Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, October 18, 2012

Mutakhir...


بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sungguh, lama saya tidak meninggalkan catatan di sini. Sekadar menjadi pembaca senyap kepada blog-blog rakan-rakan. Masa yang dipenuhi dengan pelbagai rutin harian. 

Hidup saya Alhamdulillah, ceria dikelilingi senyum tawa dan tangis manja Najla Rufayda yang kini berusia 11 bulan. Semakin bijak, banyak ragam dan keletah. Selaku cucu sulung sebelah keluarga saya, dia selalu jadi perhatian emak-emak saudara dan bapa-bapa saudara. Malah di sebelah suami juga, kerana statusnya sebagai 'yang paling kecil' dalam kalangan kami.

Alhamdulillah, walau berjauhan dengan ayah, Najla sangat solehah!. Mungkin dia memahami Umminya bersendirian menjaganya. Jarang sekali dia membuat kerenah. Setiap hari, hari saya dilalui dengan penuh kesyukuran atas kurniaanNYA, permata hati sebijak dia. Melayan kerenahnya walaupun kepenatan tetapi sering membuat saya tersenyum. Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.

Suami masih di Perlis. lebih tepat di Institut Pendidikan Guru Kangar. Baki pengajiannya satu semester lagi- praktikum yang akan bermula januari depan. Tempat praktikal ditentukan- SK Kuala Teriang, Langkawi. Insya Allah, jika tiada halangan, saya akan bercuti 3 bulan, selepas 40 hari akan ke sana menemani suami.
Cuti 3 bulan??? Ya, Insya Allah, moga Allah memudahkan urusan kami seterusnya, Najla akan menjadi kakak , dijangka januari akan datang. Kandungan saya kini mencecah 6 bulan. Alhamdulillah, biar berjauhan dengan suami, membesarkan Najla dan membawa kandungan ini, Allah dengan keagungan dan kasih sayangNYA mengurniakan saya kesihatan yang baik. Dia sesungguhnya amat Pemurah, mengurniakan kami pelbagai nikmat di sebalik cabaran demi cabaran.

Seperti sepanjang mengandungkan Najla dulu, Alhamdulillah, tiada alahan. Kesihatan juga baik. Cuma agak penat menguruskan Najla yang semakin lasak sendirian. Tetapi saya gembira. Teruja seperti kali pertama bakal menimang cahaya mata. Suami juga begitu, gembira menerima kehadiran orang baru, keluarga yang semakin membesar dan Insya Allah, semoga semakin luas rezekiNya untuk kami.

Sejak jun lalu, kami kini telah menginap di rumah kami sendiri. Serba sederhana, seadanya untuk kami meneruskan kehidupan. Baitii Jannatii Insya Allah. 

Ok, berhenti di sini dahulu. Doakan, semoga diipermudahkan segalanya untuk kami. Atas nikmat kehidupan hingga hari ini, saya seringkali rasakan, amat sedikit kesyukuran ini. ayuh berusaha menjadi hamba yang baik setiap hari, dan menjadi yang terbaik untuk setiap insan di sekeliling kita. ya Allah, bantulah kami kerana sesungguhnya tanpaMu kami tak punya apa-apa dan hanyalah insan yang tidak berdaya.

 

2 comments:

Daeng on duty said...

Salam, kalau nak cuci-cuci mata jemputla jenguk-jenguk blog saya ada long sleeve maxidress & jubah cotton denim yang stylish leh pakai g pejabat, kuliah, atau jalan2 saje.

-->http://hiasanterindahstore.blogspot.com/

Tq ye:)

Sarah Shukor said...

Salam Kak Tikah.

Tak dapat saya bayangkan betapa tabahnya Kak Tikah pikul tanggung jawab ni. Bekerja, jaga anak dan mengandung di saat suami tiada di sisi. Semoga Kak Tikah dipermudahkan bersalin anak kedua nanti ye. Mana la tau anak ni nak beri nama Sarah pulak ke. Hehe.