Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, May 05, 2007

selamat hari ibu

Mak dan Abah.. lebih kurang 23 tahun yang lalu.. Emak memangku abg long dan saya tenang dalam ribaan abah..
(muka mak masa muda- sama macam saya ker? )

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


SELAMAT HARI IBU..
Buat bonda tecinta Pn. Khalijah Mohd. Sharif, cintamu mekar di jiwa.

Mak yang istimewa.. bagi saya mak seorang iron lady.. bukan mudah di zaman ini seorang wanita berkerjaya melahirkan dan membesarkan 8 orang anak. Kalau kerjaya sebagai pendidik, mungkin masih ramai.. tapi emak saya kerja office hour. 8-5 berada di pejabat. Mak memang wanita besi. Walaupun bekerja, kami anak-anak tidak terabai. Saya kagum dengan mak, menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna.

Kerjaya mak dengan Telekom bermula sejak usianya 20 tahun.. tahun ini, sudah 27 tahun mak berkhidmat. Bermula sebagai seorang kerani, kini emak menjadi pegawai pemasaran Sales and Services, merangkap Ketua Kedai Tm Point Bentong..

Masa mak bertugas di Kuantan, keluarga kami terpisah. Mak membawa 2 adik yang bongsu tinggal bersamanya di Kuantan, Abah dan Izzati di mentakab sementara saya dan 2 adik lagi di asrama SMA AL-Wosto. Waktu itu, abang long di UM. Tiap hujung minggu, mak menaiki ekspres dari Kuantan pulang ke Mentakab. Sabtu hari untuk keluarga, mak masak dan datang ke asrama, melawat kami 3 beradik. Makan bersama-sama di kawasan sekolah. Ahadnya mak dan adik-adik pulang semula ke Kuantan.. tiada istilah penat, berjauhan sebenarnya mengeratkan hubungan kami..

Sekarang, mak bertugas di Bentong.. Pukul 6.40, sudah keluar dari rumah, menumpang seorang kawan. Ofis tutup jam 5, mak memulakan tugasnya mengira kutipan harian. Biasanya berlanjutan hingga 6 petang. Dengan menaiki bas, hampir sejam setengah perjalanan. 7.30mlm, baru mak berada di rumah. Malam masa untuk keluarga dan rehat.. itulah rutin mak setiap hari. Penat tapi mak tak pernah merungut. Bekerja untuk keluarga. Dan setia bersama emak, tentulah abah yang sangat memahami..

Kami pernah lalui masa susah, waktu mak bersalinkan adik yang ke 7 dan 8. sebagai kakitangan swasta, kelahiran anak selepas yang ke6 tiada cuti diberikan. Lalu mak mengambil cuti bergaji selama 2 bulan. So kami bergantung kepada pendapatan abah sepenuhnya. Kami adik beradik sekolah swasta, sebuah sekolah agama di Bandar Temerloh. So, pendapatan abah lebih banyak diperlukan untuk yuran sekolah. Soal pendidikan agama, mak dan abah memang sanggup berhabis.. dan memang itu tindakan yang bijak. Dari kecil bersekolah di sekolah agama. Alhamdulillah soal agama, fardhu ain terjaga.. dan hari ini saya akui, pendidikan awal itu banyak mencorak diri..

Waktu mak cuti tanpa gaji 2 bulan itu, hidup kami agak susah. Tapi Alhamdulillah, dalam sederhana itu ada keberkatan. Dan sekurang-kurangnya kami belajar erti hidup.
Hari ini, mak adakalanya menyuarakan hasrat untuk bersara awal. Tapi memikirkan anak-anak yang masih ramai di bangku sekolah, mak membatalkan hasratnya. Saya ingin bekerja terus, membantu keluarga lepas IJazah tamat. Tapi mak menghalang. Kata mak, dia harap saya menggenggam master, sementara dia masih berupaya menyara kami. Harapan emak saya bawa. Apa lagi yang lebih membahagiakan, selain daripada melihat emak gembira? Dan biar saya mampu menggenggam PHD sekalipun, tak terbalas tinggi jasa dan pengorbanan mak..

Kelahiran dua adik bongsu ini- tahun 1995 dan 1996 juga istimewa kerana kelahiran mereka letika cuti sekolah.. kesempatan itu merupakan ‘hadiah; dari Allah yang memberi ruang pada saya untuk menjaga mak ketika dalam pantang. Juga hadiah dari Allah kerana menjadikan hubungan saya dan 2 adik bongsu ini- Munawar dan Izyani –rapat. Kerana sejak dari usia beberapa hari itulah, saya membantu emak menguruskan, memandikan mereka.

Mak istimewa. Darinya, mengalir dalam diri saya bakat dan kepetahan berpidato, berdebat. Kerana saya mewarisinya dari emak. Dari zaman sekolah, emak pemidato yang handal. Hingga hari ini, emak masih aktif berpidato. Saban tahun mewakili Pahang dalam Pidato Kakitangan Telekom Kebangsaan, dan pernah menjadi johan kebangsaan. Sebab itulah, emak sentiasa menjadi pendorong saya dalam berpidato/berdebat..

Dari kecil juga, mak yang menanam minat membaca dalam diri saya. Masih saya ingat, dulu, saban minggu dibelikan majalah MIngguan Kanak-kanak untuk saya. (hari ni rasanya MKK dah tak wujud) dan minat itu berkembang, sebati dalam diri. Dibantu pula teladan dari abah yang memang minat membaca.

Cuma satu, saya jarang berkongsi masalah dengan mak. Bukan kerana kami tidak rapat, tetapi mungkin kerana emak bekerja, saya melihat kepenatan dan keletihan emak, sehinggalah tak sampai hati menceritakan masalah saya kepada emak. So untuk emak, hanya cerita yang baik-baik sahaja. Yang buruk-buruk, saya simpan sendiri. Tapi jadi terbalik pulak, coz bila ada apa-apa masalah, saya orang yang pertama mak hubungi. Duduk di kampus, saya sentiasa dekat dengan keluarga kerana mak sentiasa menghubungi, bercerita masalah dan perkembangan di rumah. Lebih-lebih lagi bila abg long bertugas di Sarawak, saya mengambil alih tanggungjawab hal ehwal adik-adik..

Bercakap tentang emak, banyak ingin saya curahkan.. moga Allah merahmati hidup emak, tak terbalas jasa dan pengorbanan mak, walau segunung emas saya persembahkan. Moga Allah beri saya kesempatan untuk terus membahagiakan emak,

Ya Allah, ampuni dosaku dan kedua ibubapaku. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka menyayangiku sejak kecil lagi..

saya yang masih kecil di atas ribaan emak

hampir 23 tahun berlalu.. saya dan bonda tercinta- Aidilfitri yang lalu

1 comment:

Sarah Mohd Shukor said...

salam kak tikah,

muka kak tikah skrg sebijik mcm muka mak kak tikah muda2 dulu. sgt2 sama. teruja sy tengok ;)