Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Kata bonda..
Lebih mudah bila anak di dalam perut..
ke mana ibu pergi, dia tahu anaknya di mana
duduk si ibu, anaknya tetap di situ..
berdiri si ibu, anaknya tetap di situ..
semakin anak dewasa..
anak-anak membesar membawa haluan diri..
ke sana dan ke mari..
maka berserakanlah hati ibu..
ke sana dan ke mari
8 anak yang dilahirkan..
berserakanlah hati ibu ke 8 tempat..
kerisauan yang tidak kunjung padam..
hanya kerana
kasih seorang ibu
***
اللهم اغفرلي ولوالدي وارحمهما كما ربباني صغيرا
****
hari ni bumi UIa dilimpahi hujan.. dari malam tadi hingga ke petang tadi.. bukan kat UIA je sebenarnya.. rata-rata tempat hujan hari ni.. Apa saya rasa.. entah.. duk tepi tingkap bilik, layan hujan turun. Macam2 saya fikir. MAcam-macam. Rintik-rintik hujan membasahi bumi. Tapi hati ni rasa sayu je. Tidak mahu meneruskan berfikir yang bukan-bukan. Saya mentartil Kalamullah. Habis satu juzu'. Hati yang rawan cuba memahami tiap kandungan kalamNYA. Moga tiap kesedihan itu hilang.
**
أحاول ما استطعت أن أبشركم جميعاً ولكن قدرتي محدودة
2 comments:
Waalaikumussalam wbt.Terima kasih kerana sudi bertandang.moga terjalin ukhwah persaudaraan. Hati yang bersedih dan sayu InsyaAllah adalah juga kerana Kasih SayangNya. Moga ia jadi penghapusan dosa dan satu pendekatan kepadaNya.
me to -i am who i am-
Shukran.. Insya Allah, salam ukhwah dari saya. Mudah2an kasih sayangNYA terus bersama kita, Ameen..
Post a Comment