Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, July 25, 2007

musafir

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

musafir.saya suka bermusafir. kata orang, jauh perjalanan luas pandangan. The best part of musafir yang paling saya suka, bukan ketika tiba ke destinasi, tetapi sepanjang perjalanan bermusafir. itu adalah satu ruang dan peluang untuk saya berfikir dan berkata-kata dengan diri sendiri, muhasabah masa lalu dan menjana semangat baru. Juga satu ruang untuk saya menghambat setiap kekhilafan yang terjadi, menghitung hikmah dan tarbiyah Allah dalam tiap ujian serta mencari kebaikan dan membina harapan serta kekuatan. Sepanjang perjalanan dalam bermusafir, seringkali saya 'tenggelam' dalam dunia saya sendiri..

::bas::
ke Singapura, menyertai program-program COMRADE/Debat, dari mentakab-ke KL, waima berjalan-jalan sekitar KL. Menaiki bas, walau perjalanan pendek tapi seringkali saya temui mutiara hikmah untuk diri.

:keretapi:
paling jauh perjalanan dengan keretapi, dari Wakaf Baru, kelantan ke Mentakab, semasa saya sekolah rendah dulu. Masih basah dalam ingatan, saya dan adik-adik menaiki keretapi kelas biasa selama sehari semalam. Kami sangat aktif berjalan dari gerabak ke gerabak yang lain. So excited waktu tu. masih jua saya ingat, kegigihan penjaja-penjaja makanan ringan dan sayur-sayuran ketika keretapi masih berada di Kelantan menjaja barangan mereka, naik di satu stesen dan turun di stesen yang lain. Pun masih saya ingat, keseronokan apabila keretapi melalui jambatan, di bawahnya sungai, atau melalui kawasan hutan, terutama bila berada di kawasan Gua Musang/Kuala Lipis. Perjalanan yang memenatikan bila keretapi berselisih dan keretapi yang kami naiki terpaksa berhenti untuk memberi laluan, menukar landasan. Perjalanan yang penat tapi manis untuk diingat

:: Kapal Terbang::
Alhamdulillah, masih saya ingati dan amat syukuri, pengalaman pertama menaiki kapal terbang, dari KL ke Bangkok seterusnya ke New Delhi. Semuanya anugerah Allah. Tak pernah termimpi diberi peluang berada di udara. Dan perjalanan yang panjang menginsafkan saya, betapa agungnya DIA, betapa kerdilNYA saya.. dan betapa pemurahnya DIA memberikan segala kurnia. Perjalanan KL ke Kuching juga masih saya rindui... Walaupun tidak se excited pengalaman pertama, masih saya gembira bermesra dengan awan.. dan moga ada kesempatan lagi nanti untuk saya berada di awanan. Saat ini, saya rindu membawa diri tinggi berlari ke langit..

::Trak JHEOA::
satu lagi perjalanan yang selalunya mengasyikkan. Berada di belakang trak, menghadap ke jalanraya seolah-olah berjalan dalam keadaan mengundur ke belakang. Paling jauh, dari Pos Lebir, Kelantan ke Gombak. Perjalanan dari jam 1 tengahari dan sampai ke GOmbak semula 5 pagi esoknya (sebab singgah di Air Terjun Lata REk+ makan buah durian kat sana).. penat coz trak berjalan perlahan (tak boleh lebih dari 60km sejam) tapi seronok. Menikmati perjalanan begini, satu ruang yang cukup berharga bagi saya.

dan di setiap permusafiran itu, seringkali seharusnya kita berdoa, diberi keberkatan dalam musafir, dan moga dengan berkatnya musafir itu, Allah memberikan kurnia-kurniaNYA pada kita..

No comments: