Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
24 januari 1984-24 januari 2009
Usia saya bertambah lagi. Alhamdulillah. Thumma Alhamdulillah.Thumma Alhamdulillah.
Terima Kasih YA RAHMAN atas nikmat usia ini. Moga tidak kusia-siakan usia dengan kealpaan. Dan moga tiap denyut nadi dan nafas ini, sentiasa aku jadi hambaMU yang bersyukur.
Terima kasih emak, atas kasih sayang, dan pertaruhan nyawa melahirkan puteri pertamamu ini. Tiap kasih sejak dari dalam kandungan, hingga anakmu menghela udara bumi nan fana, hingga hari ini menginjak ke alam dewasa. Sokonganmu sentiasa ada. Melirih duka, menampung tawa.
Terima kasih abah, tiap penat lelah mencari rezeki. Membesarkan anakanda. Hingga kini, sentiasa mendorong ke arah jaya.
Buat keluarga tersayang, abang, kakak ipar dan adik-adik. Terima kasih atas kasih sayang dan kemesraan. Ayuh kita lestarikan kasih sayang ini, buat bonda dan ayahanda menumpang bahagia.
BUat para guru disetiap kembara pencarian ilmu. Amat banyak mendidik jiwa dan jati diri. Hingga hari ini, rasa teguh melangkah menghadapi tiap onak duri di muka bumi.
Buat teman-teman sepanjang perjalanan, terima kasih atas persahabatan dihulurkan. Budi dan jasa kalian tetap dalam ingatan. Tawa gembira kalian menceriakan kehidupan.
Untuk dia. Terima kasih atas kepercayaan. Moga dipermudahkan tiap usaha mencapai impian.
Untuk semua, doakan moga kejap hati dan jiwa atas landasan kebenaran.
Baarakallahu fiikum Jamiian.
**
Hadiah diri buat diri sempena hari ulangtahun kelahiran ini:
1. KUASA HIJRAH KUASA UNTUK BERUBAH- DATO' DR MOHD FADZILAH KAMSAH & AHMAD FADZLI YUSOF
2.THE KITE RUNNER- KHALED HOSSEINI
1 comment:
Terima kasih atas kesudian membaca karya yang penuh kekurangan itu. Semoga mampu menggerakkan kita semua menjadi lebih baik daripada sebelum ini.
Ayuh kita sama-sama doakan kejayaan ummat tercinta.
Fadzli Yusof
Post a Comment