JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidiladha

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bersiaran di UIA..masih belum pulang ke kampung..Pagi ini masih ada kelas. Ustaz tanya kalau-kalu ingin ditiadakan kelas dan diganti dengan hari lain. Tapi kami memili untuk adakan sahaja kelas.Masakan tidak, kelas yang bakal berganti nanti hutangnya sudah lebih dari 10 jam. Mana nak cari masa di tengah jadual yang dah memang sedia padat itu? Tak mengapalah pulang lewat sedikit. Bersusah dahulu,bersenang kemudian. Maka saya hanya akan pulang dengan bas jam 2 petang nanti.

Hari-hari berlalu macam biasa. Banyak yang amat assignment dan presentation.'projek besar' saya lagi.. Kelelahan rasanya. Sabar..sabar..sikit je lagi ni... Maka adakala saya mencuri ruang di sini, melepas lelah dan meluah rasa.

Cuti sekolah telah bermula. Dan seperti lazimnya, musim kenduri kendara. Kad jemputan yang diterima pun amat banyak. Sehari kadang-kadang hingga 4,5 undangan. Insya Allah akan dipenuhi mana yang berkesempatan.

SALAM AIDILADHA. Selamat menghayati erti pengorbanan.
Buat Abah yag sedang berwukuf di Arafah, moga dipermudahkan segalanya.. Dah tak lama untuk abah balik.. tinggal seminggu je lagi.. INsya Allah dijadualkan tiba di KLIA 4 Disember jam 7.30 pagi. Hope to be there.. Miss him so much..

ok, sampai di sini dulu.. Semoga setiap urusan kita dipermudahkan. Amin.
الله المستعان

Friday, November 20, 2009

Seorang Pengembara..

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

November menjelang.. Oktober lalu, genap 6 tahun saya bermukim di bumi UIA ini.. Saya mendaftar di Main Campus ini Oktober 2003. Kini sudah 2009. Telah lama masa berlalu, namun tidak terasa ia berlalu. Jika seorang anak, usia 6 tahun sudah memasuki alam persekolahan.

Terasa baru semalam mendaftar diri di CAC, menjalani Taaruf Week dan kemudiannya mendaftar diri di Mahallah Ameenah. Saya dan kawan-kawan sama batch tidak ramai.Kemasukan pada semester 2 hanya kecil bilangannya, kebanyakannya yang berjaya menyudahkan pengajian di Matrikulasi setahun setengah,berbanding 2 tahun tempoh maksimum.

Terasa baru semalam bertatih menggali ilmu di Taman Ilmu dan Budi,dengan para pensyarah yang dedikasi.

Terasa baru semalam ke Kg Husin, kampung pertama Orang Asli yang saya masuk selepas memilih mengikuti COMRADE. Masih terasa indahnya malam Ramadhan di Kg Husin, bertarawih di tanah lapang,beratapkan bulan dan bintang bersama rakan-rakan dan orang kampung, dengan penghawa dingin yang tidak boleh dikawal darjah kesejukannya- ciptaaan DIA yang Maha Kuasa-. Masih terasa kesejukan air bukit ketika masak untuk bersahur di situ, sejuknya hingga ke tulang hitam.

Masih terasa indahnya ukhwah sahabat-sahabat COMRADE, yang kini melata ke seluruh  negara meneruskan kehidupan masing-masing.Meski jauh, budi dan kasih sayang dan semangat mereka tetap di hati.

Cepatnya masa berlalu, dulu saya merentasi jalan berbukit di Mahallah Ameenah (kini Mahallah Zubair), melalui Mahallah Safiyyah,menyeberangi jalan utama di hadapan pintu masuk UIA untuk ke Kuliyyah HS .
Berulang alik saban hari, 3 tahun setengah lamanya.

Masih terasa manisnya pengalaman mengikuti pertandingan debat, berlatih hingga ke pagi, hingga kalam Arab menemani mimpi. Sungguh, kerana latihan yang amat banyak, seminggu selepas pertandingan, mimpi saya masih berbahasa Arab!

Masih terasa manisnya majlis graduasi. Saat berarak masuk ke dewan diiringi selawat, saat keluar dewan, menyalami tangan Emak dan Abah,mengucup pipi dan memeluk mereka,diiringi mutiara jernih keharuan di pipi keduanya!. Oh, sungguh istimewa rasa itu.

Usai perjuangan ijazah, cuma 3 bulan saya berehat sebelum menyambung pengajian Sarjana. Dan belum usai menarik nafas lega, saya menyambung lagi pengajian. Saya ingin menjadi ahli dalam bidang pendidikan. Menyambung pengajian dalam Diploma Pendidikan ini sesungguhnya menemukan saya dengan mutiara-mutiara ilmu.Sungguh, makin banyak yang dipelajari,makin terasa kejahilan diri. Lalu saya menggabungkannya dengan  setiap pengalaman dan ilmu lalu, sebelum terjun ke medan sebenar.

Sungguh,cabarannya bukan sedikit. Bukanlah mudah mengekalkan momentum selepas 6 tahun belajar,belajar dan belajar. Dan bukan tidak pernah rasa jemu itu datang. Bukan tidak pernah keinginan untuk memiliki wang dan membeli itu dan ini dengan duit gaji sendiri datang. (Waima saya banyak melakukan kerja part time satu masa dulu, keadaannya sekadar cukup makan). Bukan tidak pernah mengikat perut kerana mendahului keperluan pengajian melebihi keinginan lain. Bukan tidak pernah air mata ini tumpah kerana rasa 'penat' melalui hari-hari bergelar pelajar.

Dan saya percaya, kesabaran hari ini, kepenatan hari ini pasti terbayar nanti. Bukan dengan wang dan permata, tetapi kepuasan memberi apabila kita memiliki. Bukankah hanya orang yang memiliki boleh memberi? Mudah-mudahan dengan ilmu terbatas yang telah dicari dan digali,dengan pengalaman cetek ini,saya mampu memberi, mengembangkan Bahasa Al-Quran pada anak bangsa, meski masih tertanya,mampukah saya mengharung segala cabaran nanti,mampukah saya menjadi Murabbi yang mengubah bangsa? Namun saya tahu, hati saya di sini. Jiwa saya ingin menjadi Murabbi. Kerjaya pendidik bukan pilihan terakhir. Tetapi ia pilihan pertama. Langkah pemula. Sebelum langkah demi langkah yang lebih jauh ingin saya teroka, Insya Allah.

Namun masa semakin hampir. Semakin hampir. Semakin hampir. dan sesungguhnya masih banyak yang perlu diselesaikan, masih banyak yang belum dibekalkan dalam diri,masih banyak kelemahan perlu diperbaiki. Sungguh, jika ditanya, saya masih ingin belajar. Namun selepas tamat pengajian DPLI ini, saya ingin mempraktikkan segala ilmu,mencurah segala bakti, membina diri menjadi Murabbi. Juga membina keluarga (insya Allah).. Namun laluan ini tidak akan saya tinggalkan.Saya akan kembali bergelar pelajar nanti.Mudah-mudahan Insya Allah, dipermudahkan segalanya.

Terima Kasih Ya Allah, atas setiap peluang ini.
Terima Kasih Ya Allah, ilmu yang Kau beri cuma setitis dari kuasaMu
Terima Kasih Ya Allah, sahabat-sahabat sejati sepanjang jalan perjuangan
Terima Kasih Ya Allah, kesabaran dalam tiap dugaan
Terima Kasih Ya Allah, tak terhitung nikmatMU, moga aku terus menyemat kesyukuran dalam diri.

Insya Allah, menjelang Febuari ini, saya pasti bersedia!

اللهم يسر لي، الله المستعان

Tuesday, November 17, 2009

selamat menghadapi peperiksaan

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Entry in khusus buat adik tersayang- Nurul Syuhada yang akan memulakan peperangan SPMnya esok. Semoga dapat menjawab dengan tenang.Ngah doakan kejayaan Kak Chik,Insya Allah.

Juga buat anak-anak di SMA Al-Wosto, moga kalian dapat lakukan yang terbaik. Dari jauh,ustazah doakan kejayaan kalian.

Allahumma Yassir lahum..

Monday, November 16, 2009

Wan vs Ragbi

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Minggu baru ini saya pulang ke rumah. Sampai di rumah jam 8malam. Tak jadi menemani emak ke Kuantan. Saya tak dapat pulang lebih awal, maka yang menemani mak adalah Mimi my sis, Abang Long dan Adik saya Munawar.

Maknanya, minggu ini kami 7 beradik berkumpul di rumah. Izzati tiada. Takpela, dia kan jauh nun di sana. Namun saya tetap rasa rumah macam kosong. Terutama sebab Abah dan Izzati jauh. Memang terasa kesunyian itu.

Wan vs Rugby.

Ini kisah wan (nenek ) saya. Umurnya hampir 100 tahun.. Saya sedang menggentel kuih siput di hadapan TV. Yang terpasang Saluran Astro Sport. Sebelum itu saya menyaksikan Chong Wei bermain menentang Peter Hoeg Gade dalam Terbuka Hong Kong. Lepas siaran tamat, malas nak menukar siaran lain. Maklumla, tangan masih dipenuhi tepung. Banyak lagi yang belum 'disiput'kan.

Wan menghampiri, sebenarnya dia nak suruh potong kuku dia. Tu memang kerja wajib kalau pulang ke rumah. Memandangkan kerja saya menggentel kuih siput belum selesai, Wan duduk di sebelah saya sambil menonton TV. Perlawanan Ragbi. England menentang Australia.

Wan yang matanya sudah semakin kabur, telinga yang semakin tidak mendengar menonton dengan khusuk. Lama kelamaan keluarlah satu persatu komen Wan yang membuatkan saya gelak ;-)

"Amboi, pandainya, kuatnya orang ni, kecik-kecik dah main rempuh-rempuh. Kuatla tulang dia.."

- Dia ingat budak kecik yang main sebab yang nampak kat skrin TV tu kan kecil je.. Padahal yang main tu semua badan besar-besar.

"ha, yang ni yang besar pulak, tadi budak-budak sekolah sedang Abang *- ni orang besar pulak sedang Long"*


*Abang ialah adik saya umur 14 tahun, Long pula abang saya (27 tahun).
-Padahal orang yang sama je, cuma kamera close up, maka gambar jadi dekat dan imej nampak besar.

"hui, ramainya orang, baju lawa-lawa pulak. Dulu orang kata kalau pindah duduk Pahang ni susah cari makan. Miskin. Tu, baju lawa-lawa tu, tak susahlah maknanya"

- Komen Wan bila melihat penonton yang ramai, dengan baju berwarna warni.. huhu, tu bukan gambar kat Pahang.. Tu kat England..huhu

"Ha, penat-penat main, rehat. kejap je rehatnya tu"

-Bila Iklan.

"Ha,kan betul,kejap je rehatnya. Dah sambung pulak. Tak letih ke diorang ni?"

-memang iklan sekejap je. Dan siaran tu bulan siaran langsung. So memangla 'diorang' sekejap je rehat.. hehe

Sambil menggentel 'siput' saya hanya mampu tersenyum mendengar celoteh Wan. Dalam usia begini, dia hanya tahu apa yang ada dalam dunia dia.. Kerana telinganya yang sudah tidak dapat berfungsi dengan sempurna, saya memilih untuk hanya mendengar dari menerangkan keadaan sebenar itu dan ini. Sebab? Kalau saya terangkan, cerita akan bertukar menjadi cerita lain sebab Wan tak dengar.. Dan untuk membuatnya dengar, saya perlu menguatkan suara seolah dia berada jauh dari saya. Melaung orang kata. Tapi saya tak suka begitu, nampak macam tidak beradab. Jadi, untuk hal-hal seperti ini, saya hanya membiarkan Wan dengan dunia dia. Kalau ada maklumat-maklumat penting, barulah keadaan sebenar dijelaskan.

***
Kita juga begitu, kian hari, masa akan berlalu.Kita akan semakin tua. Segala anggota, satu persatu akan menjadi semakin 'tua' juga. Hari ini, kita masih gagah. Segala anggota masih berfungsi dengan sempurna. Seharusnya kita gunakan sebaiknya. Sebelum segalanya ditarik balik, moga sempat beramal dengan setiap kurniaanNYA..

Friday, November 13, 2009

gambar 1000 cereka...






3+2 pengantin diraikan pada hari yang sama di Taman Saga, 3 minggu yang lalu

Amjad yang semakin besar,semakin comel..Muka siapa? A.Zul ke Mok Ana?

Beg Abah di hadapan rumah kami semasa hari pemergiannya menjadi Tetamu Allah. Beg yang besar itu hilang semasa beliau dalam perjalanan dari Mekah ke Madinah. Selepas seminggu, Alhamdulillah beg tersebut dijumpai di Jeddah dan telah selamat kembali ke tangan Abah.


No 60 Jalan Saga 15, Taman Saga Mentakab

  
nila rupanya no 60 tu-berkembar dengan no. 58 ..
Home sweet home.. Laman Ayahbonda yang sentiasa dirindui 

Kereta Abah DAP -Duit Aku Punya- 337

pertengahan november..

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Minggu ini banyak kelas yang batal. Maka jemu bermaharajalela.

Esok pagi saya akan menghadiri Teacher Grooming Course..Malamnya ada dinner TM Pahang di Kuantan. Mana jubah batik merah hitam saya?.. Temankan Emak.

**Masa berlalu amat pantas.. amat pantas..

I miss my Abah n my sis Izzati.. kedua-duanya jauh di sana. Moga Allah menganugerahkan mereka kesihatan dan melindungi mereka dalam rahmatNYA.

ps: esok ada ghatering 'orang-orang tua' COMRADE.. sempat ke nak pergi ni..;-)

Thursday, November 05, 2009

Khabar Gembira II

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah..segala pujian hanya milik Allah atas tiap kekuasaan dan ketetapanNYA..

Alhamdulillah, beg abah yang hilang dalam perjalanannya dari Madinah ke Mekah telah dijumpai.. petang semalam abah menghubungi dari sana. Amat gembira dapat mendengar suara Abah. Alhamdulillah Abah sihat sejahtera di sana. Dia bertanya kalau-kalau ada buku/kitab yang ingin saya miliki, untuk dia belikan di sana. ( he know i like reading very much)

Alhamdulillah,khabar gembira dari Hasnah yang bakal bergelar ibu..

Firas Ahmad Yasin- demikian nama putera sulung Lin @ Marliyana. Moga menjadi pejuang agama seperi As-Shahid Sheikh Ahmad Yassin Rahimahullah.

_sekian_

Sunday, November 01, 2009

Khabar Gembira

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah..saya mulakan entry ini dengan puji-pujian atas segala nikmatNYA dalam hidup ini.. Saya masih di rumah. esok pagi pulang dan terus ke kelas Leadership jam 10 pagi.

TAHNIAH

Buat Lin dan suami atas kelahiran putera sulung mereka semalam. Semoga anak kalian menjadi insan yang Soleh.

Buat roomate saya- Dj atas perkahwinan di Johor semalam. Maaf tak dapat hadir. Moga Allah memberkati kalian dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan.

Buat classmate saya Sharfina atas perkahwinannya tadi. Kawan-kawan sekelas ramai berkonvoi di sana. Semoga perkahwinan kalian sentiasa diberkatiNYa Insya Allah.Saya tak dapat ikuti, ada 'perbincangan' yang perlu dihadiri tadi ;-)

Buat sahabat-sahabat DPLI UIAM intake January 2008 yang berkonvo tadi.. tahniah! Semoga semuanya menjadi Murabbi yang berjaya..

A Year to go...

Perancangan kian giat dilakar.. Setiap hari, hanya doa saya panjatkan moga dipermudahkan segala urusan dan semoga segalanya dalam rahmatMU.. Itu dan ini mula berselirat dalam kepala.. namun untuk 2 bulan terakhir di tahun 2009 ini, izinkan saya menghabiskan tesis dan memerah otak di situ dulu.. selepas itu, saya akan fikirkan tentang hal itu dengan serius.. (Padahal di rumah dan di mana-mana, persoalan itu kini jadi perbualan.. ;-) )

1 November datang dengan momentum baru.. Permudahkanlah Ya Allah..