Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Monday, October 22, 2007

keep smiling

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

sambung cerita..

6 syawal.. (khamis)
not in good mood.. ada sesuatu yang mengganggu.. hari ini juga,saya perlu pulang ke kampus.. sepanjang perjalanan (ekspres temerloh-kl) saya menggunakan segenap ruang untuk menukarkan segenap rasa yang negative ke positive.
sampai di kampus.. lengang dan sunyi.khali.sekhali hati saya? rakan-rakan (asma', shaifura,saaidah,aisyah)ada yang dah balik.saya memilih untuk 'mengurungkan diri' di dalam bilik.need more space for myself..

malam-mok ana ajak keluar.saat itu yang saya rasa, ada baiknya saya 'berjumpa orang' daripada terus mengurungkan diri. kami keluar beramai-ramai (2 kereta) ke carefour wangsa maju.makan.then pergi beraya ke rumah syud di Tmn Keramat..

malam.. tidur dengan aman.. dalam keriuhan bersama rakan-rakan.. saya cari kekuatan.. ya, sentiasa percaya, DIA selalu uji untuk jadikan saya kuat.. dan sentiasa percaya. pecaturan DIA tetap yang terbaik-jika saya redha.

jumaat (7syawal/19 oktober)

pagi-temankan mok ana yang hantar uni membaiki PC di Selayang. Kami sarapan di Restoran Haslam di sana (milik adik Yusof Haslam ). Singgah di GIant Batu Caves, saya belikan hadiah untuk walimah Kak Fiza malam nanti..

mlam itu- menghadiri walimah kak fiza zakaria, coursemate saya, yang juga teammates waktu training debat (kak fiza member swing team waktu 4th intervarsity).. pasangannya- Fawwaz Dr Aminuddin- merupakan putera kepada Dr Lo'lo Ghazali (Muslimah Pas Pusat). majlis diadakan di Dewan Kamsis Syed Tun Nasir, UKM Kuala Lumpur..

tahniah kak fizah, barakallahu fikuma, wajama'a bainakuma fi khair, Insya Allah..
tahniah buat bestfriend kak fiza- Kak Mardhiana yang menimang putera sulung (uwais) 3 syawal lalu-
dan tahniah buat sepupu saya- wan Zul Azri & kak Halisa yang menimang putera sulung (wan irfan haziq) juga, selepas menanti hampir 4 tahun

sabtu- 20 oktober
pagi-saya menjaga peperiksaan (halaqah 1) si CCAC.. my 1st experience to be the invagilators..

then pergi ke bilik che da-ziarah raya,sambil bercerita macam-macam.. need the advise from a friend.. lega rasa terluah semua,thanks che da, love u much

jam 2, ada rehearsal AGM COMRADE untuk keesokannya, ketika ini, saya dimaklumkan, saya perlu menjadi MC.. eh eh budak2 ni,suka betul buat 'terkejut' gini.. patutla beria-ria bagitau saya wajib datang rehearsal nie..

after asar.. rasa something wrong.. huhu patutla, saya tak makan lagi.. after beli makanan di Hs, pulang ke bilik che da semula, makan bersama dan pulang ke bilik semula..

Ahad 21 oktober

pagi- buat puding untuk AGM COMRADE+ jamuan raya petang nanti. tak ada plan nak buat puding, tapi last minute ada suara2 yang kata ' selagi tikah ada kat sini,buatla,nanti dah tak dapat nak rasa' ish.. sedih pulak bila dengar kata gitu..

10am-in library, anak buah saya nak tasmi'.. patutnya dah habis masa untuk tasmi' tapi kesian la pulak, kalau tak bagi nanti memag kantoi exam diorang.. still have a few students yang belum tasmi'.. kalau tak datang gak nanti, no excuse.. have to be justice to all..

11am-rehearsal lagi untuk AGM..

2pm-AGM bermula. ALhamdulillah semua berjalan lancar, mula-mula sepatutnya majlis ni dalam english (prosedur wajib UIA) tapi last minute, tiada officer UIA yang dapat hadir, yang akan rasmi adalah orang JHEOA- En. Azhar@ abang zahar- yang selalu ikuti program COMRADE. maka seperti biasa,jika majlis dirasmi kakitangan jabatan kerajaan, boleh dilangsungkan dalam BM..

sesi perlantikan, tak ada masalah, coz perlantikan new board dibuat ahli majlis syura. cuma nak umumkan aje secara rasmi.

sesi perbincangan usul agak rancak. akhirnya mesyuarat menyokong 2 usul dan menolak satu usul.

usul yang diterima-
1)penubuhan COMRADE cawangan Kuantan Campus, memandangkan semakin ramai ahli dari kalangan budak Sciences/medic/nursing.. semua ni akan memudahkan pengurusan program/mencari sponsor.

2)penubuhan Alumni COMRADE secara rasmi. sebelum ni atas angin jer usul ni,tapi kali ni perlu dibawa untuk lebih serius. antara faedahnya,sumbangan berterusan ahli walau dah grad untuk pembangunan comrade (dari segi idea/kewangan/tenaga).. ni bukanlah idea baru.. kalau kat eropah contohnya, Alumni universiti-universiti terkemuka menjadi penaja utama kewangan.. So hopefully, semua ini akan dapat direalisasikan nanti..

usul yang ditolak- kenaikan yuran tahunan, sebaliknya yuran akan dikenakan bagi setiap kali program( yuran ke? rasa bukan yuran ni, sumbangan yang diwajibkan. kalau tak ada sistem ni, boleh 'lumpuh' sebahagian program. kalau nak harap duit-duit 'diorang' tu, tak ke mana jugak..

so far, Alhamdulillah,,

buat semua saf kepimpinan baru,semoga terus berjaya melestarikan kegemilangan yang sedia ada demi kemajuan gerak kerja dakwah ini. saya percaya, saf kepimpinan yang diketuai ashraf akan terus mampu menguruskan comrade dengan baik.

selamat meneruskan perjuangan semua!

No comments: