Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, October 25, 2007

Tinta Syawal

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, baru selesai satu exam- psikolinguistik. Sepanjang malam berjaga- kepala pun pening-pening jawab.. rasa susah betul nak recall apa yang dibaca..

Actually subjek ni banyak fakta, campuran linguistik dan psikologi (of couse dalam arab).. tapi seronok belajar.. tentang bahasa dari perspektif psikologi,cara belajar bahasa kedua dengan berkesan,bagaimana bayi belajar bahasa dari kecil,dsb.. bila belajar subjek ni rasa teringin nak belajar bahasa-bahasa lain juga, Insya Allah..

dah cuba sedaya mungkin, selebihnya, doa, moga ada najah di penghujung usaha,insya Allah.

next paper- 30hb. but still have many task to do, Allahumma Yassir..

::thanks to Abg Zahar & isteri::

Abg Zahar adalah pemandu JHEOA- memandu Mercedes (trak) masuk ke kg2 org asli (bahagian pengangkutan) Bagi warga Comrade, Abg Zahar bukanlah orang yang asing, tiap kali masuk kampung, kami akan mohon supaya trak abg Zahar membawa kami. Sebabnya- beliau antara kakitangan JHEOA yang berpengalaman dengan kerja dakwah Org Asli. so, pengalaman itu kami kutip, disamping keberadaan dia bersama dalam tiap program sebagai penasihat dalam gerak kerja COMRADE.

Saban tahun, kami akan ziarah Abg Zahar dan isteri bila tiba hari raya. dan biasanya, majlis makan-makan di rumahnya akan jadi meriah.Begitulah akrabnya hubungan warga comrade n abg zahar, bukan setakat di program tapi juga luar program.

Semalam (petang rabu) seperti tahun sebelumnya, abg zahar menjemput kami semua untuk beraya ke rumah.. kerana ada exam pagi ni, maka saya tak dapat ikut serta. petang semalam, saya menghantar mesej:

Salam.Maaf tak dapat ikut serta rombongan petang ni.saya dah mula exam pagi esok.salam untuk isteri & anak-anak.slmt hari raya.maaf apa-apa silap salah.

dibalas abg Zahar:
wsalam. la,dh mula exam ke? rugila,menu best malam ni.Insya Allah. ada masa nanti jemput ziarah ke rumah.

saya:
insya Allah, menu best? bolehla kirim ke sini kalau ada lebih. ;-) (acah jer..)

sedang asyik menelaah, sms Farah (adik junior COMRADE) diterima, meminta saya menunggu di depan gate Asiah, ada bekalan dari Abg Zahar dan isteri.

Terharu! Nasi Minyak lengkap dengan dalca,ayam masak merah,acar mentah dan kuih karipap. kata Farah- kak,rezeki akak ni, kami dah on the way balik abg Zahar call.suruh pusing, nak kirim bekal untuk akak..

hehe.. dan kerana kepenatan berjaga sepanjang malam.. menu nasi minyak menjadi juadah bersahur lewat dinihari..
syukran abg Zahar, isteri dan anak2..
hm.. fikir-fikir, nak pulangkan bekas2 tu nanti, nak isi apa yer??

::kahwin untuk cerai?::

saya menerima panggilan dari seorang rakan, menceritakan dan meminta jawapan dari persoalan yang lebih kurang begini:

lewat ramadhan lalu,kawan kepada kawan saya ni (pasangan suami isteri ) bergaduh,dalam kemarahannya,suami melafazkan cerai kepada isteri dengan talak 3(nauzubillah)..ketika itu,isteri sedang mengandung.
persoalannya:
1)jatuh talak tak?
2)jika jatuh talak, (sebaik isteri melahirkan), sepanjang tempoh sebelum melahirkan, bolehkah suami isteri ini bersama?

ada 2 perkara yang ingin saya kongsikan di sini:

1)jawapan persoalan nie- saya menghantar sms kepada beberapa orang rakan, khususnya yang specialized dalam bidang undang2 shariah.maklumla, takut tersalah bagi hukum pulak nanti

dan semua jawapan yang saya terima sama-
jatuh talak tapi talak atas isteri yang hamil adalah haram
tempoh iddah sehingga isteri melahirkan
sepanjang tempoh itu, haram suami menggauli isteri

2)sebenarnya,pasangan terbabit telah membawa kes ini ke jabatan agama di sebuah negeri, tetepi jawapan yang diterima adalah:
ambil nombor dulu
bila tiba giliran nanti,baru boleh bincang persoalan ni..
(hingga sekarang giliran belum tiba)

perkara kedua inilah yang ingin saya tekankan,apa sudah jadi dengan institusi keagamaan di negara kita? bertanya jawapan untuk persoalan begini mengambil masa berminggu-minggu? mungkin tiada masalah jika pasangan terbabit tahu hukum hakam. masalahnya,mereka tiada khalfiah (latarbelakang) pendidikan agama. Dan persoalan berkait rapat dengan kehidupan harian begini dikebelakangkan ??

lalu persoalan lain yang timbul, keadaan ini mencerminkan betapa banyaknya kes2 yang dirujuk ke pejabat agama saban hari (yang berkaitan dengan perkahwinan tentunya)..
rapuhnya nilai kekeluargaan pada hari ini.. adakah sebuah perkahwinan itu didirikan untuk menuju penceraian? (kenyataan ini pasti sedikit sebanyak menggerunkan orang belum berkahwin..)

satu ketika, saat saya berjumpa Ust Ismail Chong Abdullah (Head Study Circle,CCAC,UIA).. entah macam mana, dalam perbincangan tu,termasuk dalam bab penceraian (biasala, perbincangan dengan beliau selalu akan jadi diskusi ilmiah) sebuah negeri kecil di malaysia ni (tanya menyebut nama), mencatat kadar penceraian 400 kes sebulan. Astaghfirullah.. apa sudah jadi dengan instistusi kekeluargaan ?? berkahwin untuk ibadah,sempurnakan agama atau sekadar tuntutan hidup?? kahwin cerai jadi perkara mudah,seumpama menukar pakaian? bayangkan kalau setiap pasangan yang 400 ini punya seorang anak, 400 jiwa muda telah retak dengan keretakan rumah tangga ibu bapa...

dan tambah Ust lagi pada hari tu- cuma satu masalahnya, asas agama bukan pegangan, dan tiada persefahaman..

hm.. saya pun tak nak komen lebih2 bab ni, sekadar memberi pandangan berdasarkan teori, sedangkan nasihat seorang rakan yang telah berkahwin- kahwin ni bukan setakat teori, it is more than that..

ala kulli hal, saya sentiasa percaya,dalam bab agama, tiada kompromi..

persoalan seterusnya tentang peranan institusi agama di negara ni, sejauh mana keberkesanannya dalam membantu permasalahan berkaitan hal ehwal kekeluargaan di negara kita??

bertahun dulu, seorang kawan pernah mengadu masalah yang hampir sama. ibunya memohon fasakh kerana bapa beliau dijatuhkan hukuman penjara. sebelum memohon fasakh, kes dirujuk kepada kaunselor di pejabat agama sebuah negeri. kawan saya ini menemankan mama beliau dengan harapan kekusutan yang melanda keluarga beliau dapat diringankan. sebaliknya yang berlaku, sebaik pulang dari berjumpa kaunselor tersebt, kawan ini berjumpa saya dalam tangisan- rupanya, kaunselor tersebut hanya menambahkan kekusutan dengan nada suara yang separuh mengherdik, bertanya soalan yang bukan-bukan, bukan sekadar tidak memberi nasihat kepada persoalan yang diajukan,malah mengusutkan keadaan!
spontan kawan ini berkata-
nyesal bawa mama jumpa kaunselor tu. baik bawak jumpa tikah. nanti tikah jadi kaunselor kat situ,jangan buat macam ni tau.
(eh, bila masa pulak saya nak jadi kaunselor kat situ??)

apapun, in my point of view, bermula dari sikap@attitude, jika kita bekerja, bekerjalah untuk Allah.. jika kita memudahkan urusan orang lain, urusan kita juga dimudahkanNYA.. tidak mahu komen lebih-lebih, kerana satu masa saya juga akan jadi seorang pekerja,
mudah-mudahan dalam laluan mendatang, DIA sentiasa memudahkan urusan,dan menjadikan kita dikalangan hamba-hambaNYA yang muqarrabin.. Ameen.

2 comments:

Sarah Mohd Shukor said...

salam kak tikah.

panas isu ni. nnti kalau kak tikah tau apa jd dgn kes pasangan tu, update ye. kadang2 sy bingung tentang pengurusan mahkamah syariah di msia. bukannya diorg urus benda remeh2. tp yg bersangkut paut dgn halal haram sume ni. kalau sy la, sy teringin nak tau pendapat kak tikah tentang student yg kawin tanpa pengetahuan ibu bapa. then bila bercerai, apa yg patut dilakukan. sbb sy penah jumpa kes ni. tp tak terluah. simpan dlm perut sorang2 je la.

dhiyauqalbii said...

salam sarah, insya Allah akak akan update kisah tu nanti, juga pandangan tentang hal tu. doakan akak yer.. tengah exam ni.. masuk sini sekadar melawat rumah dan melepaskan sedikit tekanan..
see u dear, insya Allah