Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Monday, February 11, 2008

Kisah Malang yang berulang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

(kisah benar. Beberapa nama/keadaan diubah untuk kepentingan bersama)

Ini kisah malang yang diulang. Sejarah berdarah yang tidak diambil endah,tiak diambil ‘ibrah. Lantas, kisah yang sekian lama terpampang di dada-dada akhbar berulang, lagi, lagi dan lagi. Marah. Memang kemarahan itu ada, namun saat begini, kemarahan sudah tiada makna. Mencari penyelesaian adalah yang terbaik, dari terus menambah kekusutan.

Pertengahan januari 2008, 12 tahun menjelang wawasan 2020.. namun jika begini moral remaja, yang diharap mendokong wawasan itu, lupakan saja. Pembangunan tiada makna bila maruah tergadai. Kemajuan tiada harga bila iman terlerai.
****

Khusyuk saya meyertai niqasy yang rancak tentang teori dalam pertembungan bahasa, bahasa ibunda dan bahasa yang dipelajari, bahasa Arab tentunya. Teori-teori kesalahan berbahasa Arab kerana terpengaruh dengan struktur bahasa Melayu yang dilazimi, berdarah daging dalam diri. Perbincangan diketuai sahabat saya- Syuhadaa. Dr Abdul Wahab sesekali menyampuk,memberi penerangan. Kehadiran Ustaz Ibrahim- salah seorang jurulatih saya dalam debat bahasa Arab ternyata merancakkan kelas. Beliau yang masih dalam pengajian masternya memberi pendapat berdasarkan pengalamannya 12 tahun mengajar di Markaz Al-Lughat (CELPAD) UIAM. Terasa mengalir mutiara-mutiara ilmu dari orang-orang berpengalaman, begitu membantu kami yang baru setahun jagung. Kelas petang isnin selama 3 jam itu tidak ramai, termasuk DR Abdul Wahab- 5 orang Cuma. Maka setiap tajuk dapat dikupas dengan baik, dengan musyarakah setiap dari kami.

Konsentrasi saya terganggu dengan ‘gegaran’ telefon bimbit di celah-celah file. Saya menjeling. Ada panggilan dari Kak Nor. Pelik pula saya. Rasa tak kena. Mengapa dia memanggil sedangkan sebelum kelas tadi, saya bermesej dengan dia dan sudah memaklumkan kelas saya akan tamat jam 5.


Rancangan kami, nak ke Sate Kajang Hj Samhuri di Taman Melati, usai solat Asar petang itu. Ada hal pentingkah dia menelfon? Mengapa tidak menghantar pesanan ringkas shaja?? Saya cuba meletakkan tumpuan kembali pada munaqasyah kami. Pangilan tidak dijawab.

Fokus diganggu kembali dengan ‘gegaran’ telefon bimbit kali kedua. Kali ini pesanan ringkas pula. Dari orang yang sama. Saya membaca sejenak.

‘mesej ASAP’
Ringkas, tapi serius bunyinya. Membuat saya tertanya. Dan azan Asar berkumandang. Kelas dihentikan dan akan bersambung minggu depan. Seperti biasa, azan Asar akan jadi ‘jam loceng’ untuk kami menamatkan kelas. Saya tergesa-gesa keluar dan menuju ke masjid UIA yang berdiri megah di tengah kampus. Sambil tangan menekan butang-butang henset, membalas mesej kak Nor.

“Kenapa Yang?’
Tanya saya ringkas. Memang kami saling menggunakan panggilan manja tika bermesej. Sama-sama memanggil ‘yang’ atau kekadang ‘ling’. Memang saya menyayangi dia, dan dia menyayangi saya- kerana Allah. Dia umpama kakak yang sentiasa bersama dalam susah dan senang. Ukhwah yang terbina kerana sering bersama dalam perjuangan dakwah ke kawasan pedalaman mengeratkan kami.

‘Plan cancelled Yang. Kita kena ke Shah Alam. Urgent. Kita temankan Siti. Kawannya ada masalah.Jumpa after solat. Tunggu depan tangga besar’

Balas Kak Nor menambahkan tanda Tanya di kepala saya. Saya membalas ringkas- Ok. Bersabar menunggu penerangannya, usai solat nanti. Seruan Iqamat menyeru berjemaah. Apa lagi yang lebih utama daripada ‘panngilan’ DIA? Lalu segera saya menyempurnakan wudu’, agar tidak terlepas ganjaran 27 kali hebat dari solat bersendirian.

***
‘saya sebenarnya malu dengan korang, kawan saya macam-macm masalah’
Siti melepaskan keluhan, memulakan bicaranya. Kak Nor mendengar sambil memandu. Saya di sebelahnya memandang sekali-sekala ke wajah siti yang duduk seorang di kerusi belakang. Dia memandang jauh ke depan, ke arah jalanraya. Keadaan sesak selepas jam 5 petang- fenomena biasa warga kota.


‘Ala Siti,jangan cakap macam tu, apa yang nak dimalukan, dalam dunia ni bukan semua orang baik,’ saya membalas, cuba menyelami perasaan Siti, agar dia tidak rasa berseorangan.

‘takpela, yang penting kita tolong dia’
kata kak Nor sambil menumpukan perhatian pada pemanduannya. Siti memulakan cerita, apa yang perlu kami lakukan, memecah kebuntuan saya sedari tadi. Megeluh panjang saya, sambil beristighfar alam hati. Terpana sebentar, tidak tahu apa perkataan terbaik untuk saya ucapkan.

Kami tiba di Terminal Putra, Gombak. Tidak lama kemudian, kelibat seorang wanita seusia saya menghampiri kereta yang kami naiki. Dia masuk ke dalam, duduk di sebelah Siti.
‘Ayu, ni Tikah, sebaya kita. Yang ni Kak Nor, ‘muda’ dari kita’ Siti memperkenalkan saya dan Kak Nor pada kawanya- Ayu. Sambil bersenda dengan Kak Nor.

“Aa, akak muda banyak dari korang, 16 baru nak masuk 17 .hehe’
Kak Nor pula menyambung dengan gelak tawanya. Terasa kemesraan itu mula bersemi antara kami. Lalu sesi taaruf bermula.

Ayu kawan satu sekolah dengan Siti. Penuntut sebuah IPTA di Perak. Dia baru sampai ke KL, bergegas ke sini selepas tamat kuliahnya. Ada hal penting. Tentang kawan Siti, kawan Ayu juga. Teman persekolahan mereka.

‘sebenarnya, tiap kali ko msej aku, cerita apa-apa masalah, Kak Nor dan Tika nila, tempat rujukan aku. Akupun bukan pandai sangat, aku selalu Tanya diorang. Sebab tu bila ko mesej malam tadi, aku Nampak berdua leh tolong kita Insya Allah.’

Siti memaklumkan kepada Ayu, mengapa saya dan K.Nor boleh terlibat sama dalam hal ni. Lalu, dalam keadaan yang masih segan-segan, Ayu menceritakan semula kisah itu, dengan beerapa maklumat terkini. Dan kami bertiga khusuk mendengar,dalam kereta yang berada di celah-celah kesesakan jalanraya menuju ke Shah Alam untuk bertemu kawan Siti dan Ayu- Cik Bai.

Umpama rusa masuk kampong. Meredah aje jalan berpandukan papan tanda yang ada mencari Seksyen 18, Shah Alam. Atau lebih tepat lagi, mencari KFC Ss 18, Shah Alam. Menurut K.Nor, dia tidak pernah melalui kawasan itu, lalu kami tawakkal dalam usaha, mengikut arah di papan tanda. Mujur telah berhenti menunaikan Maghrib di salah satu RnR. Tidak kalut memikir waktu isyak yang hampir tiba.

Akhirnya, kami menjumpai bangunan yng dimaksudkan. Restoran makanan segera KFC itu trletak bertentangan dengan restoran McDonalds. Hujan renyai- renyai mengiringi kami. Kami berbincang, lalu mengambi keputusan- Siti dan Ayu akan menemui Cik BAi di KFC. Saya dan Kak Nor tunggu di restoran Mc Donald. Bimbang pula reaksi Cik BAi melihat kami yang tidak dikenali nanti.

Saya dan kak Nor masuk ke restorn makanan segera tersebut. Kak Nor memesan 2 bekas aiskrim. Saya hanya menunggu di pintu. Banyk mata memandang pelik ke arah saya. Jam 9.30 malam begini, tentu juga mereka hairan, perempuan bertudung labuh seperti saya dalam restoran makanan segera berseorangan. Saya buat tidak peduli. Hingga Kak Nor sampai membawa 2 mangkuk aiskrim, kami berdua masih berdiri di pintu.

‘takut pulak Cik BAi tengok saya nanti, ustazah manala nak terjah dia malam-malam begini’

Luah saya pada Kak Nor. Malam itu saya berbaju kurung, dengan tudung labuh sedondon berwarna peach. Dari pagi hari itu, itulah pakaian saya. Sememangnya jika kelas penuh hingga petang, saya selesa berpakaian begitu, lebih senang untuk bersolat terutamanya. Terus dengan pkaian yang sedia dipakai.

‘takpe, kita cakap elok-elok..’ bicara kak Nor menenangkan hati...

Sebenarnya, pakaian bukan masalahnya, Cuma dalam berdakwah, 1st impression amat penting supaya mendekatkan jurang yang ada. Kalau sedari awal, jurang itu wujud, bagaimana ingin dibina satu hubungan yang berkesan untuk dakwah? Sebab itulah, jika masuk ke kampong orang Asli umpamanya, soal berpakaian antara yang dititikberatkan, jangan pakai yang terlalu cantik, nanti mereka akan menjauh kerana malu apabila membandingkan pakaian mereka yang compang camping dengan pakaian kita. Itu antara pesanan. Itu antara amalan. Dan saya juga bimbang, pakaian saya malam itu memberi bad 1st impression pada Cik Bai. Namun saya berdoa dalam hati, dipermudahkan urusan kami malam itu.

Tak lama kemudian, Siti datang bersama Ayu. Dibelakang mereka 3 wanita. 2 dari mereka tidak bertudung. Seorang mengikat rambutnya ke belakang. Seorang lagi melepaskan rambutnya yang di paras bahu itu mengurai ke belakang. Kami bersalaman. Saya memeluk erat tiap mereka. Sambil memaniskan muka semanisnya. Dari bentuk fizikal, saya meneka yang tidak memakai tudung, melepaskan rambutnya ke belakang itu adalah Cik Bai. Kami menuju ke tingkat atas. Mengambil tempat.

Saya cuba meramahkan diri. Berkenalan,bertanya itu dan ini. Tepat tekaan saya, itulah Cik Bai. Dan 2 orang lagi kawannya, berpangkat kakak kepada kami. Cik BAi sendiri- seperti saya, Siti dan Ayu, berusia 24 tahun.

‘mereka datang sebagai kawan. Jangan segan-segan, mereka akan tolong ko.’ Ayu memulakan lngkah, dengan harapan kehadiran kami tidak disalah erti. Akhirnya Cik Bai memulakan cerita, cerita sama seperti yang diceritkan Siti dan Ayu dalam perjalanan, namun bila empnya sendiri bercerita, lebih tepat, menta’kidkan apa yang terjadi.

Dlam hati saya istighfar. Hati saya telah menangis sesungguhnya. Kisah malang ini berulang kali lagi saya dengar. Kesal dan sedih. Kawan, mudahnya engkau terpedaya. Sebenarnya, misi kami malam itu adalah untuk memujuk Cik Bai. Dia tertekan lalu ingin membunuh diri. Gara-gara kertelanjurannya, ada nyawa yang berusia 4 bulan dikandungnya. Dari fizikalnya, sudah kelihatan, fizikal lazim bagi bkal ibu. Malam-malam sudah, sebaik mengetahui ada nyawa yang sedang membesar dalam rahimnya, Cik BAi mengadu pada Ayu- kawan baiknya dari sekolah, dan Ayu memohon jasa baik Siti membantunya. Dan Siti pula, mengajak saya dan Kak Nor bersama-sama meleraikan kekusutan ini. Wajah Cik BAi sugul. Jelas kelihatan, malu,rasa bersalah,tekanan. Bukan sahaja pada kami, malah pada diri sendiri kerana keterlanjurannya.


Hanya selepas usia nyawa itu 4 bulan, barulah Cik BAi menyedari ‘kewujudan’ nyawa tersebut dalam rahimnya. Siapakah kaum Adam yang bertanggungjwab? Malang nasib Cik Bai. ‘lelaki’ itu- kekasihnya yang sebenarnya tunangan orang, yang akan mendirikan rumah tangga dengan tunangnya sebulan dari hari itu. Dan malang lagi, bila lelaki itu tidak mengaku bertanggungjawab, malam membawa Cik Bai berjumpa tunangnya, lalu CikBAi diseranah di hadapan tuning lelaki tersebut. Umpamanya, lelaki itu adalah malaikat di mata tunangnya. Yang buruk, yang bersalah, Cik Bai.

Dan selepas didesak (di belakang tunangnya) lelaki tersebut memaksa Cik Bai menggugurkan kndungan. Jenis apakah lelaki tersebut? kami yang mendengar menahan marah. Dalam usia kandungan 4 bulan, pengguguran bukan sahaja mengakibatkan bayi mati tapi juga membawa risiko kematian si ibu. lelaki itu (wajarkah digelar lelaki?) memang bukan manusia. Kemanusiaan itu telah lama hilang dari dirinya. Dan lelaki tu, dengan angkuhnya memohon dari Cik Bai supaya ‘tidak mengganggu dia lagi’. Aduh! Durjana sungguh! Sungguh-sungguh seperti kata pepatah- habis madu sepah dibuang. ‘touch n go’ sungguh.

Lalu dalam keadaan yang menekan itulah, Cik BAi ingin memilih jalannya sendiri- menghilangkan nyawanya sendri. Malam itu, kami datang sebagai kawan, memujuk dan memohon supaya tidak ditambah dosa yang ada, ditak dikusutan simpulan itu, ada jalan yang lebih baik dari itu.

Kata Cik Bai, dia buntu, benar-benar buntu. Mak Ayah, keluarga, bagaimana penerimaan mereka? Kerja? Masyarakat? Hari-hari hadapan, bagaimana harus ditempuh? Perut yang kian membesar, tak mampu disorokkan. Aduh kawan, alangkah baiknya jika itulah yang engkau fikirkan dulu, sebelum engkau membenarkan kehormatanmu diserah hanya kerana nafsu.

**
to be continued.. kisah seterusnya: kami n Cik Bai berhadapan keluarga Cik Bai

****

glosari: niqays = munaqasayah : perbincangan
musyarakah- penglibatan
menta'kidkan- menjelaskan