بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah, segala pujian hanya milik Allah atas tiap nikmat kurniaanNYA.
Selamat Hari Raya! Eh ada raya lagi ke?? Syawal dahpun berlalu. Kalau masih ada ziarah menziarahi dan menjamu rakan-taulan makan, Alhamdulillah,moga ada keberkatan untuk mereka yang ikhlas menghubung dan mengeratkan silaturrahim.
Syawal tahun ini tentulah yang teristimewa. Pertama kali menyambut Aidilfitri bersama suami dan keluarga baru. Alhamdulillah, nikmat Allah yang tak terhingga. Menyambut Syawal dengan serba sederhana, kerana tumpuan saya dan suami lebih kepada keterujaan menyambut our little pejuang November nanti, Insya Allah.
Saya berhari raya di kampung suami di Felda Bukit Puchong dahulu. Pagi raya, ke masjid menunaikan solat sunat hari raya. Kami memilih berjalan kaki beramai-ramai ke masjid bagi mengelakkan kesesakan jalanraya. Meriah apabila manusia berduyun-duyun ke rumah Allah. Betapa 'gembiranya' si kecil ni mendengar suara kuat si ayah bertakbir dan mengalunkan ayat suci selaku imam di pagi raya, berpusing-pusing dalam perut sampai ummi nak solat pun kegelian je. Anak bertuah ni selalu macam tula, bila dengar suara kuat di mikrofon, lebih-lebih lagi kalau suara ayahnya jika kami menemani ayah ke majlis2, sangat kuat memberi respon. Alhamdulillah, bahagia sungguh melalui saat ini.
Satu hari di hari raya..baru pulang dari masjid.. |
Aidilfitri kami juga lebih berseri dengan kepulangan adik saya yang ke-4 (yang ke-5 dalam keluarga) Izzati setelah tamat pengajiannya di Jordan. Seminggu sebelum Aidilfiri, kami sekeluarga menjemputnya di KLIA. Terlerai rindu saat memeluk dirinya. Paling teruja tentulah bonda, setelah hampir 2 tahun tidak bertatap mata dengan anakanda tercinta, terlerai sudah kerinduan. Sebelum tu pun, asyik membilang hari sambil merancang untuk masak itu dan ini. Kata adik saya sebelum kepulangannya, dia sangat teringin makan Ikan Patin Masak Tempoyak.Emak dengan gigihnya menunaikan impian itu, Izzati sampai ke Malaysia jam 3petang dan hari itu, kami sekeluarga berbuka puasa di rumah Abang Long di Putrajaya, dengan hidangan istimewa Ikan Patin Masak Tempoyak yang emak sediakan selepas subuh pagi itu, sebelum bergerak ke KLIA!
ketibaan yyang dirindui.. |
Doa selamat..syakirah atas kepulangan.. |
Abah & Andak |
Emak dan Abah gembira anak mereka dah pulang.. |
Ok, sambung cerita raya. Raya pertama di rumah mertua, banyak menghabiskan masa di rumah sebab ramai sekali tetamu yang datang, lebih-lebih lagi anak-anak murid suami.Hidangan raya pertama- Laksa. Encik suami mengidam laksa di raya pertama. Ayah yang selalu mengidam itu dan ini, Ummi biasa-biasa sahaja.hehehe. Lepas satu rombongan, satu rombongan berkunjung. Raya kedua, suami dan keluarganya menziarahi kubur arwah ayah. Saya hanya duduk di rumah. Sebaik adik-beradik suami yang beraya di rumah mertua mereka sampai, kami bermaafan dan bersua muka sebelum pulang ke Mentakab.
Sampai di Mentakab, sempat beraya beberapa rumah. Rancangan kami, pada hari raya ke-3 akan menziarahi saudara mara sebelah mak saya bersama adik-adik di sekitar Jambu Rias dan Bentong. Namun kuasa Allah, malam itu suami saya demam dan sakit perut. Sepanjang malam, beberapa kali dia terjaga. Saya sendiri tidak boleh lelap tidur, sekejap-sekejap terjaga, memantau suhu badannya yang semakin panas. Si kecil ni pun macam tahu-tahu je ayahnya demam, baru saya nak lelapkan mata dia bergerak-gerak, macam nak bagitau 'Ummi, tengok Ayah'.
Pagi esoknya, demam suami masih belum surut. Rancangan kami dibatalkan. Suami saya hanya berehat. Tengahari itu, kami ke klinik. Alhamdulillah, kata doktor suami hanya demam biasa. Sebaik masuk kereta selesai urusan di klinik, suami bersuara.
"jom pergi scan adik, Abang rindu kat dia"
Oh, rupanya si ayah demam sebab rindukan si kecil ni! Hehe. Lalu kami ke klinik pakar di Bukit Bendera, 4D scan dan doktor memaklumkan jantina si kecil. Cuma tak dapat tengok mukanya sebab dia sangat pemalu, menutup mukanya. Dari awal lagi, dah banyak kali scan tapi si kecil ni memang pemalu, tak nak tunjuk muka kat Ummi dan Ayah. Takpela sayang, yang penting sihat dan selamat dalam perut Ummi. Tak lama lagi kita akan berjumpa jua biiznillah.
Petang itu, alhamdulillah, suami semakin sihat. Dah jumpa 'penawar' demam dia. Keesokan harinya, kami ke Bentong dan ke Jambu Rias, hampir 10 rumah saudara mara diziarahi sebelum pulang ke Bukit Puchong malamnya.
Sekian cerita raya tahun ini, Alhamdulillah atas setiap nikmata yang Allah kurniakan, moga segalanya menjadikan kami hamba yang lebih bersyukur.
Syawal lalu, kawan sewostorian kami, Safri selamat diijabkabulkan dengan pasangannya-Rohani, junior kami di Woso. Semoga dirahmati dan diberkati selalu masjid yang dibina!
Ayie dan Ann |
No comments:
Post a Comment