Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Eh. macam tajuk cerita kat TV pulak.. hehe.. bukan macam tu.. tapi sesungguhnya saat ini, ada nada melankolik..
Baru pulang makan malam, outing bersama teman-teman seperjuangan, Kak Faridah dan anaknya Alya, Hanum,Kak Yati, Dija n Jun.
Esok, saya akan pergi. Meski hujung minggu saya akan ke sini lagi, tapi suasananya tentulah berbeza.
Jalan ini saya pilih selepas memohon padaNYA. Saya tahu, menilai kemampuan diri, sana tidak betah berada di sini lagi. Tahun ini masuk tahun ke 7 saya kembara ilmu peringkat pengajian tinggi. Bermula di Matrik (2002) hingga ke pengajian MA ini, tanpa henti. Tanpa cuti yang panjang. (sedia maklum, UIA tiada cuti semester lebih 3 minggu semasa tempoh pengajian saya). Paling lama saya bercuti 2 bulan sementara menunggu permohonan MA.
Jelasnya, di usia ke 25 tahun ini, saya ingin melangkah ke alam baru. Medan untuk memberi. Dan saya bersedia menggalas 2 tugas serentak- pengajar dan pelajar. Pendidik dan dididik. Baki pengajian ini menyiapkan tesis cuma. Dan saya harap dunia baru saya yang pastinya sibuk adalah momentum terbaik untuk saya lebih rajin menyiapkan tesis. Mudah-mudahan tanpa tanggungjawab peribadi (seperti isteri/ibu) saya lebih menghargai masa yang saya ada untuk perjuangan.
Masa untuk memberi. Di sana, 'kepulangan' saya dinanti. Terutama selepas keputusan PMR yan jauh merosot untuk pelajaran Bahasa Arab, mereka menunggu saya untuk berbudi. Masanya tiba untuk mengaplikasi ilmu yang dipelajari.
Selasa (7 januari) saya akan melapor diri di SMA Al-Wosto, bumi barakah yang banyak mendidik diri. Menjadi guru sandaran di bawah Majlis Agama Islam. Menjadi pengajar dan pelajar, hujung minggu saya akan berada di UIA.
Usah ditanya bagaimana kehidupan selepas ini kerana saya masih belum laluinya namun saya punya azam dan keyakinan. Masa untuk memberi sudah tiba, juga masa untuk saya kembali bersama keluarga. Kalaupun tidak lama, sekurang-kurangnya sehingga tesis ini disiapkan, sebelum saya memilih jalan lain untuk masa hadapan, dengan izin Allah.
Gelora di hati. Saya tidak tahu mengapa. Tetapi saya sedih amat. Tadi, bual mesra dengan teman-teman seperjuangan. Saat berpisah, si Alya anak Kak Faridah berusia 4 tahun yang petah berbicara senyap tiba-tiba. Kata ibunya, bila dia sedih menghadapi saat berpisah, dia akan senyap. Malah dia tidak mahu bersalaman dengan kami. Hanya menyembam muka ke kerusi kereta. Jika kanak-kanak seusia ini tahu erti sedih, saya juga begitu. Walang dan rawan. Dan hari esok yang menanti, saya mohon kebaikan dariNYA mengiringi tiap langkah.
Allahu Al-Musta'an
**
Saya sedang mengintai peluang untuk ke situ. Amat ingin jika diberi peluang. Mendengar namanya sahaja saya udah terhidu aroma tenangnya. Kalau itu yang terbaik, saya sedia dijemput ke sana.
2 comments:
Melangkahlah dengan jiwa yang tenang dan yakin nak. Dia sumber segala-galanya. Pegang teguh tujuanmu, suci, murni, ikhlas niatmu, aku pasti kamu akan menggenggam destinasi impianmu.Selamat dalam perjalanan.
hai atikah, kak tihah ni. tafi tengok ur frenster then tertarik utk viewed blog atikah.
teruskan usaha ya. jangan fikirkan perkara2 negatif. saat hidup adalah saat untuk berjuang. walau di mana sahaja kita dilemparkan kelak mengikut arus takdirnya, kita tak boleh kalah.
u were the best i ever met as my rakan seperjuangan especially in debate. honestly, yes. and now i believe u ARE still the best.
doakan kak tihah juga ya. setiap yg kita hargai, kita akan dihargai kelak tanpa kita sedari. cukup sahaja Allah bagi hati dan perasaan kita, sedang manusia lainnya masih ramai yg hanya mampu menilai dari sudut luar dan bukan pada hakikatnya.
Allahu a'lam.
(lawat2 la my open diary nanti. tak ada apa, just appreciate diri sendiri agar sentiasa ada usaha membaiki kelemahan, sikit demi sikit insya Allah(",)...)
regards: perMysuri kak tihah(",)
Post a Comment