Kecelaruan fikiran membawa saya mentartil kalamullah tanpa henti, membiarkan buku-buku yang seharusnya ditelaah untuk exam selasa ini seketika.Alhamdulillah, kalamullah tidak pernah menghampakan, mengusir sedikit demi sedikit riak-riak resah.. larut dalam tadabbur ayat suci, kisah Ibrahim A.S. kisah Sulaiman, terhibur dengan kisah semut dan Sulaiman, diikuti kisah Sulaiman dan Kerajaan Saba’..memberi hiburan yang menyegarkan, menusuk masuk ke hati yang dipenuhi puing resah.
Saya suka belajar, amat senang mendengar kata-kata yang baik masuk ke dalam hati. Cuma satu masalahnya,saya tidak sukakan exam! (apatah lagi exam yang memerlukan menghafal dengan banyak)Dan tidak sukakan tekanan sewaktu exam.. mujur, next subjek ini- Syllabus Design, tidak memerlukan hafalan, sekadar kefahaman teori dan praktikal.. mudah-mudahan, tekanan waktu exam ini akan hilang, dan saya kembali tenang menghadap nota-nota...
Kembali kepada kisah ayat suci untuk sama-sama kita tadabbur..
Saya suka sekali mengambil ibrah (ikhtibar) dari kisah lebah dalam surah An-Nahlu.sarat pengajaran. Dalam surah itu diceritakan bahawa sang lebah diarahkan supaya membina rumah (sarang) ditempat yang tinggi..
Ibrah dari sang lebah:
Saya pernah berbual dengan seorang kawan tentang madu lebah-dari segi saintifiknya, mengandungi pelbagai khasiat, dan untuk setitis madu, lebah perlu mencari madu dari berpuluh-puluh jenis bunga-bungaan. Dan lebah tidak menggunakan madu itu untuk kegunaan sendiri, semuanya adalah untuk manfaat manusia.
1) Berumah di tempat yang tinngi- memelihara diri, dan berusaha menambahkan ‘nilai diri’ dengan kemahiran demi kemahiran, ilmu demi ilmu, sekuat lebah yang berusaha hinggap dari satu kuntum bunga ke kuntuman yang lain, bermusafir menggali ilmu demi ilmu dan menambah ‘aset’ diri
2) Lebah tidak bekerja sendiri, memerlukan kerjasama komiti sekeliling, bersatu kita teguh,bercerai kita roboh
3) Ibrah paling bermakna dari lebah- berusaha menambah nilai diri, bekerja kuat, tapi BUKAN UNTUK DIRI SENDIRI. Seluruhnya adalah untuk manusia sejagat, untuk ummah, untuk Islam. Banyakkan memberi. Ilmu kita, apa yang kita usahakan, jangan digunakan untuk kepentingan diri semata...
Sang lebah telah memberi sesuatu untuk kita, bukan setakat madunya yang penuh khasiat, tapi satu momentum hidup yang utama- memberi.
John F Kennedy once said- jangan fikirkan apa yang negara boleh beri pada kamu, tapi tanyalah, apa yang kamu boleh beri untuk negara?
Apa yang kita dapat, soal kedua, soal utama, apa yang boleh kita beri..??
Pada UMMAH
Pada ibu bapa
Pada seorang rakan
pada keluarga
Pada pasangan
********
Komen entry Sarah (tentang cinta):
Intipati Cinta pada Tuhan- Buat apa yang disuruh, tinggal apa yang dilarang. Itulah TAQWA.
Intipati kasih sayang sesama manusia- kita bahagia melihat insan yang kita sayang bahagia dan gembira, walau kegembiraan itu bukan bersama kita. Dan kita sedih apabila melihat dia berdukacita . Itulah- CINTA
No comments:
Post a Comment