Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Friday, June 29, 2007

selamat hari lahir

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

20 jun..
happy birthday my lovely sister; mimi @nur ilmiah jamaludin..
moga tenang-tenang di KUIS, menyiapkan tesis..
jangan nakal-nakal..
ingat selalu pesan ngah..
cinta Allah itu yang utama..
cinta makhluk, jika 'tanaqud' dengan cintaNYA
sia-sia dan rugilah kita...

20 jun juga..
birthday arwah Kak Mawar..
jika masih ada..
akak berusia 32 tahun ..
saya rindukan akak..
really miss your smile..
dan segala-galanya..
kasih sayang akak mekar di hati..
puteri akak- nisa' makin membesar dengan bijak
putera akak- hakim juga kian petah berbicara..
abah juga seperti akak- telah pergi meninggalkan kami..
pergi dalam rindu yang sarat pada akak..
mak pula- kian tua dimamah usia
kian sepi berteman nostalgia..
sejak abah pergi, sejak abah pergi..
senyum di raut mak sejalur cuma..
malam itu saya temankan mak yang sendirian di rumah usang..
dan mak ..
masih sarat rindunya pada akak..
moga akak tenang di sisi NYA..

23 jun.. birthday naim budak busuk..
thanks naim .. to be a great friend of mine..
yang selalu dengar heart to heart..
yang selalu nasihat..
yang selalu bagi pandangan.. n bantuan..
congrate gak coz bakal terbang ke Holland for ur Master+Phd programme..
to Dr Naim (in advance).. may Allah bless you..
moga panjang umur
murah rezeki
n mudah jodoh dengan 'F'

(for sure Naim baca dengan senyum melebar nie..)

24 jun
happy birthday Izah
so long time..
tak jumpa izah..
apapun, akak doakan Izah sihat sejahtera kat KUIN tue..
belajar rajin-rajin..
n teruskan perjuangan..
izah mesti terkejut dapat sms akak yang tak disangka tu..
maklumla.. tiba-tiba je akak menghilangkan diri..
apapun, terima kasih coz masih ingat akak..
apa yang baik tu, ambillah jadi tauladan..
n macam yang akak cakap..
akakpun sama jer.. kita sama-sama ada perjuangan kita sendiri..
safar kita menuju Allah..

malam yang kelam...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, selesai 2 hari taaruf programme untuk post graduate student june 2007 intake.. malam yang kelam.. saya online dari cc mahallah Asiah.. 'melarikan' diri sebentar dari kesunyian malam.. rakan-rakan sebilik sudah pulang ke kampung siang tadi..
jiran-jiran sekeliling juga sudah pulang ke kampung.sunyi dan sepi blok PG asiah.. blok-blok lain juga begitu. UIA masih bercuti.. dan kelam malam adakala mengundang 'seram'.. saya di bilik bersendirian.. ditemani mp3 dengan alunan nasyid2 The Zikr, Nahwan Nur, Qatrunnada dan seangkatan dengannya, juga alunan suara Sheikh Said Al-Ghamidi mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran.. dengan charger yang tertinggal di rumah- mp3 akan 'mati' bila-bila masa.. dan keadaan ini sungguh asing bagi saya..2bulan cuti, duduk di rumah, sudah terbiasa dengan tawa senda adik-adik.. 2 3 hari lepas, selain sibuk taaruf, masih bisa saya mendengar kecoh dan gurau senda sahabat-sahabat COMRADE.. dan malam ini, sunyi.sepi.khali.. dari ruang yang kecil ini- tempat baru untuk saya bermuklim sepanjang kembara ini.. moga tiad ruang kesunyian di hati..

dan itulah kita suatu masa, pasti kembali, sendiri di ruang kubur, hanya berteman amalan, dalam ujian menjawab soalan 2 malaikat..
dan seperti itu jua kita nanti....


sahabat2 comrade ke Sg Pelantok, Sg. Siput, Perak untuk islamic Practical Teaching for Aborigines (IPTA) pagi tadi.. saya akan menyusul esok... Selamat Berjuang sahaba-sahabatku.. ikhlaskan niat.. moga Allah bersama kita.. Insya Allah..

Sunday, June 24, 2007

sem lepas.. hari ini punya cerita

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sem lepas (final sem di uia) dalam kenangan..
sem yang banyak pahit+manis..

sem lepas kenal Sarah.. seorang kawan yang istimewa.. baru kenal, tapi cepat mesra.. Sarah yang menyimpan kisah duka yang berterusan.. sepanjang sem lepas Sarah berendam air mata.. dari mula sem sampai saat peperiksaan..

dan saya selalu kata.. 'dahla Sarah, saya tak nak tengok Sarah nangis lagi, kuatkan semangat'

dan tiba-tiba, waktu final exam tu, saya pulak dilanda ribut.. kini giliran Sarah mententeramkan saya..
'dahla tikah, dah tak larat tengok tikah nangis lagi'
hehe..

tapi ribut saya kejap ajer.. selepas berjaya meneutralkan PH perasaan.. menimbang hikmah dan muhasabah, 2 ari je saya menangis (hu.. 2 hari buang masa).. dan apa yang berlaku, bagai satu petunjuk dari DIA.. DIA nak tunjuk sesuatu.. dan bila saya muhasabah balik, yes, hari ini saya gembira.. 'buku' itu saya tutup serapat-rapatnya.. dan saya padam satu persatu air mata itu dengan sujud penuh kesyukuran.. terima kasih pada Sarah, pada Che Da, Kak Yati yang banyak bagi kata-kata semangat.. mujur masa tu, exam ada selang 7 hari, cukup untuk saya tenangkan diri.. dan hasilnya Alhamdulillah, the result with flying colors.. sangat saya syukuri.. dan sangat saya rasai ketenangan yang luar biasa anugerahNYA... tak lupa juga pada my friend- Naim (budak busuk) yang banyak bagi nasihat.. dan bila insan sebaik naim leh bagi nasihat 'dah, stop it, jgn biarkan orang sakitkan hati tikah lagi. there is no turning point!' akhirnya saya jumpa satu decision yang hari ini sangat-sangat saya syukuri. hikmahNYA cukup luas..

berbalik pada Sarah.. di sebalik kisah sedih, Sarah lebih beruntung, dia dijemput menjadi tetamu Allah, menunaikan Umrah (cemburu saya..).. sebelum berangkat ke Tanah Suci, Sarah tanya, apa hajat yang saya ingin dia doakan pada saya di tanah suci.. saya pesankan 3 perkara:

1)kesihatan adik saya (kak chik) dan bagi kekuatan+kesabaran pada dia n kami sekeluarga

2) dipermudahkan jalan saya dalam pelajaran (pengajian sarjana)

3)dipermudahkan dan didekatkan saya dengan jodoh saya

dan hari ini, Sarah telah kembali ke Tanah Air..

1) kesihatan kak chik beransur baik, Alhamdulillah.. dah jauh berubah.. mengundang kelegaan untuk saya tinggalkan rumah meneruskan pengajian..

2)jalan saya meneruskan pengajian juga jadi mudah, dari masalah kewangan pada awalnya, hinggalah ke masalah masa (perkhabaran baik selepas penstrukturan semula subjek MA ASL).. dan saya berdoa dipermudahkan juga laluan2 di hadapan.. kalau ada yang susahpun, moga ada ketabahan untuk saya..

3) mudah @ dekat?? sukar ditafsir keadaan sekarang untuk bab ini. 'dia' yang telah lama 'beruzlah' datang kembali.. saya sendiri tertanya-tanya, inikah doa Sarah untuk saya yang dimakbulkan Allah?? perjalanan ini masih jauh.. namun sering saya berdoa, jika dia datang kali ini, biarlah datang bersama busyra.. demi iman dan agama.. namun dalam bab hati, lebih senang doa n tawakkal sepenuhnya pada DIA.. kerana DIA memegang hati-hati manusia, DIA yang Pengasih, maka DIAlah yang berkuasa meletakkan kasih.. DIA AlJaami'.. maka DIAlah yang mengumpulkan hati-hati manusia...

dan sesungguhnya hari ini, saya masih berdoa dan berdoa.. moga ditunjukkan jalan lurus yang terbaik untuk saya...


kata hati: rindu sekali menjadi tamu Allah di Tanah Suci.. modah-mudahan ada kesempatan buat saya nanti..

alfun mabruk

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

tahniah buat kawan-kawan semua atas pelbagai sebab.. moga tiap Anugerah yang dikurniakan Allah menjadikan kita hamba yang bersyukur..

tahniah jah@hafizah tajudin yang akan lapor diri sebagai pensyarah di Uitm Dungun 1 Julai nanti..

tahniah buat abg Faizal (ex Presiden COMRADE) n Kak Sue yang menimang cahaya mata pertama baru-baru ni

tahniah buat my coursemate- Hafsa (dari Tanah Besar Cina) yang melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya dari Yaman di Masjid UIA baru-baru nie.. (pertembungan budaya Cina dan Arab).. hmm kalau jodoh, kat UIA bertemu jua..

tahniah buat Izuan (anak saudara Ustazah hamdah) dan pasangannya yang juga disatukan baru-baru ni.. penyatuan 2 individu yang hebat.. kedua-duanya dianugerahkan Anugerah Biasiswa MB Pahang sempena kejayaan dalam SPM 2001. Izuan ke Amerika, baru menamatkan pengajian dengan 1st class honour.. pasangannya- masih study di UIA Kuantan (medic) selepas menamatkan program persijilan tahfiz Darul Quran.. Subhanallah.. 'gerun' dengan orang-orang yang hebat nie.. dan orang-orang yang hebat, tentunya akan melahirkan generasi2 yang hebat juga kelak, insya Allah, for the seek of the ummah.. maka tidak hairanlah, pesanan Rasulullah buat syabab
'khayyaruu linuthfatikum'

and coming soon 7.7.07, 2 lagi insan hebat bakal bersatu.. teman-teman seperjuangan dalam team debat bahasa Arab uia- Masu'ddin dan Norjannah.. Masu'd dari Indonesia dan Jannah warga Singapura, di Malaysia bertemu jua.. (insya Allah, i'll be in Kota Singa 5-8 July to attend the ceremony).. barakallahu fikuma..

perjuangan bakal bermula

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, saya telah mendaftarkan diri untuk MA ASL rabu lepas.. pagi itu dari rumah, pemergian saya diiringi mak cik-mak cik jiran tetangga dan si comel Ika.. semester2 sudah, selepas pendaftaran akan ada sesi taklimat.. namun berlainan untuk semester ini.. hari2 selepas pendaftaran dipenuhi dengan ujian Arabic/English placement test untuk non-ex iium.. dan sesi taklimat hanya akan bermula 28 nanti.. so, selepas pendaftaran dan meletakkan barang di bilik baru, saya pulang semula ke laman ayahbonda.. hanya mampu tersenyum bila berpapasan dengan mak-cik2 yang menghantar saya pagi itu.. "aik? balik semula??" ;-)

keseluruhannya, lebih kurang 600 orang pelajar mendaftar untuk program pascasiswazah (master/phd).. dalam jumlah itu, hanya 8 pelajar mendaftar master di bawah kuliyyah IRKHS,dan 4 darinya sama course dengan saya.. gembira melihat wajah2 mereka- Asma, Kak Siti dan Shaifura.. kami sama2 dari matriks, sama2 juga dari 15 orang yang berjaya menghabiskan pengajian awal di matriks.. dan kini, sama2 menyambung pengajian sarjana..

ditempatkan di Mahallah Asiah. Alhamdulillah, sentiasa bernasib baik. sejak di Pusat Matrikulasi, saya ditempatkan di Mahallah baru. ketika itu zainab Al-Jahsy baru dibina, dan batch saya adalam batch pertama mendiaminya. di Gombak,lebih kurang 3 tahun yang lalu begitu juga,ketika saya mendaftar diri untuk pengajian Ijaah sarjana Muda, batch saya adalah yang pertama mendiami Mahallah Ameenah yang ketika itu baru siap.

dan kali ini, sekali lagi, walau Mahallah Asiah telah siap pembinaannya hampir setahun, tetapi batch saya adalah yang pertama menduduki blok PG (Post Graduate).. tilam yang masih berbalut plastik, perabut yang masih 'berbau' kedai.. dan tentunya lantai yang masih penuh dengan pepasir.. nampaknya saya perlu pulang awal nanti, untuk mencuci bilik baru ini..

jika selama pengajian BA menghayati semangat Aminah- bonda junjungan mulia, kini saya ingin menghayatai keteguhan hati Ratu Syahadah- Asiah isteri kepada Firaun.. Moga-moga, ada ketabahan dikurniaNYA sepanjang kembara kali ini.. Ameen..

Tuesday, June 19, 2007

master

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

esok, saya akan mendaftarkan diri, menyambung pengajian
Master of human Sciences (Arabic as a second language) - coursework+tesis

tempoh pengajian 1-2 tahun..
perancangan saya:

julai07-nov07= 4 subjek
dis07-mac08= 4 subjek
april-jun08= long vacation
julai08-nov08= 2 subjek+proposal+mula tulis tesis
*proposal hanya boleh dihantar selepas menghabiskan 60% coursework

selepas itu sehingga mac 09- tempoh menulis tesis. berhasrat menulis tesis dari rumah @ mana-mana lokasi lain.. hanya bila perlu sahaja turun ke uia.. pertemuan dengan supervisor-dari jarak jauh..

kita merancang. ALlah jua menentukan..
hanya satu yang diharapkan, moga DIA mempermudahkan SEGALA urusan..

doakan saya..

sempena hari bapa: CAA 5906: LAMBANG CINTAMU YANG TAK BERTEPI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


CAA 5906. proton saga kelabu abah. Dimiliki sejak 1986. lambang cinta, lambang pengorbanan, lambang kegigihan, lambang kasih sayang abah yang tak bertepi pada kami.

Hari ini, usia CAA 5906 sudah 21 tahun, seusia adikku yang ke 4-mimi. Dan sepanjang tempoh itulah, masih gagah ia berkhidmat kepada kami.
Ia menemani abah saban hari berulang alik dari Taman Saga ke SMA Al-Wosto dengan perjalanan kira-kira 45 minit. Berulang-alik ke destinasi-destinasi yang kerap dikunjungi- Al-Mukmin (hingga kini, kerana adik-adik saya masih di sana), kedai Telekom Mentakab (dulu-tika mak masih bertugas di situ), kampung kami-kg Jambu Rias (dulu-ketika wan masih menetap di sana), serta ke kebun, untuk abah menabur budi pada tanah.

Di tempat letak kereta guru di Al-Wosto, CAA 5906 diparkir di belah kanan sekali. Dari tahun 1989 hinggalah sekarang, ia masih di situ.Deretan kereta cikgu-cikgu lain, sering bertukar ganti. Kerana 2 sebab- kerana para guru yang bertukar ganti dan kerana guru-guru yang selalu menaik taraf kereta mereka. Manakan tidak, sudah 19 tahun, munasabahlah jika guru-guru lain menukar kereta, dari Proton Saga ke Waja- Spektra, atau jika masih setia dengan jenama tempatan- memilih Gen2 atau MyVi.

Tapi tidak bagi CAA 5906. masih kental jiwanya bersama cikgu Jamaludin.
Persoalannya, kenapa??

Kerana itulah lambang kasih sayang dan pengorbanan abah pada kami adik-beradik. Setiap kali model kereta baru keluar, kami menggiat abah
‘abah, unser ni lawa.. besar pulak tu’
“Abah, gen2 ni cantikla’
“Abah, avanza ni muatla kalau kita jalan jauh’
“Abah, MyVi ni ok gak”

Tapi tiap kali itu juga, jawapan abah sama; “belanja sekolah kamu semua lebih penting”

Itulah abah, apa-apa hal, pendidikan kami tetap diutamakan. Biarlah cikgu-cikgu lain mengganti kereta, bergaya dengan model-model terbaru. Bagi abah, selagi CAA 5906 masih mampu berfungsi dengan baik, membawanya berulang alik mencari rezeki, mendidik anak bangsa, dia tidak kisah. Biarlah kereta itu buruk, bak kata adik saya Amran Munawar satu petang, ketika kami duduk bersantai di beranda rumah, di sisi CAA 5906.

“ngah, ni kereta perang ni” kata Munawar, membuat saya terpinga.
“kereta perang ? kenapa?”
“ yela, tengok ni, lubang sana sini, macam kereta yang kena bedil ngan peluru kat Palesti tu.”
Oh, terkesima saya, membawa saya meneliti kereta kesayangan abah. Benar, beberapa lubang di bumbungnya ditampal. Dan masih banyak kecacatan lain, antaranya pintu belakang yang hanya boleh dibuka dari luar. Untuk itu, setiap kali saya keluar dengan mak dan abah dan saya duduk di belakang, seringkali saya usik pada mereka, ‘rasa macam boss pulak’ co jika ingin keluar, mereka perlu membuka pintu itu dari luar.

Tahun lepas, abah membeli kancil 2nd hand adik saya –nazifi berulang alik dari gombak ke mentakab. Dan saya menjadi penumpang setia. Namun CAA 5906 masih jadi kesayangan abah. Baru-baru ini saya suarakan lagi pada abah, tak nak tukar kereta ke?

Jawapan abah masih sama. “Kereta tu, kalau jual pun tak seberapa harganya. Biarlah, elok lagi.”

Dan emak menyampuk.. “anak-anak mak dah besar. Kami tunggu anak-anak semua balik, dengan kereta masing-masing, bawa kami jalan-jalan” lembut tapi penuh makna.

Itulah abah, perbelanjaan yang lebih utama diutamakan, membesarkan 8 orang anak dalam kehidupan serba seadanya, dan abah, akan terus meniupkan semangat dan kegigihannya pada kami dalam senyapnya itu.

Abah, selamat hari bapa. Kami semua sayangkan abah.
Kak ngah dan anak-anakmu..

My love- Zulaikha





Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Siti Zulaika Dania.anak kepada angah- jiran yang juga kawan saya dari kecil. Angah bertugas sebagai jururawat di Penang. Kerana beberapa masalah, si comel ika terpaksa ditinggalkan bersama neneknya. Keluarga mereka jiran kami. Nenek ika (mak Cik Kinah) merupakan pengasuh adik-adik saya- Amran Munawar dan Nur Izyani bila mak pergi kerja (macam hubungan saya dan mak Nah). Kluarga kami memang rapat, macam saudara sendiri.

Sepanjang cuti ini, tiap petang saya akan menghabiskan masa bersama ika. Petang-waktu makan, mandi dan jalan-jalan. Dan saya akan offerkan diri, buat semuanya untuk ika. Usianya 8 bulan. Keletah, sangat aktif. Mudah tertawa. Comel.sesiapapun yang tengok, pasti jatuh sayang padanya. Tapi ika agak cerewet. Tak suka dipegang, kecuali oleh orang-orang yang biasa dengannya.


Tiap-tiap petang, menjelang senja saya akan pulang ke rumah, dan saat itu selalunya sukar. Kerana ika akan menangis bila saya tinggalkannya.. ..

Esok saya akan mendaftrakan diri untuk memulakan pengajian master; hujung bulan ini pula ika akan pulang ke pangkuan mama dan papanya di Penang.saya akan rindukan ika nanti..ketawanya, jeritannya, tangisannya, telatahnya.. nampaknya pas ni kena beli minyak rambut shurah yang ika pakai tu, supaya dapat saya hidu ‘aura’ ika, terasa dekat di hati..


pembakar semangat..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Ahad 17 jun.
hari yang cukup indah. Alhamdulillah, nikmatMu kusyukuri. Pertemuan denganguru-guru Mukmin pada paginya,sahabat2 tersayang pada tengaharinya, dan lanjutannya, bermalam di rumah mak angkat saya.. menerbit gembira di hati..

Pagi, saya ke Al-Mukmin. Ada taklimat tentang pemantapan kurikulum subjek syariah di Pusat Pengajian ini.
Berjumpa guru-guru Mukmin, memohon restu dan doa mereka untuk perjuangan saya menyambung pelajaran ke peringkat sarjana.

Bertemu Ustaz Aris dan Isteri- Ustazah hamdah, adalah perkara yang menggembirakan. Kali terakhir kami bertemu, ketika Ustaz Aris berceramah di masjid Taman Saga, kira-kira 3 tahun lalu. Mereka sekeluarga dijemput makan malam di rumah, sebelum ke Masjid pada malam itu. Ustaz Aris, dari dulu lagi, amat saya hormati kerana keihklasannya ketika mengajar, dan uslubnya dalam tarbiah, yang sentiasa berhikmah. Mengutip semangat dari pasangan ini, memohon doa dan restu.

Taklimat hari itu disampaikan Ust Aris- Qadhi daerah Maran yang juga penasihat syariah al-Mukmin.

Kurikulum dimantapkan, dengan mementingkan penghayatan subjek syariah dalam kehidupan, berbanding ‘exam oriented’ sebelum ini. Aqidah dan cintakan Allah, Rasul,para sahabat dan Islam perlu digali dalam mempelajari Sirah, bukan sekadar menghafal apa, bila, di mana dan segala jenis fakta sejarah..

Keinginan, dan raghbah untuk mempraktikkan segala ibadah fardhu ain perlu diterapkan, lebih penting dari sekadar menghafal teori2nya…

Kerinduan membaca, memahami dan menghayati kandungan Al-Quran perlu dititikberatkan tika membaca Al-Quran, bukan sekadar sebutan huruf dan bacaan serta hafazan ayat demi ayat.

Kecintaan kepada Bahasa Arab adalah keutamaan, lebih dari sekadar menghafal perkataan, mengetahui kosa kata baru dan nahu sarafnya.

Dengan uslub Talaqi (Al-Quran), Mauizah (Sirah), Amali (Fiqh) Kitabah (Jawi) dan Hiwar (B.Arab), pemantapan ini melalui 3 peringkat sasaran- Mukmin Patuh, Mukmin Beramal dan Mukmin Faqeh.

Pemantapan ini didasari dari mafhum hadis Rasulullah S.A.W


‘ didiklah anak-anakmu dengan 3 perkara: Kasihkan Nabi dan keluarga baginda, membaca Al-Quran dan kasih akan ahli keluarganya.

Dalam kereta dari Mukmin menuju ke Temerloh, saya menumpang kereta Ustaz Aris.Beliau memandu, Ustazah Hamdah di sebelah memangku Khaulah dan saya di belakang.

“Atikah, faham ke apa yang ustaz sampaikan tadi?”
“Faham ustaz, beza antara Ta’lim dan Tarbiyah” jawab saya sepatah.
“hm, itulah yang kurang pada pendidik sekarang” ulas Ustaz Aris ringkas.

Dan itulah hakikatnya, ramai guru lebih mementingkan ta’lim- proses memindahkan maklumat dari guru kepada murid, berbanding tarbiyah- yang lebih mementingkan penghayatan, dan buahnya- tentulah pengamalan dalam kehidupan seharian.

****
Studio Bintang Kecil vs Akademi Daie

Ketika sesi rehat, kami dipertontonkan dengan sedutan Akademi Daie- sebuah rancangan TV reality di Indonesia. hadafnya adalah untuk melahirkan anak-anak (budak-budak kecil) yang petah dan bijak berceramah serta berdakwah, menyampaikan kesedaran kepada masyarakat.

Subhanallah, terpesona saya melihat aksi adik-adik berusia 9-12 tahun ini berceramah, mengalunkan nasihat dan amaran disulami hadis dan ayat suci Al-quran. Juga terasa gerun bila diceritakan tentang azabnya neraka, terasa terpesona dengan indahnya gambaran syurga. Dan ibu bapa yang hadir, mengalir air mata diceritakan gerunnya balasan buat orang-orang yang lalai dari perintah Allah.

Subhanallah! Sungguh hebat kurnia Allah. Melentur buluh dari rebungnya. Itulah yang hebatnya. Sejuk perut ibu mengandung. Bahagia menjadi ibu bapa yang punya anak-anak sebegini.. dari sudut lain, saya melihat. Di situlah ‘advance’ nya stesen TV di Indonesia, punya kekuatan mewujudkan rancangan sebegini. Jenguk di tanah air, sebaliknya berlaku, ibu bapa rasa bangga bila anak-anak dipilih menyertai Studio Bintang Kecil- rancangan reality TV untuk melahirkan penyanyi di kalangan kanak-kanak. Kalau dari rebungnya sudah dilentur dengan hiburan, bagaimana ‘buluh’nya nanti?? begitulah hebatnya pengaruh hedonisme. Dan manusiapun berkiblatkan hiburan, lebih dari agama da ajarannnya.. Moga Allah melindungi kita..

‘ Allahumma hablana min azwaajina wazurriyyaatina qurratu a’yun waj’alna lilmuttaqiina imaama…”




EFFA: moga rimbunan ukhwah ini, teduhannya barakahNYA, buahnya RedhaNYA

Pertemuan dirancang pada saat akhir, saya menghantar SMS pada Fatimah, mengajak dia ke Mukmin bersama adiknya-Sarah yang baru pulang dari Moscow. Saya maklumkan tentang kehadiran Us Aris dan Isteri. Namun Fatimah tidak dapat hadir kerana ada urusan lain pagi itu.. akhirnya kata sepakat dicapai, kami akan bertemu petang itu, turut serta adalah seorang lagi sahabat karib saya sejak di Mukmin- Fairuza.

Everlasting Fairuza Fatimah Atikah. (EFFA) itu gelaran kami pada persahabatan ini, persahabatan yang erat sejak sejak tahun 1991, ketika kami masih di tahun satu di Al-Mukmin. Sungguh, saya sayangkan ukhwah ini. Kami membesar bersama, bersaing dalam pelajaran, sukan dan apa sahaja. Sejak usia saya 7 tahun dan mereka berdua 8 tahun ( coz mula2 mereka sek di tempat lain, bila pindah ke Mukmin, mereka masuk darjah 1 semula kerana ketika itu mukmin baru ditubuhkan dan kami generasi pertama).
Hari ini, 16 tahun berlalu, ukhwah ini masih utuh biar terpisah jarak dan keadaan, dan ukhwah ini, dengan izinNya menyaksikan seiringnya perjalanan kami mengejar kejayaan..

Masih basah dalam ingatan saya, jika ditanya cita-cita, sedari kecil, inilah jawapan kami.
Atikah- pensyarah bahasa Arab
Fairuza- akauntan
Fatimah- Doktor

Dan hari ini, inilah kami
Atikah- graduan UIAM- bahasa & kesusasteraan Arab
Fairuza- Graduan UKM- perakaunan
Fatimah- graduan UKM- Kimia Tulen (bukan sebagai doctor, tapi masih dalam disiplin yang sama)

Dewasanya ukhwah ini bersama cita-cita. Darjah 1-6. kami mendominasi tempat 1-3 dalam tiap peepriksaan, diikuti kejayaan dalam UPSR.

Sekolah menengah, saya ke Al-Wosto, mereka berdua ke Al-Khairiah. Walau terpisah, kami sering berutus surat. Dan sesekali, berjumpa di Bandar temerloh.Selepas keputusan masing-masing yang cemerlang dalam PMR, kami berpisah kian jauh. Selepas saya menolak tawaran KISAS, Fairuza bersendirian di sana. Fatimah di aliran sains sma Al-Ihsan, Kuantan dan saya kekal di Al-Wosto. Kami terus berukhwah melalui lembaran kertas.

Kemudian, kami berjauhan lagi. Saya di Pusat MAtrikulasi UIAM (kini pusat Asasi UIAM), fairuza di matrikulasi Kuala Nerang dan Fatimah di Pusat Matrikulasi di Melaka. Kewujudan telefon tangan memudahkan perhubungan, menggantikan lembaran kertas yang menghubungkan ukhwah kami.

Kembara ilmu diteruskan. Kala saya setia bermukim di Kampus UIA Gombak, mereka berdua di Bangi. Kini, masing-masing bergelar graduan dalam bidang masing-masing. Ukhwah ini masih kukuh bagai dulu. Mereka umpama kakak-kakak bagi saya (kerana saya tidak punya kakak), sahabat sejati, teman berbicara, penasihat dan tempat saya berkongsi suka duka.

Dan hari itu, Bandar Temerloh sekali lagi menjadi saksi ukhwah ini, pertama kalinya setelah masing-masing bergelar graduan. Dan jika dulu, kami sering berkumpul di perpustakaan awam temerloh, kali ini lebih santai. Di sebuah restoran, sambil makan, berbual tentang pelbagai perkara, berkongsi suka dan duka. Lewat petang itu, mereka menghantar saya pulang ke Taman Saga.

Dan masih saya rasai, saratnya kasih sayang dan keikhlasan dalam ukhwah ini. Ukhwah yang bukan sahaja menghubungkan kami bertiga tetapi juga menghubungkan ketiga-tiga keluarga. Dan di lalua masa ini, istimewa buat sahabat2 saya ini, Fairuza dan Fatimah, ingin diluahkan, kalian sahabat istimewa, dunia dan akhirat. And I love both of you so much.. we are waiting for aur graduation day.. insya Allah, akan bersam meraikan kejayaan menggenggam segulung ijazah..

‘tidak beriman salah seorang daripada kamu hingga ia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri’- sabda Rasulullah S.A.W

Special thanks untuk Sarah untuk cernderahati dari Moscow yang cute tu.. ;-)

hadiah-menghadiahilah kamu, nescaya kamu akan dikasihi’- maksud hadis



Kasih bonda.

Masih ingat entry terdahulu? Tentang pemergian ayah angkat saya.. hj Hassan bin Kechik..?

Saya ke kembali ke rumah itu, selepas isyak malam itu dihantar Ipi (adik). Mak tinggal seorang rupanya. Ketika saya memberi salam, dia baru usai solat Isyak. Malam itu saya habiskan berbual dengan emak. Macam2 perkara, saya lebih banyak memberi ruang pada emak meluah rasa. Melepaskan kerinduan pada arwah kak Mawar dan arwah abah. Juga pada cucu-cucu kesayangannya. Terbit doa dan restu emak untuk saya tika bercerita tentang menyambung pengajian. Kata emak, kalau arwah abah ada, mesti dia gembira. Itu hasrat abah untuk anak-anaknya. Dia pernah meluahkan pada kak Ima dan kak Mas supaya terus sambung pengajian hingga ke peringkat sarjana. Namun kedua-duanya menolak, kerana ingin terus bekerja. Dan kini kedua-duanya menjadi pendidik.

Emak gembira dengan apa yang saya lakukan. Dan doa dia akan sentiasa mengiringi saya. Kami berbual hingga tidur. Usai solat subuh, kami menyediakan sarapan bersama. Dan masih berbual hingga adik saya datang menjemput saya..

Saya harap dan saya berdoa, saya akan kembali lagi ke sana nanti, menemani emak yang kian uzur dimamah usia.. doa dan harapan emak, menjadi pembakar semangat dalam kembara ilmu ini..

Entry tertangguh : walimah abg long: sepakat, muafakat membawa berkat..

my family (kecuali nazifi n amran munawar- susah betul nak 'tangkap' diorang)
gotong royong..
with fairuza n her sister..



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang





Alhamdulillah, walimah along berjalan lancar. Yang paling mengharukan, semangat kejiranan dan muafakat masayarakat setempat. Terasa kenduri ini bukan kenduri kami sekeluarga, tetapi kenduri kami- penduduk lorong 15, Taman Saga.

Sejak khamis lagi, rumah kami tak henti dikunjungi jiran tetangga untuk masak nasi manis dan kerisik. Jumaat- memasang khemah. Sabtu-siang diadakan persiapan memasak dan malamnya- tahlil dan kenduri arwah, serta gotong royong melapah lembu. Pagi esoknya, pagi-pagi lagi gotong royong memasak diadakan.

Terharu juga dengan sumbangan-sumbangan mereka. antaranya seguni (100kg) gula yang ditaja keluarga Pak Cik Rahman, barang2 memasak 2 gantang nasi manis ditaja Mak Anjang. 600 telur disedekah Pak Cik Mustafa.. Pelamin untuk bergambar disponsor Kak Nor, khemah makan beradab juga disponsor.. Malah untuk cenderahati tetamu iaitu telur 1500 biji- kami tidak membeli walau sebijipun, semuanya adalah sumbangan jiran tetangga…

Selepas kenduri, bungkusan2 beras dan gula masih banyak berbaki-semuanya yang disedekahkan jiran-jiran. Lalu barangan tersebut ‘dipusingkan’ kembali ke rumah-rumah mereka, memanjangkan sedekah..

Tetamu yang datang juga ramai. Dari jam 11 pagi- 3 petang, meja makan sentiasa penuh.. pastinya meliputi saudara mara, warga-warga wosto (kakitangan/guru-guru/pelajar dan bekas pelajar), teman-teman sekerja emak di Telekom (kuantan/bentong/mentakab/temerloh) dan sahabat handai/kenalan keluarga. Terharu juga yang datng dari macam Pak Cik Amran n Mak Cik Mah (kenalan lama mak) yang datang dari Kemaman, big boss mak masa bekerja di Kuantan- En. Rahim yang datang dari Perak. Abang Cik dan isteri yang mewakili keluarganya (jiran lama kami di Batu kapor) dari Ampang..

Special Thanks untuk teman-teman wostorian- Amy yang datang dari Petaling Jaya dan bermalam di rumah, Pieypah, Azizon, Jalaluddin (peserta Akademi Quran 2 yang tersingkir pada kumpulan kedua), Bukho, kak Nitrah, kak Ayu Mubin, Yan dan suami, dan ramai lagi (tak tersebut).. terima kasih sudi datang memeriahkan majlis..

Apapun, Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Sesungguhnya, jiran-jiran yang baik juga adalah anugerah dari Allah..

“barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam, barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah dia berbuat baik kepada jirannya, barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamu’- al-Hadith







Tuesday, June 05, 2007

skrip-NYA yang sentiasa terbaik

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

-i-
saya menerima berita tersebut dengan dukacita.trip ke sabah untk program English dan Dakwah Course di SMK PUtatan-tak dapat saya hadiri. dukacita melanda.kerana lambaian gunung Kinabalu yang memang sekian lama ingin saya lihat.. dan sering saya dampingi di majalah2, pamplet2 pelancongan.. sayangnya rezeki untuk ke sana tiada.. sedih.tapi saya pujuk hati, ada yang lebih baik menanti..

dan benarlah, segala puji milikNYA. pendaftaran untuk sarjana dipercepat, dari tarikh asal -2 julai- ke 20 jun (tarikh saya sepatutnya ke sabah)..
maka sesungguhnya saat itu, hanya kesyukuran dipanjatkan. betapa hanya DIA tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA.

-ii-
menyambung pengajian.itu tekad saya.biarpun kadangkala teruja mendengar rakan-rakan lain melalui temuduga demi temuduga untuk mendapat pekerjaan, malah ada yang sudah bekerja, merasa duit gaji sendiri. sebelum saya ke uia minggu lepas, perbincangan keluarga.saya melihat kedudukan kewangan agak goyah untuk saya teruskan pengajian. saya melihat agak sukar untuk yuran pendataran hampir 3k disediakan. mak dan abah tidak bersuara. namun saya membaca riak gusar di wajah mereka. saya berfikir banyak kali. mungkinkah Allah menyukarkan jalan ini sebagai isyarat-saya perlu tangguhkan hasrat saya sekurang2nya untuk 2 tahun ini? buntu. berulang kali saya berfikir.berdoa.moga diberi jalan terbaik.berfikir juga tindakan alternatif untuk saya lakukan.sepanjang perjalanan dari mentakab ke uia, saya berfikir.dalam hujan malam itu, saya tak sedar air mata tidak mampu ditahan, tatkala memikirkan saya perlu korbankan dahulu keinginan itu.dan saya sedar, tidak seharusnya menjadi anak yang mementingkan diri sendiri.

urusan clearance selesai dengan lancar.dan saya dikhabarkan dengan tarikh pndaftaran sarjana yang diawalkan.semakin saya ragu.mampukah mak dan abah mencari sejumlat not itu sebelum hari pendaftaran?.dan saya jadi akur dengan takdir bahawa mungkin bukan rezeki saya untk terus menyambung pengajian.lalu bonda tersayang dihubungi.saya makluman tarikh pendaftaran diawalkan.dalam bahasa yang sarat kebimbangan.belum sempat saya luahkan hasrat mengundur diri dari pengajian, bonda memaklumkan.. rezeki datang. berbudi pada tanah.tidak pernah menghampakan.dan hasilnya datang tepat pada masanya. dan sepatah kata emak, 'memang rezeki kak ngah nak belajar lagi'.

saat itu, air mata jatuh dari tubirnya tanpa saya sedari.betapa DIA selalu ada saat2 genting begini. segala puji milikMU.. dan saat ini, hanya kesyukuran padaMU.. tak ternilai nikmatMU..

selesai

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

alhamdulillah, walimah abg long berjalan lancar..
mengumpulkan saudara mara, sahabat handai yang jauh dan dekat..
next entry saya cerita kisah kenduri kendara..
masih penat.. so mood menulis belum ada..

sabtu ini, abg long kembali ke bumi kenyalang..selepas 2 minggu bergelar suami isteri, kak long perlu ditinggalkan untuk mencari rezeki..pertemuan seterusnya ogos nanti.. nak buat macam mana..??