بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Meriahkah hidup tanpa kawan-kawan? Saya tidak tahu kerana saya tidak merasainya..namun hidup dikelilingi kawan-kawan amat meriah..
Lebih-lebih lagi orang yang berpersonaliti 'biru' seperti saya, hidup dalam kelompok masyarakat itu lebih indah.. dan Alhamdulillah, sepanjang hidup ini saya sentiasa dikurniakanNYA kawan-kawan dan teman-teman yang berhati mulia...
Terima kasih kawan-kawan yang mendoakan dan memberi ucap selamat pada hari kelahiran yang lalu... Moga doa-doa kalian dikabulkan dan kembali kepada kalian juga...
TERIMA KASIH SARAH
Kenal sekejap tapi cepat menjadi mesra. Kenal 'gitu-gitu' je masa mengikuti Kursus Intensif Bahasa Arab dan Inggeris (KIBAI) di Pekan selepas mengambil SPM, dan seterusnya kenal dalam perjalanan KL-TRIANG (bas ekspres) ketika ingin menghadiri walimah Pipoh.. Namun secepat itu, kami menjadi akrab.
Sarah mengajak saya keluar bersiar-siar di Taman Tasik Titiwangsa, petang rabu lalu. Menghadiahi saya sepotong kek Banana Choc sempena hari lahir saya dan kami menghabiskan masa petang itu berbual tentang banyak perkara. Dapat bersiar-siar di suasana yang berbeza amat menyeronokkan kerana minggu ini- saya bersendirian di bilik, menulis tesis. tiada rakan sebilik kerana semuanya pulang ke kampung kerana UIA sedang cuti pertengahan semester...
Dapay keluar, menghabiskan masa bersama rakan yang berhati mulia terapi yang amat baik menghilangkan kebosanan dan kepenatan memerah otak di bilik..
TERIMA KASIH JAH
Jah datang menemani saya dari Dungun, sementara menunggu waktu janjitemu dengan penyelia tesisnya di UM. Lama tak jumpa, banyak yang dikongsikan. Malamnya kami makan di Gombak Setia bersama Jaie. Saat yang indah, dalam perjalanan ke KL tadi, kami berbual dengan topik utama- Bahasa Arab. Pengajarannya, kurikulumnya di sekolah dan segalanya tentang bidang kami ini. Seronok, dah lama (selain alam kelas) saya dapat bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman tentang bahasa syurga ini.
***
saya berada di perut ibukota Kuala Lumpur, menunggu jam 2 petang untuk pulang menemui ayahbonda dan insan-insan tersayang, memohon doa, restu dan semangat mereka sebelum memulakan latihan mengajar di SMK Hillcrest, Gombak isnin ini...
****
Hadiah istimewa tahun ini?
Pertengahan febuari nanti Insya Allah, yang teristimewa dan 'termahal' yang pernah saya miliki..
Counting the days....
No comments:
Post a Comment