Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Friday, January 11, 2008

selamat tahun baru 1429h


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

sihat mahkota orang sakit
Lama saya tidak update. Agak malas menulis dan kesibukan dengan tugas-tugas harian sebagai pelajar. Hujung tahun 2007/awal 2008, ditarik nikmat sihat. Bermula dari selsema biasa, hinggalah malam tahun baru itu, saya terlantar mengerang di katil. Kepanasan yang amat menjadikan kepala pening dan terasa bisa-bisa di segenap sendi. Sejak mula terasa kesakitan, saya tidak mengunci pintu bilik, mudah jika apa2 yang tidak baik berlaku. Benar gerak hati saya, sudahnya saya tidak mampu lagi bangun. Terasa kesakitan menyerang tiap sendi. Hanya air mata mampu mengalir, sambil berdoa agar rakan-rakan sebilik tergerak hati membuka pintu bilik saya. Hinggalah maghrib itu, jannah membuka pintu bilik saya, mengajak berjemaah bersama seperti kebiasaannya. Terkejut dia melihat saya mengerang di katil. Dan usai maghrib, saya dibawa ke klinik. Dapat MC sehari. Thanks jannah yang bersusah payah membawa saya ke klinik, thanks Saiidah, seorang lagi roommate saya yang macam ibu pula. Membelikan makanan dan mengingatkan saya tiap kali waktu makan ubat. Sakit penyembuh dosa. Mudah-mudahan begitulah. Sepanjang tahun, Alhamdulillah, diberiNYA nikmat kesihatan, sakit begini, mengingatkan betapa sihat itu amat berharga.

Alhamdulillah, sudah kembali segar melaksanakan tugasan harian, Cuma masih batuk-batuk. Dan sindrom selepas demam teruk begini, hilang selera makan. BMI yang mula stabil sem lepas kembali menurun. Moga2 selera untuk makan akan kembali stabil nanti.
Saat-saat sakit begini,saya rindukan wan (nenek saya), biasanya, jika diserang demam panas begini, tangan tuanya yang hanya tinggal kulit, tak henti memicit kepala yang pening. Kekar tangan tuanya yang berkedut terasa segar menyentuh kepala, sambil kekadang menyelung dengan air asam jawa untuk meredakan kepanasan. Itulah wan dan kasih sayangnya..

Sem ini agak banyak cuti, krismas,raya haji,tahun baru,awal muharram,dan nanti Thaipusam. Agak merencatkan aktiviti pembelajaran, banyak cuti kadang-kadang menghilangkan focus, sudahlah saya memang tiada kelas selasa dan jumaat, terasa macam main-main pula. Masih mencari-cari momentum terbaik. Saya tidak sukakan kekosongan begini,hanya menjadikan saya malas. Kesibukan sebaliknya selalu menjadikan saya lebih lebih menghargai masa..
conduct workshop
Lanjutan TOT SLEU, selepas melalui beberapa siri workshop sebelum dilantik sebagai fasilitator, Alhamdulillah saya terpilih. Dalam beberapa siri training sebelum ini, performance kami dinilai. Dan dalam workshop terakhir beberapa minggu lalu, kami diberitahu bahawa sesi pertama untuk student facilitator adalah pada 17 januari. Siapa yang melepasi ujian sepanjang sesi latihan akan dipanggil untuk mengendalikan beberapa siri workshop. Dan Alhamdulillah, saya menerima surat perlantikan sebagai speaker untuk sesi 17hb nanti. Agak mendebarkan juga. Saya dan adik Ulfa dilantik mengendalikan workshop bertajuk Note-Taking Strategies. Saat ini, saya dan Ulfa sibuk membuat persiapan,research tentang tajuk dan memikirkan aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk diisi sepanjang 2 jam sesi tersebut. Program SLEU lebih mementingkan Quantum Learning, bukan sekadar talk sepanjang masa. Moga dipermudahkan semuanya. Di sini, saya ingin menimba pengalaman mengndalikan workshop. Saya bukan seorang speaker atau trainer yang baik, tapi saya mesti belajar untuk menjadi yang terbaik! Alhamdulillah ‘ala kulli hal, saya melihat ini sebagai ruang dan peluang dariNYA untuk saya memberi nilai tambah pada ASK- Attitude,Skill and Knowledge. Permulaan yang baik untuk tahun ini, Insya Allah

Selamat tahun baru 1429 Hijrah,
ikut taqwim hijrah, umur saya mencecah suku abad. Lahir pada 21 Rabiul Akhir 1404 (seperti yang abah catatkan pada surat beranak), bermakna usia saya mencecah 25 tahun. Pada usia ini, Rasulullah SAW telah mengahwini Khadijah RA. Dan pada usia ini, para Sahabat sedang melalui zaman kegemilangan mereka sebagai pejuang agama Allah. (malah ada yang lebih muda dari usia ini telah dipilih memimpin angkatan perang- Usamah b. Zaid contohnya)
Dan dalam usia ini, dalam tahun ini, hanya keberkatan dari DIA saya harapkan,mengiringi tiap saat dan minit,jam dan hari,minggu dan bulan,moga dengan kasih sayangNYA, sentiasa terpelihara diri dan keluarga, menuju Al-Falah di sini dan di sana, Insya Allah. Allahu Akbar.

****

Pagi tadi

tiada kelas, saya masuk kelas Madam Asiah-menggantikan beliau yang menghadiri seminar

9-10am-kelas critical thinking, pasang Audio Cd, student dengar dan buat report, tentang the way to success.

10-11am- kelas parenting. Student present 2 tajuk hangat- Poligamy dan Responsibility of husband and wife. diiringi sesi Q&A yang hangat..

11-12.30am- menghadiri talk Us Ibrahim tentang Proof Reading untuk tesis (in arabic)..

***

sampai bila

lari-lari cari pasti

sampai satu hari

angguk gelengku terus dinanti

sampai nanti

saat ragu tiada bertamu di hati

hujung minggu ini- misi dakwah di Kg Bukit Kala. Moga dimudahkan semua, Allahummah dina as-sirotal mustazqim.. Amin.

No comments: