Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, June 19, 2007

Entry tertangguh : walimah abg long: sepakat, muafakat membawa berkat..

my family (kecuali nazifi n amran munawar- susah betul nak 'tangkap' diorang)
gotong royong..
with fairuza n her sister..



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang





Alhamdulillah, walimah along berjalan lancar. Yang paling mengharukan, semangat kejiranan dan muafakat masayarakat setempat. Terasa kenduri ini bukan kenduri kami sekeluarga, tetapi kenduri kami- penduduk lorong 15, Taman Saga.

Sejak khamis lagi, rumah kami tak henti dikunjungi jiran tetangga untuk masak nasi manis dan kerisik. Jumaat- memasang khemah. Sabtu-siang diadakan persiapan memasak dan malamnya- tahlil dan kenduri arwah, serta gotong royong melapah lembu. Pagi esoknya, pagi-pagi lagi gotong royong memasak diadakan.

Terharu juga dengan sumbangan-sumbangan mereka. antaranya seguni (100kg) gula yang ditaja keluarga Pak Cik Rahman, barang2 memasak 2 gantang nasi manis ditaja Mak Anjang. 600 telur disedekah Pak Cik Mustafa.. Pelamin untuk bergambar disponsor Kak Nor, khemah makan beradab juga disponsor.. Malah untuk cenderahati tetamu iaitu telur 1500 biji- kami tidak membeli walau sebijipun, semuanya adalah sumbangan jiran tetangga…

Selepas kenduri, bungkusan2 beras dan gula masih banyak berbaki-semuanya yang disedekahkan jiran-jiran. Lalu barangan tersebut ‘dipusingkan’ kembali ke rumah-rumah mereka, memanjangkan sedekah..

Tetamu yang datang juga ramai. Dari jam 11 pagi- 3 petang, meja makan sentiasa penuh.. pastinya meliputi saudara mara, warga-warga wosto (kakitangan/guru-guru/pelajar dan bekas pelajar), teman-teman sekerja emak di Telekom (kuantan/bentong/mentakab/temerloh) dan sahabat handai/kenalan keluarga. Terharu juga yang datng dari macam Pak Cik Amran n Mak Cik Mah (kenalan lama mak) yang datang dari Kemaman, big boss mak masa bekerja di Kuantan- En. Rahim yang datang dari Perak. Abang Cik dan isteri yang mewakili keluarganya (jiran lama kami di Batu kapor) dari Ampang..

Special Thanks untuk teman-teman wostorian- Amy yang datang dari Petaling Jaya dan bermalam di rumah, Pieypah, Azizon, Jalaluddin (peserta Akademi Quran 2 yang tersingkir pada kumpulan kedua), Bukho, kak Nitrah, kak Ayu Mubin, Yan dan suami, dan ramai lagi (tak tersebut).. terima kasih sudi datang memeriahkan majlis..

Apapun, Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Sesungguhnya, jiran-jiran yang baik juga adalah anugerah dari Allah..

“barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam, barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah dia berbuat baik kepada jirannya, barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamu’- al-Hadith







No comments: