Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, February 12, 2008

dia pergi jua....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang:

petang itu,sepatutnya kami ke kelas bersama. malah dia perlu menghabiskan presentation tajuk yang diamanahkan padanya. Sebelum kelas bermula jam 2petang, dia menghantar msg memaklumkan ketidakhadiranya kerana abangnya yang sakit sedang sakit teruk. Saya membalas dengan doa, moga disembuhkan abangnya.

Usai kelas, dia msg lagi,bertanya tentang pelajaran hari ini. Saya memaklumkan jua tentang mid term yang ditetapkan pada 25 febuari nanti. Saya bertanya lagi keadaan abangnya. SMS saya tiada jawapan.

Malam itu, saya dan beberapa rakan sekelas berdiskusi di bilik. Sedang rancak berbincang, SMS iterima darinya.

salam.abg telah kembali ke rahmatullah jam 10.10 pm tadi. Al-Fatihah.
kiriman pesanan ringkas dari sahabat saya- shuhadaa atau lebih dikenali syud meruntun jiwa. Diskusi saya, kak Fiddah dan Kak Asmahan (kedua-duanya classmates saya dari Indonesia) terhenti.

Segera saya menelifon mok ana. Terlupa pula, dia di KElantan atas urusan keluarga. Rupa-rupanya Mok Ana belum menerima berita sedih tersebut. Saat saya memaklumkan padanya, terkejut dia. Lalu dia meaklumkan akan memberitahu rakan2 lain.

Akhirnya, lebih kurang jam 11 malam, saya berada di rumah syud di Keramat bersama syariah dan kak yati,shahrul menaiki kereta yang dipandu iqbal-semuanya rakan-rakan seangkatan dalam COMRADE. Diikuti beberapa motor lagi, beberapa ikhwah comrade hadir malam itu.
Sesampainya,saya memeluk syud, erat. Tabahlah sahabat! moga dia tenang di sana.

dan pagi tadi,sekali lagi kami ke sana. Saat sampai,jenazah sedang dimandikan..
YA Ayyatuhannafsu al mutmainnah
Irjiei ila rabbiki raadiyatan mardhiyyah
fadkhulii fi'ibaadi
wadkhuli jannatii..

***
Syud, sahabat saya. Dari matric lagi, kami bersama,sekelas.. sama-sama menyambung pengajian ke main campus selepas menamatkan setahun setengah di matric. Dia kemudian terus bersama saya menyambung pengajian master,waima lewat satu sem dari saya.

Kami bersama dalam COMRADE. Dalam debat Bahasa Arab jua. Mahallah sama di matric, juga di main campus. Semua itu menjadikan kami akrab. Malah juga dikatakan kami memiliki wajah seiras..

Sem pertama di main campus, kami sebilik, di situlah wujudnya 'keluarga sin chan' yang bahagia. Syud sebagai sin chan yang nakal, dan saya digelar 'papa sinchan'.. antara kenangan manis yang kami kongsi bersama.

Kami jua punya persamaan. Anak ke 2 dari 8 beradik. Bezanya, adik beradik Syud 5 lelaki 3 perempuan sedang saya- 3 lelaki 5 perempuan..

Abang syud menderita sakit sejak setahun kebelakangan ini. Saya tahu itu, seringkali sem ini, syud bercerita keadaan abangnya yang berusia 26 tahun itu. Saya juga mengenali abangnya- Abg Firdaus. Malah budak-budak COMRADE yang seangkatan dengan saya jua mengenalinya.
Waktu dulu- ketika COMRADE masih belum stabil, belm memiliku aset yang banyak seperti sekarang, tiap kali program,kami terpaksa meminjam peralatan terutama peralatan memasak. Pernah sekali, meminjam periuk belanga nenek Shariyah di Melaka. dan ketika itu, Abg Firdaus yang memandu unser ayah Syud, menolong kami mengangkut periuk belangan dari Melaka ke UIA.

Dan kerana keakraban COMRADE, aktiviti ziarah rumah ahli sering diadakan, dari rumah yang sekitar KL, hinggalah ke Pahang,Kelantan dan Johor, kami redah untuk mengenali keluarga ahli-ahli COMRADE yang juga sahabat kami. Maka rumah syud juga tidak terkecuali,apatah lagi, rumahnya cuma kira-kira 15 min dari Taman Ilmu dan Budi. Sebab itulah, abg Firdaus sendiri amat dikenali dikalangan ikhwah terutamanya, dia turut menjadi sahabt mereka.

Sejak dia sakit, seringkali syud bercerita. Dan bukan sekali dua saya melihat dia ke kelas dengan wajah keletihan, lesu kerana menjaga si abang yang sakit.

Akhirnya, Allah telah menetapkan, nyawanya dipinjam setakat 11 febuari 2008. Meninggalkan ibu dan ayah, serta 7 adik yang amat menyayanginya..

Buat syud sayang, moga ko n keluarga tabah..
MOga dia di sana tenang di sisi Muqarrabin..
Sesungguhnya Allah lebih menyayangi dia..

Insya Allah, kita jua akan menyusul nanti, dan akan berjumpa di sana nanti..
di sana yang abadi..