Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, July 19, 2007

catatan pengembara ilmu..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

minggu ini, semua kelas sudah bermula.. hari ini khamis.. tak ada kelas. dah setelah diberi introduction semua subjek, cinta saya kian mendalam. Alhamdulillah, dikurniakan rasa cinta untuk mencari ilmu dan terus menggali khazanahNYA.. Dengan cinta ini, keazaman dan kesungguhan berpaksi. dan bukankah dengan rasa cinta juga lahirnya kekuatan untuk menempuh tiap dugaan mendatang?? moga cinta ini terus kekal dan memekar..


terasa kini, syukur Alhamdulillah atas tiap yang ditakdirkanNYA atas diri. semasa pengajian sarjana muda dulu, ketika diberi pilihan untuk memilih 3 daripada 6 subjek elektif Human Sciences, saya memilih 3 subjek- Intro to Psychology, Intro to Mass Communication dan subjek Rise and Expansion of Islam. hari ini, sangat saya syukuri. ke 3-3 subjek itu amat berkait rapat dengan pengajian sarjana saya, terutama untuk subjek Psycholinguistic. Alhamdulillah, sesungguhnya ketentuan Allah itu sentiasa yang terbaik. Allahu Akbar!

::hari kebodohan??::

semuanya bermula dengan baik. Malamnya, saya sudah siap menggosok pakaian untuk dipakai keesokannya. menyemak kembali sijil-sijil yang akan dibawa untuk sesi interview pinjaman pendidikan Yayasan Pahang. tidur awal. dan seperti biasa, rutin harian bermula 5.15 pagi. usai solat subuh, sempat menghayati surah Luqman, sambil berdoa diberikan kecerdasan akal seperti LUqman untuk menjawab soalan interview...

6.45 pagi, saya mengetuk bilik Asma'. dia berjanji untuk menghantar saya ke bus station pertama UIA. ketuk ketuk dan ketuk. tiada jawapan. bukan sahaja Asma', roomates yang lain juga tidak bangun membuka pintu. mungkin mereka tidur semula lepas subuh, kerana ketika melewati bilik mereka 5.15 pagi tadi, kedengaran suara mereka berbual-bual. saya membuat panggilan kepada Asma'. tiada jawapan. melihatkan masa yang kian beredar, dan saya perlu berada di PWTC jam 8.30 pagi, saya membuat keputusan berjalan kaki ke bus stop terdekat- di hadapan MAhallah Asma'. berjalan pagi, di pagi yang sejuk ke sana mengambil masa 10 minit. matahari masih malu-malu menampakkan wajah. sebaik sampai, kelibat bas Rapid KL kelihatan. Alhamdulillah, demi melihat bas tetera LRT TAMAN MELATI, saya menahan dan menaiki bas. saya sebenarnya menunggu bus yang menuju ke LRT Terminal Putra. tapi tak kisahla, janji sampai ke mana-mana stesen LRT. ..

dalam bas, saya menaip msg kepada Asma', memaklumkan saya pergi dahulu kerana hari sudah lewat... perjalanan bas agak 'pelik'. melalui jalan lama, ke kawasan Ong Tai KIm dan melalui Taman Setapak. laluan yang saya tak pernah lalui sepanjang menaiki bas Rapid KL di UIA.ketika membelok ke kawasan berhampiran Taman Melati, saya lega kerana kian hampir ke Stesen LRT. tak semena-mena, bas kembali membelok ke OTK, dan melalui jalan pulang kembali ke UIA! dan saya sendiri tak tahu.saya tidak panik, tetapi dalam masa yang sama juga tidak mampu berfikir nak berhenti ke mana. pun tidak terlintas untuk bertanya sesiapa waima kepada pemandu bas. yang saya nampak-saya akan berhenti di UIA semula nanti. Agak resah bila jam menunjukkan hampir 8 pagi. tapi entah apa yang menghijab fikiran, saya tidak mampu berfikir, apa yang terbaik untuk saya lakukan ketika itu!

hampir sejam di dalam bas, 8 pagi. bas masuk ke UIA semula dan saya menekan loceng, berhenti. lalu menahan teksi untuk ke Stesen Putra Gombak.

sampai di stesen Terminal Putra, saya menaiki LRT Putra ke Masjid Jamek, dan seterusnya menukar LRT le STAR ke PWTC. sampai di Bilik Pahang, PWTC dalam 9.15 pagi! mujur ketika itu semua yang datang untuk temuduga berada di waiting room. dan saya menunggu di situ, dengan rasa agak kesal kerana terlambat. sedangkan itu bukanlah prinsip saya.

moral of the story::

teringat kata-kata seorang teman, ada masanya, kita akan mempamerkan kebodohan kita. dan saya rasa, hari itu, pagi isnin itu, saya melaluinya. saya sebenarnya punya banyak pilihan, bertanya kepada pemandu, atau berhenti di mana-mana dan mengambil teksi.. tapi entah apa yang menghijab pemikiran, saya memilih 'bersiar-siar' dalam bas dalam masa sejam dan kembali ke tempat saya menaiki bas-UIA... apapun, mungkin ada hikmah di sebaliknya, namun kadangkala tergelak sendiri, bila super senior UIA tersalah menaiki bas, di kawasan UIA sendiri..

jika saya menghadiri temuduga kerja, pasti awal-awal lagi saya sudah ditolak kerana kelewatan itu. dan pastinya alasan yang diberi tidak akan diterima sama sekali. tapi itulah hakikatnya, kadang-kadang kita telah rancang sehabis baik, seteliti mungkin, merencana perjalanan dengan tertib dan tersusun. namun, bila kuasa Allah menginginkan sesuatu, kita tetap akan tewas dalam perancangan Allah yang lebih baik, yang kita tidak nampak apa hikmahnya kerana kerdilnya kita. namun, atas tiap sesuatu itu, Alhamdulillah...

No comments: