hidupku,matiku,ibadahku,untukMU Rabbal 'Alamin اللهم ارزقنا الجنة وما يقربنا إليها من قول اوعمل ، وباعد بيننا وبين النار وبين ما يقربنا إليها من قول أو عمل اللهم اجعلنا من الذاكرين لك ، الشاكرين لك ، الطائعين لك ، المنيبين لك يا الوهاب يا الرزاق لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين
Total Pageviews
Thursday, December 31, 2009
Gambar @ Pangkor..
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Berikut gambar-gambar sekitar Leadership Trip di Pangkor...
Alhamdulillah atas nikmat ukhwah, pengalaman, ilmu dan kemahiran yang diperolei di sana..
bersama AMjad
Taklimat kebapaan oleh Abang Zul. Hairul memegang Amjad, sedang belajar. Yang lain khusyuk mendengar..
semangat kawan..yang penting semangat..!
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
semalam ku temui dia kawan..
Dia kenalanku di sini..di Taman Ilmu dan Budi
Usai pengajian ijazahnya, menerima biasiswa ke kota UK untuk menyambung sarjana..
di sana dia diuji..
Kanser darah..
tahap kritikal kawan..
namun dia tetap mahu menyambung perjuangannya
mencari kalau2 ada rakan yang ingin menemaninya di sana..
menjalani rawatan di sana dan menyelesaikan pengajiannya..
Namun keluarga mahu dia pulang..
menjalani rawatan di sini..
Kutemui dia semalam, sekadar bertanya khabar
dan memberi kiriman buat seorang kawan
wajah pucat lesu, badan kurus melidi
namun masih sempat bertanya
bagaimana jika dia ingin menyambung sarjananya di sini..
itulah semangat kawan!
Biar ajal seakan menjemput
hari esok masih ada untuk dijalani
dan hari esok masih perlu dipenuhi dengan kebaikan
anda bagaimana kawan?
jangan biar semangatmu layu
perjuangan itu tidak akan berhenti
sehingga nyawamu benar2 diambil Rabbul Izzati!
****
mengambil semangat dia.. dalam kesakitan saya gagahkan diri menyiapkan assigment yang berbaki. Puas tidur dan berbaring..saya tidak betah begini.. Cuma untuk ke kelas, terasa amat lemah nak melangkah.. di atas katil ini, sambil berbaring, saya masih bisa memerah otak menyiapkan tugasan..
Allahumma Yassir li..
Friday, December 25, 2009
Titipan hujung 2009
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah..masih berkesempatan meneruskan kehidupan di penghujung 2009 ini..
Dititipkan coretan aktiviti beberapa minggu kebelakangan ini;
Minggu lepas saya ke Pangkor, Leadership Trip untuk DPLI. Seronok juga. Waima Tioman lebih memukau, Pangkor punya kenangan tersendiri. Jika dahulu (awal tahun) saya ke Tioman bersama kawan-kawan COMRADE, di Pangkor saya mengukuhkan ukhwah dengan rakan-rakan DPLI. Bukankah bermusafir bersama itu akan membuatkan kita lebih kenal diri rakan-rakan kita?
Alhamdulillah, di samping mendidik diri menjadi pemimpin yang lebih baik, kesempatan ini mengenalkan saya dengan rakan-rakan DPLI, terutama rakan-rakan sekelas. Dah nak habis DPLI, tapi momen bersama mereka indah untuk dikenang, satu 'chapter' baru dalam diari kembara kehidupan.
Tahniah buat Dr Johdi, Ust Jalil dan semua AJK atas kejayaan program ini. Selepas Tioan, Pangkor menambahkan cinta saya pada snorkelling. Seronok bermesra dengan ikan yang amat cantik berwarna warni. Subhanallah, hebat ciptaanMU..
***
Balik dari Pangkor, berkesempatan menghadiri perjumpaan COMRADEANS dengan para senior. Ramai juga senior yang hadir malam tu. Menitipkan beberapa pesanan untuk adik-adik. Binalah diri anda dengan memberi kepada masyarakat hatta masyarakat Orang Asli. Tidak ramai yang ingin melakukannya. Namun yang akan anda dapat nanti, lebih berharga dari segalanya. itulah amal jariah yang akan membantu di sana.
***
Jumpa Muiz Amjad untuk pertama kalinya. Comel sungguh kamu. dan berjumpa kekanda yang dirindui- Mok Ana. Last sekali jumpa masa pergi Tioman dulu, bulan Mei. Biar terpiisah jauh, ukhwah ini tetap mekar di hati. Amjad, Kholah Atikah sayang kamu!
***
Tahniah buat kawan-kawan saya yang mendirikan rumahtangga.. Moga kalian diberkati dan bercinta hingga ke syurga;
wostorian:
Dek Mai & suami
Haikal dan isteri
DPLIans:
Elya dan suami (Faisal)
Aisyah & Suami
Seach & Suami
Khatifah & Suami
Maisarah & Suami
Fairuz & Suami
K.Mastila & Suami
Comradeans:
Nana & Suami
Azuni & Suami
Uia:
Siti Khadijah & Suami
Lokman & Isteri
Khadijah & suami
Dj (roomate) & Suami
Maaf tak berkesempatan hadiri walimah.. dari jauh saya doakan kalian..
Kalau ada yang tertinggal nama kat sini maaf yer..
****
Cerita dulu..gambar akan di upload nanti..
nota kaki: akan pulang ke rumah petang ini. Menanti esok dalam debaran.. Menyelak lembaran baru kehidupan..Allahumma Yassir Lana.. hanya yang terbaik dariMU kuharapkan..
Friday, December 18, 2009
cinta...
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam Maal Hijrah..moga tahun ini lebih baik dari sebelumnya..
Ya Allah kami memohon kebaikan dari tahun ini dan moga dijauhkan dari keburukan padanya...
Moga usia yang semakin mendatang, makin bertambah ketqwaan kita padaNYA.
Insya Allah tahun mendatang ini, ada beberapa misi yang ingin dicapai dalam hidup. Ada beberapa langkah baru akan dimulakan. Moga setiap langkah itu menuju cintaNYA. Moga tiap langkah itu dipermudahkan.
1
Katanya:
Aku terkesima menerima luahan hati dia. Kawan, dia dosenku.Amat dihormati di sini. Aku hanya menemuinya atas urusan meyiapkan tugasan pembelajaran. Semuanya atas dasar ilmu. Tidak pernah bicara soal peribadi namun katanya dia jatuh hati. Aduh, bagaimana ini kawan? sedangkan dia itu punya anak dan isteri, malah kulihat seakan mereka bahagia sekali. Bagaimana kawan? Seakan tercalar setinggi hormatku padanya...
2
Katanya:
Bagaimana kakak, dia kucintai meski kutahu dia sudah punya anak isteri. Meski baru-baru ini dia dibuang kerja, tidak lagi tetap bergaji, aku tetap menerima dia sebagai suami. Ini jodoh kak, ini jodoh kami..
3
Katanya:
Bantu aku sahabat, aku jatuh cinta padanya meski aku tahu dia bakal isteri orang. . Sekarang, bakal suaminya sudah menghidu hubungan kami maka aku buntu..apa harus kulakukan sahabat?
>>>>
CINTA. Berbagai-bagai ragam manusia kerana cinta. Suara-suara di atas, suara-suara yang kedengaran di telinga saya.. Lelaki atau perempuan, berusia hinggalah muda belia, punya ilmu akademik tinggi hingga belajar sekadarnya.. Tidak lari dari masalah cinta. 3 segi, 4 segi, malah tidak bersegi pun ada.. Apa lagi yang harus saya katakan tentang cinta? Mungkin benar kata mereka. Cinta itu menjadikan mereka buta.
Namun sering saya katakan pada diri. Cinta itu milik DIA. dari DIA. Jika cinta itu menjadikan kita resah, serahkan cinta itu pada DIA. Mohon DIA luputkan. Tetapi jika cinta itu mendekatkan dengan DIA, mohon DIA pupukkan dalam kehambaan. Mohon DIA bantu dalam menghalalkan. Segalanya tentang hati, serahkan kepada PEMILIK sekeping hati. DIA- Rabbul I'zzati...
ps:owh..jarang saya bicara soal cinta. Namun di sini, dinihari awal tahun ini, soal ini terbit di sini. Tidak, jangan membuat spekulasi. Saya tidak dibelenggu soal ini. Doakan, mudah-mudahan segala rasa cinta kepada manusia tidak melebihi rasa cinta pada DIA. dan semoga indah cinta manusia itu mendekatkan kita dengan keagunganNYA.. Dialah sandaran cinta..
Friday, December 11, 2009
Kepulangan abah dan 'ibrah haji...
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah, Abah telahpun selamat pulang seminggu yang lalu. Alhamdulillah, dia sihat dan cergas. Malah menurut besan emak yang ke sana bersama Abah, Abah sihat dan cergas sepanjang menjalankan ibadah di sana.
Cerita-cerita Abah sepanjang dia menjadi Tetamu Allah amat mengujakan saya. Sesungguhnya rindu ini kian mekar untuk ke sana.
Dan beberapa ibrah kiranya perlu diambil dari kisah perjalanan di kota suci.
yang saban hari di baca. Kata Abah, sungguhpun terlalu ramai orang di sana, tetapi jika kita benar-benar ingin ke saf di hadapan, berada di multazam, mengucup Hajar Al-Aswad, kita harus yakin dengan DIA, minta sungguh-sungguh dan DIA akan permudahkan.
begitulah dalam kehidupan seharian, keyakinan kita seharusnya pada DIA. diiringi usaha. dan seperti kata Abah, di sana, doa ALLAHUMMA YASSIR selalu dibaca dalam hati, mohon dipermudahkan semua. Mudah-mudan mainan hati dan lidah ini menambah keyakinan kita dalam pergantungan pada DIA.
Beratur panjang ketika menunggu giliran ingin ke tandas, keadaan khemah yang tidak selesa di kerana kebasahan dek hujan yang turun merahmati Kota Mekah.. segala-galanya menguji kesabaran. Tanpa kesabaran, pasti ada rungutan dan menimbulkan kemarahan. Dalam keadaan yang serba sederhana, yang dicari hanya redha Allah.
Saya teringat suasana yang hampir sama, masuk kampung Orang Asli.Beratur lama untuk ke tandas. Tempat tidur yang amat tidak selesa sepanjang berada di sana. Moga-moga 'ujian' kecil yang pernah dilalui dulu membantu memaksi sabar dalam diri, untuk sepanjang kehidupan ini.
Mudah-mudahan kita juga begitu..tidak lokek menghulur bantuan..
Seterusnya.. biarlah gambar bersuara
Tuesday, December 01, 2009
yang suka..yang duka..
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Allahu Akbar! Allahu Akbar! bersyukur rasanya, masih ada kesempatan menyambut Aidiladha bersama keluarga tercinta. Sambutan kali ini terasa kurang seri bila Abah dan Izzati jauh dari kami.
Malam raya, saat takbir berkumandang, wan yang paling sentimental. Menangis dia kerana rindukan menantu dan cucu yang jauh di mata. Hatinya berlagu say dan sendu.
Emak pula malam itu tiba-tiba mengadu kesakitan di seluruh tubuhnya. Sempat emak berbisik, selalu jika dia sakit-sakit begitu, kan ada ahli keluarga terdekat meninggal dunia. Entah kebetulan atau memang itu satu petanda, Wallahu A'lam.
Esoknya, pagi raya kami sekeluarga bersarapan bersama. Sungguh terasa ada kekurangannya raya kali ini. Selalunya, bersama Abah, pagi raya kami bertakbir bersama-sama jiran terdekat sebelum bersarapan. Ketiadaan Abah dan Izzati memang dirasai.
Usai bersarapan, sedang mengemas-ngemas, kami menerima panggilan telefon mengkhabarkan Pak Ngah Malik- abang emak sebapa sedang tenant di Hospital Temerloh. Lantas emak ke sana.
Selepas Zohor,emak menelifon dari hospital mengkhabarkan Pak Ngah kian nazak. Asarnya, saya bersiap untuk ke sana,melawat Pak Ngah. Namun emak memaklumkan Pak Ngah akan dibawa balik ke rumahnya di Karak maka saya tidak perlu ke hospital.5 minit kemudian, emak sekali lagi menelifon memaklumkan Pak Ngah telah pergi buat selamanya.. Moga Pak Ngah tenang di sana bersama para muqarrabin.
Emak terus ke rumah Pak Ngah, hanya sempat singgah di rumah untuk mengambil pakaian. Maka malam itu, saya dan adik-adik cuma tinggal di umah bersama Wan. Hari raya ini makin suram bagi kami.
****
Kita tidak pernah bertemu
Namun rindu itu bertunas selalu
Engkau kukenali dari jauh
namun di hati kau dekat selalu
Hanya dari kejauhan kumenatapmu
namun kian hari kian dekat engkau dinuraniku
kuhayati agung sejarahmu dari baris buku
namun cintaku mekar untukmu..
Kota Suci kiblatku
Moga diizinNYA aku meluah rindu di sisimu..
jemputlah aku Ya Allah sebagai tetamu..
Saya banyak mengikuti perkembangan haji di Mekah melalui Astro Oasis. Ada kebimbangan tentang keselamatan abah selepas banjir mengakibatkan ramai terbunuh di Jeddah. Alhamdulillah, Abah dalam keadaan sihat. Mengikuti perkembangan jemaah haji di sana, hati ini menjdi rindu amat, terasa amat dekat Kota Suci itu dengan hati. Rindu ini memuncak. Ya Allah, jemputlah aku juga menjadi tetamuMU nanti. Amat rindu hati ini ingin ke sana.
***
tinggal 3 hari, Abah akan pulang ke pangkuan kami..
***
Kak Mas- selamat pengantin baru!
Ramlah, takziah atas kehilangan itu..
إنا لله وإنا إليه راجعون
** Kak Mas dan Ramlah sebilik dengan saya waktu taaruf week DPLI jun lalu. Aidiladha ini,ada yang berduka,ada pula yang bergembira.
Begitulah putaran kehidupan.Segalanya dalam kekuasaan DIA. Tiap kegembiraan dan kedukaan itu adalah ujian untuk kita. Belajar erti syukur,sabar dan redha...
Thursday, November 26, 2009
Salam Aidiladha
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Friday, November 20, 2009
Seorang Pengembara..
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
November menjelang.. Oktober lalu, genap 6 tahun saya bermukim di bumi UIA ini.. Saya mendaftar di Main Campus ini Oktober 2003. Kini sudah 2009. Telah lama masa berlalu, namun tidak terasa ia berlalu. Jika seorang anak, usia 6 tahun sudah memasuki alam persekolahan.
Terasa baru semalam mendaftar diri di CAC, menjalani Taaruf Week dan kemudiannya mendaftar diri di Mahallah Ameenah. Saya dan kawan-kawan sama batch tidak ramai.Kemasukan pada semester 2 hanya kecil bilangannya, kebanyakannya yang berjaya menyudahkan pengajian di Matrikulasi setahun setengah,berbanding 2 tahun tempoh maksimum.
Terasa baru semalam bertatih menggali ilmu di Taman Ilmu dan Budi,dengan para pensyarah yang dedikasi.
Terasa baru semalam ke Kg Husin, kampung pertama Orang Asli yang saya masuk selepas memilih mengikuti COMRADE. Masih terasa indahnya malam Ramadhan di Kg Husin, bertarawih di tanah lapang,beratapkan bulan dan bintang bersama rakan-rakan dan orang kampung, dengan penghawa dingin yang tidak boleh dikawal darjah kesejukannya- ciptaaan DIA yang Maha Kuasa-. Masih terasa kesejukan air bukit ketika masak untuk bersahur di situ, sejuknya hingga ke tulang hitam.
Masih terasa indahnya ukhwah sahabat-sahabat COMRADE, yang kini melata ke seluruh negara meneruskan kehidupan masing-masing.Meski jauh, budi dan kasih sayang dan semangat mereka tetap di hati.
Cepatnya masa berlalu, dulu saya merentasi jalan berbukit di Mahallah Ameenah (kini Mahallah Zubair), melalui Mahallah Safiyyah,menyeberangi jalan utama di hadapan pintu masuk UIA untuk ke Kuliyyah HS .
Berulang alik saban hari, 3 tahun setengah lamanya.
Masih terasa manisnya pengalaman mengikuti pertandingan debat, berlatih hingga ke pagi, hingga kalam Arab menemani mimpi. Sungguh, kerana latihan yang amat banyak, seminggu selepas pertandingan, mimpi saya masih berbahasa Arab!
Masih terasa manisnya majlis graduasi. Saat berarak masuk ke dewan diiringi selawat, saat keluar dewan, menyalami tangan Emak dan Abah,mengucup pipi dan memeluk mereka,diiringi mutiara jernih keharuan di pipi keduanya!. Oh, sungguh istimewa rasa itu.
Usai perjuangan ijazah, cuma 3 bulan saya berehat sebelum menyambung pengajian Sarjana. Dan belum usai menarik nafas lega, saya menyambung lagi pengajian. Saya ingin menjadi ahli dalam bidang pendidikan. Menyambung pengajian dalam Diploma Pendidikan ini sesungguhnya menemukan saya dengan mutiara-mutiara ilmu.Sungguh, makin banyak yang dipelajari,makin terasa kejahilan diri. Lalu saya menggabungkannya dengan setiap pengalaman dan ilmu lalu, sebelum terjun ke medan sebenar.
Sungguh,cabarannya bukan sedikit. Bukanlah mudah mengekalkan momentum selepas 6 tahun belajar,belajar dan belajar. Dan bukan tidak pernah rasa jemu itu datang. Bukan tidak pernah keinginan untuk memiliki wang dan membeli itu dan ini dengan duit gaji sendiri datang. (Waima saya banyak melakukan kerja part time satu masa dulu, keadaannya sekadar cukup makan). Bukan tidak pernah mengikat perut kerana mendahului keperluan pengajian melebihi keinginan lain. Bukan tidak pernah air mata ini tumpah kerana rasa 'penat' melalui hari-hari bergelar pelajar.
Dan saya percaya, kesabaran hari ini, kepenatan hari ini pasti terbayar nanti. Bukan dengan wang dan permata, tetapi kepuasan memberi apabila kita memiliki. Bukankah hanya orang yang memiliki boleh memberi? Mudah-mudahan dengan ilmu terbatas yang telah dicari dan digali,dengan pengalaman cetek ini,saya mampu memberi, mengembangkan Bahasa Al-Quran pada anak bangsa, meski masih tertanya,mampukah saya mengharung segala cabaran nanti,mampukah saya menjadi Murabbi yang mengubah bangsa? Namun saya tahu, hati saya di sini. Jiwa saya ingin menjadi Murabbi. Kerjaya pendidik bukan pilihan terakhir. Tetapi ia pilihan pertama. Langkah pemula. Sebelum langkah demi langkah yang lebih jauh ingin saya teroka, Insya Allah.
Namun masa semakin hampir. Semakin hampir. Semakin hampir. dan sesungguhnya masih banyak yang perlu diselesaikan, masih banyak yang belum dibekalkan dalam diri,masih banyak kelemahan perlu diperbaiki. Sungguh, jika ditanya, saya masih ingin belajar. Namun selepas tamat pengajian DPLI ini, saya ingin mempraktikkan segala ilmu,mencurah segala bakti, membina diri menjadi Murabbi. Juga membina keluarga (insya Allah).. Namun laluan ini tidak akan saya tinggalkan.Saya akan kembali bergelar pelajar nanti.Mudah-mudahan Insya Allah, dipermudahkan segalanya.
Terima Kasih Ya Allah, atas setiap peluang ini.
Terima Kasih Ya Allah, ilmu yang Kau beri cuma setitis dari kuasaMu
Terima Kasih Ya Allah, sahabat-sahabat sejati sepanjang jalan perjuangan
Terima Kasih Ya Allah, kesabaran dalam tiap dugaan
Terima Kasih Ya Allah, tak terhitung nikmatMU, moga aku terus menyemat kesyukuran dalam diri.
Insya Allah, menjelang Febuari ini, saya pasti bersedia!
اللهم يسر لي، الله المستعان
Tuesday, November 17, 2009
selamat menghadapi peperiksaan
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Entry in khusus buat adik tersayang- Nurul Syuhada yang akan memulakan peperangan SPMnya esok. Semoga dapat menjawab dengan tenang.Ngah doakan kejayaan Kak Chik,Insya Allah.
Juga buat anak-anak di SMA Al-Wosto, moga kalian dapat lakukan yang terbaik. Dari jauh,ustazah doakan kejayaan kalian.
Allahumma Yassir lahum..
Monday, November 16, 2009
Wan vs Ragbi
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Minggu baru ini saya pulang ke rumah. Sampai di rumah jam 8malam. Tak jadi menemani emak ke Kuantan. Saya tak dapat pulang lebih awal, maka yang menemani mak adalah Mimi my sis, Abang Long dan Adik saya Munawar.
Maknanya, minggu ini kami 7 beradik berkumpul di rumah. Izzati tiada. Takpela, dia kan jauh nun di sana. Namun saya tetap rasa rumah macam kosong. Terutama sebab Abah dan Izzati jauh. Memang terasa kesunyian itu.
Wan vs Rugby.
Ini kisah wan (nenek ) saya. Umurnya hampir 100 tahun.. Saya sedang menggentel kuih siput di hadapan TV. Yang terpasang Saluran Astro Sport. Sebelum itu saya menyaksikan Chong Wei bermain menentang Peter Hoeg Gade dalam Terbuka Hong Kong. Lepas siaran tamat, malas nak menukar siaran lain. Maklumla, tangan masih dipenuhi tepung. Banyak lagi yang belum 'disiput'kan.
Wan menghampiri, sebenarnya dia nak suruh potong kuku dia. Tu memang kerja wajib kalau pulang ke rumah. Memandangkan kerja saya menggentel kuih siput belum selesai, Wan duduk di sebelah saya sambil menonton TV. Perlawanan Ragbi. England menentang Australia.
Wan yang matanya sudah semakin kabur, telinga yang semakin tidak mendengar menonton dengan khusuk. Lama kelamaan keluarlah satu persatu komen Wan yang membuatkan saya gelak ;-)
*Abang ialah adik saya umur 14 tahun, Long pula abang saya (27 tahun).
-Padahal orang yang sama je, cuma kamera close up, maka gambar jadi dekat dan imej nampak besar.
- Komen Wan bila melihat penonton yang ramai, dengan baju berwarna warni.. huhu, tu bukan gambar kat Pahang.. Tu kat England..huhu
-Bila Iklan.
-memang iklan sekejap je. Dan siaran tu bulan siaran langsung. So memangla 'diorang' sekejap je rehat.. hehe
Sambil menggentel 'siput' saya hanya mampu tersenyum mendengar celoteh Wan. Dalam usia begini, dia hanya tahu apa yang ada dalam dunia dia.. Kerana telinganya yang sudah tidak dapat berfungsi dengan sempurna, saya memilih untuk hanya mendengar dari menerangkan keadaan sebenar itu dan ini. Sebab? Kalau saya terangkan, cerita akan bertukar menjadi cerita lain sebab Wan tak dengar.. Dan untuk membuatnya dengar, saya perlu menguatkan suara seolah dia berada jauh dari saya. Melaung orang kata. Tapi saya tak suka begitu, nampak macam tidak beradab. Jadi, untuk hal-hal seperti ini, saya hanya membiarkan Wan dengan dunia dia. Kalau ada maklumat-maklumat penting, barulah keadaan sebenar dijelaskan.
***
Kita juga begitu, kian hari, masa akan berlalu.Kita akan semakin tua. Segala anggota, satu persatu akan menjadi semakin 'tua' juga. Hari ini, kita masih gagah. Segala anggota masih berfungsi dengan sempurna. Seharusnya kita gunakan sebaiknya. Sebelum segalanya ditarik balik, moga sempat beramal dengan setiap kurniaanNYA..
Friday, November 13, 2009
gambar 1000 cereka...
pertengahan november..
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Minggu ini banyak kelas yang batal. Maka jemu bermaharajalela.
Esok pagi saya akan menghadiri Teacher Grooming Course..Malamnya ada dinner TM Pahang di Kuantan.
**Masa berlalu amat pantas.. amat pantas..
I miss my Abah n my sis Izzati.. kedua-duanya jauh di sana. Moga Allah menganugerahkan mereka kesihatan dan melindungi mereka dalam rahmatNYA.
ps: esok ada ghatering 'orang-orang tua' COMRADE.. sempat ke nak pergi ni..;-)
Thursday, November 05, 2009
Khabar Gembira II
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah..segala pujian hanya milik Allah atas tiap kekuasaan dan ketetapanNYA..
Alhamdulillah, beg abah yang hilang dalam perjalanannya dari Madinah ke Mekah telah dijumpai.. petang semalam abah menghubungi dari sana. Amat gembira dapat mendengar suara Abah. Alhamdulillah Abah sihat sejahtera di sana. Dia bertanya kalau-kalau ada buku/kitab yang ingin saya miliki, untuk dia belikan di sana. ( he know i like reading very much)
Alhamdulillah,khabar gembira dari Hasnah yang bakal bergelar ibu..
Firas Ahmad Yasin- demikian nama putera sulung Lin @ Marliyana. Moga menjadi pejuang agama seperi As-Shahid Sheikh Ahmad Yassin Rahimahullah.
_sekian_
Sunday, November 01, 2009
Khabar Gembira
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah..saya mulakan entry ini dengan puji-pujian atas segala nikmatNYA dalam hidup ini.. Saya masih di rumah. esok pagi pulang dan terus ke kelas Leadership jam 10 pagi.
TAHNIAH
Buat Lin dan suami atas kelahiran putera sulung mereka semalam. Semoga anak kalian menjadi insan yang Soleh.
Buat roomate saya- Dj atas perkahwinan di Johor semalam. Maaf tak dapat hadir. Moga Allah memberkati kalian dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan.
Buat classmate saya Sharfina atas perkahwinannya tadi. Kawan-kawan sekelas ramai berkonvoi di sana. Semoga perkahwinan kalian sentiasa diberkatiNYa Insya Allah.Saya tak dapat ikuti, ada 'perbincangan' yang perlu dihadiri tadi ;-)
Buat sahabat-sahabat DPLI UIAM intake January 2008 yang berkonvo tadi.. tahniah! Semoga semuanya menjadi Murabbi yang berjaya..
A Year to go...
Perancangan kian giat dilakar.. Setiap hari, hanya doa saya panjatkan moga dipermudahkan segala urusan dan semoga segalanya dalam rahmatMU.. Itu dan ini mula berselirat dalam kepala.. namun untuk 2 bulan terakhir di tahun 2009 ini, izinkan saya menghabiskan tesis dan memerah otak di situ dulu.. selepas itu, saya akan fikirkan tentang hal itu dengan serius.. (Padahal di rumah dan di mana-mana, persoalan itu kini jadi perbualan.. ;-) )
1 November datang dengan momentum baru.. Permudahkanlah Ya Allah..
Saturday, October 31, 2009
Abah: hadiah hari lahir teristimewa
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hari ini hari lahir abah yang ke 55..
Saturday, October 10, 2009
melankolik
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
2 3 hari ini, saya sangat melankolik.. tidak tahu mengapa.. Saya mencari ruang untuk mencari diri dan mengembalikan momentum dalam diri. Syukur Ya Allah, waima di sebalik melankolik itu, 2 peperiksaan semalam dapat dijawab dengan baik. ALhamdulillah.
Pagi tadi ada kelas Pn NOr. Semalam saya sudah menghubungi Pn Nor, minta pelepasan dari kelas. Hari ni (tengahari) ada kenduri di rumah kerana abah akan menjadi tetamu Allah tahun ini. Insya Allah pergi 20 hb nanti. Sayangnya Pn NOr tidak memberi pelepasan. Saya mesti hadir ke kelas katanya.
Sesi pertama kelas (penerangan + tips exam) dari Pn NOr selesai.Lalu dia memberi pelepasan untuk saya balik awal sementara kelas dihabiskan dengan presentation beberapa pelajar lain. Hari ini sesi konvo pertama bagi tahun 2009. Ketika melalui Main Auditorium, saya menjenguk video yang dipasang, siaran langsung dari CAC. Sesi penganugerahan PHD sedang berlangsung. Saya cemburu yang amat. Meremang juga bulu roma melihat satu persatu nama dipanggil menerima anugerah tertinggi dalam akademik. Jeles.Jeles.Jeles. Campur terharu. Berlinang air mata juga. Saya memang begini. Saya mudah terharu dengan satu-satu 'victory'. Saya harap itu satu momentum buat diri. Saya akan rasai juga satu hari nanti, biiznillah.
TAHNIAH!
2pm tadi sesi penganugerahan MA.. Tahniah kawan-kawan yang menerima MA masing-masing tadi, terutama my Dear Asma, Kak Zaiton n Jannah my roomate, kak Salwa,Kak Mardhiana, Kak Nik Mursyidah dan yang lain-lain. Sedih juga tidak dapat bersama kalian. Namun saya percaya perancangan Allah untuk saya lebih baik. Kerana banyak perkara luar kawalan yang berlaku, ditambah kelemahan dan kemalasan saya.. Namun Insya Allah, tahun hadapan saya akan menerimanya.. and double convocation (+ the 'third' one?) Insya Allah..
AGM COMRADE
Malam tadi, saya berkesempatan menghadiri AGM COMRADE. Tahniah buat board baru. Teruskan perjuangan. Tahniah buat COMRADEAN yang konvo n welcome to Alumni. Harap Alumni lebih aktif lepas ini..
only Allah know how much i miss the comradeans.. Terutama kawan-kawan seangkatan saya....
KHALI..LOMPONG,
Terasa ada lompong di situ. Saya usir setiap keterkilanan dan keterasaan. Saya sisihkan tiap yang memakan hati.. Saya maafkan tiap yang terkhilaf. Namun masih ada lompong di situ. Ya Allah, isi kelompongan itu dengan cintaMU. isi kegusaran itu dengan syukur padaMU. Moga ruang yang lompong itu tidak menjauhkan aku dariMU.
Kenangan Indah di Aidilfitri
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam Aidilfitri.
Rasa bersyukur sangat dapat meraikan Aidilfitri hari ini dengan penuh kenikmatan.
1 Syawal
Selepas bermaafan sesama keluarga, kami menyiapkan juadah istimewa untuk kenduri kesyukuran merangkap Rumah Terbuka kami. Selepas Asar, kenduri kesyukuran bermula. Kenduri ini sempena keberangkatan adik saya yang ke -5 Izzati ke Jordan pada 3 Syawal kelak. Alhamdulillah, ramai sanak saudara dan rakan taulan berkumpul di rumah. Terasa ukhwah itu amat indah.Malamnya, sahabat sejati saya dari Mukmin datang- Fairuza, Fatimah dan Nawwar
2 Syawal
Duduk di rumah melayan tetamu yang tidak putus-putus berkunjung.
3 Syawal
Awal pagi lagi kami ke Kuantan. Izzati akan berlepas ke Jordan. Perjalanan Kuantan-KLIA-Doha-Amman akan bermula petang nanti. Petang itu, air mata kami sekeluarga tumpah di Lapangan Terbang Kuantan melepaskan dia memulakan kembara ilmunya sebagai siswi di University of Yarmouk, Irbid dalam bidang Ekonomi Islam. Selamat bermusafir menggali khazanah ilmu, moga kembali dengan ilmu sarat di dada buat agama dan nusa
4 Syawal
Di rumah. Melayan tetamu. Rakan-rakan sekolah berkunjung ke rumah
5 Syawal
Di rumah lagi. Masih ramai tetamu berkunjung. Sahabat saya Eibe datang bersama anak dan suami
6 Syawal
Selepas Asar- mengunjungi keluarga sahabat saya Fatimah di Temerloh. Diikuti ziarah Dr Sarah yang bertugas di Hospital Temerloh. Sahabat saya ini baru pulang dari Moscow dan baru memulakan housemanship di hospital tersebut. Tiada cuti raya buatnya maka saya dan adik membuat ‘lawatan mengejut’ ke hospital. Seterusnya kami ke rumah guru saya ketika sekolah rendah- Ustaz Osman.
7 syawal
Ziarah ‘istimewa’ sebelum menghadiri 2 majlis kenduri kahwin.
1) Kenalan di Felda Purun
8 Syawal
Kenduri kahwin 2 sahabat sekelas saya- Hasnah dan Sidek.Mereka berdua 'mengejutkan' kami kerana tak ada angin, tiba-tiba kad undangan diterima.. Ketika rombongan pengantin sampai, kami beramai-ramai beratur menyambut.. rasa terharu tengok tangan Sidek memimpin tangan Hasnah.. Berseri-seri.. Ramai sekali wostorian batch kami berkumpul. Yang dah berumahtangga datang bersama suami/ anak-anak. Meriah sungguh. Cikgu Zaki turut hadir.
Kemudiannya kami berkonvoi menziarahi rakan-rakan yang berdekatan. Alhamdulillah seronok dapat berjumpa rakan-rakan zaman sekolah. Sebahagiannya tidak saya jumpa sejak 9 tahun lalu! Alhamdulillah. Amat manis pertemuan ini. Moga Ukhwah berpanjangan.
Thursday, October 08, 2009
Kuatlah hati...!
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kembali menjenguk rumah ini.. ingin melepaskan lelah..
Belum habis bercerita tentang raya yang pelbagai warna.. kalaupun tiada coretan, akan saya tempelkan gambar sekitar suasana hari raya. Amat bersyukur kerana Aidilfitri memberi ruang merapatkan ukhwah.. dan ketemu wajah-wajah yang dirindui.. hatta yang tidak bertemu sekian lama...
Habis raya terus bertungkus lumus dengan assignment dan menyusuk Kem Bina Insan Guru yang amat meletihkan. Syukur, perkara baru yang saya pelajari..
Minggu ini, final exam bermula.. moga dipermudahkan semua.. Malam tadi tangisan ini tumpah jua, setelah sekian lama saya menguatkan diri menempuh setiap bebanan di kiri dan kanan. Sungguh, saya hanya insan yang lemah. Sekuat manapun saya, hanya dengan kekuatan dari DIA yang menguatkan saya. Mungkin malam tadi saya terasa amat penat.Dan tekanan itu amat memuncak. Hari ini saya ingin bangun dengan hati yang berlapang dada dengan setiap ujian . Moga DIA memberi kekuatan yang amat saya perlukan.
Oktober. Saya memberi masa hingga hujung tahun ini untuk menyelesaikannya. Insya Allah. Saya tahu saya boleh lakukannya. Saya perlu kuat!
Abah akan ke Tanah Suci Mekah, menjadi Tetamu Allah pada tahun ini. Insya Allah akan ke sana 20hb nanti.
ok, cukup sampai di sini. Saya menjeguk hanya untuk meluah rasa. Izinkan saya berundur. Ada banyak tanggungjawab menanti.
Dia.. Terima Kasih kerana tidak henti memberi kata semangat.
