Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, May 31, 2005

ukhwah itu indah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

assalamualaikum...

macam biasala.. selalunya posting QA adalah posting yang tertunda.. hari selasa ba'da fas an-naqd al- arabi ( lepas kelas traditional criticsm) barula ada fursah (kesempatan) nak menulis n post entry jadiid (baru)


::khamis petang..::

meeting IPTA Pos Lebir n AEC Kuala Betis.. ( 23-28 Jun 2005)
Insya Allah hujung sem ni, COMRADE akan adakan lagi IPTA (islamic Practical Teaching For Aborigines ) di Pos Lebir, Kelantan.. petang khamis tu, bertempat di Hs lr 11, meeting kali pertama diadakan.. mo' ana menerangkan tentang nature kg diikuti pembahagian organisasi... n yg lebih istimewa, program kali ni berkembar dgn program Aborigines Educational Clinic (AEC) yg akan diadakan di Kuala Betis, Gua Musang Kelantan.. so di kalangan 80 peserta, 20 daripadanya akan terus ke kuala Betis.. selepas 3 hari di sana barula menyertai yang lain meneruskan IPTA di Pos Lebir...

yang istimewanya juga program kali ni dijangka akan disertai oleh 10 orang siswa/siswi org asli dr ipta seluruh malaysia.. insya Allah... selamat meluaskan ukhwah sesama kita..

QA sendiri akan join kedua-dua program tu.. maknanya mula2 akan ke AEC dan pastu menyertai kawan2 lain di IPTA... Moga DIA tanamkan keikhlasan dalam hati2 kita.. Ibtighaan mardhatillah..

:;khamis malam.. kelas debat b.arab::

dikendalikan oleh debater uia, kak wahida.. adala dalam 8 orang yang hadir.. kami diberi tajuk dan diberi masa untuk munaqasyah (berbincang) afkar (isi2).. sa waa un kal hukumah am mua'radhah ( sama ada sbg kerajaan ataupun pembangkang).. pastu kami diberi peluang untul melontarkan hujah masing2..

ni baru asas jer ni.. apapun, moga DIA beri kekuatan untuk terus istiqamah... jadi student BARB, kalau grad tapi tak boleh bertutur dengan baik nanti, bukankah satu kerugian..??

::jumaat pagi... :;

lambaian laman bonda membawa QA pulang ke Taman saga... Seronoknya bernaung di laman ayahbonda... terasa terbang segala kekusutan..

::sabtu::

menanti sahabat2 dari UIA untuk sama2 survey Tasik Bera untuk Program ANTRAXX05.. kesian h.com welfare- SYUHADAA yang rtak dapat join coz sakit mulut... diorang inform yang diotrang bertolak dari UIA kul 11 pagi coz max ada test... so kat umah, QA pun bersiap apa yang patut.. jangka2 diarang akan tiba waktu lunch nanti...

Takdir Allah, fi athnaittariiq ( tgah jalan) cermin kereta depan retak.. so dalam sejam mereka tersadai di Lanchang untuk baiki... mujur sempat siap lepas sejam.. perjalanan diteruskan ke Taman Saga..

Alhamdulillah, pas makan, mandi ( tak mandi yer pagi tue...?) n solat, perjalanan diteruskan ke Tasik Bera..

so lewat petang itu, rombongan kami ( Shukri, Max, Shariah, K.Engku n QA ) tiba di tasik Bera... Tasik Bera menyambut kedatanagn kami... musim kemarau coz dah 5 bulan tak hujan kat sana.. menurut muwazzaf (officer) kat Pesona Lake Resort, hujan turun kali terakhir masa kejadian Tsunami dulu... hmm patutla pun.. dulu QA datang rasanya air tu sampai ke pelantar tempat menunaikan solat.. tapi kali ni airnya jauh ke tengah...

pas berbincang tentang kemudahan n harga, serta bertanya tentang orang Semelai - the lake man - yang menghuni di kg Jelawat, kg Pathir dan Pos Iskandar ( sekitar tasek Bera) kami pun memulakan perjalanan pulang... berenti kat masjid Kerayong untuk solat dulu..

sampai umah QA, ramainya orang.. rupa2nya my cousin nak bersalin di hospital Temerloh so anak2 dia ditinggalkan kat umah.. kecik2 lagi n sebaya.. 6 orang semuanya (agaknya macam tu la kami kecik2 dulu).. pas makan,diorang pun pulang ke UIA.. tapi risau kalau2 tak sempat sampai UIA before kul 12.. hari pun dah malam.. dengan keadaan kereta yang tak berapa diyakini tu, dengan perjalanan jauh n meletihkan sepanjang hari.. nasib baik driver ok... pun risau yg lain2 tu syahid... nanti driver sorang2 jer yg drive.. ngantuk pulak nanti.. Alhamdulillah, mereka selamat sampai ke UIA jam 11.45 mlm...

:: tasik Bera yang mengulit kenangan::

jalan2 kulewati
mencari semalam
dan atas nama sebuah persahabatan
demi mencari redhaNYA
daerah ini yang pernah kita susuri
teguh berdiri
lambang keakraban
senandung keteguhan
kutinggalkan bersama kenangan
kerana mentari telah pergi
sirna sejalur cahaya
moga tidak memudarkan hidupmu
kerana di sana
kasihNYA lebih abadi..

..moga tiang itu terus teguh berdiri walau tanpa penyokongnya lagi....



('adik'... thanks sudi share n bagi nasihat kat akak .. May Allah bless u...)

::ahad::

pagi.. kenduri walimah jiran kat belakang rumah.. tolong apa yang patut..
petang.. ke hospital temerloh tengok anak sedara baru lahir... hmm sejuk hati tengok baby baru lahir.. suci bersih dari dosa... cam kita la.. semua org mcm tue.. tapi bila dah dewasa... macam2 yang kita buat... masihkah yang suci itu kekal suci..??? tazkiyyah an nasfs... moga diampunkan kita...

pastu pergi ke sangkar ikan patin di tepi sg pahang... beli ikan patin esok nak bawak balik.. n mak nak buat jamuan kat idarah (office) dia...

::isnin:;
berat hati tinggalkan rumah.. UIA melambai.. tanggungjawab yang masih belum diselesaikan menanti... dan hidup ini perlu diteruskan.. IBTIGHAAN MARDHATILLAH... MENCARI CAHAYAMU...

No comments: