JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Friday, January 29, 2010

Terima Kasih teman....

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Meriahkah hidup tanpa kawan-kawan? Saya tidak tahu kerana saya tidak merasainya..namun hidup dikelilingi kawan-kawan amat meriah..

Lebih-lebih lagi orang yang berpersonaliti 'biru' seperti saya, hidup dalam kelompok masyarakat itu lebih indah.. dan Alhamdulillah, sepanjang hidup ini saya sentiasa dikurniakanNYA kawan-kawan dan teman-teman yang berhati mulia...

Terima kasih kawan-kawan yang mendoakan dan memberi ucap selamat pada hari kelahiran yang lalu... Moga doa-doa kalian dikabulkan dan kembali kepada kalian juga...

TERIMA KASIH SARAH
Kenal sekejap tapi cepat menjadi mesra. Kenal 'gitu-gitu' je masa mengikuti Kursus Intensif Bahasa Arab dan Inggeris (KIBAI) di Pekan selepas mengambil SPM, dan seterusnya kenal dalam perjalanan KL-TRIANG (bas ekspres) ketika ingin menghadiri walimah Pipoh.. Namun secepat itu, kami menjadi akrab.

Sarah mengajak saya keluar bersiar-siar di Taman Tasik Titiwangsa, petang rabu lalu. Menghadiahi saya sepotong kek Banana Choc sempena hari lahir saya dan kami menghabiskan masa petang itu berbual tentang banyak perkara. Dapat bersiar-siar di suasana yang berbeza amat menyeronokkan kerana minggu ini- saya bersendirian di bilik, menulis tesis. tiada rakan sebilik kerana semuanya pulang ke kampung kerana UIA sedang cuti pertengahan semester...

Dapay keluar, menghabiskan masa bersama rakan yang berhati mulia terapi yang amat baik menghilangkan kebosanan dan kepenatan memerah otak di bilik..

TERIMA KASIH JAH
Jah datang menemani saya dari Dungun, sementara menunggu waktu janjitemu dengan penyelia tesisnya di UM. Lama tak jumpa, banyak yang dikongsikan. Malamnya kami makan di Gombak Setia bersama Jaie. Saat yang indah, dalam perjalanan ke KL tadi, kami berbual dengan topik utama- Bahasa Arab. Pengajarannya, kurikulumnya di sekolah dan segalanya tentang bidang kami ini. Seronok, dah lama (selain alam kelas) saya dapat bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman tentang bahasa syurga ini.

***
saya berada di perut ibukota Kuala Lumpur, menunggu jam 2 petang untuk pulang menemui ayahbonda dan insan-insan tersayang, memohon doa, restu dan semangat mereka sebelum memulakan latihan mengajar di SMK Hillcrest, Gombak isnin ini...

****
Hadiah istimewa tahun ini?
Pertengahan febuari nanti Insya Allah, yang teristimewa dan 'termahal' yang pernah saya miliki..
Counting the days....

Tuesday, January 26, 2010

Rindu

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pagi2 tadi, ada dua orang budak mengganggu tidur saya.. hehe.. 2 budak comel menunggu di hadapan pintu pagar utama Mahallah Asiah, ingin berjumpa sebelum mereka ke Kuantan dan seterusnya ke Leryar esoknya. Raihan n Irah.. Ingin berjumpa melepas rindu. dan saya juga rindukan adik-adik ini.

Keberangkatan ke Leryar, perbualan saya dan Jaie malam tadi, gambar-gambar lama COMRADE yang diletakkan di muka buku, dan perkembangan rakan-rakan COMRADE satu persatu.. yang berkahwin, yang beranak, yang bertambah anak dan sebagainya,,, Itu semua menjadikan saya rindu! Rindu yang amat untuk melalui jalan yang sama lagi, ziarah ke kg Orang Asli. Perkara yang amat lama saya sudah tinggalkan. Kali terakhir ke mana yer? saya tidak ingat tetapi kalau tak silap ke Kuala MU..

Selepas itu, saya amat sibuk menggalas 2 tanggungjawab sebagai pelajar, hingga banyak benda yang tidak terusrus.. kerinduan untuk masuk ke kampung ada tetapi kekangan masa juga sentiasa ada.Yang mampu saya buat sekadarnya, mendoakan perjalanan demi perjalanan, membantu sikit sikit apa yang ada, menghadiri majlis-majlis di UIA kalau berkesempatan.. Namun rindu untuk turun ke medan sentiasa mekar. Tunggulah saya selesaikan tanggungjawab belajar yang satu ini, dan saya akan turun ke medan kembali, biiznillah..
.
hmm.. encik, encik mahu ikut tak? Jom.....!

Sunday, January 24, 2010

24011984-24012010

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah..hanya kesyukuran yang tak terhingga atas nikmat dipanjangkan usia..moga nikmat ini tidak disia-siakan.. Moga nikmat yang satu ini menambah rasa kehambaan..

Terima kasih yang tak terhingga buat emakku..emakku..emakku
lalu buat ayahku.. kasih sayang dan pengorbanan segala..

Buat abanglong, kak long dan adik-adik..

buat guru-guruku sejak dulu hingga kini...

buat rakan-rakan dan kenalan sepanjang perjalanan...

buat anda semua...

Terima kasih dan ampun maaf atas segala..

moga tiap impian n harapan yang ingin dicapai dalam usia ini dipermudahkanNYA dan diiringi keberkatan...

nota hati:
buat myZFM.. selamat hari lahir juga.. (berkongsi bulan kelahiran..) Moga tiap impian dipermudahkan.. Terima kasih atas segalanya...
*****
bertambahnya usia, bertambah dekat ke pintu kematian...

Friday, January 01, 2010

berganti tahun..

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah.. masa diberiNYA ruang bernafas.. Entry ini mungkin lebih kepada kesimpulan sepanjang tahun..
Alhmdulillah atas tiap nikmat yang dikurniakanNYA dalam hidup..Tiap pahit dan manis itu, hanya DIA mengetahui hikmah setiap sesuatu..dan hanya DIA yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNYA..

2009..1430..

Awal tahun, dunia saya banyak berkisar tentang kehidupan sebagai guru sandaran di SMA Al-Wosto.. Alhamdulillah, berkesempatan pulang ke sana, memberi setakat termampu.. Melalui hari-hari yang indah di daerah yang tenang itu, melayani kerenah anak-anak murid. Menjadi warden mematangkan diri dengan pelbagai ragam dan masalah. Menambah pelbagai kemahiran. Alhamdulillah. Banyak sangat yang dipelajari. Ukhwah dengan guru-guru saya dulu dan guru-guru SMAW kini juga menjadi kenangan indah buat saya.

Dari penghujung Jun, dunia saya kembali bergelar pelajar. Menyambung pelajaran mengikuti kursus perguruan (DPLI) di bumi UIA juga, saya kembali menjai pengembara ilmu. Ini bukan pilihan terakhir tetapi adalah pilihan pertama. Sebab sesungguhnya masih terasa kerdil ingin menjadi pendidik tanpa ilmu di dada. Alhamdulillah, banyak sekali yang saya pelajari. Bertemu rakan-rakan dan pensyarah baru, saya bersyukur dengan peluang ini. Semuanya menambah azam menjadi murabbi yang berjaya insya ALlah.

Yang pahit untuk dikenang, namun tiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..Hampir 5 bulan, kami diuji apabila adik lelaki saya sakit. Sepanjang tempoh itu, tiap-tiap minggu saya akan pulang ke rumah. Apa lagi yang lebih penting selain keluarga? Ada imbasan yang langsung tidak mahu saya ingat kerana amat pilu hati ini bila mengingatkannya. Namun tiap berlaku pasti ada hikmahNYA, mengajar kita sabar, redha, mengingati DIA selalu dan mengeratkan kasih sayang keluarga..Alhamdulillah.. Menjelang Aidiladha lalu, sebelum Abah berangkat ke  Tanah Suci, dia beransur pulih. Alhamdulillah, tak terluah kesyukuran ini. Sesungguhnya tidak ada daya dan kuasa melainkan dari Engkau Ya Allah.

Kehilangan dan kejauhan meningkatkan kasih sayang. Itulah yang terjadi apabila adik saya Izzati menyambung pelajaran ke Jordan 3 Syawal lalu. Di tengah kesakitan adik di rumah, melepaskan dia pergi jauh dari kami bukanlah mudah. Semuanya memerlukan keteguhan hati. Keadaan sama berlaku apabila abah menyahut seruan haji. Kami berpisah dengannya, perpisahan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Maka Aidiladha lalu, rumah kami sunyi sepi.. Alunan takbir dari kaca TV dipasang untuk menghidupkan suasana.Kepulangan Abah kami sambut penuh kerinduan dan kesyukuran. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan untuk Abah di sana.

Penghujung 2009 dan awal 1431, membuka lembaran baru dalam hidup dan saya perlu bersedia untuknya...

Cuti-cuti Malaysia:
Berkesempatan bercuti ke Cameron mengikuti rombongan persatuan Bahasa Inggeris, percutian ke Tioman bersama rakan-rakan COMRADE dan seterusnya ke Pangkor, kursus+cuti bersama rakan-rakan DPLI. Alhamdulillah, menghargai alam indah ciptaan Allah, manifestasi keagunganNYA.

1431: 2010

Melihat tarikh yang bertukar menjadi 2010, degupan jantung menjadi kuat. Banyak perkara baru dirancang tahun ini, banyak lembaran baru akan dibuka. Moga Allah permudahkan semuanya Insya Allah.

Menghabiskan tesis
Memulakan praktikal
menamatkan DPLI
menamatkan MA
menamatkan zaman bujang

majlis peribadi (kecil-kecilan) di awal tahun, di tengahnya akan menghadiri 2 majlis graduasi (MA &  DPLi) dan majlis peribadi (the big one) di penghujungnya.. Tolak Januari dan Disember, ada 10 bulan yang akan membuatkan jantung saya berdegup kencang. dan pastinya semua itu bukan mudah..

Bukan mudah menamatkan pengajian DPLI- masih ada assignment,exam,praktikal untuk dijayakan
bukan mudah menamatkan MA- tesis yang masih berbaki perlu disiapkan
bukan mudah menamatkan zaman bujang- persediaan mental,fizikal,ilmu yang perlu disiapkan
dan pastinya untuk semua di atas, melibatkan kos RM juga ;-) 

semuanya memerlukan persiapan.. dan semuanya, hanya dariMU aku memohon, permudahkanlah untukku Ya ALlah

Cuti2 Malaysia:
Awal tahun ini, minggu hadapan Insya Allah akan ke Sarawak, percutian keluarga sempena menghadiri pernikahan staf emak. Yang lain ada beberapa percutian dalam perancangan. Yang pasti bukan di 10 bulan yang di pertengahan tahun ini kerana di situ, amat banyak tanggungjawab menanti.

Demikian konklusi peristiwa untuk tahun sebelum ini. Azamnya, apapun yang mendatang, moga makin bertambah kehambaan ini padaMU...


Anda bagaimana?