الله المستعان
Wednesday, September 16, 2009
tetamu Dataran Syam
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Untuk adik tersayang- Nur Izzati Jamaludin yang akan ke Jordan 3 Syawal nanti, disalinkan semula azimat ini buat bekalan:
TETAMU DATARAN SYAM
Tetamu di Dataran Syam ini
Harus gagah seperti Abu Ubaidah
Tanah yang gersang disuburkan
Dengan darah jihad dan jiwa pahlawan
Di celah pohon zaitun yang rendang
Bersemadi Syuhada’ pahlawan Islam
Menanti dan terus menanti
Hadirnya barisan waris perjuangan
Medan ini medan yang susah dan payah
Sesusah Medan Mu’tah di puncak sana
Dan penghuninya juga harus gagah
Segagah Kota Karak perakam sejarah
Di sinilah kau akan membina jiwamu
Jiwa pembela maruah agama
Berbekalkan ilmu berpandukan iman
Islam pasti akan kau merdekakan
Ketibaanmu adik-adikku
Kusambut dengan seribu pengharapan
Agar kau menjadi insan berilmu
Dan pembela nasib agamamu
Hatimu perlu cekal dan tabah
Sesabar tiga Sahabat Rasulullah
Jiwamu perlu subur dengan iman
Sesubuh Dataran Syam bertuah
Kita diajar cintakan kematian
Bagai musuh kita cinta kehidupan
Maka di Bumi Isra’ ini tempatnya
Kau mengenal jihad dan perjuangan
Tetamu Dataran Syam engkaulah harapan
Untuk ummah melihat masa depan
Sebagai Ulama’ sebagai pejuang
Islam pasti akan kau merdekakan
Selamat Datang Tetamu Dataran Syam
Lagu / Lirik / Nyanyian : Hasrizal Abdul Jamil
Persembahan: Usrah al-Firdaus
Album: Gemilang 1995
Kredit kepada www.saifulislam.com
berbuka di mana?....
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semakin berkurang pulak post di bulan Ramadhan ni.. Masa yang ada lebih penting untuk dilakukan aktiviti lain selain berblog.. Sekadar coretan.. Tempat-tempat dan geng berbuka Ramadhan kali ini..
1) Rumah bersama keluarga.. Hampir tiap minggu (kecuali minggu lepas) saya pulang berpuasa di rumah bersama keluarga. Selain kerana keadaan kesihatan adik yang tak berapa baik, pulang untuk bersama adikku Izzati. 3rd Syawal dia dah nak terbang ke Urdun. So ambil kesempatan untuk menghabiskan masa bersama. Lepas ni, 2 tahun pulak baru jumpa. Dan sebab ketiganya- tahun depan belum tentu dapat merasa berpuasa dengan family. maklumla, cikgu to be macam saya mesti sedia berkhidmat di mana-mana..(ayat pasrah) hehe
Puasa pertama istimewa, salah seorang rakan baik masa di Wosto datang dari jauh, bersama anak dan suaminya.. dah lama sangat tak jumpa mak cik ni.. Anak dia si Amirul Fahri pun dah besar.. last sekali jumpa masa dia bujang dulu.. Kahwin dia pun saya tak pergi.. so macam menjejak kasih jugak la ;-)
2) Dengan Syariah- buka puasa di JJ ..dah lama tak bersama rakan-rakan COMRADE.. teringat zaman dulu-dulu, ngan mok ana, jaie, kak engku... kerap bebenor kami berbuka bersama,.. sekarang masing-masing dah berjauhan.. habiskan masa ngan Syariah pun okla.. terubat rindu..
3)Dengan Kak Yati,Hanum, Lin,Shaifura, Shariah, Teh.. Kat Deen's Kubur . Kawasan kubur tu dah terbakar so Deen's dah pindah tempat lain.. So kami berbuka kat situ.. selain Shariah n Teh tu, semua kawan2 satu batch/ satu course di Matrik dan kami sama2 buat setahun setengah di matrik.. so masuk sama2 ke Gombak, kami semua bertiga belas orang masa tu.. sangat happening sebab diberi bilik yang dekat-dekat.. Disebabkan hanya kami yang 1 batch dapat masuk main campus awal, kami jadi akrab dan banyak habiskan masa sama-sama. Yang lain-lain sekarang kebanyakannya dah jadi ustazah di merata tempat. Asma the youngest among us dah habis MA. Ameera ikut suami ke UAE.. Jah dah jadi lecturer UiTM dungun, Nabilah di Sarawak, Che Nah ngajar gak kat Cheras, Kak Siti jadi guru bahasa di UPM.. Suraya pun dah ngajar dan ada anak.. yang tinggal masih 'setia' kat UIA ni sayalah n yang lain2 tu.. Separuh dari kami dah kahwin, dah ada yang ada anak.. ada yang tengah menunggu kelahiran anak.. Saya jugak yang masih singel mingle ;-) kat sini dan masih belajar tak habis-habis.. (Insya Allah tak lama dah nak habis).. Rasa rindu kat kawan-kawan semua.. Moga-moga kalian sentiasa diberkati Allah...
4) Ngan kawan-kawan DPLI.. masa iftar PPU ari tu kat collesseum Kuliyyah of Engineering.. Kawan-kawan baru kebanyakannya.. kena luaskan horizon persahabatan,, no more uia jer.. no more COMRADE je.. ukhwah itu amat luas dan masih ramai orang yang belum kita kenal...
5) Ngan roomate kat bilik.. bila diorang ada kat bilik la...
6) Ngan cik Halimah my classmate DPLI yang tercinta.. selalu spend masa ngan dia tapi baru semalam dapat iftar sama-sama kat Selayang. Apa ntah nama restoran tu tapi bestnya diiringi persembahan nasyid satu group yang bawa lagu The Zikr.. memang best.. Thanks imah bagi hadiah raya..
7) Kat Masjid UIA 2 hari lepas.. bersama pelajar UIA yang belum/tak pulang beraya, terutama pelajar antarabangsa.. rasa macam pelajar antarabangsa pulak.. heheh
8)seorang diri di bilik.. rasanya ni yang paling banyak.. sendiri tapi tak sunyi (ayat pujuk diri) ;-)
9) hari ni? nak ke Putrajaya, iftar dengan Fairuza sahabat tersayang.. Fatimah, jom join sama.. cepat naik belon ke Putrajaya ;-)
Esok akan pulang untuk cuti hari raya.. Adik-adik dah bising, bila nak balik? buat kuih raya.. hehe.. tahun ni kuih rayaku banyak di komputer saja.. kuih kertas assigment yang bertimbun-timbun.. hehe
ok, sampai sini dulu.. Selamat mengimarahkan hari-hari terakhir Ramadhan.
p/s: Dr Sarah, selamat memulakan tugas!
Tuesday, September 15, 2009
Ramadhan yang kian pergi..
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kian menginjak Ramadhan ini
Muhasabah diri
masih belum puas dinikmati
Moga2 ada ruang bertemunya lagi
di laluan hari nanti
Ramadhan terakhir di Taman Ilmu dan Budi
Ada sendu bertamu di hati
Ada doa berlagu tak henti
Ada suara hati yang tak didengari
Ada rindu yang ingin dilunasi
Hanya padaNYA munajat diri
اللهم أنت العفو الكريم تحب العفو فاعف عنا
***
GRADUAN UIAM SYAHID DI PALESTIN
BACA DI SINI >>>>>>>
Tuesday, September 08, 2009
Ramadhan ini..
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semoga sejahtera semuanya.. Dah lama saya tidak mengemaskini 'rumah' ini.. Agak sibu dengan rutin harian (alasan klise)....
Sungguh masa amat mencemburui dan Ramadhan perlahan-lahan kian menginjak.. tidak sampai separuh bulan lagi akan pergi meninggalkan kita...
Ramadhan ini.. banyakkan berdoa...
dan saya terus berdoa moga diberi kesejahteraan buat semua ahli keluarga tercinta.. Moga diberi ketabahan buat kami (khususnya bonda dan ayahanda serta adinda-adinda) menghadapi satu demi satu dugaan dalam hidup)
Moga dipemudahkan tiap urusan.. Moga dikeluarkan di tempat keluar yang baik, dan dimasukkan di tempat masuk yang baik....
Moga diberi kekuatan dan ditambahkan iman.. moga diampunkan segala dosa..
Moga dipermudahkan rezeki... diluaskan Rahmat dan kemapunan, dibebaskan dari azab api neraka...
Begitulah kita hamba.. amat banyak yang ingin diminta dari DIA kerana sesungguhnya tidak ada kekuatan melainkan dari DIA
لا حول ولا قوة إلا بالله
Ramadhan tahun ini...
Masih beresempatan bersama keluarga tercinta...
Ramadhan tahun hadapan..
Belum tentu masih ada di dunia fana
Jikapun masih ada...
Entah 'tercampak' ke dunia mana....
اللهم ادخلني مدخل صدق واخرجني مخرج صدق وانزلني منزل صدق
Thursday, August 20, 2009
di Ambang Ramadhan...
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
1
Minggu demi minggu berlalu amat pantas..
Aik, dah hari Jumaat? Itula dialog saya selalunya bersama kawan-kawan sekelas.. Amat pantas masa berlalu..dan sesungguhnya masa yang berlalu itu mengingatkan kita tentang firmanNYa:
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran” (Surah Al-‘Asr)
2
Petang tadi kelas Dr Kamal di batalkan. Maka kami sekelas mengambil keputusan untuk membuat aktiviti keceriaan. Ye cikgu-cikgu, jangan malas-malas hias kelas, nanti kena jadi cikgu kelas kena fikir jugak bagaimana nak ceriakan kelas. Aktiviti berlangsung dengan meriah sekali.. Let the pictures tell more..
Seriusnya Teacher Mastura??...
Teacher Mastura kepenatan.. Ustazah-ustazah khusuk lagi mewarna...
khusyuknya Teacher Doris? Ustazah Hafizah,Ustazah Syuhada dan Ustazah Elya senyum jer...
Teacher Stephanie dan Ustazah Baizura.. Warna ke conteng tu ? ;-)
Teacher Mona dan Ustazah Halimah.. lekat betul-betul, jangan cabut sudah...
HASILNYA?
kelas pun dah berubah rupa.. nanti saya tunjukkan bagaimana..
Sebab ada beberapa perkara yang tak siap lagi .. ;-)
3
Seronok betul pagi-pagi dapat MMS dari Amjad. Semakin comel la kamu Amjad! Ni Auntie geram tengok nie..Hopefully nanti dapat jumpa Amjad. Buat Abi dan Ummi Amjad, Selamat berpuasa. Kirim salam untuk keluarga di Kelantan dan Johor.
4
Ahlan Ya Ramadhan…
Selamat datang bulan pesta Ibadah.. Ayuh kita rebut sebanyaknya peluang Ramadhan.. Ayuh Imarahkan Ramadhan, umpama ia yang terakhir untuk kita.. Siapa tahu, kita tak punya peluang lagi bertemu Ramadhan akan datang..?
Saya rindukan Ramadhan 2 tahun lalu, saat saya baru bergelar pelajar sarjana. Kerja yang banyak. Subjek yang susah . Assignment yang bertimbun, presentation yang terhimpun. Dan keinginan mengisi Ramadhan dengan pesta Ibadah. Namun Alhamdulillah, DIA memberi kekuatan yang luarbiasa. Masa bagai terhenti. Satu persatu kerja disiapkan dalam hambatan waktu. Dalam segala kekangan itu, saya merasai manisnya Ramadhan tahun itu. Biarpun hanya mampu melelapkan mata sejam dua saban hari, namun DIA sesungguhnya telah mengurniakan masa dan Ramadhan yang amat istimewa kala itu. Dan kemuncaknya, keputusan peperiksaan berterbangan warna di penghujung sem itu. Alhamdulillah. Alhamdulillah.Alhamdulillah.
Saya inginkan semangat itu kembali lagi untuk saya mewarna Ramadhan tahun ini. Mohon diberi kekuatan menyiapkan segala tugasan dan tanggungjawab. MOhon dihadiahkan Ramadhan seistimewa,malah lebih istimewa dari itu. Ya Allah, jemputlan hambaMU ini menjadi tetamu istimewa Ramadhan kali ini. Moga-moga diberi kekuatan..
FASTABIQUU AL-KHAIRAAT…