JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, November 21, 2007

hazan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

hazan bertandang lagi
bila kutahu
masih engkau gagal
membeza dosa pahala
yang terlarang dilihat 'tidak mengapa'

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
(al-Zalzalah:7-8)

Hazan bertandang jua
kerana masih engkau hampiri
batasan pesona dunia
tanpa sedikit penyesalan
mengapa masih kabur
pengajaran semalam dan pengalaman

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).
Al-Qasas:56

lalu
safinah yang kau damba
tak mungkin aku sertai
dalam ketentuan Pencipta
aku cuma
rusuk kiri yang hilang
bukan
pemain watak nakhoda
dan kerana
syurga abadi yang ku idam
peraturanNYA jadi bayaran

"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)"
Az-Zukhruf:67

ucap selamat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

1
selamat pengantin baru

buat Fadel Aziz (my schoolmate di Wosto) & pasangannya
buat along @ wan munirah (my roomate di Matric IIUM)

barakallahu fiikuma wajama'a bainakuma fi khair, Insya Allah

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. "
ar-Rum:21

2
selamat hari lahir ke 26 buat mok ana tersayang..
tahun terakhir menyambut hari kelahiran dengan status 'single'
moga Allah merestui ukhwah ini dan mengiringinya dengan RahmatNYA
love u so much!

Sabda junjungan SAW:
'Tidak beriman salah seorang dari kamu hingga ia mengasihi saudaranya seperti ia mengasihi dirinya sendiri"

3

Selamat berjuang buat comradeans ke Sg Rual. Jeli malam ini, untuk Islamic Practical teaching bersama kaum Jahai. Moga perjuangan kalian diberkati..
saya bakal menyusul kemudian. Tak berkesempatan nak mengikuti sepenuhnya program terbabit kerana kerja. Ambil cuti jumaat ni, maka akan bersama kalian jumaat-ahad, Insya Allah.

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ".
Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman. "
As-Shaf 10-13

3

selamat mendaftar sebagai pelajar sarjana:
shariah @ kak awa (political sc.)
kak yati (arabic as 2nd language)
syud (arabic as 2nd language)
hanum (arabic language)

Sabda Nabi Muhammad SAW:
"barangsiapa meneroka satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga"

PD in memory

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Training for Nuqaba'- Tiara Beach Resort, Port Dickson
14-16 nov

training yang menyeronokkan. banyak ilmu saya dapat. love the talk by Bro Yusuf tentang cabaran menangani belia (youth) dari pelbagai latar belakang.

Youth- idealistic, ambitious and energetic..
jika anda masih punya sifat di atas, anda masih seorang 'youth' tanpa mengira berapa usia anda ;-)

***
I
+: u know UIA?
-: yes, Universiti Islam Antarabangsa
+: no la, Universiti Islam Antara BUMPER
(kerana banyaknya bumper di sekeliling UIA)

II
+: U know, UIA is Taman Ilmu dan Budi
-: Yes, tapi kelihatannya, taman yang semakin subur, tidak ilmu dan budi
(ya, persekitaran UIA, sejuk mata memandang. ilmu dan budi? anda yang memilih haluan.. bisa sahaja menjadi sebaik malaikat, atau sejahat syaitan. Persekitaran yang wujud tidak menjamin apa-apa. anda yang mencari, anda yang menentukan, pilih malaikat atau syaitan?

****

dalam satu sesi riadhah, kami diminta meneka umur rakan di sebelah kiri dan kanan..
guess what? kedua-dua akhawat di kiri dan kanan saya meneka, umur saya 21 tahun!
oh tidak, saya sudah tua... tidak seperti yang mereka jangka..

***
saya berjumpa ramai kawan-kawan (sebetulnya kakak-kakak ) master/phd dalam training ini. Seronok, menyambung silaturrahim dan berkongsi pengalaman mereka dalam pengajian...

***
harapan untuk ke pantai tidak kesampaian.. waktu training diisi dengan talk demi talk (dan makan demi makan).. cuma petang itu, satu sesi kami berjalan kaki hampir 2km ke tepi pantai. Tapi, pantainya adalah kawasan bakau. tiada laut kebiruan yang kelihatan. tapi pemandangan di remang senja itu, masih cantik dijamu mata. Subhanallah..

Tuesday, November 13, 2007

setahun berlalu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

setahun berlalu.. hari ini yang istimewa. tapi setahun yang sementara cuma, saya akur dalam ketentuanNYA..

dan setahun ini,

yang penuh inspirasi
pengajaran
semangat
dan keceriaan..
namun
bukan semua yang kita inginkan dapat kita miliki

dan dalam apa jua suratanNYA,
saya sentiasa percaya, hanya DIA mengetahui apa yang terbaik untuk diri ini.. lebih tepat, menghayati firmanNYA:


'dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, sedangkan ia lebih baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, sedangkan ia mendatangkan keburukan bagi kamu, dan Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui'- al-Baqarah:216

dan buat dia, terima kasih budimu tuan, moga moga dikabulkan segala impian dan harapan..
If life is a game, I wish u will always win
If life I a journey, I wish you will walk on roses
If life is a rainbow, I wish you will always have the brightest day
If life is a joy, I wish you always smile

May everyday brings u happiness and peace in your heart
Peace in Allah’s love

'kerna segala KURNIA
hadirnya hanya PINJAMAN
sungguh ku syukuri kesempatan
bahagia... '

Monday, November 12, 2007

selesai satu fasa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

selesai satu fasa dalam pengajian master ini. masih punya banyak fasa untuk ditempuh. Alhamdulillah, paper last tadi dijawab dengan baik.

Alhamdulillah, saya rasa sepanjang menuntut di IPT, sem ini terbaik untuk saya. dari segala segi, semangat, keyakinan (mudah-mudahan keputusannya juga)

dan sem ini- saya menghadiri kuliah-penuh- tanpa ketinggalan satu kelas pun. alhamdulillah, diberi kesihatan yang baik sepanjang semester, tiada malas-malas.. sentiasa bersemangat. Moga semua ini akan berpanjangan untuk fasa-fasa akan datang.

menjadi self-sponsor student (sebelum pinjaman dari YP diterima ni) agak berat cabarannya. banyak kekangan yang menghalang. kena fikir banyak kali bila hal-hal melibatkan kewangan. minggu terakhir disember, ada seminar antarabangsa bahasa dan kesusasteraan arab. saya berdoa, cepat wang pinjaman masuk. tak mahu terlepas menggali mutiara ilmu dalam seminar yang amat berharga ini. dan 2 seminar akan datang pada januari dan mac.

dan hari ini saya mengerti 2 frasa yang hampir sama, tapi punya makna yang tersendiri
UNTUK MEMILIKI WANG, KITA MESTI PUNYAI ILMU@PENDIDIKAN
DAN
UNTUK MEMILIKI PENDIDIKAN@ILMU, KITA MESTI PUNYAI WANG

'ala kulli hal. moga Ar-Razzaq memudahkan semuanya...

***
no visitor eventhough we know each other.
oh, sejak bila ada larangan untuk berjumpa kawan?
just to respect the privacy?
bukankah friend indeed is friend in need??

no visitor- bukan untuk hari itu sahaja.
saya tak akan ke situ lagi.
sampai bila-bila.

***

saya tak sabar menunggu keberangkatan ke PD..
masa untuk bercuti
yet, still have task in attending the course
but at least..
masa dan ruang berada di tepi pantai..
here i come
mencari diri dalam kekuasaanMU

bengkel kehakiman madum

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

ini kisah Bengkel Kehakiman Debat Bahasa Arab MADUM (majlis Debat Universiti Malaysia) yang saya hadiri semalam..

malam itu, saya berjumpa dengan pendebat-pendebat yang lain yang akan bersama saya ke Melaka keesokannya..

Sarah: junior saya dalam Kelab Debat B.A (nadi) dan COMRADE. baru dilantik sebagai Vice President Nadi. pernah memenangi johan debat b.arab intermahallah tahun lepas

Nazirul Mubin- Presiden Nadi, juga junior saya. johan interkuliyyah (arabis as 2nd language) tahun ini.

Abdul Halim- warganegara thailand yang lahir, membesar di Madinah (muwallad). 1st year MA Bahasa Arab, selepas menamatkan pengajian BA (b.arab) di Universiti Madinah. Beberapa kali mengikuti kelas tadrib.

Kareem- warganegara Mesir, pelajar tahun 2 MA dalam Urban Planning, Kuliyyah of Architecture n Environmental Design (KAED). best debater (arabic as first language) interkuliyyah 2007.

Abdul Hannan- Budak 1st year BARB, beberapa kali mengikuti kelas tadrib. saya membahasakan diri saya kakak. at the end baru saya tahu, rupa2nya dia sebaya saya! (perasan tua la pulak) masuk lambat ke UIA coz mengikuti pengajian pondok selama 4 tahun di Indonesia (sijil equivalent to STAM).

malam itu, kami memilih tajuk yang santai- kahwin dengan bangsa asing lebih baik. dan saya, sarah dan mubin menjadi hukumah (kerajaan)..

pagi sabtu sebelum bertolak ke Melaka, kami dimaklumkan berita sedih dari MUbin yang tidak dapat meneruskan bersama kami kerana kecederaan lututnya semakin teruk, tak dapat berjalan langsung. Lalu, di saat akhir begini, tentu susah nak cari orang ganti, maka ustazah Rahmah meminta saya memainkan 2 peranan (menggantikan Mubin)..

kami tiba di Hotel seri Malaysia jam 12 tengahari. diberi 1 bilik untuk sister dan satu bilik untuk brothers, rest kejap dan lunch. ketika itulah kami dimaklumkan tajuk yang kami pilih malam tadi tu tak boleh dipersembahkan dalam mock debate nanti, kerana tajuk itu antara tajuk yang akan dipertandingkan dalam next competition. Maka, kelam kabutlah kami berlima dalam masa lebih kurang 40 minit untuk fikir tajuk dan keluarkan isi. saya lebih mengelabah, kena bersedia untuk 2 peranan. Ustaz Majdi mencadangkan tajuk yang agak mudah- Bekerja sektor awam lebih baik dari bekerja di sektor swasta.

saya kurang menggemari tajuk ini kerana tajuk ni macam terlalu klise.. lagipun ni bukan isu baru, tapi still have latest issue untuk diketengahkan (kenaikan gaji, rasuah,cuti bersalin).. maka dalam masa itu juga, terkejar2 kami recall semula istilah-istilah berkaitan tajuk dalam bahasa Arab (pencen, bonus tahunan,cuti, kWSP,biasiswa,dasar penswastaan,gaji, dll)..

then, tibalah masa yang ditunggu..

saya selaku perdana menteri
sarah selaku menteri
dan saya kembali sebagai pembahas ke 3 untuk membidas

di pihak pembangkang
hannan sebagai ketua
halim pembahas kedua
dan kareem sebagai pembahas ke 3

dan hari itu menjadi perdebatan paling ramai hakim. sebenarnya perdebatan ini sebagai salah satu agenda dalam bengkel kehakiman bahasa arab majlis debat universiti malaysia. seramai 21 hakim hadir mewakili ipt seluruh negara. mereka diberi tugasan menghakimi perdebatan kami.

melihatkan hanya saya dan sarah di barisan kerajaan, sempat ustaz Marwan berlawak- 'sebenarnya ada 3 orang, tapi yang ke 3 tu tak nampak'..

dihadapan 21 hakim, perdebatan berlangsung rancak. tapi saya rasa persembahan hari itu agak teruk. in my side, main cakap ajer. dah tak mampu nak menjaga kesalahan tatabahasa. bahasa saya teruk sangat hari tu. itulah natijahnya kalau dah lama tak pergi tadrib. Walaupun biasa menulis dalam bahasa Arab, situasi amat berbeza apabila bercakap, apatah lagi perlu memanipulasi masa selama 7 minit itu dengan sebaiknya-spontan.. memang rasa teruk sangat performance hari tu..

sebaik perdebatan berakhir. kami dijemput menghadiri open house hotel tersebut, makan lagi. sempat berehat di bilik sebentar sementara tunggu pak cik driver uia menjemput kami. rasa lapang baring atas tilam empuk hotel. terlupa bahawa ada satu paper lagi menunggu.

dan keputusan perdebatan- usul diterima sebulat sebuara. team saya dan sarah menang 5-0.(21 hakim dibahagikan kepada 5 kumpulan kecil) dan untuk pendebat terbaik- saya mengalahkan kareem 4-1. di hujung sesi, sempat kareem mencabar- kalau ada perdebatan melibatkan kami lagi, dia akan pastikan dia merampas 'best debater' itu dari saya.. hehe..

sebelum pulang, pak cik driver yang sporting membawa kami berpusing-pusing di Ayer Keroh.bergambar kenangan di Taman Mini Asean, Taman Buaya dan Muzium lebah Sedunia. sekadar bergambar kat luar je. kalau masuk nanti lama pulak mengambil masa.

kami pulang lewat petang itu, tapi agak lewat sampai kerana kesesakan jalan raya. perjalanan singkat jadi jauh dan memenatkan bila terperangkap dalam kesesakan. Pak Cik Driver rancak berbual, menceritakan pengalaman hidupnya. dan seperti selalunya, saya akan sentiasa mengkagumi orang-orang yang gigih berusaha dalam hidup, punya quwwatul attahammul untuk memajukan diri.. smbil berdoa, saya juga diberikan kegigihan seperti mereka.

sampai di uia agak lewat, usai membersihkan diri, merehatkan diri di bilik. oh, keadaan sudah jauh berbeza dari keadaan di bilik hotel. tiada penghawa dingin, tiada tilam yang empuk, sebaliknya ada nota yang menunggu untuk ditelaah. perjalanan dan perdebatan-memenatkan badan dan fikiran. saya mengunci jam untuk bangun jam 5 pagi, tapi kepenatan membuatkan saya tidur nyeyak, dan hanya tersedar bila azan berkumandang, jam 5.36 pagi...

bangun dengan semangat baru, secebis kegembiraan semalam mempengaruhi saya. hidup bagai roda.. ada masa kita sedih, ada masa gembira.. dan hanya dengan berbekalkan semangat dari DIA yang Maha Kuat, kita mampu menghadapi tiap cabaran..

Friday, November 09, 2007

alkisahnya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah.. exam siang tadi dapat dijawab dengan baik..
tinggal satu paper lagi - Taqwim wal ikhtibarat.. subjek yang paling digemari pada sem ni (walaupun saya tidak menyukai exam.. hehe.. ;-)

Esok, saya diminta mempersembahkan mock debate (b.arab) di hadapan pegawai-pegawai MADUM (majlis Debat Universiti Malaysia) di Melaka.

alkisahnya, mereka menjemput debater uia untuk perform. kebanyakannya masih menghadapi exam, dan kebetulan tarikh exam mereka jatuh pada 10 atau 11 hb.. maka pendebat pencen ini diminta tolong untuk menggantikan mereka.

mujurnya, subjek yang akan exam 12 hb nanti telah dibaca sewaktu senggang masa yang lama, seminggu sebelum ini. Maka selepas menimbang tara masa,kesempatan dan ruang yang ada, pendebat pencen inipun bersetuju untuk membantu. + i need some space yang 'menyibukkan diri' untuk lari dari memikirkan 'hal itu'.

sebentar lagi, diskusi akan diadakan untuk perdebatan esok. tajuknya-pilih yang santai-santai ajerla. Pendebat pencen ini dah malas nak fikir tajuk berat-berat... ;-)

alkisahnya..

bila mengenangkan 'hal itu' dan 'orang itu'
rasa tiada bumi untuk dijejak
mana udara ingin ku terbang
mana lautan ingin kurenang
mana gunung ingin kudaki
kerana udara yang kuhirup
berbaur dusta, nista dan sengketa
....
lalu, padaMU jua ku mohon keampunan..
dan diberi ruang ketenangan..
selamatkanlah saya dari fitnah yang satu ini

***
kenapalah 'orang itu' tidak mahu memahami
katanya yang keras- 'saya sudah tak peduli semua itu'
sudah cukup menjadikan saluran pernafasan saya bagai ingin tersumbat..
alkisahnya..

SAYA TIDAK SUKA DIPAKSA!
dan yang peliknya
kenapalah 'orang itu'
selalu memeningkan kepala
saat2 exam begini..
dugaan sungguh!

**
alkisahnya...
wahai 'orang itu'
tolonglah faham..!
(saya tahu 'orang itu' tidak pernah mengetahui kewujudan 'rumah saya' ini, maka 'orang itu' memang tidak akan membaca entry ini)..

Allahu Al-Musta'an

Wednesday, November 07, 2007

erti redha


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

rupa-rupanya..
ketenangan itu adalah apabila kita fahami erti REDHA..
lalu dicampakkan rasa ketenangan dalam hati..
Subhanallah..
nikmatMU itu sungguh beerti..
Alhamdulillah 'ala kulli hal..

Tuesday, November 06, 2007

layar keinsafan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Layar Keinsafan
Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/oBiar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora
untukku berlayar..

Monday, November 05, 2007

malam yang kesiangan


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


My next paper -9th and the last one - 12hb..

malam-malam musim exam begini..

masih berterusan menjadi siang..

nikmat tidur ditarik sementara.. membuatkan sakit kepala..
sudahnya..
lupakan haruman Teddy's Dream (lovely lace ) atau Ambi Pur's green apple..
aroma minyak cap kapak memenuhi ruang bilik..
selebihnya, lebih senang 'mengurung diri' dalam bilik+ not in very good mood to meet people...
study, siapkan ass terakhir ..insya Allah, esok boleh submit. Alhamdulillah..
Islamic Practical Teaching hujung sem ni (waktu cuti) beralih tempat..
dari Pos Tuel ke Sg Rual..
2 nature yang berbeza..
2 misi yang berbeza..
jika ke Pos Tuel, misinya memperkukuhkan islam
di Sg Rual, misinya membawa mereka kepada Islam..
Pos Tuel jauh ke pedalaman.. laluan trek balak- hanya 4wd boleh masuk..
masuk dengan trak, jasad melompat-lompat bagai naik kereta kuda
yang selalu saya umpamakan jika diminta menceritakan tentang jalan pos tuel:
perempuan mengandung boleh jadi gugur
jika memakai hijab putih, nescaya bertukar hitam
dan jika memakai hijab hitam, pasti bertukar putih
dan masih basah dalam ingatan, trip ke sana tahun lepas, 4 sarang telur menjadi korban.. pecah satu persatu.. dan ummu hani yang memegang sarang2 telur tersebut menjadi (telur) kerana hanyir telur yang pecah melekat ke baju, semerbak seluruh jasad.. kesian..
di Tuel, sebarang kecemasan menggunakan helikopter (flying doctor)
Tuel- 100% muslim, hasil usaha dr Razak (aktivis Abim kalau tak silap)
kedatangan kami hanya untuk follow up pengislaman + mengukuhkannya
di Rual
perjalanan naik bas 8 jam dari UIA
melalui Tasik Banding yang sangat cantik
kalau naik trak maybe tambah lagi 4 jam..
2 tahun lalu, kami ke sana untuk Dakwah and Induction Course selama 3 hari sahaja
sebelum program diteruskan 3 hari lagi di Kg Kenang n Kg Husin, Sg Siput Perak..
kampung Sg Rual- nak masuk dalam tak ada masalah..
sebab jalan ok..
tapi masalah dengan penerimaan penduduk..
1st time buat program dulu,
mujur ada pegawai JHEOA yang jadi orang tengah..
kat sini pernah ada kes orang asli sumpit orang Melayu
gara-gara tak puas hati..
so sepertimana kami masuk ke sini 2 tahun lalu
segala-galanya dalam keadaan yang berwaspada
'api; yang sedia ada tidak seharusnya dimarakkan lagi..
Allahu al- musta'an..
**
penghujung sem ini,
hati liang libu
rupa-rupanya baru saya tersedar..
ramai rakan-rakan seperjuangan (batch 02 kat matrik)
sedang melalui semester terakhir mereka..
ramai yang akan keluar sem ni..
COMRADEAN yang seangkatan juga, ramai akan pergi..
tinggallah bumi UIA ni..
dan semakin sikit wajah-wajh yang saya kenali..
patah tumbuh hilang berganti
sem depan
syud, shariyah.kak yati akan daftar untuk master..
so sekurang-kurangnya masih ada kawan n teman dalam perjuangan ni..
apapun, hidup pasti akan sendiri jua nanti
dan bumi UIA ni, saya akan tinggalkan juga nanti
cukup 6 tahun di sini
jika ada peluang (insya Allah, mudah-mudahan)
untuk menyambung lagi, saya akan << (baca ingin) pergi jauh
jauh..jauh..jauh..jauh dari sini.. Insya Allah..
saya INGIN pergi...

Friday, November 02, 2007

...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


semalam kan birthday Abah..
malam tadi adik2 msg. bagitau tengah makan kek.. kek birthday Abah.. berlima beranak kat rumah (mak,abah,achik, amran munawar n izyani)..
hehe.. mesti dah mula sunyi rumah tu.. semua dah habis cuti...

saya teringat waktu di Wosto, masa tingkatan 4, saya buat surprise kat abah masa birthday dia, pakat ngan adik2 saya masa tu (ipi form 3 dan mimi form2)
waktu tu abah kat makmal sains, tengah mengajar. kami datang dengan hadiah n wish kat abah.. pastu saya mintak sorang budak dalam kelas tu baca doa selamat.. hehe.. abah pun tersipu-sipu malu + terharu..

masa saya form 5, saya pakat lagi ngan adik-adik, kali ni kami hantar kek pada abah yang tengah buat kerja kat bilik guru.. sekali lagi, abah tersipu-sipu dan terharu..

so sweet.. abah, love u so much!

Pak Cik rahman (jiran kami- Atuk Ika) masih di Hospital Temerloh, ditahan kerana sakit jantung.. masih kritikal.. keluarga kami sangat rapat..masih ingat waktu raya dulu, pak cik Rahman hulur duit raya..
saya kata: ala pak cik, saya dah tua la, takkan dapat duit raya jugak??
pak cik Rahman said: la, ambik la, pak cik nak bagi ni, kalau taknak pakcik tarik balik..?
tersipu2 saya amik jugala, rezeki kan... hehe..

saya doakan Pak Cik cepat sembuh.. terasa ingin pulang, tapi masih ada tugas yang perlu saya laksanakan di sini..

Thursday, November 01, 2007

man in my life

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


I
Kegilaannya pada subjek sains sejak kecil, kerana kegilaan itu, keinginannya terlalu kuat untuk mengetahui selok belok,struktur dalam tubuh seekor kucing. Pada suatu hari, (ketika berada di sekolah rendah) dilihatnya seekor kucing sedang tidur di bawah rimbunan pokok berhampiran rumah. Kucing itu ditangkap, dilakukan pembedahan, lalu diteliti satu persatu, susur galur kehidupan di dalam perut kucing.- diceritakan oleh Arwah ibu beliau. Jika ditanya tentang hal ini kepada beliau, katanya dia tidak ingat lagi kisah ini.

II
Proffesor Jam. Itulah nama gelarannya di kalangan rakan-rakan yang sama-sama belajar di Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib, Kuantan pada ketaika itu.Gelaran Prof diberi kerana kebijaksanaannya dalam matematik. Pelajar-pelajar berbangsa Cina yang terkenal dengan kepandaian dalam subjek itu turut menghormatinya. Beliau pesaing yang sering mengalahkan mereka. Saat rakan-rakan lain sibuk ‘menackle’ freshies yang baru masuk, dia tetap tekun meneledani nombor-nombor dengan penuh khusyuk. SEmangat itu mencipta inspirasi dan persaingan buat seorang rakan hingga rakan itu bangkit. Menyaingi beliau dalam bidang yang sama, sehingga melanjutkan pelajaran dalam bidang ini hingga ke peringkat tertinggi. Semuanya gara-gara cemburukan Prof Jam.- kisah ini diungkapkan dalam pengenalan sebuah buku yang ditulis tentang kemahiran mempelajari Algebra, hasil tulisan seorang guru pakar matematik negeri pahang yang kini menjawat jawatan penting di Jabatan Pendidikan Negeri, Alor Akar, Kuantan.

III
Tahun 2001, di SMA AL-Wosto, Temerloh Pahang. Satu hari, seorang pelajar tingkatan 5 ponteng kelas Matematik, lalu memilih untuk lepak di surau putera. Selesai subjek terbabit, dia ingin pulang ke kelas, tetapi amat terkejut apabila mendapati kedua-dua belah kasut sekolahnya tiada di tangga surau. Ketika itu juga, seorang pelajar tingkatan satu memaklumkan bahawa ada cikgu yang ingin berjumpanya di Bilik Guru Lelaki. Tiba di hadapan bilik guru, cikgu matematkinya sedang menunggu, dengan kedua-dua belah kasut sekolahnya berada di tangan guru tersebut! Dan selepas itu, pelajar tadi menadah telinga, mendengar nasihat dari seorang guru..- diceritakan seorang kawan kepada saya.

**
Budak kecil , Prof Jam, dan guru matematik yang diceritakan di atas adalah orang yang sama, iaitu ayahanda tercinta- Jamaludin b. Mohammad..

Entry ini istimewa untuk abah, kerana hari in, 1 Nov 2007 adalah ulangtahun kelahiran Abah yang ke 53!

Abah yang istimewa
Yang sangat cool..
Yang sangat penyabar..
yang sangat rajin membaca ..
Yang sangat meminati urusan2 berkaitan nombor2..

Dalam sikapnya yang diam itu, banyak mengajar saya erti hidup..
Dan sesungguhnya, jika emak adalah penyokong kuat saya dalam arena perdebatan (sebelum ‘pencen’ dulu), Abah pula adalah penyokong kuat untuk kegiatan dakwah orang asli yang selalu saya ikuti..
Keizinan, restu dan doa abah sering mengiringi perjuangan
Dan walaupun abah tidak meluahkannya pada saya, one day saya terdengar dia berkata pada adik-adik bongsu saya- Amran n Yani:

‘dah besar nanti, jadi macam kak Ngah, pergi dakwah orang asli, dakwah orang lain masuk islam yer?’

Ayat itu sudah cukup membakar semangat saya. Saya tahu, abah sentiasa merestui saya.
Dan banyak teladan dari abah yang ingin saya ambil.. (meskipun saya tidak mewarisinya meminati angka-angka )..

Buat Abah,
Moga Allah beri kekuatan dan kesihatan pada Abah selalu
Dan memberi keberkatan,melimpahi cintaNYA pada kita sekeluarga
Tak mampu kak ngah membalas jasa abah.
Moga hari-hari akan datang
Diberi kesempatan.. terus ada ruang dan peluang untuk kak ngah bahagiakan mak dan abah
I LOVE U SO MUCH!
SELAMAT HARI LAHIR KE 53
1 NOV 1954-1 NOV 2007