JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, October 31, 2009

Abah: hadiah hari lahir teristimewa

بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
1 November tiba lagi (walaupun entry ini awal)

Hari ini hari lahir abah yang ke 55..
dan saat ini, abah sedang menjadi tetamu Allah, menunaikan haji di Kota Suci mekah..
saya pasti, ini hadiah hari lahir yang teristimewa untuk Abah..
Keadaan terkini, Abah sudah sampai di Mekah selepas hampir seminggu di Madinah. Namun ditimpa masalah- bagasi Abah yang diuruskan pekerja Tabung Haji hilang entah ke mana.. Maka Abah masih menunggu bagasinya..
Moga-moga dipermudahkan semua untuk Abah..
Kembali bercerita tentang Abah
Saya mula rindukan dia.. pulang ke rumah minggu ini, tiada suara dan wajah abah..selalu ada sama-sama, terutama masa makan ..
dan tahun ini, tiadalah sambutan hari lahir untuk Abah, mungkin tunggu dia balik. Yang penting, dia selamat di sana dan pulang dengan haji mabrur, Insya Allah.
Saya masih ingat ketika di sekolah, masa saya di tingkatan 4- Adik saya Nazifi tingkatan 3, Mimi tingkatan 2. Kami buat kejutan kat Abah. Hantar kek hari lahirnya ke makmal sains. Masa tu Abah tengah mengajar..
Masa saya di tingkatan lima, kami hantar kek ke Bilik Guru lelaki, Abah tengah tanda buku pelajarnya..
Tahun depan Abah akan bersara, mengakhiri tugasnya di SMA Al-Wosto, Insya Allah selepas hampir 21 tahun mengajar di Al-Wosto..
Saya masih rindukan saat-saat sebelum Abah ke Mekah. Saya menolong Abah memeriksa barangan yang ingin dibawa dan memasukkan 'sarung' Tabung Haji pada begnya, menampal tanda nama pada beg..
Saya juga terharu melihat Abah memfotokopi doa-doa dari buku Travelog Haji:Mengubah Sempadan Iman yang saya belikan untuknya bila dapat tahu Abah bakal menjadi tetamu Allah tahun ini. Kertas yang difotokopi itu dibawa bersamanya ke Mekah..
Doa yang saya kirimkan untuk Abah bacakan di sana sekadarnya; mengharap dipermudahkan segala urusan jodoh,tesis dan pengajian DPLI. Doa menjadi insan yang hampir di sisiNYA, doa tentang tempat posting nanti-moga diberi sebaik-baik tempat- dan satu doa yang saya harap akan dimakbulkan: Untuk saya jadi Tetamu Allah juga satu hari nanti, dalam usia yang masih muda, Insya Allah.
Di rumah, memang keadaan agak sunyi. Emak juga nampaknya resah. 'Boyfriendnya' jauh, sebelum ni tak pernah berpisah sejauh dan selama ini..
Wan (nenek saya, mak mertua Abah) juga nampak resah. dia mula resah sejak beberapa hari sebelum keberangkatan Abah. Katanya, kalau umurnya tidak panjang (tahun ini umur wan 98 tahun) dan ajalnya tiba saat Abah di sana, akan kuranglah seorang untuk solatkan jenazahnya. Sebelum Abah ke Mekah, Wan mengirim duit untuk saya belikan dodol di Pekan Sehari temerloh, untuk Abah bawak bekal katanya. Sebab dia tahu Abah sangat suka makan dodol.
Yang paling penting, dari satu sudut, saya melihat bahawa Abah adalah menantu yang sangat disayangi Wan. Sebab: Abah amat baik melayani Wan, lebih-lebih lagi ketika usia Wan kian menginjak tua..
Abah amat rajin melayan makan minum wan. Wan agak cerewet. Maklumla,selera orang tua.. maka setiap kali sebelum ke pasar, Abah akan tanya Wan, apa yang ingin dimakan. Abah juga amat rajin melayan Wan berbual itu dan ini.Amat sabar dia melayan kerenah Wan. Wan dah tua, jadi pendengarannya kurang. Namun abah tetap sabar melayannya berbual, walau terpaksa mengulang cerita yang sama 2 3 kali..
Entry saya melompat-lompat kan? tak apalah, saya sekadar menulis apa yang terlintas..
Untuk Abah..
semoga Abah beribadah dengan tenang di sana.. Doakan kak Ngah yer..
Selamat hari Lahir , moga Allah panjangkan umur Abah supaya Kak Ngah dapat berbakti pada Abah dan Emak dan supaya Abah dapat tengok kejayaan Kak Ngah nanti...
اللهم اغفرلي ولوالدي وارحمهما كما ربياني صغيرا

No comments: