Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, October 30, 2007

kisah tabah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


I
Dia, antara wanita yang saya kagumi semangat ketabahannya. Seringkali dinasihati kami supaya menjadi tabah dalam hidup. Masih saya ingat juga tentang nasihatnya dihujung sesi pengajian dulu, carilah pasangan yang boleh membantu kamu melaksanakan agama kamu.

Dalam lewat-lewat perbualan bersamanya,beberapa tahun lalu dia pernah bertanya:

Selain belajar, berdebat , apa yang kamu buat di uia ni?

Saya menceritakan ‘kegilaan’ saya mengikuti program dakwah di kg2 orang Asli, dan pengalaman-pengalam yang pernah saya dan rakan-rakan tempuh, berjalana kaki 10 jam, hidup dalam hutan yang tiada bekalan elektrik/air.. makan sekadarnya..

Mendengar pengalaman-pengalaman itu, dia memberi komen yang cukup terkesan hingga kini:

Bagus, saya bangga kamu melatih diri kamu hadapi kesusahan, jadilah orang yang tabah.

Ya, kuncinya adalah tabah (quwwatu attahammul)- kekuatan menghadapi apa jua cabaran. Maka selepas lama mengenalinya, barulah saya tahu, dia sesungguhnya telah melalui perjalanan hidup yang penuh ranjau, menjadikan dia manusia yang tabah dan sering menginspirasikan ketabahan itu pada anak-anak muridnya.

Perkahwinan pertama yang dikurniakan 3 cahaya mata gagal kerana suaminya (bekas suami) murtad. Lalu dia bangkit dari keperitan itu, menyambung pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah, menjadi manusia yang berguna. Kini, dia sedang berbahagia dikurniakan suami yang jauh lebih baik dari yang pertama.

Dia, dalam senyumannya itu, adalah lambang ketabahan. Manifestasi cinta Ar-Rahman pada hambaNYA yang sabar.

II
Dia kakak yang saya hormati, dikenali kerana urusan pengurusan Kelab Debat Bahasa Arab. Penyayang orangnya, walau jarak usia kami hampir 10 tahun, kami menjadi kawan yang akrab. Dia yang sentiasa tersenyum memberi keceriaan pada orang di sekeliling, walaupun di tengah tekanan kerja yang banyak. (bekerja di bahagian Pembangunan pelajar yang melibatkan aktiviti pelajar, kerjanya sangat banyak)

Setelah lama mengenalinya, saya telah menjumpai ‘telaga tabah’ dalam hidupnya, yang diinspirasikan pada saya..

Dia wanita yang baik. Anak yang taat. Saat ingin mendirikan rumah tangga,dia menyerahkan bulat-bulat pada keluarga, kerana yakin, keluarganya memahami apa yang terbaik untuk dia.

Maka berkahwinlah atas dasar pilihan keluarga, tapi sesungguhnya, perkahwinan itu perlu ada give and take. Dan suami seharusnya menjadi pemimpin yang baik, berlandaskan agama dan ajaranNYA. Ternyata,hati perempuannya tidak betah hidup bersama lelaki yang tidak mendasari agama dalam kehidupan. Usia rumah tangga yang setahun jagung yang seharusnya digunakan untuk menyemai cinta, retak kerana tiada persefahaman. Penceraian akhirnya berlaku.

Dia bangkit meneruskan hidup, dan kini berbahagia dengan perkahwinan keduanya, lelaki soleh yang sama cara dan rentak hidup dengan beliau.

Inna ma’al ‘usri yusra..
Satu intipati penting untuk panduan bersama:
1) jadilah dan latihlah diri untuk sentiasa bersedia hadapi kesusahan dalam hidup.tabah.kerana hidup ini penuh dengan ujian.
2) Pilihlah pasangan yang membantu kamu dalam kehidupan beragama.


No comments: