Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, June 19, 2007

pembakar semangat..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Ahad 17 jun.
hari yang cukup indah. Alhamdulillah, nikmatMu kusyukuri. Pertemuan denganguru-guru Mukmin pada paginya,sahabat2 tersayang pada tengaharinya, dan lanjutannya, bermalam di rumah mak angkat saya.. menerbit gembira di hati..

Pagi, saya ke Al-Mukmin. Ada taklimat tentang pemantapan kurikulum subjek syariah di Pusat Pengajian ini.
Berjumpa guru-guru Mukmin, memohon restu dan doa mereka untuk perjuangan saya menyambung pelajaran ke peringkat sarjana.

Bertemu Ustaz Aris dan Isteri- Ustazah hamdah, adalah perkara yang menggembirakan. Kali terakhir kami bertemu, ketika Ustaz Aris berceramah di masjid Taman Saga, kira-kira 3 tahun lalu. Mereka sekeluarga dijemput makan malam di rumah, sebelum ke Masjid pada malam itu. Ustaz Aris, dari dulu lagi, amat saya hormati kerana keihklasannya ketika mengajar, dan uslubnya dalam tarbiah, yang sentiasa berhikmah. Mengutip semangat dari pasangan ini, memohon doa dan restu.

Taklimat hari itu disampaikan Ust Aris- Qadhi daerah Maran yang juga penasihat syariah al-Mukmin.

Kurikulum dimantapkan, dengan mementingkan penghayatan subjek syariah dalam kehidupan, berbanding ‘exam oriented’ sebelum ini. Aqidah dan cintakan Allah, Rasul,para sahabat dan Islam perlu digali dalam mempelajari Sirah, bukan sekadar menghafal apa, bila, di mana dan segala jenis fakta sejarah..

Keinginan, dan raghbah untuk mempraktikkan segala ibadah fardhu ain perlu diterapkan, lebih penting dari sekadar menghafal teori2nya…

Kerinduan membaca, memahami dan menghayati kandungan Al-Quran perlu dititikberatkan tika membaca Al-Quran, bukan sekadar sebutan huruf dan bacaan serta hafazan ayat demi ayat.

Kecintaan kepada Bahasa Arab adalah keutamaan, lebih dari sekadar menghafal perkataan, mengetahui kosa kata baru dan nahu sarafnya.

Dengan uslub Talaqi (Al-Quran), Mauizah (Sirah), Amali (Fiqh) Kitabah (Jawi) dan Hiwar (B.Arab), pemantapan ini melalui 3 peringkat sasaran- Mukmin Patuh, Mukmin Beramal dan Mukmin Faqeh.

Pemantapan ini didasari dari mafhum hadis Rasulullah S.A.W


‘ didiklah anak-anakmu dengan 3 perkara: Kasihkan Nabi dan keluarga baginda, membaca Al-Quran dan kasih akan ahli keluarganya.

Dalam kereta dari Mukmin menuju ke Temerloh, saya menumpang kereta Ustaz Aris.Beliau memandu, Ustazah Hamdah di sebelah memangku Khaulah dan saya di belakang.

“Atikah, faham ke apa yang ustaz sampaikan tadi?”
“Faham ustaz, beza antara Ta’lim dan Tarbiyah” jawab saya sepatah.
“hm, itulah yang kurang pada pendidik sekarang” ulas Ustaz Aris ringkas.

Dan itulah hakikatnya, ramai guru lebih mementingkan ta’lim- proses memindahkan maklumat dari guru kepada murid, berbanding tarbiyah- yang lebih mementingkan penghayatan, dan buahnya- tentulah pengamalan dalam kehidupan seharian.

****
Studio Bintang Kecil vs Akademi Daie

Ketika sesi rehat, kami dipertontonkan dengan sedutan Akademi Daie- sebuah rancangan TV reality di Indonesia. hadafnya adalah untuk melahirkan anak-anak (budak-budak kecil) yang petah dan bijak berceramah serta berdakwah, menyampaikan kesedaran kepada masyarakat.

Subhanallah, terpesona saya melihat aksi adik-adik berusia 9-12 tahun ini berceramah, mengalunkan nasihat dan amaran disulami hadis dan ayat suci Al-quran. Juga terasa gerun bila diceritakan tentang azabnya neraka, terasa terpesona dengan indahnya gambaran syurga. Dan ibu bapa yang hadir, mengalir air mata diceritakan gerunnya balasan buat orang-orang yang lalai dari perintah Allah.

Subhanallah! Sungguh hebat kurnia Allah. Melentur buluh dari rebungnya. Itulah yang hebatnya. Sejuk perut ibu mengandung. Bahagia menjadi ibu bapa yang punya anak-anak sebegini.. dari sudut lain, saya melihat. Di situlah ‘advance’ nya stesen TV di Indonesia, punya kekuatan mewujudkan rancangan sebegini. Jenguk di tanah air, sebaliknya berlaku, ibu bapa rasa bangga bila anak-anak dipilih menyertai Studio Bintang Kecil- rancangan reality TV untuk melahirkan penyanyi di kalangan kanak-kanak. Kalau dari rebungnya sudah dilentur dengan hiburan, bagaimana ‘buluh’nya nanti?? begitulah hebatnya pengaruh hedonisme. Dan manusiapun berkiblatkan hiburan, lebih dari agama da ajarannnya.. Moga Allah melindungi kita..

‘ Allahumma hablana min azwaajina wazurriyyaatina qurratu a’yun waj’alna lilmuttaqiina imaama…”




EFFA: moga rimbunan ukhwah ini, teduhannya barakahNYA, buahnya RedhaNYA

Pertemuan dirancang pada saat akhir, saya menghantar SMS pada Fatimah, mengajak dia ke Mukmin bersama adiknya-Sarah yang baru pulang dari Moscow. Saya maklumkan tentang kehadiran Us Aris dan Isteri. Namun Fatimah tidak dapat hadir kerana ada urusan lain pagi itu.. akhirnya kata sepakat dicapai, kami akan bertemu petang itu, turut serta adalah seorang lagi sahabat karib saya sejak di Mukmin- Fairuza.

Everlasting Fairuza Fatimah Atikah. (EFFA) itu gelaran kami pada persahabatan ini, persahabatan yang erat sejak sejak tahun 1991, ketika kami masih di tahun satu di Al-Mukmin. Sungguh, saya sayangkan ukhwah ini. Kami membesar bersama, bersaing dalam pelajaran, sukan dan apa sahaja. Sejak usia saya 7 tahun dan mereka berdua 8 tahun ( coz mula2 mereka sek di tempat lain, bila pindah ke Mukmin, mereka masuk darjah 1 semula kerana ketika itu mukmin baru ditubuhkan dan kami generasi pertama).
Hari ini, 16 tahun berlalu, ukhwah ini masih utuh biar terpisah jarak dan keadaan, dan ukhwah ini, dengan izinNya menyaksikan seiringnya perjalanan kami mengejar kejayaan..

Masih basah dalam ingatan saya, jika ditanya cita-cita, sedari kecil, inilah jawapan kami.
Atikah- pensyarah bahasa Arab
Fairuza- akauntan
Fatimah- Doktor

Dan hari ini, inilah kami
Atikah- graduan UIAM- bahasa & kesusasteraan Arab
Fairuza- Graduan UKM- perakaunan
Fatimah- graduan UKM- Kimia Tulen (bukan sebagai doctor, tapi masih dalam disiplin yang sama)

Dewasanya ukhwah ini bersama cita-cita. Darjah 1-6. kami mendominasi tempat 1-3 dalam tiap peepriksaan, diikuti kejayaan dalam UPSR.

Sekolah menengah, saya ke Al-Wosto, mereka berdua ke Al-Khairiah. Walau terpisah, kami sering berutus surat. Dan sesekali, berjumpa di Bandar temerloh.Selepas keputusan masing-masing yang cemerlang dalam PMR, kami berpisah kian jauh. Selepas saya menolak tawaran KISAS, Fairuza bersendirian di sana. Fatimah di aliran sains sma Al-Ihsan, Kuantan dan saya kekal di Al-Wosto. Kami terus berukhwah melalui lembaran kertas.

Kemudian, kami berjauhan lagi. Saya di Pusat MAtrikulasi UIAM (kini pusat Asasi UIAM), fairuza di matrikulasi Kuala Nerang dan Fatimah di Pusat Matrikulasi di Melaka. Kewujudan telefon tangan memudahkan perhubungan, menggantikan lembaran kertas yang menghubungkan ukhwah kami.

Kembara ilmu diteruskan. Kala saya setia bermukim di Kampus UIA Gombak, mereka berdua di Bangi. Kini, masing-masing bergelar graduan dalam bidang masing-masing. Ukhwah ini masih kukuh bagai dulu. Mereka umpama kakak-kakak bagi saya (kerana saya tidak punya kakak), sahabat sejati, teman berbicara, penasihat dan tempat saya berkongsi suka duka.

Dan hari itu, Bandar Temerloh sekali lagi menjadi saksi ukhwah ini, pertama kalinya setelah masing-masing bergelar graduan. Dan jika dulu, kami sering berkumpul di perpustakaan awam temerloh, kali ini lebih santai. Di sebuah restoran, sambil makan, berbual tentang pelbagai perkara, berkongsi suka dan duka. Lewat petang itu, mereka menghantar saya pulang ke Taman Saga.

Dan masih saya rasai, saratnya kasih sayang dan keikhlasan dalam ukhwah ini. Ukhwah yang bukan sahaja menghubungkan kami bertiga tetapi juga menghubungkan ketiga-tiga keluarga. Dan di lalua masa ini, istimewa buat sahabat2 saya ini, Fairuza dan Fatimah, ingin diluahkan, kalian sahabat istimewa, dunia dan akhirat. And I love both of you so much.. we are waiting for aur graduation day.. insya Allah, akan bersam meraikan kejayaan menggenggam segulung ijazah..

‘tidak beriman salah seorang daripada kamu hingga ia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri’- sabda Rasulullah S.A.W

Special thanks untuk Sarah untuk cernderahati dari Moscow yang cute tu.. ;-)

hadiah-menghadiahilah kamu, nescaya kamu akan dikasihi’- maksud hadis



Kasih bonda.

Masih ingat entry terdahulu? Tentang pemergian ayah angkat saya.. hj Hassan bin Kechik..?

Saya ke kembali ke rumah itu, selepas isyak malam itu dihantar Ipi (adik). Mak tinggal seorang rupanya. Ketika saya memberi salam, dia baru usai solat Isyak. Malam itu saya habiskan berbual dengan emak. Macam2 perkara, saya lebih banyak memberi ruang pada emak meluah rasa. Melepaskan kerinduan pada arwah kak Mawar dan arwah abah. Juga pada cucu-cucu kesayangannya. Terbit doa dan restu emak untuk saya tika bercerita tentang menyambung pengajian. Kata emak, kalau arwah abah ada, mesti dia gembira. Itu hasrat abah untuk anak-anaknya. Dia pernah meluahkan pada kak Ima dan kak Mas supaya terus sambung pengajian hingga ke peringkat sarjana. Namun kedua-duanya menolak, kerana ingin terus bekerja. Dan kini kedua-duanya menjadi pendidik.

Emak gembira dengan apa yang saya lakukan. Dan doa dia akan sentiasa mengiringi saya. Kami berbual hingga tidur. Usai solat subuh, kami menyediakan sarapan bersama. Dan masih berbual hingga adik saya datang menjemput saya..

Saya harap dan saya berdoa, saya akan kembali lagi ke sana nanti, menemani emak yang kian uzur dimamah usia.. doa dan harapan emak, menjadi pembakar semangat dalam kembara ilmu ini..

No comments: