JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, May 31, 2005

ukhwah itu indah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

assalamualaikum...

macam biasala.. selalunya posting QA adalah posting yang tertunda.. hari selasa ba'da fas an-naqd al- arabi ( lepas kelas traditional criticsm) barula ada fursah (kesempatan) nak menulis n post entry jadiid (baru)


::khamis petang..::

meeting IPTA Pos Lebir n AEC Kuala Betis.. ( 23-28 Jun 2005)
Insya Allah hujung sem ni, COMRADE akan adakan lagi IPTA (islamic Practical Teaching For Aborigines ) di Pos Lebir, Kelantan.. petang khamis tu, bertempat di Hs lr 11, meeting kali pertama diadakan.. mo' ana menerangkan tentang nature kg diikuti pembahagian organisasi... n yg lebih istimewa, program kali ni berkembar dgn program Aborigines Educational Clinic (AEC) yg akan diadakan di Kuala Betis, Gua Musang Kelantan.. so di kalangan 80 peserta, 20 daripadanya akan terus ke kuala Betis.. selepas 3 hari di sana barula menyertai yang lain meneruskan IPTA di Pos Lebir...

yang istimewanya juga program kali ni dijangka akan disertai oleh 10 orang siswa/siswi org asli dr ipta seluruh malaysia.. insya Allah... selamat meluaskan ukhwah sesama kita..

QA sendiri akan join kedua-dua program tu.. maknanya mula2 akan ke AEC dan pastu menyertai kawan2 lain di IPTA... Moga DIA tanamkan keikhlasan dalam hati2 kita.. Ibtighaan mardhatillah..

:;khamis malam.. kelas debat b.arab::

dikendalikan oleh debater uia, kak wahida.. adala dalam 8 orang yang hadir.. kami diberi tajuk dan diberi masa untuk munaqasyah (berbincang) afkar (isi2).. sa waa un kal hukumah am mua'radhah ( sama ada sbg kerajaan ataupun pembangkang).. pastu kami diberi peluang untul melontarkan hujah masing2..

ni baru asas jer ni.. apapun, moga DIA beri kekuatan untuk terus istiqamah... jadi student BARB, kalau grad tapi tak boleh bertutur dengan baik nanti, bukankah satu kerugian..??

::jumaat pagi... :;

lambaian laman bonda membawa QA pulang ke Taman saga... Seronoknya bernaung di laman ayahbonda... terasa terbang segala kekusutan..

::sabtu::

menanti sahabat2 dari UIA untuk sama2 survey Tasik Bera untuk Program ANTRAXX05.. kesian h.com welfare- SYUHADAA yang rtak dapat join coz sakit mulut... diorang inform yang diotrang bertolak dari UIA kul 11 pagi coz max ada test... so kat umah, QA pun bersiap apa yang patut.. jangka2 diarang akan tiba waktu lunch nanti...

Takdir Allah, fi athnaittariiq ( tgah jalan) cermin kereta depan retak.. so dalam sejam mereka tersadai di Lanchang untuk baiki... mujur sempat siap lepas sejam.. perjalanan diteruskan ke Taman Saga..

Alhamdulillah, pas makan, mandi ( tak mandi yer pagi tue...?) n solat, perjalanan diteruskan ke Tasik Bera..

so lewat petang itu, rombongan kami ( Shukri, Max, Shariah, K.Engku n QA ) tiba di tasik Bera... Tasik Bera menyambut kedatanagn kami... musim kemarau coz dah 5 bulan tak hujan kat sana.. menurut muwazzaf (officer) kat Pesona Lake Resort, hujan turun kali terakhir masa kejadian Tsunami dulu... hmm patutla pun.. dulu QA datang rasanya air tu sampai ke pelantar tempat menunaikan solat.. tapi kali ni airnya jauh ke tengah...

pas berbincang tentang kemudahan n harga, serta bertanya tentang orang Semelai - the lake man - yang menghuni di kg Jelawat, kg Pathir dan Pos Iskandar ( sekitar tasek Bera) kami pun memulakan perjalanan pulang... berenti kat masjid Kerayong untuk solat dulu..

sampai umah QA, ramainya orang.. rupa2nya my cousin nak bersalin di hospital Temerloh so anak2 dia ditinggalkan kat umah.. kecik2 lagi n sebaya.. 6 orang semuanya (agaknya macam tu la kami kecik2 dulu).. pas makan,diorang pun pulang ke UIA.. tapi risau kalau2 tak sempat sampai UIA before kul 12.. hari pun dah malam.. dengan keadaan kereta yang tak berapa diyakini tu, dengan perjalanan jauh n meletihkan sepanjang hari.. nasib baik driver ok... pun risau yg lain2 tu syahid... nanti driver sorang2 jer yg drive.. ngantuk pulak nanti.. Alhamdulillah, mereka selamat sampai ke UIA jam 11.45 mlm...

:: tasik Bera yang mengulit kenangan::

jalan2 kulewati
mencari semalam
dan atas nama sebuah persahabatan
demi mencari redhaNYA
daerah ini yang pernah kita susuri
teguh berdiri
lambang keakraban
senandung keteguhan
kutinggalkan bersama kenangan
kerana mentari telah pergi
sirna sejalur cahaya
moga tidak memudarkan hidupmu
kerana di sana
kasihNYA lebih abadi..

..moga tiang itu terus teguh berdiri walau tanpa penyokongnya lagi....



('adik'... thanks sudi share n bagi nasihat kat akak .. May Allah bless u...)

::ahad::

pagi.. kenduri walimah jiran kat belakang rumah.. tolong apa yang patut..
petang.. ke hospital temerloh tengok anak sedara baru lahir... hmm sejuk hati tengok baby baru lahir.. suci bersih dari dosa... cam kita la.. semua org mcm tue.. tapi bila dah dewasa... macam2 yang kita buat... masihkah yang suci itu kekal suci..??? tazkiyyah an nasfs... moga diampunkan kita...

pastu pergi ke sangkar ikan patin di tepi sg pahang... beli ikan patin esok nak bawak balik.. n mak nak buat jamuan kat idarah (office) dia...

::isnin:;
berat hati tinggalkan rumah.. UIA melambai.. tanggungjawab yang masih belum diselesaikan menanti... dan hidup ini perlu diteruskan.. IBTIGHAAN MARDHATILLAH... MENCARI CAHAYAMU...

Thursday, May 26, 2005

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

salam buat semua..
kadang2.. yang terbaik untuk kita.. bila kita terlalu sayang.. adalah melepaskannya.. hmm tul ker?? maybe betul.. terutama bila kita tahu bahawa dengan melepaskannya, akan beri pengajaran pada semua... dan sebab hidup ini adalah proses pengajaran yang berpanjangan.. aku ingin dia mengerti...

sungguh sesungguhnya.. telah kulepaskan segalanya pergi.. dan sungguh sesungguhnya aku redha... demi kebaikan semua pihak..

dan sesungguhnya.. KASIH SEORANG SAHABAT ITU TIDAK PERNAH BERUBAH WALAU ZAMAN BERUBAH...

Tuesday, May 24, 2005

nice weekends

hujung minngu yang indah .. alhamdulillah

::hulu Yam:;

jumaat-petang... a trip to ulu yam.. alhamdulillah.. dah lama tak mandi sg.. rasa hilang semua masalah... sampai petang tu, tak ramai orang so mandila sepuas2nya tanpa ragu2...
cepat2 balik n solat kat masjid UIA.. pastu bergegsa ke lt adm untuk perasmian acara debat b.arab..

:: inter-department arabic debating championship;:

buat pertama kalinya, kelab munazharah n khitab al-arabi mengadakan pertandingan debat arab antara department 22-24 mei.. aku terlibat sbg urusetia.. 5 team bertanding, 2 wkil laws n 2 barb n satu wakil econs.. tahniah buat semua.. laws menjuarai pertndingan kali pertama ini.. mengalahkan econs masa final.. heheh.. bila mat2 arab ni sama2 berlawan.. ternganga jugakla mendengarnya.. sepanjang pertandingan, aku jadi penjaga masa.. sesekali terlalai coz ralit sangat dengar orang berhujah.. dalam hati ada azam.. insya Allah pasni aku nak join debat nie pulak.. azam.. azam...

:: a journey to n.9 / Melaka ::

ahad.. pagi2 kul 7.30 dah memulakan perjalanan.. tujuannya nak survey tempt untyuk program motivasi asrama kasih syg darul fitrah (AKSDF) november nanti..ahli rombongan menaiki 2 kereta ( 5 muslimin n 5 muslimat) termasuk pengetua n cikgu AKSDF..
apa yang paling best??? mestila sebab laut.. ikut jalan lama yang menyusur persisiran pantai.. subhanallah.. tak terkira gembira n damainya hati... seronok betul tengok laut sepanjang perjalanan terutama bila sampai ke Pd n on d way ke melaka..
tempat pertma yang disinggah-PDS santcuary centre kat pasir panjang, PD .. kemudian ke kem Warisan, masjid tanah , Melaka.. kbetulan lak kawasan ni adalah kem PLKN.. so bertemula pelatih2 yang dlm sesi 2.. best jugak makan makanan yg best n jumpa mak cik Rosnah n pak Cik Rahman yang peramah n n banyak afkar yang mantap2 menceritakan tentang pengalaman sepanjang mengendalikan pelatih2 PLKN... tak lupa pengalaman mengutip buah mempelam ;-) dan menunggu buah durian yang tak gugur... kawasan kem warisan ni terletak di tepi sg Linggi... so angin sepoi2 bahasa menyambut kedatangan kami sambil makan nasi di tepi sg... nice time.. alhamdulillah..

perjalanan diteruskan lepas mengambil maklumat2 yang perlu... kali ini ke pantai pengkalan balak, masjid tanah... compare ngn tg bidara dulu, tul la tempat ni lagi best. ada ahli rombongan yang ambil kesempatan mandi laut... lewat petang.. kami meninggalkan melaka..

singgah solat di ukm.. bertemu sahabat wostorian, ainul n achid.. lama tak jumpa..??? good luck for ur exam k..

then, singgah di kajang.. menikmati sate kajang hj samhuri.. sebelum pulang ke uia...

:: daerah kenangan:;

menyusuri daerah kenangan
ku cari andai masih ada sisa di sini
yang kutemui tiada erti lagi
ternyata semua telah pergi
yang ada cuma
secebis tenang kini
terima kasih Ilahi..
terima kasih Ilahi
terima kasih Ilahi..

ala kulli hal, syukur sangat2.. Ya Rabb.. bukakan pintu hatiku agar tunduk dengan cintaMU.. kerana aku tahu cintaMU amat banyak untukku...

Thursday, May 19, 2005

::mutiara ilmu::

25 Pesanan Luqman El-Hakim kepada anak-anaknya

1 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat,agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

2 - orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat,maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

3 - Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

4 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

5 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

6 - Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

7 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.

8 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.

9 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilahterlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.

17 - selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yg akan mendatangkan cela pd dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Wednesday, May 18, 2005

MENCARI DIRI....

TERKADANG TERPINGA.. BENARKAH SEMUANYA TELAH AKU LEPASKAN..??
YANG PASTI RASA TERHURAI SELURUH KEDUKAAN

RASA TERLERAI SEGALA BEBAN N TANGGUNGJAWAB
TUHAN,, PADAMU KUSERAH PENGHARAPAN..

DAN DI SAAT INI, TIADA LAIN YANG AK HARAPKAN LAGI..
MOGA INI YANG TERBAIK UNTUK SEMUA..
MENERUSKAN PERJALANAN N PERMUSAFIRAN
MOGA KEMBARA SETERUSNYA..
DITEMANI RAHMAT AR RAHMAN YANG TIADA BERTEPI..

YA ALLAH.. JGN JADIKAN AKU MENDENDAMI
HANYA KERANA AKU SERING DIKHIANATI
JANGAN ENGKAU TUNASKAN SIFAT BENCI
HANYA KERANA AKU RASA DISAKITI
MOGA TIDAK AKU MEMBENCI SESIAPA
KERANA YANG AKU TAHU

KEMAAFAN ITU DENDAM TERINDAH..

MAAF UNTUK SEKIAN KALINYA.. MOGA MENGERTI..

YA ALLAH.. kasihMU abadi...

selamat hari guru..

kalau ikutkan, post ni bertarikh 16 mei 2005,, sempena hari guru.. tapi masa n tuntutan yang menghambat ternyata membataskan waktu.. apapun, masih belum terlewat untuk dedikasikan penghargaan ini buat guru-guruku...

terutama n pertamanya, buat guru pertamaku sejak membuka mata.. my mum.. Pn Khalijah Mohd Sharif.. all the things that u sacrifice for me.. hanya Allah mampu balas.. n kasih syg yang tak berbelah bagi jadi inspirasi n dorongan untuk anakmu ini meneruskan kehidupan.. ampun maaf atas segala yang mengguris hati..

n buat abah tersayang juga.. guru terawal sejak lahir ke dunia.. n juga seorang guru di sekolah yang ajar aku matematik n matematik tambahan.. terima kasih abah..

guru2 yang ajar mengaji dari kecik.. arwah tok long , aki haji, ustazah fardhu ain.. terima kasih mengenalkanku kalamullah.. moga ganjaran yang besar buat kalian disisiNYA..

cikgu2 sepanjang zaman persekolahan.. sejak di tadika KEMAS kg GAjah Mati, Taski Al-Mukmin Taman Saga, SRA Al-Mukmin ( sekarang Pusat Pengajian Al-Mukmin).. dan para guru SMA Al- WOsto.. terima kasih atas didikan kalian.. antara yang cukup tersohor di hati.. Ustazah Hamdah, Ustaz Aris, Ustazah Selamah, Ustaz Osman n semua ustaz ustazah Mukmin... kat wosto lak cikgu Sarimah, Cikgu Zaki yang ajar pidato, forum, n yang tak henti2 memebrikan aku dorongan n kepercayaan.. dari zaman aku menjadi anak didik mereka hingga zaman aku menjadi guru ganti bersama2 mereka pulak didik adik2 untuk acara pidato.. ustazah aminah yang dulu ajar b.arab kemudiannya jadi roomate aku masa aku mengajar sekejap kat Wosto. n tak lupa.. "The Best Teacher' En Khairul Salleh Abdul Rahman... banyaknya jasa cikgu pada saya... kepercayaan yang cikgu beri pada saya mendidik diri mencari wibawa n erti keyakinan.. terima kasih cikgu... dan lagu LILIN SEORANG GURU yang cikgu ciptakan n dinyanyikan In Team tue,,, menggambarkan betapa cikgu banyak berkorban untuk anak2 murid cikgu...

tak lupa buat ustaz n ustazah kat STASAB, Pekan.. walaupun permusafiran aku di bumi barokah itu sebentar, tapi banyak ilmu yang aku kutip.. tak lupa ustaz n ustazah di Matriks UIA.. antaranya ustazh Mazlina, Ustazah Shahidawati, Mdm Isfadiah n semualah..

dan kini, buat pensyarah2 UIAM.. terutama yang ajar aku sama ada secara langsung atau tak langsung... terima kasih guru-guruku.. terima kasih Ar-Rahman mengurniakan aku guru2 yang dedikasi.. yang aku mencuri sedikit semangat dan secebis kekuatan dari ketabahan n pengorbanan mereka...

juga buat semua.. walaupun satu alif yang diajarkan pada aku, kalian tetap seorang guru.. terima kasih semua...


LILIN SEORANG GURU
(versi asal- IlHAM)

pernah langkahku payah
menuju destinasi
kerana awan kelam
dan bintang hilang kerdipnya
menjadikan arahku keliru
ke timur atau ke barat

namun tanpa rasa payah
dia memimpin tanganku
melangkah satu persatu
dan mencipta jejak ikutan
menjadikan arahku jelas
aku harus ke hadapan

bila puncak ini kutawan
lautan hidup rupanya luas
bagaimana aku bisa sampai
tanpa ada yang menolak
dan memberikan setulus harapan
di malam kelam di zaman keliru

tuhan aku kini rindu
pada satu nama yang bersejarah
Andai ada restu kasihmu
ampunkanlah guru-guruku

semalam.. kulihat dia..
di bibirnya ada kalimah..
yang bergetar saban waktu
sambil tangan menggenggam lilin
lilin yang tiada terpadam
yang menyinar hidupku kini...

BUDIMU BERTAKHTA DI HATI

Tuesday, May 17, 2005

TRIP kg Aring

salam.. baru pulang dari TRIP kg Aring... Alhamdulillah selamat pergi dan pulang... satu cabaran baru bagi COMRADE.. n bagi aku sendiri.. mendekati kaum BATEQ..

kg Aring 5 terletak di GUa Musang, Kelantan.. perjalanan pergi aku shariah n shukri naik land rover JHEOA ngn en. Wan n pak cik Zukri.. bertolak dr uia dlm kul 1.30 n lewat petang sampai ke GUa Musang.. sementara tunggu bas n lori yg membawa barang2 n orang2 :-) kami singgah di quarters jheoa gua musang utk rest n mandi.. lega tul pas penat duduk dlm land rover...

mlmnya.. kami tiba di kg aring 5.. cam biasa, sepanjang perjalanan tue.. melalui jalan ladang kelapa sawit/ tanah merah/ trek balak.. berada dalam lori yg semua maklum, cam ikan sardin.. Alhamdulillah perjalanan selamat n lewat malan tu, kg Aring menyambut kedatangan kami..

pagi.. meeting ngn tok penghulu HEK bin SELIK pas breakfast sekadarnya- biskut kering cicah air teh.. sesi soal jawab berkenaan kg.. yerla, tak kenal maka tak cinta kan..??? so macam2 soalan keluar n macam2 maklumat tentang kg ARING diketahui.. Insya Allah next posting QA akan posting kat sini...

pastu pembahagian kump ziarah oleh rnd,, diikuti acara ziarah,.. n bermulalah cabaran di sini..memang mencabar.. ada kumpulan ziarah yang tak dapat masuk rumah coz tuan rumah kunci pintu.. aku pulak cuba mendekati beberapa org nak ( amek) yg sedang tertunduk2 mencari belalang.... nak buat umpan memancing.. bila aku mendekati.. mereka buat dek jer.. aku tanya.. nak apa khabar?? buat apa nie?? memang kehadiran aku tak dipedulikan.. sabor2.. tanya lagi.. nak buat umpan mengail ke ni nak..?? buat dek lagi.. heheh.. kali ni baru adventure betul2.. lalu aku pun menggunakan pengalaman yang ada sikit2 tu.. turut sama menangkap belalang.. dapat 2 3 ekor, hulur pada nak.. barula diaorg tersenyum n nak jawab apa yang aku tanya.. tu pun nak tak nak jer.. bila aku amik anak nak tu, dia terus jalan laju menuju ke sungai meninggalkan anknya dgn aku.. iskh2.. cemner nie?? nak bagi kat sapa anak (baby) ni..??

ni pulak citer pasal mendekati budak2.. dari jauh nampak diorang main badminton kat balai raya.. bila nampak kelibat aku menuju mereka.. terus mereka menyusup lari ke dalam semak.. terpinga2 aku dibuatnya...

tengah2 jalan tu, nampak sekumpulan kanak2.. aku menghampiri.. mereka lari.. takleh jadi nie.. akupun kejarla.. awek-awek (adik2) nak pergi mana nie?? buat tak tau.. laju jer lari.. kejar jgn tak kejar.. akhirnya dengan jampi serapah sket2 hehehe.. nak jugak diorang kawan ngn aku n berjeya membawa segerombolan awek2 ke balai raya.. tupun dah penat aku berlari...:-)

mula2 aku yg handle budak2 nie.. ajar nyanyi n sebagainya.. susah gak mula2 nak suruh diorg buka mulut.. lama2 ok jer.. dan fatin n pak lah n 2 3 org lagi banyak bantu.. thanks a lot.. korang memang best..

makan n solat.. pastu kelas fardhu ain.. satu lagi masalah.. takde pun nak n pak yg datang.. n biro dni terpaksa buat meeting tergempak.. pergi umah ke rumah untuk jemput diorang.. siap umpan ngn makanan lagi.. hampir sejam setengah, barula ada yg datang.. n sedih gak.. pengetahuan islam mereka zero.. n ada yg menganut 'tabaik' agama warisan nenek moyang mereka.. susah nak cakap satu hal, nak jawab soalan satu hal.. so lagi la terasa kekurang di ditu.. papun, kita usaha.. n aku yakin kwan2 lainpun dah cuba semampu mereka.. tahniah korang semua..!

adik2 dah mula mesra.. so ajar wudhu' n ajk solat asar berjemaah.. alhamdulillah.. moga pintu hidayah terbuka untuk mereka...

sukaneka.. acara wajib.. n mcm2 acara especially utk kanak2.. antara yg paling happening tentulah acara bola sepak kain pelikat.. nasib baik takder yang terlucut. heheh :-)

mlm pas maghrib.. acara fardhu ain terpaksa batal.. org kg dijamu ngn makan malam.. n tetiba ada saudar2 dr kg lebir datang.. so 2 3 muslimin tolong diorang yg berminat mendalami ilmu fardhu ain.. sementara yg lain membahagikan pakaian/ makanan utk diagihkan kepada penduduk kg.. terharu gak coz masa solat maghrib n isyak tue.. ada awek2/ pak yg datang berjemaah bersama...

pagi2 lagi.. qiamullail.. alhamdulillah..

pas breakfast.. meeting n post mortem.. luahan hati n rasa.. alhamdulillah feedback ok dr peserta.. cuma ada beberapa kelemahan perlu dibaiki.. n pd main board.. t/jawab n perjalanan perjuangan kita masih jauh..

ziarah wida' sambil membahagikan ration acara terakhir.. so far kesedihan n kesayuan mula dirasai.. org2 kg dah mula mesra..tapi camtu la biasanya.. adatnya.. bila kemesraan dah dipupuk.. perpisahan lak jadi penghalang.. so itula namanya.. tuai padi antara masak, esok jgn layu-layuan, intai kami antara nampak, esok jgn rindu2an.. ( tetiba terjiwang pulak..)

paling terharu, saat doa wehdah dilaungkan.. eratnya genggalam tangan adalah eratnya ukhwahislamiah.. di situlah terasa betapa indahnya islam yg menyatukan hati2 insan yg berlainan bangsa adat n status.. Ya Allah, satukan hati2 kami di bawah rahmatMU.. n cam biasa, tk sah kalau takde sesi fotografi..

11.05.. trak membawa kami meninggalkan kg Aring 5.. lambaian pendudul dibalas.. penuh harapan.. penuh kenangan.. kg Aring.. terima kasih kerana menyambut kami.. INsya Allah, panjang umur kami datang lagi....

thanks to all.. EN Wan, Abg Zahar n abg Zukri.. kak suzi n kak wati( officer STAD) yg sporting n masak best..kawan2 mainboard.. senior2 ( termasuk abg zul yang maintain control kembang semangkuk).. ahli2 baru.. moga ukhwah yang terbina di sini akan terus bersemi.. jumpa lagi next program.. Sayang COMRADE..
MAJULAH COMRADE UNTUK ISLAM.. Allahu Akbar..

Wednesday, May 04, 2005

salam... tugas2 menghambat waktu.. alhamdulillah semua berjalan lancar... masih tak ada kesempatan nak post cerita n kenangan di Boh.. Insya Allah.. moga berjaya mencuri waktu

: sambutan Maulidur Rasul n Perasmian asrama kasih sayang darul fitrah (AKSDF):

sabtu lepas.. dari pagi QA n kwn2 comrade lain di AKSDF.. petang ada pertandingan2 spt bercerita, azan, kuizagama n tilawah untuk kanak2 sekita sini sempena sambutan maulidur rasul, malam pulak ada forum.. tak puas kutip mutiara ilmu dari ahli panel yg cukup berwibawa.. antaranya saudara Ann Wan Seng... then perasmian AKSDF oleh YB ahli Parlimen Gombak.. alhamdulillah dana Rm 10 ribu diluluskan untuk AKSDF.. malam tu tido asrama ngn kwn2 lain.. sempat gak menguti ilmu dari bicara mami jamilah...

:Pameran Buku KL 05:

sepanjang 8 hari berlangsung, 3 kali aku berkunjung ke sana.. mula2 ngn adik2 tersayang.. masa ni tak beli apa2.. just survey harga2 buku.. terutama kita Syarah Ibn Aqil.. kali kedua ngn Nas.. ahad lepas balik dr AKSDF.. sempat tangkap 2 novel n kita Syarah Ibn Aqil yang memang nak dibeli.. bila balik, baru perasan kitab yg dibeli ada masalah cetakan.. satu halaman hilang... nak pergi semula cam malas pulak.. maklumla 3 hari cuti pun tak duduk diam.. nak pergi bukannya dekat gak.. tetiba malam tu abh call.. minta carikan cd english dictionary.. coz yg aku belikan dulu dah tak leh guna.. so nampaknya jodoh memang kuat nak pergi sekali lagi... maka buat kali ke 3 aku pergi juga masa last day tue.. 2.5.05.. ngn jah n kak yati.. berkesempatan untuk membeli buku2 utk dibawa semasa program AEC nanti... so sepanjang 3 kali kunjungan ke book fair kali nie.. aku telah membeli:

1. Syarah Ibn Aqil ( mulawwan, 2 jilid dlm 1 buku ) = rm35
2. Kau Yang Kusayang - kamariah kamaruddin rm15
3. lambaian Huda- mohd Nazmi Yaakob- Rm 10 ( half price- harga sebenar rm20)
4. Nak ke tak nak- Dr. Hm Tuah Iskandar
5. Jangan tidak tidak - dr Hm Tuah Iskandar ( 2 buku ni harga pakej rm15)
6. English oxford dictionary for advance learners 7th edition + Cd = rm 70 (harga asal rm80)


: intervarsity arabic Debating Championship..:
buat julung kalinya, IIUm akan host debat arab antara IPT nie.. aku ditaklif sebagai s.u program.. so banyakla surat menyurat perlu dibuat n diteruskan.. so.. moga semua berjalan lancar..

::selamat kembali... :
selamat akembali.. semoga kembali seperti mana engkau pergi dulu.. biarkan debu2 berterbangan.. selamat kembali.. kepulangan yg hakiki.. doaku dari jauh...