Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, April 07, 2007

IPTA MENGGAMIT

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Malam tadi, menghadiri meeting untuk program Islamic Practical Teaching for Aborigines (IPTA) yang akan diadakan selama seminggu minggu depan.. Kerinduan masuk kampung menggamit.. dah lama saya tak join diorang masuk kampung. Kesempatan kali ini amat saya hargai…

Masa meeting, dik Halimah (S/u) program meminta saya untuk jadi ass head com Sport n Rec, menggantikan Niza yang last minute tak dapat pergi,.. dengan baik, saya menolak. Saya lebih senang menjadi peserta sahaja, membantu dari belakang.. ‘orang tua’ macam saya, nak tengok adik2 pulak buat kerja, kami support dari belakang dan bantu apa yang patut. Alasan saya disokong dan diterima kawan2 yang lain..
Maka saya kekal dalam biro catering.. Akhirnya dapat juga saya kerja dalam biro ni masa masuk kampung.. sebelum ni sepanjang join program, tak pernah saya diletak dalam biro ni.. saya selalu tertumpu pada bahagian management/coordinator.. (diorang ingat saya tak pandai masak kot? Hehe).. pada saya biro catering ni istimewa coz sepanjang program, kami masak sendiri. Untuk kami dan untuk orang kampung.. so, sekali masak, paling kurangpun untuk 300 orang.. best tu.. macam kenduri.. sambil masak, baca selawat/ayat2 bagi lembut hati diorang masuk islam/patuh pada ajaran islam..

Kali ni lagi best. Tukang Masak Café Mahalah Nusaibah-yg kami panggil mama- willingly turun padang, jadi tukang masak kami.. so lehla belajar2 masak dari seorang tukang masak professional..

Lepas meeting malam tadi, berkobar2 semangat nak masuk kampung.. Pos Lebir menggamit lambaian perjuangan..

No comments: