JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Friday, April 06, 2007

wahai anakku

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

kemas-kemas barang tadi, terjumpa kertas ni..
Ustaz Aris bagi pada budak Mukmin (rasanya my batch jer) masa nak dah habis sekolah dulu.. pesanan yang selalu jadi panduan...


Pesanan ayah

Wahai anakku
Tiada erti kelebihan AKAL Bani Adam kecuali digunakan sebaiknya. Siramilah akalmu dengan embun keimanan, bajailah is dengan ilmu pengetahuan, jauhilah akalmu dati angan-angan yang panjang.

Wahai anakku
Ketahuilah kamu adalah makhluk mukallaf. Di atas bahumu terpikul kewajipan yang dituntut. Malaikat rahmat dan azab sentiasa mencatat perilakumu. Sedarlah, setiap hembusan nafasmu beerti selangkah menuju ajal. Hidup di dunia terlalu singkat, terlantar di kubur terlalu panjang, AZAB akibat mengikut hawa nafsu sangat PEDIH. Manahkah keindahan semalam? Ia telah berlalu dan yang tinggal hanyalah penyesalan.

Wahai anakku,
Ingatlah, keazaman lahir bersama-sama setiap Bani Adam, tetapi ia menjadi lemah ditelan zaman. Oleh itu, apabila engkau merasa dirimu mulai lemah, maka berdoalah kepada Yang Maha Perkasa. Apabila engkau merasa dirimu mulai malas, maka kembalilah ke pangkuan Yang Maha Pemberi Taufiq.

Wahai anakku,
Sedarlah, kian hari tempoh hidupmu semakin singkat, kewajipanmu semakin bertambah. Hari-hari yang berlalu tidak akan kembali. Jangan sekali-kali kamu tertipu dengan kesibukan beban harianmu. Telitilah dengan penuh keinsafan, tanyalah dirimu, apakah kesibukan itu boleh menebus dirimu di akhirat nanti atau sebaliknya? Jika engkau sibuk di dunia untuk dunia, maka tiadalah bahagiamu di akhirat nanti. Jika sibukmu di dunia untuk akhirat, maka moga bahagialah bagimu di akhirat nanti.

Wahai anakku,
Insafilah, usia kanak-kanak adalah masa untuk melengkapi diri dengan ILMU dan PEKERTI MULIA, usia MUDA UNTUK BERAMAL DAN BERJUANG, usia tua samada peluang bertaubat atau penyesalan.



1 comment:

Fatimah said...

Tikah, saye rase saye simpan lagi kertas hijau ni....=)