بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Allahu Akbar! Allahu Akbar! bersyukur rasanya, masih ada kesempatan menyambut Aidiladha bersama keluarga tercinta. Sambutan kali ini terasa kurang seri bila Abah dan Izzati jauh dari kami.
Malam raya, saat takbir berkumandang, wan yang paling sentimental. Menangis dia kerana rindukan menantu dan cucu yang jauh di mata. Hatinya berlagu say dan sendu.
Emak pula malam itu tiba-tiba mengadu kesakitan di seluruh tubuhnya. Sempat emak berbisik, selalu jika dia sakit-sakit begitu, kan ada ahli keluarga terdekat meninggal dunia. Entah kebetulan atau memang itu satu petanda, Wallahu A'lam.
Esoknya, pagi raya kami sekeluarga bersarapan bersama. Sungguh terasa ada kekurangannya raya kali ini. Selalunya, bersama Abah, pagi raya kami bertakbir bersama-sama jiran terdekat sebelum bersarapan. Ketiadaan Abah dan Izzati memang dirasai.
Usai bersarapan, sedang mengemas-ngemas, kami menerima panggilan telefon mengkhabarkan Pak Ngah Malik- abang emak sebapa sedang tenant di Hospital Temerloh. Lantas emak ke sana.
Selepas Zohor,emak menelifon dari hospital mengkhabarkan Pak Ngah kian nazak. Asarnya, saya bersiap untuk ke sana,melawat Pak Ngah. Namun emak memaklumkan Pak Ngah akan dibawa balik ke rumahnya di Karak maka saya tidak perlu ke hospital.5 minit kemudian, emak sekali lagi menelifon memaklumkan Pak Ngah telah pergi buat selamanya.. Moga Pak Ngah tenang di sana bersama para muqarrabin.
Emak terus ke rumah Pak Ngah, hanya sempat singgah di rumah untuk mengambil pakaian. Maka malam itu, saya dan adik-adik cuma tinggal di umah bersama Wan. Hari raya ini makin suram bagi kami.
****
Kita tidak pernah bertemu
Namun rindu itu bertunas selalu
Engkau kukenali dari jauh
namun di hati kau dekat selalu
Hanya dari kejauhan kumenatapmu
namun kian hari kian dekat engkau dinuraniku
kuhayati agung sejarahmu dari baris buku
namun cintaku mekar untukmu..
Kota Suci kiblatku
Moga diizinNYA aku meluah rindu di sisimu..
jemputlah aku Ya Allah sebagai tetamu..
Saya banyak mengikuti perkembangan haji di Mekah melalui Astro Oasis. Ada kebimbangan tentang keselamatan abah selepas banjir mengakibatkan ramai terbunuh di Jeddah. Alhamdulillah, Abah dalam keadaan sihat. Mengikuti perkembangan jemaah haji di sana, hati ini menjdi rindu amat, terasa amat dekat Kota Suci itu dengan hati. Rindu ini memuncak. Ya Allah, jemputlah aku juga menjadi tetamuMU nanti. Amat rindu hati ini ingin ke sana.
***
tinggal 3 hari, Abah akan pulang ke pangkuan kami..
***
Kak Mas- selamat pengantin baru!
Ramlah, takziah atas kehilangan itu..
إنا لله وإنا إليه راجعون
** Kak Mas dan Ramlah sebilik dengan saya waktu taaruf week DPLI jun lalu. Aidiladha ini,ada yang berduka,ada pula yang bergembira.
Begitulah putaran kehidupan.Segalanya dalam kekuasaan DIA. Tiap kegembiraan dan kedukaan itu adalah ujian untuk kita. Belajar erti syukur,sabar dan redha...
No comments:
Post a Comment