kenangan.. 2nd place patriotic Song Competition-Mahallah Ameenah
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
subhanallah.. indahnya ciptaanNYA.. Pantasi Sepat menggamit ketenangan
ukhwah itu indah bila paksinya kerana Allah.. with my beloved sisters .. (aku paling muda dalam gambar nie.. ;-) )
sedamai pantai yang memutih..
ukhwah itu indah bila paksinya kerana Allah.. with my beloved sisters .. (aku paling muda dalam gambar nie.. ;-) )
sedamai pantai yang memutih..
dan gemersik pepasir diseru bayu..
menjadi irama indah..
menyegarkan hati yang layu..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
tengah hari itu, waktu tengah lepak di bilik My Dear Asma'. panggilan dari emak tersayang kuterima.. di hujung talian, suara si bonda yang dirindui cukup membuatkan anaknya ini kerinduan.. dan lunak suara itu memberi ketenangan yang bukan sedikit.. selepas bertukar2 khabar di taman ilmu dan budi serta keluarga di teratak bonda, emak melahirkan hasratnya untuk bersara awal.. hujung tahu n ini.. dalam sayu suara emak, ada riak-riak kepenatan dan keletihan.. keluhan emak ada benarnya.. dalam usia 47 tahun, dia sudah tidak segagah dulu berhadapan tekanan di tempat kerja.. sementelahan tawaran skim bersara awal keluar (pemberian pampasan diberi).. emak ingin mengambil peluang ini mengundur diri dari dunia kerjaya.. hampir 25 tahun emak berkhidmat dengan Telekom Malaysia, memulakan kerjaya sebagai seorang kerani- sebelum berkahwin - di bandar Kuantan, berpndah randah ke Mentakab, Temerloh, Bentong.. dan menikmati dunia kerjaya dari kerani sehinggalah bergelar Penolong Pegawai Pemasaran.. hingga kini bertugas sebagai Ketua Kedai TM bentong.. kukira emak sudah cukup penat menghabiskan usianya di bilik berhawa dingin, menghadap ragam pelanggan yang pelbagai.. berkorban masa untuk keluarga dan menjadikan dirinya seorang wanita berkerjaya yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan seorang ibu kepada 8 orang cahayamata..!
justeru di hujung keluhan itu, aku memberikan sokongan jika itu keputusan yang mak ambil.. dan sementelahan aku juga bakal menamatkan pengajian april tahun depan, aku akan membantu keluarga pula sedaya termampu..tika itu terasa tanggungjawab itu datangt bersama kedewasaan.. dan sebagai seotrang anak, inilah masanya untuk aku membalas segala jerit perit dan pengorbanan mak dan abah kepadaku selama ini...
masih segar dalam ingatan, 2001- awal 2002, mak ditukarkjan ke bandar kuantan.. dia membawa 2 orang adikku yang bongsu- mamat n yani bersamanya dan mereka bersekolah di sana.. menetap di rumah sewa. sementara abah, andak dan achik tinggal di rumah kami di taman saga, mentakab. aku pula berhempas pulas dengan SPM di asrama SMA Al-Wosto, bersama mimi dan ipi..menjadi 'ketua' kepada adik-adikku.. abg long waktu itu sedang menekuni hari2nya bergelar siswa di UM.. keluarga kami terpisah.. dan hujung kminggu, lebih2 lagi hujung bulan adalah waktu yang ditunggu-tunggu, sama ada kami berkumpul di 'istana' kami di taman saga, atau berkumpul di rumah sewa mak di kuantan..
waktu itu.. riak rindu dan kasih sayang yang tak bertepi terhadap seisi keluarga menjadikan aku belajar erti kasih sayang.. dijarak yang memisahkan, kasih sayang kami tak terlerai, malah kian utuh.. ketabahan mak berulang-alik ke mentakab dengan bas ekspres setiap hujung minggu-pulang ke mentakab petang jumaat dan pulang ke kuantan hari ahadnya-, ketekunan abah mengurus rumah (memasak, mengemas rumah,) membuatkan aku kagum dengan mereka.. dan itulah 'cinta tanpa syarat' yang menyatukan kami sekeluarga.. dan aku yang berperang dengan SPM ketika itu, tidak pernah rasa kekurangan dengan 'perpisahan' kami.. malah segala kepahitan itulah yang akhirnya menjadi madu dalam kasih sayang kami sekeluarga..
buat mak.. apa jua keputusan mak.. kami anak2 pasti merestui.. kami tahu, mak bertanyakan pendapat kami kerana inginkan kami juga rasa selesa dengan keputusan ini.. namun sesungguhnya bagi kami.. tiada yang lebih membahagiakan melainkan melihat emak gembira..
Ya Allah, KAU kasihani mereka seperti mana mereka mengasihani kami sejak kecil....
No comments:
Post a Comment