Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Friday, February 16, 2007

minda pertama//

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

ini posting yang tertangguh dari sem lepas.. tetiba je terjumpa.. so rasa rugi pulak kalau apa yang dah ternukil ini tidak dikongsi bersama.. ini ibrah yang aku ambil dari kursus BTN yang diikuti sem lepas.. waktu itu sedang hangat dengan isu gula..

:: minda kelas pertama::

Aku mengikuti BTN pada sabtu yg lalu dengan keadaan ‘paksa rela’.. sekadar memenuhi requirement university untuk graduasi. Pun, sebolehnya juga mengikhlaskan niat.. tiap ilmu milik Allah. Mengikuti apa2 yang baik dan menyahkan apa2 yang ‘tidak baik’ dan ‘menjengkelkan’ sepanjang seminar.

Antara yang menarik minat adalah seruan supaya menjadikan minda kelas pertama..pada aku seruan itu telah lama wujud dalam titipan wahyu.. antara keperluan mencipta kelas pertama adalah dengan menjadikan kepentingan org lain lebih dari kepentingan sendiri, sentiasa membantu dan sanggup mnyusahkan diri sendiri untuk keenangan org lain.. inilah soal tadhiyah (pengorbanan) yang telah dijalinkan dalam sejarah para sahabat dan Nabi tercinta sejak dari dulu lagi…malah islam telah menyarankan supaya sentiasa menyayangi yang tua dan mengasihani yang lebih muda.. sebagai muslim, seharusnya tidak ada sebab untuk kita tidak menjadi manusia yang memiliki minda kelas pertama kerana kita punyai panduan kelas pertama (al-quran) dan contoh juga kelas pertama(RAsulullah- bukan setakat kelas pertama malah kelas super vvvvvvvvvvip)

::seruan meramaikan zuriat::

Selusuri fakta berikut:

Rakyat Malaysia: 26 juta. Drpdnya= 16j adalah melayu (islam+ separa islam)..

drpd 12 j, perempuan = 6 juta. Drpd 6 juta, 2 juta adalah golongan 40 tahun ke atas, 2 juta adalah bayi n kanak2 dan selebihnya 2 juta adalahremaja/belia.
Daripada 2 juta ini, melihat kepada fenomena hari ini (kekurangan lelaki berkualiti, tuntutan kerjaya dsb) yang akan berkahwin mungkin separuh daripadanya ( 1 juta)..

jika 1 juta ini melahirkan anak purata 5 anak seorang.. 10 atau 20 tahun akan datang, keturunan Melayu (generasai baru ) hanyalah 5 juta! Sedangkan bangsa2 lain, dengan kemasukan pendatang asing, kes2 anak luar nikah yang ramai dsb, telah menambahkan zuriat mereka dengan pesatnya.. so apa akan jadi pada masa akan datang? Masih kekalkah melayu menjadi bangsa majority di tanah tumpa darah sendiri??

So seruan membanyakkkan zuriat dikira cukup relevan untuk memastikan kita masih mendiami bumi Malaysia ini dalam zon selesa. Bahkan yang lebih penting bukan setakat meramaikan zuriat, tapi tanggungjawab yang lebih besar adalah memastikan anak2 tadi membesar dengan pendidikan islam yang sempurna, menjadi syabab n fatayat yang mendokong agama ( ceh macam menteri pembangunan wanita pulak bercakap)..

Tapi masih lagi aku nak membidas system pembelajaran negara.. usia 23 baru nak habis belajar, nak cari kerja lagi.. so perkahwinan menjadi agenda lewat usia.. kalau ada student nak mintak kawin awal.. mesti mak bapak tak setuju (alhamdulillah if mak bapak memahami).. so dalam kelewatan usia tersebut, proses meambahkan populasi rakyat menjadi lebih lambat.. belum ditambah dengan agenda KPLI dan J_QAF yang tidak mengizinkan penuntutnya berkahwin (atau lebih tepat lagi mengandung) sepanjang tempoh pengajian.. so.. semuanya menjadikan proses pembinaan keluarga agenda lewat usia.. mak bapak dah pencen tapi anak2 masih belajar…

Perpun.. seruan untuk semua.. banyakkanlah zuriat n didiklah mereka menjadi pejuang kalamullah..

::krisis sumber makanan::

Ibrah dari surah Yusuf yang sering kita lupakan (kerana kita selalunya lebih terpesona pada kisah percintaan yusuff dan zulaikha) adalah tentang pengurusan sumber asli dan makanan. Betapa sesungguhnya sebuah negara yang stabil adalah negara yang mempunyai simpaanan makanan selama 7 tahun.. tapi Malaysia??

Kita hanya mempunyai bekalan beras yang mencukupi untuk tempoh 3 bulan.. if apa2 belaku (nauzubillah) beras akan habis dalam temph 3 bulan..
Tetapi dalam waktu yang sama.. kita masih mempunyai banyak tanah bendang yang tidak diusahakan…slh siapa/ sumber manusia? Teknologi? Malas?

Isu gula gak kian meruncing.. susahnya nak dapatkan gula.. namun ada kajian mengatakan bahawa rakyat Malaysia puratanya memakan gula 10 sudu sehari! Sedangkan keperluan badan kita hanyalah 2 sudu sehari, 1per 5 sahaja dari apa yg kita ambil! Patutla ramai diserang diabetes.. tak percaya? Pagi kita minum the tarik secawan, kul sebelas secawan, minum tengahari, minum petang n minum malam! Tu maksimum seecawan 2 sudu gula.. belum kira yang menjerit2 ‘mamak, kurang manis la..!

So andainya tabiat ini dapat kurangkan, tentu masalah gula dapat diatasi..

Kita masih mengimport daging2 dari negara luar.. berapa banyak negara rugi hasil aliran wang keluar? Penjajah telah menjajah minda kita dan menjadikan tugas seorang penggembala lembu/kambing sebagai kerjaya ‘low class’.. begitulah perancangan meeka untuk meletakkan standard rasul junjungan S.A.W jatuh di mata manusia.. tak ramai di kalangan kita ingin membekalkan daging2 tersebut kepada rakyat dan bangsa kita sendiri.. sedangkan perkara ni dah jadi fardhu kifayah! Tak payah import dari India @ Australia.. tak bimbang penyakit leembu gila.. tak ragu proses penyembelihan.. sungguh banyak pahalanya…

No comments: