Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, June 07, 2005

:: kusyukuri nikmatMU::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

assalamualaikum buat semua penghuni bumi yg sementara...

seperti biasala.. pos untuk hari2 yang tertunggak.. n this special edition untuk catatan perjalanan ke bumi Darul Naim..

Khamis

mlm: bertolak dr Greenwood jam 9.30 mlm.. ahli rehlah ( rombongan) yg lain- che' su, abg zul, shukri, shariah n kak engku...

sepanjang perjalanan.. kdg2 tidur tapi takleh nak lelap sangat.. dulu musafir ke kelantan naik bas ikut jalan terengganu.. so luas la sikit pemandangannya, melalui persisiran pantai di Terengganu dan kawasan petroleum di Paka/ marang pada waktu malam memang meriah n bercahaya... perjalanan kali ni melalui Gua Musang... diliputi hutan so malam2 begini.. hanya kegelapan jerla... tidur memang best.. tapi mata tak nak lelap...

Jumaat

Sayyidul Ayyam (penghulu hari) yang tenang.. Mo'ana menyambut kedatangan kami di Pekan pasir Putih.. sampai umah, rest n sempat dijamu agar2 milo di pagi hari... ba'da solatu ssubh (selepas solat subuh) meluruskan badan.. n breakfast masakan kelantan..

xtvt hari dimulakan dengan riadhah.. main ping pong.. nampaknya pas ni COMRADE boleh anjurkan pertandingan ping pong seCOMRADE.. :-) semangat main.. QA beregu dgn Shariah vs Abg Zul n Shukri.. dah lama tak main ping pong nie.. tapi okla.. ketuk2 bola janji masuk... dah lama tak riadhah camnie.. ingat pulak masa zaman sekolah dulu.. petang2 lepas latihan netball selalu kacau team ping pong berlatih... sampai kena halau.. :-)

selepas breakfast.. ziarah umah abg mo'ana.. then destinasi seterusnya ke majlis walimah kak wan... pa2hal, makan dulu n seterusnya sessi fotografi bersama pengantin.. masa tu pengantin lelaki ( abg nazri) tak sampai lagi so bergambar dengan Kak wan jerla... apapun, BARAKALLAHU FIKUMA.. (moga Allah meberkati kalian) n semoga baitul muslim yang dibina melahirkan pejuang2 agama.. Insya Allah..

next destination.. souq (pasar) di pekan pasir putih.. sempatla bershopping sikit2... makanan2 cam keropok/budu/ dsb...

then, pergi ke pantai Tok Bali... sekadar menjamu mata dengan pemandangan sekitar... n acara wajib- sesi fotografi..

perjalanan seterusnya ke Rumah Che' su.. bertaaruf ngn usrah (keluarga) che' su n seterusnya makan angin sekitar kampung... kawasan sawah/ ladang bittiih (mentimun cina@tembikai) yang menghijau menyejukkan mata.. damai jer rasa.. SUBHANALLAH atas setiap sesuatu yang ENGKAU ciptakan... Alhamdulillah rezeki kami murah n dijamu tembikai yang baru dipetik..

mlm: pas a'sya (mkn mlm) umah che' su.. pulang ke rumah mo'ana dalam keletihan.. maklumla jadual lawatan yang padat.. pas rest.. berbual dengan akak ipar mo'ana yang sangat peramah...

sabtu

pagi2... pas sarapan cam semalamnya, sempat beriadhah main ping pong lagi.. diikuti mini mersyuarat comrade ( khususan biro DNI ) untuk program IPTA... takper2.. sambil main ping pong pun leh munaqasyah (berbincang) jugak..

then.. perjalanan ke bandar KOTA Bharu menaiki bas... kak fi dah tunggu kat stesen bas Pasir Putih.. perjalanan hampir sejam.. n tengah hari tu.. kami tiba di bandar KB.. tunggu jah n en. wan jemput di depan pasaraya billion...

waktu tu memang time lunch so.. tanpa berlengah. kami menuju ke rumah fatin.. makanan dah tersedia.. nampaknya mama n papa fatin dah merestui tauamaani (kembar) hehe.. yg lain jgn jeles.. papa fatin siap tertukar panggil QA "kakak".. hmm pelik jugak.. tapi maybe bila dah selalu sangat bersama.. muka pun leh jadi sama.. ( yer ker?? boleh pakai ke teori nie..).. tapi yg lebih penting... moga hati2 kami bertaut dalam kasihNYa.. itu lebih penting dalam membuahkan kemesraan n kasih sayang..

pas makan, terus ke rumah En. Wan di Kutan.. rehat dan mandi.. petangnya kami dibawa ke pantai Seri Tujuh n dibawa ke sempadan kelantan-thailand.. dari jauh sayup2 kelihatan bandar Tak Bai- kawasan pembunuhan beramai2 umat Islam.. hujan yg turun tidak mengizinkan kami berlam2 di situ.. tambahan abg zul perlu berada di stesen bas KB untuk perjalalan pulang ke JB malam tue.... n.. one thing to remember.. tetiba dapat sms yang mengganggu ketenangan jiwa.. Ya Allah, tak habis2 lagi ke kes nie... ??? Sabarlah hati.. tenanglah jiwa..


pas makan malam.. pergi umah mak andak.. beberapa meter je dr umah En. Wan.. berkesempatan borak2 dah lama tak jumpa mak Andak.. sambil makan roti canai... pastu pergi membeli belah di wakaf Che' Yeh... sempat la tangkap jam tangan, baju.. jam yang lama tu dah uzur benar nampaknya ( sebenarnya dah tak nak pakai da.. :-) ) shukri n mo' ana pun sempat membeli jam tangan.. alih2 tersesat cari jalan ke tempat parking kereta.. pusing2 akhirnya jumpa gak...

balik dalam keletihan.. tapi mata takleh lelap.. akhirnya 'ahli2 form' hanya terlelap hampir pukul 4 pagi..

ahad

pagi2.. tunggu jah n fatin datang.. 'istana' persinggahan kami seterusnya ialah umah jah n then ke pantai Irama... sempat main2 air.. cari ketenangan.. Alhamdulillah... Subhanallah.. damailah hati yang rusuh..

"umpama ombak yang tak henti menghempas pantai, itulah hidup kita yang tak henti ditimpa dugaan.. dan kerana Pantai n Ombak milik DIA.. begitulah jua hidup kita milik DIA..dan pasti kita akan kembali.... umpama pantai yang adakalanya terhakis dek kuatnya ombak, kekadang hidup kita juga terkesan dek kuatnya dugaan... namun pepohon yang membantu mengelak hakisan meredakan.. itulah sahabat2 sejati tempat berpaut, pohon berteduh... "

'seperti air laut ada pasang surutnya, begitu jua kita selalu berubah.. semua ini ada hikmahnya yang kadang2 kita tak ketahui.. orang yang gagal dalam hidup adalah mereka yang tak sanggup menghadapi cabaranNYA.'

>>>>>>>

after rest kejap kat umah jah, QA, fatin, shukri, mo'ana n kak fi ke billion.. temankan shukri yang nak beli jam untuk adiknya.. then hantar mo' ana n kak fi yang nak pulang ke rumah masing2.. bye bye mo'ana n kak fi cyg... mo'ana, thanks for all ur kindness.. jumpa lagi before ke Lebir nanti..

kami bertiga terus ke rumah fatin.. tolong masak untuk makan malam.. n petangnya kak engku n shariah tiba pula.. pas makan.. rush untuk ke stesen bas jalan hamzah.. perjalanan pulang ke uia.. selamat tinggal bumi darul naim.. moga terus pertahankan perjuangan n kedaulatan Islam.. kami datang lagi nanti...

sepanjang perjalalan... menghayati kisah sebuah kehidupan.. sahabat, moga terus tabah.. n terima kasih atas tiap nasihat n dorongan.. Terima kasih Ya Allah atas anugerahMu ini... salam ukhwah buat semua... Moga dicantumnya hati2 kami atas perjuangan n kalimah suciMU.. ALLAHUAKBAR!


>> sebagai insan biasa, kita memang tak terlepas dr ujianNYA. jika kita menilai dengan sebaik mungkin, maka banyak hikmah di sebaliknya..tanda kasihNYA kpd kita.. jika kita diberi ujian, sebenarnya DIA mahu kita semakin rapat denganNYA.. itulah dikatakan rahmat drNYA..>>

terima kasih untuk semua... moga Allah membalas jasa kalian.. UKHWAH FILLAH

No comments: