bualkan sepanjang perjalanan.kisah zaman2 sekolah dulu, sama2 ketawa mengenang segala2nya.. nice to meet all of you again my friends.. sungguh ukhwah ini terasa manisnya.. insya Allah, this coming march, we’ll meet again on Yan’s wedding days..

::durian::

Pulang dari kenduri di Lakum, kami ke Felda Lurah Bilut-umah nenek nana.(Felda Lurah Bilut?? hmm.. there were ‘memories’ left there)..dan ke Desa Damai (umah mak sedara nana) untuk ambil barang2nya. Pertengahan jalan, berhenti di gerai buah-buahan. Teringin pulak nak makan durian.. aku beli selonggok. Deq mai beli selonggok.

Sampai umah.. kecewa, durian yang dibeli tawar.takdee rasa dan perasaan. N malam tu, abg long ke pasar malam.. mak suruh beli durian lain untuk aku .. sayangnya along pulang lewat n aku dah takda mood nak makan durian lagi.. pagi2 balik uia.. tak sempat nak makan durian.. ;-(

- : Durian-pengajaran buat manusia dalam memilih.walau kulitnya elok, belum tentu isinya manis


+ : hm.. tapikan manusia hanya mampu menilai zahirnya? Yang batin hanya Allah yang tahu. Kalau tak berani, sampai bila2pun tak makan durian?dare to fail?

- : untuk mencuba, Allah suruh kita kuasai ASK (attitude, skill & Knowledge), bukan berani mencuba dengan buta.

::sepatu n sepato::

Dalam bas pulang ke Uia-dr greenwood. Aku jumpa dengan a Colombian woman with her cute daughter. Aku selalu nampak dia sebelum ni kat uia, especially ramadhan dulu di masjid. Menurut kwan, dia n suaminya muallaf. Her husband is a PostGraduate student. Berbual dengannya, namanya Hanan. N si kecil yang bijak- Mariam. 1st language diorang Spanish n aku berbual sambil bertanyakan beberapa perkataan Spanish.belajar meenda baru.n subhanallah, some Spanish words same with the Arabic. Contohnya- mizan, bantholun..Waktu galak berbual dengannya n bermain2 dengan mariam yang menunjukkan kasutnya,aku tanyakan Hanan, kasut dalam bahasa Spanish (coz nak berbual dengan mariam) n she said; shoes, we called it ‘sepato’. Subhanallah.. n in Malay, we called it sepatu! Short conversation dari greenwood-uia sungguh manggir! Hope to see them again n again around d campus.. n wanna learn more Spanish, Insya Allah..


..tatkala 'seruan' itu kian hampir, kutemui petunjuk dalam mimpi di pertengahan malam.. tejawabkah persoalan yang ku cari selama ini?? tiba-tiba, konflik mengundang.. Ya Allah, akan 'hilangkah' 'mentari' yang sudah mula kurasai sinarnya..???

Friday, December 22, 2006

lewat usia..

Dengan namaMu Ya Allah.. Yang maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Ya Allah, aku memohon cintaMU

cinta mereka yang mencintaiMU

cinta mereka yang dicintaiMU

cinta yang membawa aku menggapai cintaMu..

::menjelang bertambahnya usia.. moga doaku lewat malam ulangtahun ke22 lalu diperkenankan pada hari2 terakhir di usia ini... ::

Ihdinaassirotal mustaqiim..



Tuesday, December 19, 2006

cinta hari-hari rusuhan..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


hidup ini rencam
cinta hari-hari rusuhan
takkan mampu kau bawa ke mana-mana
benarkah??
Dulu aku tidak percaya
Namun kini
Kian hampir aku meyakini
Cinta hari-hati rusuhan
Seakan pasti
Jadi sejarah.
Ku mohon..
Tiada hati yang terluka
Hanya untaian kalimah bisa mengubatinya
Redha.sabar.tabah

Monday, December 18, 2006

tegar??

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

menanti keyakinanmu kembali..
kuatkah aku??
menanti kepercayaanmu hadir..
kuatkah aku..??
di lautan gelora menanti
di daratan taufan menggila
di langit sabungan petir meyala-nyala

kuatkah aku?
kerana dahan tempatku berpaut
seuntai rasa yang halus cuma..
namun kupercaya
jika tunjangnya redha yang Esa
pasti ku tegar
berdiri utuh
walau ribut tak memberi teduh..

Saturday, December 16, 2006

my sweethearts

3 bersahabat with 'arusah..ambik 'berkat' + aura
pinang dibelah dua..
seri wajah kak azliza.. moga bahagia

mm.. siapa dulu nie nanti???

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
walimah kak azliza (akak fairuza) menemukan aku dengan my sweethearts- fatimah n fairuza... rindu sangat kat diorang... mm.. nampak gaya antara kami, fatimah dulu... so.. moga dipercepatkan.. amin..

kenangan terindah..


masjid negeri.. kuching..

debaters iium..
di tugu kuching.. ada tikus tak kat sini??

mencari erti sabar.redha.tabah- waterfront kuching


more pictures?? http://dhiyauqalbii.fotopages.com

Friday, December 15, 2006

anugerah dari kegagalan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

::Debat DiRaja 2006::

Debat Diraja 2006 berakhir penuh nostalgia.. kami sekadar mendapat tempat ketiga.. dan team b di tempat keempat.. kami tewas di separuh akhir.. agak terkilan.. but still berpegang pada tema sebelum ke sarawak lagi 'we behave as the champion, win as the champion n loose as the champion'
cuma agak sedh melihat titisan air mata ustaz Salah n Ustaz Ibrahim..' saya rasa hak saya dicuri dan dirampas' keluh ustaz Salah seusai kekalahan kami...

tewas di separuh akhir.. tapi puas hati coz dah perform yang terbaik.. dah tertulis rezeki itu bukan milik kami.. dan aku cuba menjadi redha dan menerima Qadha' dan Qadar ketentuanNYA.

cuma ada beberapa perkara yang membuatkan kami agak terkilan.. antaranya coz tajuk semi final adalah tajuk ekonomi (kawalan harga barang harga barang lebih baik dari kenaikan gaji) sayangnya, teori2 ekonomi yang kami bawakan tidak difahami dan tak diterima hakim.. lebih malang bila teori 'circle of evil' (daiirah jahannamiyah)- ekonomi menjadi lumpuh jika kenaikan gaji keterlaluan dan tanpa kawalan harga barang, harga akan naik melambung) dianggap MENGHINA negara.. rasa sedih gak coz.. kalau nak bandingkan dengan debat BM( contoh paling dekat- final debat diraja BM dengan tajuk 'ASEAN perlu menjadi kesatuan ekonomi)- tajuk ekonomi akan diperbincangkan dalam konteks ekonomi..dan ini belum boleh diterima dalam debat bahasa arab
so, kalau keadaan ini berterusan, sampai bilapun mustawa (martabat) bahasa b.arab takkan setanding dengan bahasa lain.. bahasa arab bahasa ekonomi, bahasa politik, bahasa diplomasi antarabangsa tapi rata2 pasukan yang bertanding masih cenderung memperdebatkan tajuk2 sebegini pada permukaan tajuk sahaja.. itu sangat menyedihkan.. rata2 yang masuk adalah mahasiswa pengajian islam/bahasa arab.. so kenapa mesti tidak menonjolkan diri sebagai mahasiswa yang memiliki pengetahuan yang luas dari segenap aspek...
bukankah Islam menganjurkan ummatnya menjadi manusia berilmu??
persembahan2 kebanyakan team adalah manifestasi kekurangan ini.. tajuk2 seperti 'hiwar bainal hadarat', dan tajuk masa semi final itu tidak dikupas dengan baik oleh kebanyakan peserta.. dan masih ramai yang tidak memahami maksud istilah 'hiwar bainal hadharat' (dialogue between civilization) dengan baik..
ini bukan satu kritikan.. tapi satu kesalan! jauh di sudut hati saya, saya ingin lihat medan perdebatan yang hangat dengan lontaran idea yang mantap dan tajam, yang selari dengan konteks tajuk perdebatan.. sayangnya ini gagal dipersembahkan.. dan lebih malang lagi, bila pasukan yang mampu mengupas dengan baik, hakim pulak menjadi halangan kerana hakim sendiri tidak memahami koteks tajuk dengan baik.. salah siapa sebenarnya!!so seruan untuk semua pendebat.. jangan malas membaca.. dan jangan malas membuat research.. bahan2 dan sumber2 ada di depan mata... cari dan carilah.. kita naikkan mutu n tahap debat b.arab... jangan malukan bahasa yang mulia ini...!!!
:manusia cepat menghukum::

"dan janganlah kerana kebencian kamu kepada stu kaum, kamu bersikap tidak adil kepada mereka"

situasi 1:

selepas tewas di separuh akhir, team uia agak lewat ke dewan makan.. adat hati yang bersedih, agak lama masa yang diambil untuk menenangkan dan mengembalikan keyakinan.. saling memujuk dan memberi semangat.. supaya redha dengan kekalahan ini.. disamping meyakinkan ada hikmah yang tersembunyi.. dan kami (8orang) agak lewat ke dewan makan tengah hari itu <<<<>kelewatan kami k dewan makan dianggap permulaan boikot uia terhadap pertandingan

situasi 2:

malamnya, dengan niat yang suci, nak pujuk kami dan redakan hati kami, para trainers membawa kami makan malam di bandar Satok, Kuching.. sepanjang perjalanan, kami diberikan kata2 positif dan motivasi dari trainers agar tidak berputus asa.. dan niat suci trainers membawa kami makan malam diluar<<<< 'kehilangan' kami dari makan malam di dewan makan pada malam itu dianggap sesetengah pihak sebagai 'mogok' uia terhadap pertandingan


situasi 3:

pagi itu ada perlawanan akhir.. malam sebelumnya, selepas pulang dari bandar Satok, kami sepakat untuk menghadiri pertandingan akhir.. behave as the champion dan bersikap profesional.. itulah ajaran trainers yang kami sematkan di hati.. bangun ajer pagi, kak tiha (officer yang mengiringi kami) meminjam seterika dari bilik kami (pendebat sisters) . ketika aku n kawan2 lain ke biliknya untuk mengambil kembali seterika tadi, nak gosok baju untuk menyaksikan pusingan akhir, kak tiha dah keluar ke airport untuk menjemput En. Abu Bakar Sidek. maka kami terpaksa meminjam seterika pendebat lelaki. natijahnya, kami semua terlewat le pusingan akhir tersebut.

"dan jauhilah kamu dari berprasangka kerana sebahagian dari prasangka itu adalah dosa"


manusia terlalu cepat menghukum??
malah ada suara2 yang mengatakan team uia sombong..sebab dikatakan ada 2 3 pendebat yang agak 'dingin' dan tidak bertegur sapa dengan pendebat2 lain.. namun mereka tak nafikan ada pendebat uia yang mesra n peramah, bergaul dan bertegur sapa dengan semua orang...
so, adilkah men 'generalize' kan dengan sikap negatif 2 3 orang tu??peribadi manusia kan berbeza, ada orang yang memang sikapnya agak berat mulut.. bukan sombong tapi memang tak pandai nak jadi peramah?? kenapa tidak di sudut yang lain, men 'generalize' kan dengan sikap positif 2 3 orang yang lain???
PENILAIAN YANG TAK ADIL!!!

apapun, banyak 'anugerah' dari kegagalan ini.. macam yang Dr Rahmah pesan.. ini adalah kehidupan, belajar menjadi tabah dan sabar, itu anugerah yang paling berharga untuk menempuh hari2 di hadapan...
dan bagi aku, bukan sekali diri ini dikhianati, benar, inilah kehidupan.
sabar.tabah.redha. itulah kunci kebahagiaan hati tanpa meminggirkan prinsip diri dan maruah yang perlu terus dijuang dan dijulang!

to all iium team..

Dr Rahmah yang dedikasi Ustaz Salah, Ustaz Fouad dan Ust Ibrahim yang komited dan ikhlas mencurah ilmu melatih kami

my team mates.. kak yuni, sanah n masud dan iium b.. jannah, taufiq, izhar n muslim

urusetia dari iium.. azhan n azrul..
barakallahu fiikum..thanks to your support


'we behave as the champion, we win as the champion n we loose as the champion"
-kenangan terindah:kuching,nov 2006-

::semester terakhir::

alhamdulillah, result sem lepas diterima penuh kesyukuran.. mengejapkan azam untuk lebih gigih dalam semester terakhir ini.. cepat masa berlalu.. dan mentari disember menjenguk semesta alam... 2006 bakal menginjak.. hari2 terakhir 2006 ini, medan muhasabah 360 hari yang pelbagai warna.. moga ada cahayaMU menyinari hidup kami...
semester terakhir untuk menamatkan pengajian di sini, azam kian kukuh... kembara ilmu takkan berhenti di sini..


::alfun mubarak::

tahniah buat semua sahabat yang terlibat dalam ekspedisi seruan dakwah di Cameron Highland.. mendengar cerita kalian, terbit rasa cemburu dan terharu. cemburu dengan pahala yang kalian perolehi dengan semangat juang n keikhlasan berjalan kaki 10 jam untuk menyahut seruan dakwah. terharu dengan kejayaan penghujung ekspedisi-terbukanya hati sebilangan penduduk kampung mengimani dua kalimah syahadah dan memeluk agama syumul dan indah.moga Allah merahmati usaha kalian...

::awal semester yang sibuk::

2 minggu semester ni, agak sibuk dan masih dalam proses menyesuaikan diri dengan sem terakhir yang agak 'pelik'. pelik keerana sebahagian kuliahku dijadualkan pada waktu petang.. pelik kerana aku melazimi (dari sem 1) untuk memilih jadual kelas pada awal pagi.. namun pada sem terakhir ini, aku tidak mempunyai pilihan. 6 subjek yang bersisa kebanyakannya dijadualkan pada waktu petang.. so mahu atau tidak, aku perlu menyesuaikan diri. MOga dipermudahkan, Insya Allah.


::AGM Arabic Debate Club::

AGM ini sungguh bererti.. bererti bahawa aku dengan rasminya selesai melepaskan amanah sebagai Vice President 1 ADC. dan dengan rasminya selepas AGM COMRADE penghujung sem, lepas, tanggungjawabku menjadi ringan. buat semua saf kepimpinan ADC yang baru, selamat menjalankan tugas melestarikan perjuangan ADCmemartabatkan bahasa Arab sebagai bahasa Ilmu pengetahuan melalui perdebatan n membantu warga kampus supaya lebih mendalami bahasa agung ini.
buat saf kepimpinan seperjuangan,terutama kepada Dr Rahmah & Presiden, mohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan. aku insan yang lemah sebenarnya. dan mengharungi satu sesi dengan 2 tanggungjawab yang besar terhadap ADC dan COMRADE bukanlah satu perkara yang mudah. namun jauh di sudut hati, aku amat bersyukur dianugerahkan pelbagai pengalaman dan ditambahkan pelbagai pengetahuan. setiap suka duka pahit manis atas nama pengalaman itu sesungguhnya adalah guru yang terbaik. dan masih aku bersyukur kerana 2 sem yang 'tersibuk' itu adalah 2 sem yang 'terbaik' dalam pencapaian akademik.. Alhamdulillah.. kesyukuran selayaknya hanya milikMU..


::moga sembuh::

buat adik jaie@fadhilah zahiyah, syafakillah.. moga cepat sembuh. dan semoga diberi kekuatan melawan kesakitan. tiap kesabaranmu, diganjari pahala sebanyaknya dari Allah, Insya Allah.


Thursday, November 16, 2006

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

After habis exam (13hb) saya pulang ke laman ayahbonda.. dan hari ni, belum puas melepas lelah n tekanan di rumah, saya kembali semula ke Taman Ilmu dan Budi.. di saat orang lain ingin pulang ke kampung masing2 setelah habis peperiksaan, dan berduyun-duyun meninggalkan kampus, saya pula datang membelah kesunyian kampus yang mula lengang.

Alhamdulillah, exam dah habis. Secara keseluruhannya saya berpuas hati untuk exam kali ini. Rasanya antara semester yang saya dapat jawab soalan dengan agak baik.. selebihnya tawakkal pada DIA.. moga natijahnya nanti tidak menghampakan, Insya Allah..

Apa yang saya belajar sem nie..??

::I’lmu Al’ A’rud (Arabic Prosody)::
Saya sangat sukakan subjek ini meskipun agak sukar untuk saya menangkap formula dan susun atur ‘arud yang sebenar..
Yang penting, Alhamdulillah saya mula mengetahui mengapa syair2 Arab yang ikut nizam ‘amudiah (bahr,qafiah n wazan a’rudh) sangat istimewa.. dan saya mula memahami mengapa syair arab dikatakan punyai nilai kesenian yang tinggi.. tambah pula apabila nyanyian tiap2 bahar diperdengarkan Dr. Majdi dan kami mengikut beramai-ramai.. rasa best sangat belajar madah ni.. dan saya menyedari betapa susahnya mencipta syair arab yang betul.. apatah lagi setelah 2 bait syair yang saya cipta sebagai memenuhi coursework dikritik sehebatnya oleh Dr Majdi dan dapat markah yang rendah.. 2 bait teramat sukar dicipta, tapi hebatnya penyair2 yang mampu mencipta beribu bait dengan mudah.. kekaguman saya yang amat!
prestasi saya dalam 1st n 2nd exam kurang memuaskan.. tapi Alhamdulillah, masa final saya dapat jawab dengan baik, kecuali satu soalan yang dibayangi kecuaian sendiri. Dalam banyak2 subjek sem nie, saya dapat rasakan subjek ini akan menggagalkan misi saya mencapai sekurang-kurangnya 3.5 sem nie..tapi Alhamdulillah, yang penting, banyak ilmu yang saya dapat dari madah nie..

::Rethoric In The Quran n Hadith ( balaghah fi al quran wal hadis)::
Alhamdulillah, banyak sangat yang saya belajar dari subjek ni, terutama mengenalpasti I’jaz quran dan asbabnya dari aspek lughah.. mengenal tokoh-tokoh yang mempelopori asbab I’jaz Quran n keunggulan hadis dengan teori2 mereka seperti Abdul Qadir Al-Jurjani, Ar-Rumawi, Sharif Ar-Radhi, Al-Khitabi, Abu Musa, dan lain-lain.. dan satu kepuasan pada diri apabila saya berjaya melepasi tahap penilaian Dr Badri dan score markah ass. Semua maklum, Dr. Badri dikatakan lecturer BARB yang paling syadid dalam marking n digelar ‘killer lecturer’ so apabila saya berjaya score dalam ass dan melepasi tahap piawaian beliau, Alhamdulillah.. satu kepuasan yang tak terhingga.. yang pasti, saya sangat suka madah ni.. mid term biasa2 aje tapi Alhamdulillah, final saya leh jawab ngn baik.. waiting for the result.. moga najah, insya Allah..

::Arabic for Academic Purpose::
Ada banyak sebab saya suka subjek ni even agak boring coz this subjek took 6 contact hours per week.. 1,
1. saya dapat kenal akak2 IRK n BARB yang lain.. dan saya adalah adik yang paling muda dalam kelas tu.
2. saya mula jatuh cinta untuk membuat ‘al-bahas al-ilmi’ coz ustaz ajar dengan sangat detail tentang cara penulisan tesis.. di sinilah mulanya keinginan saya untuk sambung master, insya Allah. Even dah ambil subjek Research Methodology sebelum ni tapi kali ini saya faham betul dan nampak dengan jelas semua nie..
3. ustaz kenal saya dan selalu sebut nama saya.. hehe.. agaknya coz saya paling banyak cakap dan duduk paling depan..
Apapun, subjek ini juga buat saya agak ‘lelah’ sepanjang sem coz tiap2 kelas ada homework sama ada yang perlu dibuat sendiri ataupun dicari dilibrary dan selalunya perlu difotokopi untuk semua student yang ada dalam kelas.. mujurla tak ramai dalam kelas tue.. dan subjek ni juga agak ‘menngerunkan’ coz ustaz amat cerewet dalam marking.. saya tak pernah jumpa ustaz yang secerewet ini.. bayangkan untuk mid term, ada soalan yang markahnya 2, ustaz bagi markah 0.25!atau 0.75.. agak pelik.. tapi itulah hakikatnya… pepun, ni juga antara subjek harapan saya.. mudah2an..

::revealation as source of Knowledge::
Subjek ini tidak susah.. Cuma mengulang apa yang pernah dipelajari dalam Ulum quran dan Ulum Hadith.. tapi agak memboringkan coz ustaz banyak bergantung kepada slide show power point tu dan sekadar mengulas ayat di situ seadanya.. saya agak boring dengan cara presentation yang begitu coz seolah2 kena menghadam word by word, bukan meaning..
Pun agak kecewa dengan cara ustaz marking mid term.. tiada sskema.. satu tanda ‘right’ pada setiap muka surat jawapan, dan akhirnya markah diberi secara general.. tanpa diketahui mana yang salah dan mana yang betul… seolah jawapan dibaca sekali lalu.. dan rasa tak berbaloi markah yang diberi dengan apa yang dijawab.. wallahu a’lam.. final-saya dah cuba yang terbaik.. Cuma agak risau dengan cara ustaz marking..
Subjek ni pun saya ambil sorang2.. takde sesiapa yang saya kenal dalam kelas.. tapi alhamdulillah, saya dapat ramai kawan baru..
Pun apa yang agak menjengkelkan adalah waktu presentation… ada student yang taqdim tajuk berkenaan ‘wahyu’ atau hadith atau quran, tapi pakaiannya- (sister) tudung transparent yang nampak dengan jelas rambut, dipadankan dengan skirt n blouse yang cukup2 jer untuk tutup pusat.. ish ish.. cik kak, hormatla sikit ilmu.. tak sesuaiiii!

::Modern Poetry Text::
Saya sangat suka subjek nie! Ustazah yang sangat dedikasi.. Mabruk Alaiki Dr Amany! Dan saya suka menyelami erti manusia dan kemanuiaan dalam genre syair moden. Mengenali penyair2 moden seperti Ahmad syauqi, hafiz ibrahim. Ma’ruf roshafi, A’idh Al-Qarni dan yang lain-lain, saya sangat sukakan mesej yang cuba disampaikan dalam syair2 mereka tanpa meminggirkan nilai2 estetika syair arab dari segi nizam ‘amudiah… dan belajar tentang ‘mazhab’2 dalam penulisan syair.. saya makin jatuh cinta dengan sasstera Arab..
Alhamdulillah, markah mid term, coursework n participation agak menggembirakan.. masa final- soalan memang susah.. dalam masa 2 jam, ada lebih kurang 25 bait yang perlu disyarah syarhan adabiyyan.. dan ada juga solan muqaranah antara mazhab2 syair.. agak keceewa coz saya kesuntukan masa… apapun.. saya tetap suka subjek nie..! I love it!!

::wan yang kusayang::

Saya perlu akur untuk pulang ke uia awal coz training intensif untuk debat diraja bermula pagi esok.. saya pulang dengan berat hati, sepertimana beratnya hati emak dan wan melepaskan saya.. berkali mak Tanya ‘betul ke nak balik esok?’ dan saya hanya mampu mengangguk.. saya tahu mak faham tanggungjawab saya.. Cuma agak keberatan melepaskan puterinya coz baru sekejap saya ada di rumah..

Tak puas rasanya melepas rindu pada adik2 bongsu saya- yani n mamat.. menonton tv sambil mereka yang manja baring di riba… atau membantu mereka menyemak kertas peperiksaan yang dijawab siangnya.. dan bergurau senda dengan adik2 yang bijak2.. sama ada saya mengenakan mereka atau mereka yang mengenakan saya..
malam tadi, saya diminta syafiq n mamat untuk tunjukkan cara terbaik menjawab soalan pendidikan seni- dengan keaedah cetakan.. maka saya dan adik2 membelah malam mencari pelepah pisang disekeliling rumah.. dan tunjuk mereka cara buat cetakan tue.. huhu.. saya memang takde bakat dalam lukisan!
Yang pasti, saya belum puas melepaskan rindu pada adik2 tersayang..

Semalam adik saya yang ke 5 menghadapi kertas pertama SPM.. moga berjaya, izzati.. dari jauh ngah doakan yang terbaik dan moga dipermudahkan.. Insya Allah..

Melihat keadaan wan, saya lebih hiba.. balik kali ini, wan kian uzur.. dia tak mampu lagi berdiri sendiri.. lututnya dah tak berdaya! Dia mengesot untuk membuang air kecil- itupun di lubang yang memang disediakan khas untuk tujuan itu berhampirannya. .. untuk mandi dibilik air, dia perlu dipimpin ke bilik air dan saya akan mandikannya.. rambut wan kian gugur.. bila disiput, saiznya Cuma sebesar jari kelingking saya! Daging tiada.. tinggal kulit yang membaluti tulang.. ah, satu masa nanti kita juga pasti tua..

Dan ketika bersalam dengan wan sejurus sebelum kebrangkatan saya pagi tadi, wan agak terkejut bila saya khabarkan saya ingin pulang pagi itu.. dia telah dimaklumkan semalam, tapi mungkin dia lupa.. dalam nada hiba dia bertanya bila saya akan pulang lagi.. saya berjanji akan pulang sejurus saya pulang dari Sarawak nanti.. dan saya hanya mampu beerpesan supaya dia makan banyak.. coz saya lihat selera makannya kian berkurang..

Pagi semalam, wan kata teringin nak makan udang.. makan ayam.. dan makan kuih bangkit.. pagi itu juga saya ke kedai.. membeli udang, ayam dan kuih bangkit untuk wan.. ayam digoreng berempah, udang saya rencahkan dalam gulai lemak jantung pisang… namun bila makan, wan Cuma makan sesuap dua.. meskipun makanan-makanan itu adalah makanan yang dimintanya.. dan masakan itu adalah masakan kegemarannya.. orang tua.. keinginannnya besar.. tapi ‘usia dan keusiaan’ adalah penamat segala nikmat..

Sungguh kali ini, agak berat saya meninggalkan wan.. dan masih terbayang.. seraut wajah sayu wan kala saya mengucup pipi dan dahinya pagi tadi….





Thursday, November 02, 2006

gambar anak safa



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

rmai yang nak tengok gambar anak safawati.. so kawan2 leh la copy kat sini..
comelkan? nurin amirah madihah
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
1 nov 2006..
birthday abah yang ke 51
moga abah diberi kesihatan dan dimurahkan rezeki.. serta diberi barakah dalam nemimpin kami sekeluarga.. moga Abah diberi kekuatan dan rahmat atas jasa dan baktinya selama ini.. moga abah panjang umur, agar sempat aku membalas jasa-jasanya..

abah yang aku kenal..
sangat suka membaca..
dan bahan bacaan kegemarannya pelbagai..
dari buku2 matematik yang menjadi bidang keutamaannya, hinggalah buku sains dan teknologi, buku2 komputer, buku2 agama (sudah tentu).. buku2 herba dan pelbagai lagi.. lalu abah menjadi mentor terbaik agar aku juga rajin membaca..
abah seorang yang pendiam..
bercakap bila perlu sahaja
atau bila jumpa 'regu'..

tapi dalam diamnya,
abah adalah pendorong aku dalam apa yang aku buat..
dalam cOMRADE-dakwah orang asli misalnya..
abah tak pernah manghalang bila aku minta izin masuk kampung..
pun tak pernah bising bila aku jarang ada di rumah balik bercuti..
malah selalu pula, setiap kali aku balik dari kampung, akan bertanya.. 'mana gambar masuk kampung baru ni?"
maka abah n adik2 serta mak akan berkumpul di depan komputer, tengok gambar yang aku ambil semasa program.. sambil aku menerangkan apa2 yang perlu..
dan aku tahu abah merestui apa yang ku buat.. bila dia pernah berboual dengan adik-adikku yang bongsu (mamat n yanie) dan dia pesan pada diorang 'nanti dah besar jafi macam kak ngah yer, masuk kg. org asli, ajar diorang tentang islam..' waktu tu, aku tersentuh sangat...
dan bila ada tetamu datang rumah, kalau ada kena mengena ngn orang asli or apa2 cerita berkenaan, abah akan rancak ercerita tentang 'kegilaan' aku masuk kampung OA dengan bannganya.. dan aku gembira membuat hati abah gembira dengan aku..

abah yang aku kenal..
tak cerewet dalam makan
dan dia sangat suka kalau makan masakan yang dimasak oleh mak atau anak2nya berbanding beli di kedai..
sebab tula tiap kali raya, kuih muih yang berbeli tak pernah naik ke rumah kami.. semuanya hasil tangan mak, aku dan adik2..
malah abah sangat menghargai.. dia akan jenguk sesekali dan tnya 'ada lagi tak bahan yang tak cukup nie?"
dan sebab itu juga, tiap kali raya, lemang, ketupat dan dodol kami buat sendiri.. tak pernah beli.. abah sanggup berpanas menjaga lemang yang sedang dibakar, memanjat kelapa untuk mengambil daun ketupat dan mengacau dodol berlama-lama..
dia puas dengan makanan yang dihasilkan sendiri..

soal makan.. abah tak cerewet..
apa2 yang dimasak dia akan makan..
asalkan ada ulam dan sambal
dan aku satu2nya anak yang mengikut citarasa abah.. sangat suka makan ulam n sambal yang pelbagai..
tiap kali balik bercuti.. abah paling gembira.. coz macam yang mak selalu kata 'abah eronok la tu, 'chef' dia ada kat rumah..'
dan pagi2 lagi, abah akan ke pasar, beli lauk dan syur2 kegemaran dia.. dan tanpa bertanya, aku dah tau apa yang perlu dibuat dengan sayur dan lauk2 tersebut...
waktu makan.. macam yang mak cakap /"hm.. bergegarlah janggut cikgu din makan nanti, anak dia yang masak' ;-)

soal pendidikan anak2.. abah amat titikberatkan pendidikan agama.. adik beradik aku, (kecuali long n ipi-coz diorang tinggal ngn wan) semua dihantar k sekolah agama swasta.. abah tak kisah berhabis duit, asalkan anak2 belajar agama dengan sempurna..
kejayaan anak2.. abah tak prnah memaksa.. tapi kami diajar agar sentiasa melakukan yang terbaik.. dan tiap kejayaan itu, pastinya kegembiraan buat mak dan abah..

perpun, abah sangat istimewa di mata aku.. sangat memahami.. moga aku mampu balas jasa2 anah.. dan aku mohon dikurniakan seseorang yang seistimewa abah.. mudah-mudahan.. insya Allah...

AKU, MAK N ABAH BERSAMA ADIK2 BERADIK PEREMPUAN WAKTU RAYA DULU

AKU N MY HERO..

::master::
Moga dipermudahkan..
Keinginan untuk terus menyambung pelajaran dating selepas aku menjawab exam pertama- AAP.. keluar dari exam, aku bertanya diri sendiri.. apa yang aku belajar di universiti selama hampir 4 tahun nie?? Mengenangkan pengajian akan tamat april depan, aku jadi ‘gerun’ tiba2.. rasa masih tak puas belajar.. rasa kosong ilmu nie..

Sementelahan melihat mo kana mendapat surat tawaran menyambung master, hati n semangat aku berkobar2 untuk menjejakinya..
Akupun mula berkira-kira.. soal kewangan, soal masa, soal usia, soal future planning.. semuanya perlu diambil kira..

Mula2 aku fikir untuk ambil secara part-time- coz rasa nak cari duit dulu, tolong mak n abah,, kelas pada hujung minggu dalam tempoh 4 tahun..
Lalu aku berfikir.. jika aku sibuk bekerja hari2 biasa n belajar pada hujung minggu, bila aku nak kahwin ( dengan siapa? Bila? Wallahu a’lam,.. aku percaya yg terbaik dari DIA telah menanti sejak azali)
Kalau nak tunggu umur 28- bila habis master tue.. rasanya terlalu lewat untuk aku.. dan kalaupun ditakdirkan jodoh aku awal, macam mana aku nak bahagikan masa untuk keluarga jika hujung minggu pun aku sibuk.. tak adil pulak rasanya..

Dan aku berkira2 pula untuk ambil terus intake julai 2007 nanti-dalam tempoh 2 tahun.. maknanya aku akan habis bila umur aku 25.. so rasanya ini lagi baik untuk sku, so that aku leh plan my future life.. soal kerja, kahwin, family dsb..
Tanya mak, minta pandangan mak n abah, terutama soal berkaitan kewangan.. mak kata dia akan sokong aku coz dia leh apply keluarkan duit KWSP atas skim pendidikan.. dan dia amat menggalakkan..

Tambahan pula, hutang aku dengan ptptn Cuma sikit jer, just nak jelaskan yang awal tu- 2 sem before aku dapat biasiswa bank rakyat..

So, mudah-mudahan, dipermudahkanNYA jalan aku..
Insya ALLAH..


NGAN KAWAN-KAWAN EX-WOSTORIAN MASA RAYA.. JOM SERANG FELDA2 DI TRIANG..


Tuesday, October 31, 2006



selamat menghadapi peperiksaan...
moga najah selalu...
they are.. my love..

Friday, October 27, 2006

kali pertama

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

4syawal..
kali pertama dalam hidup saya..
seawal 4 syawal saya sudah berada di \uia..
bersendirian di dalam bilik..
macam tak percaya jer..
tapi percayalah..
exam..
dan ada beberapa sebab lain
mennjadikan mood raya saya terhenti setakat di 3 syawal..

2hari sebelum syawal..
kacaua dodol

sehari sebelum syawal
lemang dibakar..
ketupat dianyam dan direbus..
rendang dimasak
bersama bonda n ayahanda menghulu dapur..

1 syawal..
tersedar jam 5.15 pg..
sms mok ana dibaca
'ayah mok ana dah takde!'
innalillahiwainna ilaihi rajiuun..
tak sedar air mata mengalir..
dan aku tak boleh bangun!
hampir 5.45 baru aku mampu bangun..
sungguh aku mengerti perasaan mok ana ketika ini..
sekadar mampu menghantar sms ucapan takziah n sms kepada kwn2 yang lain memaklumkan berita sedih ini..
.. pas subuh, baru aku diberi kekuatan menelifon mok ana n berbual dengannya..moga mok ana tabah!

seawal pagi.. sarapan bersama keluarga n keluarga mak cik wok..
dimulai dengan takbir n tahlil yang diketuai abah..
diikuti sedikit tazkirah oleh abah juga..
mengingatkan kesyukuran n kesederhanaan menyambut syawal..
diikuti hidangan hari raya yang lazat..

selepas solat sunat hari raya, tangan mak n abah kukucup, mohon keampunan.. adik beradik yang lain juga, wan n miktam..
seterusnya menziarahi rumah jiran2 terdekat..
pulang ke rumah, satu persatu tetamu datang..tanpa henti dari pagi hingga ke petang.. mak2 sedara, sepupu2 yang jauh n dekat..
petang-kami sekeluarga ke felda kumai, melawat mak sedara di sana..
malam.. masa untuk rehat n mengemas rumah..

2 syawal..
masa bersama kawan2 wostorian,,dengan menaiki 3 buah kereta, kaki 'menyerang' felda2 di triang... berziarah kawan2 sekolah dulu.. seronok sangat.. dah lama tak jumpa.. bercerita kisah2 terkini.. yang kahwin, yang bertunang, yang sambung belajar, yang mengandung, yang bersalin, yang bekerja dan macam2 lagi.. sambil menyulam kenangan2 zaman persekolahan..
dan tentunya, aku menjadi sasaran.. siapa?bila?bagaimana?kenapa?
dan sepatah yang mampu kujawab- biarlah rahsia-.. sambil tersenyum meninggalkan mereka dengan persoalan2 yang tak terjawab..
dan itulah aku,,
yang lebih senang berdiam diri dalam soal hati dan perasaan..

8mlm.. baru aku sampai ke rumah dihantar oleh Yan..
\thanks all my friends.. moga uhkwah ini terus memayungi kehidupan..\

3 syawal..
kembali bersama keluarga..
dari mentakab hingga ke bentong, menziarahi sanak saudara sebelah mak.. dari pagi hingga ke petang.. sambil menerima panggilan2 telefon dari sanak saudara yang ingin datang ke rumah.. opss sori.. rumah 'tertutup' coz rakde orang..

4 syawal..
dari pagi aku bersiap2 untuk pulang ke uia..
mengemas pakaian
membungkus kuih2 raya
dan memasak untuk makan tengahari
ikan patin dibakar dengan ramuan sambal tempoyak..
so delicious..
pas jumaat..
pulang ke uia
.....

yang tertunda..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
::ramadhan yang barakah::
Hari kedua ramadhan,.. petang yang tenang..sewaktu duduk di masjid, aku menerima panggilan dari Rd RAhmah memaklumkan aku dipilih mewakili UIa untuk Pertandingan Debat Bahasa Arab Piala Diraja di Kuching, Sarawak, November nanti. Alhamdulillah.. Ramadhan datang dengan barakah.. moga aku mampu laksanakan amanah ini sebaiknya..

Yaum Nuzul Quran..
Ku ke pejabat Galeri Ilmu (majalah Anis) di TTDI bersama sanah n kak yuni.. kami dipanggil untuk audition pengacara rancangan pendidikan islam yang bakal diterbitkan Galeri Ilmu.. it was a great experience. Kami diberi skrip dan diminta menggayakan seperti seorang pengacara tv.. Alhamdulillah.. satu pengalaman yang baik untuk aku sebelum memasuki alam pekerjaaan.. natijahnya dah dapat.. kami gagal dalam audition tu.. tapi apakah yang lebih bermakna dari sebuah pengalaman..??? As-syukru lillah…

::puteri::
Tahniah buat my cousin-kak long nor yang selamat melahirkan puteri sulungnya yaum nuzul quran yang lalu.. moga khalila farhana membesar sebagai puteri solehah.. tahniah juga buat kak izah DQ yang selamat melahirkan anak sulungnya pada hari yang sama.. Aidilfitri pasti lebih bermakna dengan kehadiran orang baru…

::AGM COMRADE::

Tahniah buat main board baru bagi sesi 06/07.. di bahu kalian harapan untuk terus melestarikan perjuangan… tak tau nape terasa sayu sangat masa AGM ari tue.. hampir 3 tahun aku dalam comrade..sesungguhnya pengalaman2 itu amat mahal harganya.. terima kasih ya Allah kerana menghadiahi aku peluang itu.. mengenal erti perjuangan, kehidupan, kesabaran, kegigihan, pahit manis kehidupan, jatuh bangun,jerit perih dan yang paling istimewa.. keluhuran sebuah uhkwah.. buat semua comradeans.. thanks to make my life more colourful.. dan saat2 terakhir di Taman Ilmu dan Budi iini.. tentunya saat2 bersama kalian itu akan kurindui nanti…

Buat new president-ceghah.. kami percaya pada karisma, dedikasi n kewibawaan ceghah untuk melestarikan kegemilangan comrade..
Pijan.. I can see jelmaan ‘kak awa’ in yourself.. so jika dia mampu lakukan sehebat itu, pijan juga boleh..
Fatin.. welcome back to to ainboard.. kembar percaya kebolehan kembar..
Iqbal n nana-gunakan pengalaman sesi lepas guru yang berguna.. both of you ada skill yang perlu dipertajamkan untuk maslahah comrade..
Dila n jali.. jalii rajin2 tanya k.dila.. dila jangan segan2 tunjuk..n dila sbg org berpengalaman dalam board.. jadi mentor pada adik2 yang lain..
Munzir-teruskan misi n visi tnt..yang baik jadikan panduan..yang buruk tinggalkan
Erni- I believe you can do much much better than me..
Husni-gunakan experience pegang edu irkhss dulu 4 the betterment of orang asli
Raihan- seniority is not everything.. so jgn malu2 kuarkan idea2 yang mantap
Azuni- you’ve lots of experience n wide knowledge.. use it wisely
Max-ampun maaf kesilapan n kekurangan saya terajui tnt ngn max sesi lepas.. teruskan jadi pemimpin yang berkaliber.. bukan yang berkaki lebar..
Afifah- you’ve lot of potential.. never allow the others tell you the different.. just believe in yourself..
Shahrul- moga MPR terus maju
Amila-gunakan skills yang ada untuk majukan MPR
k.engku-tahniah. 3 sesi berturut2 kak engku jadi mainboard.. kami tau k.engku sayang comrade..tapi kesihatan kena jaga..
nadia- biar badan kecik tapi akal besar..hehe
imah-jangan ragu2 pada kemampuan diri.. kalau kami semua percayakan kemampuan imah, imah perlu lebih mempercayai diri sendiri..
shidah- selamat maju jaya RND..
qamarina- komitmen n kerajinan.. kunci kejayaan RND

all the best to all of you..kalau perlukan apa2 pertolongan.. just bagitau k… selagi mampu, Insya Allah


:;pak long n mak teh::
2 beradik yang lumpuh… tinggal bersama di kawasan rumah flat di tmn melati.. ramah n penyayang.. moga paklong n mak the sihat2 selalu..

::kisah puding::
AGM comrade.. aku diminta sediakan puding untuk juadah berbuka puasa.. dan buat pertama kalinya aku menyediakan puding dengan rice cooker untuk 100 orang.. dan bilik akupun dah jadi macam ‘kilang’.. ;-)

Kisahnya puding ini.. asal usulnya adalah campuran resepi yang aku baca dan aku belajar + modified.. kuah puding aku belajar ngan mak cik munah- tukang masak istana… alkisahnya adalah aku amat tertawan dengan keenakan PUDING DIRAJA- makanan kegemaran sultan Pahang.. aku yakin sape2 yang pernah rasa puding ni memang akan mengakui bahawa ini adalah puding terbaik di dunia.. (betul tak shukri??)
Pusing ni ada 3 lapisan.. lapisan bawah adalah pisang lemak manis yang digoreng tanpa minyak..lapisan kedua adalah lapisan kuning telur ayam kampong yang dijadikan jala emas.. dan lapisan terakhir adalah buah prune.. memang best giler..

Kuahnya pulak yang aku selalu buat tue la..
Aku modified kuah ni n makan ngan resipi pudding yang aku jumpa dalam majalah… sebabnya nak buat the original pudding diraja amatlah leceh n amatlah susah.. .. tapi resipi yang dah dimodified ni pun dah ada peminat yang tersendiri.. hehe
Pada aku pudding ni adalah pengikat kasih sayang.. coz dulu selalu bawak ke sekolah.. jamu kawan2 seasrama.. maka sampai skang kalau berjumpa balik kawan2 sekolah.. selalu la dengar diorang kata.. (teringat nak makan pudding awak..) or (dah lama tak makan pudding awak..) kat umah pun gitu.. kalau lama tak balik.. adik2 akan kata (ngah bila nak balik? Dah lama tak makan pudding..) dan sampailah makcik2 yang mengandung, dah 2 3 orang mengindam nak makan pudding tue..
Rasa seronok gak dapat gembirakan hati orang.. walaupun menda ni kecik jer.. hmm.. sebenarnya pudding ni memang banyak nostalgianya.. takperla.. takyah la citer semua.. dekat2 nak raya ni.. shahdu pulak rasa…

So di bawah ni diturunkan resipi pudding tu

a-untuk pudding

20gm agar2
2liter air
gula secukup rasa
4 sudu tepung kastard
(rebus agar2.. masukkan gula bila agar2 dah hancur.. bancuh tepung kastard ngn air sikit n campurkan dalam agar2 tadi)
kalau nak buat yang koko.. asingkan separuh agar2 tadi n masukkan serbuk koko (bancuh dulu serbuk koko tu ngn air panas utk elak berketul2)

b-kuah pudding

I tin susu cair- susu cair IDEAL paling elok n best.. yang lain kurang sikit
1 tin air (ikut sukatan tin susu)
4 biji kuning telur
gula secukup rasa
esen vanilla

masakkan air n susu cair n gula atas api yang perlahan (jangan api kuat..susu cair cepat hangit).. then masukkan kuning telur.. pastikan ditapis kuning telur tu untuk buangkan mata dia.. kalau tak hanyir..

so leh hidangkan ngn nata de coco n cocktail buah kalau malas nak masak pudding.. buat kuah n makan ngan jelly@sumi yang beli kat kedai tu..
k..selamat mencuba..


::tiada kad raya::

diumumkan.. tahun ini saya tiada peruntukkan masa n kewangan untuk menghantar kad raya macam tahun2 lepas.. so jangan ada yang tertunggu2 kad raya saya.. harap maklum..


Salam aidil fitri

Dikesempatan ni.. selamat hari raya buat semua.. moga aidilfitri disambut penuh kesyukuran.. eratkan ukhwah n persaudaraan sesame kita, banyakkan sedekah..
Ampun maaf buat semua yang mengenali saya..
Jemput2 datang ke rumah..
Hati2 dijalanraya…

SALAM AIDILFITRI
KULLU A’MIN WAANTUM BIKHAIR

Tuesday, October 03, 2006

ramadhan kareem..wallahuakram

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

dah lama umah ni tak diupdate.. i'm in awfully busy with the assignment and other tasks..

ramadahan muncul penuh keberkatan.. Alhamdulillah berkesempatan berbuka puasa di rumah pada hari pertama n ketujuh ramadhan adalah saat yang membahagiakan... bersama keluarga.. bising2 bersama adik2..

kawan2 yang ke Aring and Husin.. jeles tul ngan diorang.. tapi nak wat camner.. takde rzeki aku nak bersama diorang..nampaknya next ipta pun aku tak dpat join gak...

tahniah buat my cousin yang selamat melahirkan puteri 2 hari lepas.. tambah lagi sorang anak sedara.. wan pun nampaknya gembira menyambut cicit yang ke 16..

wan kian uzur.. itu yang aku nampak.. ramadhan tahun ini, hari pertama dan kedua sahaja dia mampu berpuasa.. kudrat yang kian dimamah usia.. dengan jasad yang hanya tinggal tulang.. wan tak mampu berpuasa.. sesekali bergurau senda dengan wan.. masih aku berdoa moga dia dipanjatkan usia melihat kebahagian n kejayaan kami adik beradik..

minggu lepas sewaktu mak telefon, aku dikhabarkan wan semakin uzur.. adakala dia menangis seperti budak kecik kerana sakit sendi dan lutut.. nak dihantar ke hospital dia sendiri yang tak mahu..

dan seperti biasa, bila balik rumah, tugas asasi aku adalah mengerat kuku wan.. kalau lama aku tak bailk dan tak jumpa dia, akan panjangla kuku kaki dan tangannya kerana tidak dipotong.. bukan tak ada orang yang offer diri nak tolong potong kukunya.. tapi dia sendiri yang tak percayakan orang lain.. katanya takut terluka jari2nya.. tapi kalau aku.. dia percaya katanya. kononnya aku berlembut dan berhalus so dia yakin jari2nya tak akan terluka...

kekadang bila aku melihat wan, aku dapat perhatikan.. dengan uban memutih yang semakin jarang di kepala, kulit kepala wan seperti kulit kpala baby baru lahir..lembut sangat..
begitu juga tiap kali kukucup pipi wan.. aromanya sama seperti aroma budak2 kecik yang baru lahir.. benarlah suratan putaran kehidupan.. dari bayi kita melalui usia.. mendaki hari-hari remaja dan dewasa lantas menjadi tua.. dan ketika tua, kita kembali menjadi seperti bayi yang kudratnya kian terbatas...

aku mencoret mengikut tarian jari menekan keyboard.. dan aku tak tahu kenapa di saat ini.. rindu aku pada wan membuak-buak...

wan-my grandma.. tahun ini usianya menjangkau 94 tahun

Friday, September 22, 2006

tahniah..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

salam jumaat..sayyidul ayyam yang penuh barakah.. disinari mentari hujung sya'ban menjenguk2 ketibaan mentari ramadhan al-mubarak.. ramadhan kariim.. wallahu akram..

pagi tadi.. kami team debaters b.arab asl diraikan dihadapan staff academic n non academic irkhs sempena staff assembly.. penghargaan daripada kuliyah atas kejayaan 4th intervarsity yang lalu.. thanks to all... menerima cenderamata di hadapan lectures agak 'menggerunkan''.. maklumla pasni mesti diorang dah kenal 'muka' ni.. so jika sebelumnya aku yang agak 'pemalu' di dalam kelas perlu lebih bersaing...

tahniah buat sahabatku sewosto- safawati salim yang selamat melahirkan puteri sulungnya- nurin amirah batrisyia di kuantan semalam.. semoga kehadiran cahaya mata menyeerikan lagi hidup safa n suami.. semoga juga puteri tersebut membesar menjadi mujahidah islam, insya Allah..
tahniah jua buat angah kembar yang selamat melahirkan puteri keduanya minggu lepas.. sofea dah ada adik.. so tak leh nakal2 lagi.. tak sabar nak balik n berjumpa dengan zulaikha dania.. mesti comel..

tahniah buat semua YB baru Uia.. yang menang election semalam.. khas buat shukri n akram hareree.. moga amanah yang dipikul dilaksanakan sebaiknya.. demi melestarikan kecemerlangan taman ilmu dan budi dalam melahirkan cendiakawan2 islam, insya Allah..

buat sahabat2 yang akan ke Aring n kg. husin.. teringin sekali mengikuti kalian untuk elspedisi awal ramadhan nie.. sayangnya panggilan laman bonda lebig kuat.. ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.. sebagai seorang anak dan seorang kakak... moga ekspedisi kalian dirahmatiNYA.. semoga sentiasa dalam perlindunganNYa, Insya Allah..

aku masih di sini..
sampai bila..??
sejuring cahaya yang menyinar...

jika bukan milikku
KAU ambil dari sisi..
supaya kelak tiada hati yang menangis lagi...

Tuesday, September 19, 2006

lagi.. sweet memories

bersama dean irkhs-prof azizan
senyum..
bersama all the trainers.. barakallahu fiikum..

sweet moment 4th IVADc 06

my team n team kuin(kolej universiti insaniah) + ust baihakki ;-p

my team n team udm (universiti darul iman)

final touch up before final..
we are the champion.. alhamdulillah
team uia.. afl, asl n trainers..

Monday, September 11, 2006

Alhamdulillah..Alhamdulillah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

sesungguhnya saat ini takde apa yang mampu aku ucapkan.. melainkan kesyukuran yang tak terhingga atas nikmat dan kurniaannya ini.. dan sesungguhnya, moga nikmat ini tidak menjadikan aku lalai, leka, angkuh dan sombong..

Alhamdulillah.. akhirnya 4th intervarsity arabic debating championship 2006 berakhir dengan seribu kemanisan..

terasa baru semalam memulakan latihan intensif.. duk di library munaqasyah dengan my team mateS.. menelaah tajuk2 yang mencabar... Alhamdulillah, diberi kesempatan menajamkan akal dengan menekuni isu-isu semasa seperti penggunaan mata wang Islam (dinar emas vs euro), free trade area.. civilization dialogue vs peperangan bersenjata, .. sehinggalah tajuk2 melibatkan dunia pendidikan (open u, sistem peperiksaan, sistem hisab attendance) dan masalah2 sosial (hutang, penglibatan wanita dalam anggota keselamatan) dsb..
dan terasa baru semalam juga mengikuti latihan intensif di kenms.. di saat bumi uia sepi coz orang lain bercuti, darp pagi-petang, kami adalah pengunjung setia ke sana untuk latihan debat.. dengan bimbingan ustaz2 yang sanggup berkorban waktu cuti mereka demi melihat anak2 murid menekuni b.arab dengan baik
*tahniah ust ibrahim atas kelahiran muzdahir.. cahaya mata yang ditunggu sekian lama.. ternyata ust lebih bersemangat dan ceria sekarang..

dan hari pertandingan pun tiba.. diletakkan bersama kak yuni, sanah n taufik dalam team iium a, kami cuma berazam melakukan yang terbaik dalam setiap persembahan.. dan semanagt persaingn bersama team iium b (mas'ud, janna,izhar n ridwan) n semangat swing (k.fizza, muslim, harun n taufiq) tak pernah pudar.. satu demi satu perlawanan di lalui.. dan setiap pasukan menunjukkan prestasi terbaik..

bagi aku sendiri, jaulah 4 n 5- tajuk matawang n penglibatan wanita dalam anggota keselamtan menentang iium b adalah yang paling sengit n bebas dari tekanan.. so masing2 perform yang terbaik.. alhamdulillah, terasa sangat faedah n kebaikan training selama ni ketika mempersembah hujah.. dan aku sendiri dapat merasai.. dalam keadaan yang tanpa tekanan begitu, boleh menutur hujah dengan baik sambil mengawal kaedah lughah agar teratur dan betul.. dan alhamdulillah.. hakim2 yang menghakimi kedua-dua perlawanan (jaulah 4 n 5) mengakui sendiri mustawa yang bagus dari kedua-kedua pasukan...
malah sempat kutitip nasihat para hakim dalam memajukan diri n memperbaiki kesilapan.. juga satu tiupan semangat yang takkan henti nyalaannya.. syukran ustaz2 semua.. barakallahu fiikum

dan akhirnya.. perjuangan tiba di kemuncak.. perlawanan akhir sekali lagi menemukan kedua-dua pasukan.. dan waktu itu, aku simpanan (aku masuk 5 tajuk dan semua tajuk itu telah dipetandingkan masa pusingan awal n suku akhir) melihat rakan2 lain berdiri di atas pentas.. terasa juga cemburu.. moga aku juga diberiNYA peluang beraksi di atas pentas seperti itu suatu hari nanti, Insya Allah..

dan ketika keputusan diumumkan, masih terasa tak percaya.. terana lunak suara MC memecah gegendang telinga mengumumkan kejayaan kami.. gembira tak terkata.. melangkah ke atas pentas berpegangan tangan dengan sanah.. masih tak percaya.. bagai di awangan.. dan sesungguhnya kejayaan itu sungguh manis rasanya.. alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...

kejayaan ini kejayaan semua.. darah yang mengalir bakat dari bonda tercinta.. tiupan semangat ayahanda.. guru2 dari sekolah rendah yang mengasuh aku menjadi berani di depan khalayak.. ust2 yang menanam kecintaan dalam bahasa arab, cikgu zaki n cikgu sarimah n great teacher khairul yang selalu melatih aku menjadi pemikir dan pemerhati yang teliti.. serta alunan pidato yang tersusun, trainer2 yang tekun membimbing.. rakan2 yang memberi sokongan.. doa dari semua yang tak pernah putus.. dan hembusan semangat seorang sahabat yang sentiasa setia mendengar tiap keluhan dan rintihan..

terima kasih semua.. kejayaan ini kejayaan kita..
buat my team mates.. sanah, kak yuni n taufik.. ALL OF U R the best!
buat masud, janna, ridwan n izhar.. kalian juga juara!
buat swing team- kak fiza, taufiq, muslim n harun.. kalian adalah pahlawan
buat semua trainer- barakallahu fiikum...
buat semua comittee- moga Allah membalas jasa n kegigihan korang.. (safuan, teruskan usaha dik.. u r future leader)

dan sesungguhnya.. kejayaan ini milik semua...
ALLAHU AKBAR!

Friday, August 25, 2006

keluhan di hujung talian

kenangan.. 2nd place patriotic Song Competition-Mahallah Ameenah

subhanallah.. indahnya ciptaanNYA.. Pantasi Sepat menggamit ketenangan

ukhwah itu indah bila paksinya kerana Allah.. with my beloved sisters .. (aku paling muda dalam gambar nie.. ;-) )
sedamai pantai yang memutih..
dan gemersik pepasir diseru bayu..
menjadi irama indah..
menyegarkan hati yang layu..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
tengah hari itu, waktu tengah lepak di bilik My Dear Asma'. panggilan dari emak tersayang kuterima.. di hujung talian, suara si bonda yang dirindui cukup membuatkan anaknya ini kerinduan.. dan lunak suara itu memberi ketenangan yang bukan sedikit.. selepas bertukar2 khabar di taman ilmu dan budi serta keluarga di teratak bonda, emak melahirkan hasratnya untuk bersara awal.. hujung tahu n ini.. dalam sayu suara emak, ada riak-riak kepenatan dan keletihan.. keluhan emak ada benarnya.. dalam usia 47 tahun, dia sudah tidak segagah dulu berhadapan tekanan di tempat kerja.. sementelahan tawaran skim bersara awal keluar (pemberian pampasan diberi).. emak ingin mengambil peluang ini mengundur diri dari dunia kerjaya.. hampir 25 tahun emak berkhidmat dengan Telekom Malaysia, memulakan kerjaya sebagai seorang kerani- sebelum berkahwin - di bandar Kuantan, berpndah randah ke Mentakab, Temerloh, Bentong.. dan menikmati dunia kerjaya dari kerani sehinggalah bergelar Penolong Pegawai Pemasaran.. hingga kini bertugas sebagai Ketua Kedai TM bentong.. kukira emak sudah cukup penat menghabiskan usianya di bilik berhawa dingin, menghadap ragam pelanggan yang pelbagai.. berkorban masa untuk keluarga dan menjadikan dirinya seorang wanita berkerjaya yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan seorang ibu kepada 8 orang cahayamata..!
justeru di hujung keluhan itu, aku memberikan sokongan jika itu keputusan yang mak ambil.. dan sementelahan aku juga bakal menamatkan pengajian april tahun depan, aku akan membantu keluarga pula sedaya termampu..tika itu terasa tanggungjawab itu datangt bersama kedewasaan.. dan sebagai seotrang anak, inilah masanya untuk aku membalas segala jerit perit dan pengorbanan mak dan abah kepadaku selama ini...
masih segar dalam ingatan, 2001- awal 2002, mak ditukarkjan ke bandar kuantan.. dia membawa 2 orang adikku yang bongsu- mamat n yani bersamanya dan mereka bersekolah di sana.. menetap di rumah sewa. sementara abah, andak dan achik tinggal di rumah kami di taman saga, mentakab. aku pula berhempas pulas dengan SPM di asrama SMA Al-Wosto, bersama mimi dan ipi..menjadi 'ketua' kepada adik-adikku.. abg long waktu itu sedang menekuni hari2nya bergelar siswa di UM.. keluarga kami terpisah.. dan hujung kminggu, lebih2 lagi hujung bulan adalah waktu yang ditunggu-tunggu, sama ada kami berkumpul di 'istana' kami di taman saga, atau berkumpul di rumah sewa mak di kuantan..
waktu itu.. riak rindu dan kasih sayang yang tak bertepi terhadap seisi keluarga menjadikan aku belajar erti kasih sayang.. dijarak yang memisahkan, kasih sayang kami tak terlerai, malah kian utuh.. ketabahan mak berulang-alik ke mentakab dengan bas ekspres setiap hujung minggu-pulang ke mentakab petang jumaat dan pulang ke kuantan hari ahadnya-, ketekunan abah mengurus rumah (memasak, mengemas rumah,) membuatkan aku kagum dengan mereka.. dan itulah 'cinta tanpa syarat' yang menyatukan kami sekeluarga.. dan aku yang berperang dengan SPM ketika itu, tidak pernah rasa kekurangan dengan 'perpisahan' kami.. malah segala kepahitan itulah yang akhirnya menjadi madu dalam kasih sayang kami sekeluarga..
buat mak.. apa jua keputusan mak.. kami anak2 pasti merestui.. kami tahu, mak bertanyakan pendapat kami kerana inginkan kami juga rasa selesa dengan keputusan ini.. namun sesungguhnya bagi kami.. tiada yang lebih membahagiakan melainkan melihat emak gembira..
Ya Allah, KAU kasihani mereka seperti mana mereka mengasihani kami sejak kecil....

gambar walimah AF


ahli rombongan..menunggu kereta2 sampai..




brothers yang hadir bergambar n mengambil 'berkat' pengantin.. next, giliran siapa..??

sisters.. ambil 'berkat' jugak??

semoga berbahagia hingga ke Syurga.. AF n McSUE

Tuesday, August 22, 2006

mmm

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
mm.. tak tau nak tulis aper..
kekadang terasa
hanya kebosanan menghiasi hari.. ntahla..

sabtu.. seharian aku duk library ngn asma'
munaqasyah untuk subjek balaghah fi al quran wal hadis

ahad..
bermusafir ke peramu, pekan, pahang
menghadiri walimah a.faizal (ex-presiden comrade) n mek su (comrade gak..)
tahniah.. barakallahu fikuma.. moga bahagia hingga ke syurga..
selamat pengantin baru gak kepada kawan sewosto aku- roslina yang selamat menjadi isteri kepada indra shahril (wosto gak..)

then, kami singgah ke rumah kakak kembar (lia n ina) di kuantan
then singgah ke Pantai Sepat..
bestnya jumpa laut
tenang terasa
dan ringan kepala
segala masalah n beban yang membelenggu terbang...

masuk gate uia semula..
tentulah kembali segala tanggungjawab..
persiapan debat intervarsity.. (bila nak form group ni..??) terasa tak semangat coz tak leh nak munaqasyah ngn team lagi tentang maudhu'2 yg diberi..
ngn mid term yang bermula tadi - balaghah fi al-quran wa al hadith.. susahnya..
n minggu ni ada mid term for subject lain gak..
homework AAP yang tak pernah tak ada..
rasa rushing sangat.. n cepatnya masa berlalu.. tak terasa..

semalam my friend- hasnah al-hafizah yang study kat mesir n tengah bercuti sms.. wah rindunya kat dia.. dengar2 sorang lagi sahabat-rosmawati al-hafizah nak kahwin tak lama lagi.. tul ker..??

tadi dapat sms dari syafawati.. dia akan datang ke uia isnin ni sempena konvokesyen adik ipar dia.. n berita gembira.. tak lama lagi dia akan melahirkan anak.. wah seronoknya.. Alhamdulillah.. sorang lagi kawan aku akan bergelar ibu...

kla.. dah macam2 coretan kat sini.. moga semangat kembali dan kembali..

k, nak siapkan teks pidato mak n teks bercerita adik nie.. saat aku bertanding debat bahasa arab nanti, mak n adik bertanding pidato n tilawah- mewakili pahang ke majlis tilawah al-quran telekom malaysia kebangsaan..

moga Allah merahmati kita semua..

Thursday, August 17, 2006

beri aku kekuatan..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

senyum menjadi tabir
ketawa mainan bibir
basah hati
sendu jiwa
tak terlihat di sinar mata
dalam tawa
ada sejuring duka
terbenam jauh di perdu

hidup ini adakalanya menebak sekeping rasa yang bernama sabar..
moga aku diberi kekuatan..

sayang abah..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

kasih abah...
tak mampu ku ucaphanya
terharudan tangis dalam hatia
ku tahu saat aku bercerita
abah terkilan jua
tak mampu memberi sebanyaknya
pada aku anaknya
namun abah
dalam sederhana itu
kutemui keberkatannya..
dan kasih seorang abah
yang tak pernah berkalih
ku bawa dalam tiap langkah
meniti usia
belajar dari jerit perih
sabar dan istiqamah
seorang abah
yang paling aku sayang
Moga ENGKAU rahmatinya
dan kami sekeluarga
kerana dialah
pembakar semangat
dalam diamnya..
sayang abah..

Wednesday, August 16, 2006

cinta tanpa syarat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

ni bukan catatan aku.. tapi aku jumpa dalam satu blog orang lain.. best..

CINTA TANPA SYARAT
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Al-Israa' 17: 24)


"Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil".

Itulah doa saya sebentar tadi, semasa bersolat zohor.

Entah kenapa, tiba-tiba hati saya terlalu tersentuh dengan doa tersebut. Sedangkan sudah berkali-kali saya membaca doa yang sama. Adakah kerana rindu saya terhadap ayahanda yang sudah masuk 14 tahun meninggalkan kami. Ya, saya rindukannya, terutamanya ketika hidup saya diasak dengan pelbagai cabaran, dan saya rindukan tangan ayahanda yang sering menepuk bahu agar masalah saya mengecil dan pergi oleh senyumannya.

Apakah saya terharu kerana saya rindukan bonda di kampung. Kampung yang sunyi, bersama teman-teman berbualnya yang pulang ke pangkuan Ilahi, seorang demi seorang. Bonda memang kesepian, hanya panggilan telefon dari anak-anaknya sahajalah pengubat sunyi itu. Mujurlah bonda kuat membaca. Majalah I saya hantarkan setiap bulan, kulit ke kulit habis dibacanya. Tazkirah Untuk Orang Mengaji oleh Ustaz Sonharji, saya belikan dan cepat sekali bonda menghadamnya. Kata bonda, "jika sunyi dan tak buat apa-apa, kenalah baca buku. Kalau dibiarkan otak beku, nanti datang jemu dan nyanyuk, jadi pelupa dan kemudian susahlah anak-anak nak melayan orang tua yang begitu."

Saya memang rindukan bonda. Bonda saya juga rindukan suaminya. Jika diselak langsir dapur, sayup-sayup kelihatan sepasang nisan makam ayahanda di tepi masjid sebelah rumah. Bonda sering termenung di tingkap itu, merenung kisah silam mereka, dan kenangan manis membesarkan kami berlima. Arwah nenda pernah berkata, "aku hairan tengok kamu berlima ni. Dari kecil sampai besar, tak pernah bergaduh. Walhal hero-hero belaka!" Saya juga terkenang, memang kami berlima hero-hero belaka. Semua adik beradik saya lelaki tetapi kami memang tidak pernah bergaduh.

Mungkin semua itu kerana watak ayah. Dia menjadi tumpuan kami dan kami sentiasa bergelak ketawa hingga ke meja makan. Kami tiada masa untuk bergaduh kerana semua ketawa dan sedih kami adalah bersama ayah. Namun selepas ayahanda pergi mengejut oleh serangan jantung, keluarga kami sunyi hilang ketawa. Sepi..

Kucing-kucing belaan kami yang suka menjilat peluh ayah semasa dia sakit terlantar, turut mati seekor demi seekor. Begitulah kami di rumah, tertumpu pada ayah. Kini ibu saya pula melayan sepi dan sunyi itu sendirian. Saya sangka, saya sukar menemankan bonda kerana saya terhumban di hujung benua. Selepas lebih sedekad saya di luar negara, saya segera pulang ke kampung halaman. Namun selepas bekerja di KL, rupa-rupanya keadaan tidak banyak berubah. Saya masih sukar untuk balik ke kampung, akibat Kuala Lumpur dan kehidupan saya yang amat menekan masa.

Saya jatuh rindu dan saya mohon ampun dari Allah atas dosa saya membiarkan bonda kesunyian di kampung.

Tetapi tengah hari tadi, saya tidak hiba kerana itu. Ada sesuatu yang lebih halus darinya. Mungkin sebentar tadi, buat kali pertamanya saya dapat merasakan apakah sebenarnya yang saya minta dari Allah, Tuhan yang telah memberikan seorang ibu dan bapa yang pengasih kepada saya.

Mengapakah apabila saya merintih keampunan dari Allah, saya kaitkan ia dengan kasih sayang bonda dan ayah semasa saya kecil?

Hari ini saya berusaha memikirkan jawapannya.

"Rizal minta maaf emak sebab susah sangat nak balik ke Ipoh. Kerja tak habis-habis. Lagi pun ada masanya Rizal cuti, tapi Muna pula yang kerja. Saif selalu menyebut tentang opahnya. Naurah pun dah makin besar. Dan pandai mengajuk cakap", keluhan saya kepada bonda beberapa ketika yang lalu.

"Tak apa, mak pun minta maaf sebab jarang dapat ke Kuala Lumpur. Kaki mak ni asyik sakit, kepala pun berat. Tak seronok nak berjalan-jalan kalau begini. Datang rumah kamu pun nanti menyusahkan sahaja. Asalkan kamu ingat emak dalam doa, Alhamdulillah", itulah suara dari hati bonda.

Semasa berdoa tadi baru saya sedar, ibu saya amat pemaaf. Dia memaafkan saya dan adik beradik yang lain tanpa menyoal apa-apa. Paling menyerlah, pemaaf bonda semasa saya kecil...

Saya pernah teringin untuk minum air sirap ros, tetapi patinya sudah habis. Semasa bonda sibuk menanda buku latihan anak-anak muridnya, saya ke dapur dan cuba memasak gula di dalam periuk. Secawan gula dicampur dengan pewarna merah, dimasak di atas api. Saya baru darjah tiga dan tidak terfikir untuk menambah air. Akhirnya gula hangus dan beku, periuk berkerak dan hampir mustahil untuk dibersihkan. Kerana takut, saya simpan periuk itu di dalam kabinet dapur. Seminggu masa berlalu, apabila bonda terjumpa periuk itu, dia tahu itu angkara saya. Dia tidak marah tetapi mencebikkan muka kesedihan.

"Emak tak marah?", saya cuba memberanikan diri bertanya.

"Emak tak marah kamu cuba masak gula ni. Tapi emak sedih sebab kamu sorok periuk ni dalam kabinet", itulah katanya.

Saya menangis kerana terasa bersalah cuba menipu bonda dan dia dengan segera memujuk.

Saya pernah cuba membasuh kain sendiri, tetapi kerana lupa memasukkan getah ke bilik air, habis seluruh dapur banjir ditenggelami air sabun. Bonda tidak marah.

Saya juga pernah berayun di buaian sambil berdiri walaupun ditegah. Apabila buaian terlalu laju, saya tercampak dan muka tersembam ke pasu bunga. Sampai ke hari ini saya masih dapat merasa tuam pasir panas di pipi yang sudah kebiru-biruan. Bonda tidak marah.

Ayahanda juga tiada bezanya. Dia tidak pernah memaksa saya membaca buku tetapi jika gagal mendapat tempat pertama, dia menepuk bahu saya sambil berkata, "nanti mainlah lagi ya. Jangan baca buku."

Dia tidak marah tetapi saya sendiri yang rasa terseksa dan bersalah.

Saya pernah bergaduh dengan Pengetua di sekolah. "Maaf ustaz, kalau begitulah cakap ustaz, saya pun 'tak hingin' nak sekolah di sini!", jiwa anak muda di Tingkatan 4 memberontak. Saya pulang ke asrama, mengemas beg baju dan langsung meninggalkan Negeri Sembilan untuk pulang ke kampung tanpa berfikir panjang.

Saya tiba di Ipoh selewat jam 11 malam. Ayah amat terkejut dengan tindakan saya berhenti sekolah, tetapi dia tidak marah. Dia berikan saya wang RM50 sambil berkata, "ambil duit ni dan uruskan sendiri kamu nak bersekolah mana selepas ini". Itu cara ayah saya. Dia jarang sekali marah.

Ayah dan bonda saya amat mudah memaafkan saya. Tidak kira apa sahaja karenah kami, mereka memaafkan kami seadanya. Mereka menerima kami sebagai anak-anak yang banyak kelemahan dan atas penerimaan itu, mereka mengasihi kami TANPA SYARAT.

Ayah dan bonda menerima saya atas segala yang ada pada diri ini. Saya taat atau degil, saya rajin dan saya culas, saya senyum atau saya menjerit, mereka menerima saya seadanya. Mereka terus menyayangi dan mengasihi saya tanpa syarat. Mereka tidak pernah memberitahu saya bahawa semua kebaikan yang mereka buat selama ini, mesti dibalas apabila kami telah dewasa. Kami balas atau tidak, kami ingat atau lupa, tugas mereka hanyalah membesarkan kami dengan penuh kasih sayang, TANPA SYARAT.

Allah memberikan percikan sifat Rahman dan Rahim untuk makhluk-Nya mengasihi tanpa syarat, hanyalah pada naluri dan hati seorang ibu dan bapa kepada anaknya. Suami mengasihi isteri, sering mengharap balas. Isteri mengasihi suami, kerap juga ada sesuatu yang terselindung di sebaliknya. Apatah lagi jika hanya antara dua sahabat. Sukar untuk dipastikan tulus persahabatan mereka. Bolehkah seorang sahabat memaafkan sahabatnya tanpa syarat? Mungkin ada, tapi sering tiada.

Apa yang pasti, hanya ibu bapa sahaja yang mampu mengasihi anak-anaknya tanpa syarat. Sebab itulah anak-anak tidak mampu membalas kasih itu. Jika seorang anak jatuh sakit, ibu bapa sanggup berjaga malam dan berdoa agar si anak sembuh dan dipanjangkan umur. Namun apabila tiba giliran anak menjaga ibu bapanya, mereka mungkin terus menjaga, tetapi hati mudah berkata, "bilalah orang tua ini nak mati!". Ya Allah, lindungilah aku dari menjadi anak seperti itu.

Hati saya amat sedih melihat kaum Cina di KL berebut-rebut menghantar ibu dan bapa mereka ke wad kecemasan Hospital UKM sehari sebelum Tahun Baru Cina. Pesakit berumur 60 tahun (kalau tak silap saya) ke atas, rawatan di HUKM adalah percuma. Maka inilah cara mudah mereka untuk get rid ibu bapa mereka di musim perayaan. Kalau hantar ke rumah orang tua-tua, mahal pulak bayarannya. Allah Allah....

Saya masih ingat dialog ayah tengah hari itu. Dia baru sahaja pulang dari menunaikan Haji.

"Abah kat Mekah doa apa, abah?", saya bertanya.

"Abah doa supaya Allah jangan panjangkan umur abah sampai nyanyuk. Takut anak-anak tak tahan. Takut kamu jadi anak durhaka!", kata ayah saya sambil mata redupnya merenung saya yang terkelu lidah. "Abah, jangan cakap macam tu...", saya sebak dan hanya mampu membiarkan air mata kering di pipi. Ayah pergi meninggalkan kami pada malam hari lahir saya yang ke-17, hanya setahun lebih selepas perbualan kami itu.

Anak-anak, jiwanya tidak sebesar ayah dan bonda. Kasihnya kadang-kadang tidak sampai ke makam ayah dan bonda. Namun seorang ibu dan ayah, mampu menahan pedih dan perit membesarkan anak-anaknya. Bukan setahun dua malah majoriti nyawa dan usia. Mereka mampu membelai, mereka mudah memaafkan kita, kerana mereka kasih dan cinta, dengan CINTA TANPA SYARAT.

Ya Allah, aku lemah, aku banyak dosa. Aku suka mengeluh, aku kerap lalai dan alpa. Ampunkanlah aku ya Allah. Ampunkan diriku dengan pengampunan oleh sifat-Mu yang Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ampun dan kasihanilah aku, mudah-mudahan tanpa banyak hisab, tanpa banyak syarat, sebagaimana ibu bapaku memaafkan aku tanpa syarat, mengasihiku tanpa mengharapkan balasan.

Ampunkan jua mereka, dan limpahkan Rahmah-Mu kepada mereka. Mereka yang mengasihiku tanpa syarat, Kau maafkan mereka dan limpahkan Kasih-sayangMu kepada mereka, tanpa hisab dan syarat...

NAMUN...

Mungkinkah semua itu, Allah kurniakan kepada saya? Siapakah saya untuk meminta pengampunan yang terus tanpa syarat? Malah jika setiap detik hidup dalam sehari itu dihitung, terasa betapa dosa sahaja yang banyak berbekas. Sedangkan tanpa saya sedar saya banyak meletakkan syarat terhadap Allah. Aku ingat kepada-Mu, dengan syarat aku sudah hilang penyelesaian. Aku sanggup lakukan apa yang Engkau suruh, tetapi selepas aku melihat apa kebaikan yang aku dapat!

Hinanya diriku. Lupa sudah pada hakikat diri sebagai hamba. Hamba yang tidak layak meminta, apatah lagi untuk meletakkan syarat kepada Tuhannya. Astaghfirullah.

Menghitung hari, padanya terpalit pelbagai dosa. Paling kurang, setiap hari saya dibelenggu rasa terkilan dan berdosa kerana bonda kesunyian di kampung. Setelah pulang ke Malaysia, saya masih belum dapat menjaganya di depan mata.

Bayangkan, jika Allah mengampunkan kita dengan syarat, binasalah diri ini. Mampukah saya lepas segala syarat itu? Jika Allah syaratkan setiap solatku mesti khusyuk, apakah ada satu solatku yang sampai kepada apa yang Allah syaratkan itu?

Sesungguhnya tidak mungkin kita selamat dengan hanya melihat pada amalan. Melainkan Rahmat Allah itu jualah jawapannya. Dengan kasih sayang-Nya.

Tetapi Rahmat Allah bukan perkara kecil. Ia diminta dengan tawasul kita kepada sifat al-Wahhab Allah SWT. Saya baru mendengar kuliah 99 nama Allah tentang al-Wahhab dari Ustaz Kariman dan ia menambah hiba di hati saya.

Allah sebagai Tuhan yang bersifat al-Wahhab bermaksud Yang Maha Memberi. Namun memberi dengan sifat al-Wahhab itu, terkandung di dalamnya lima sifat:

(1) Memberi tanpa meminta apa-apa balasan. Allah, Tuhan yang al-Wahhab itu Maha Kaya, tidak perlu kepada Makhluk. Kerana itulah Allah SWT Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab tanpa mengurangkan langsung perbendaharaan-Nya. Percikan sifat al-Wahhab itu Allah limpahkan kepada jiwa ibu bapa kita agar mereka kaya dengan kasih dan sayang. Sayang kepada seorang anak tidak berbeza dengan sayangnya kepada 9 anak yang menyusul kemudian. Anak durhaka, menconteng arang ke muka, mereka masih terus memberi kasih sayang, kerana mereka beroleh kasih sayang Rahmat Allah yang al-Wahhab.

(2) Memberi secara berulang-ulang. Al-Wahhab terus memberi berulang kali, tidak jemu Memberi dan tidak Marah diminta. Percikan sifat inilah yang Allah limpahkan ke jiwa ibu bapa kita. Mintalah susu pada setiap malam di usia kecilmu. Ibu akan bangun meraba dinding mencari cahaya, demi anak yang diberikan hati dan cinta. Dia tidak jemu, bahkan sejurus selepas kita dewasa, diberikannya pula cinta itu kepada adik kecil yang baru menjenguk datang ke hidup duniawi.

(3) Memberi tanpa diminta. Allah SWT Tuhan yang al-Wahhab, memberi tanpa diminta. Hitunglah pada pelbagai yang ada di sekeliling kita. Dia berikan kita wajah yang cantik tanpa kita minta. Dia berikan kita sahabat yang baik, tanpa kita minta dan jangka. Allah itu Maha Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab. Sifat inilah yang Allah tanamkan kepada naluri ibu dan bapa. Pelbagai keperluan dan hiasan hidup diberikan tanpa diminta. Ibu mencium dahi, ayah menyapu kepala, semuanya demi sayang mereka kepada kita, sayang yang diberi tanpa diminta.

(4) Memberi sesuatu yang amat berharga. Allah Dia yang al-Wahhab memberi dengan sifat itu perkara-perkara besar yang amat berharga. Dia kurniakan kita dengan sifat al-Wahhab itu, bukanlah hiasan-hiasan dunia yang tidak berharga. Al-Wahhab, dari-Nya datang RAHMAT yang menyelamatkan kita, mengampunkan kita, memelihara kita tanpa menghitung-hitung satu taat dibalas nikmat, satu maksiat dibalas binasa dan kiamat. Peluang demi peluang diberikan. Sehinggalah sampai masa pintu taubat itu Dia tutup atau kita menutupnya sendiri. Semuanya diberikan kerana kita hidup untuk TUJUAN yang besar. Cebis-cebis sifat inilah Allah limpahkan kepada jiwa ibu dan bapa kita. Diberikannya kasih sayang yang tidak mampu diberi walau oleh dua pasangan yang paling bercinta. Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah selama-lama. Semuanya diberi agar kita membesar penuh sempurna, menjadi insan yang berjaya dan mulia.

(5) Memberi sesuatu yang baik untuk menghasilkan kebaikan. Allah jua dengan sifat al-Wahhab memberikan pelbagai kebaikan kepada kita, agar dengan kebaikan itu kita sambut dengan syukur dan taat, berupa khidmat kepada sesama insan. Diberikan-Nya kita harta, agar kita bersedekah. Diberikan-Nya kita ilmu agar kita berdakwah. Diberikan-Nya kita pelbagai yang baik, agar dengannya kita berbuat baik.

Kita mohon agar Allah limpahkan Rahmat-Nya kepada kedua ibu bapa kita. Allah memberikan rahmat itu dengan sifat al-Wahhab-Nya. Dengan itu jualah diberikan-Nya ibu dan bapa kita kasih sayang tanpa syarat untuk anak-anak mereka. Dengan itu jualah mudah-mudahan Allah mengasihani kita tanpa syarat, mengampunkan kita tanpa syarat. Kerana syarat Allah terlalu perkasa untuk disahut oleh hamba yang lemah dan kerdil seperti kita.

"Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil".

Ameen.