Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, October 20, 2007

raya punya cerita

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

rabu 10 oktober

after iftar, saya pulang ke kampung bersama adinda-nazifi... jalan agak sibuk juga, selepas persimpangan bentong baru jalan lengang (coz kebnyakan kereta menuju kelantan)
mendengar radio, siaran langsung pelepasan angkasawan negara ke ISS.. best dan bangga, even sekadar mendengar countdown dan bunyi roket (takpe balik rumah leh tengok channel 588)

khamis 11 oktober

bangun pagi, minta tolong abah carikan daun kelapa. nak mula mengayam ketupat..
pas abah cari daun kelapa, saya mula mengayam...

petang: mula buat biskut 'wajib' tiap-tiap taun- coklat chip.. adik2 yang paling suka biskut ni. tiap-tiap taun tak pernah miss buat..

jumaat 12 oktober

menyambung anyam ketupat.. dapat 85 biji semua, isi beras dalam tu.. sedia untuk direbus..
planning menempah lemang bertukar kepada-buat sendiri.. pas cuci buluh, saya masukkan daun pisang (bab ni dipanggil 'menyulur daun ke dalam buluh'.. masuk beras pulut dan santan.. abah tunggu lemang yang dibakar.. rendang daging n ayam mak yang buat.. juadah berbuka masak sama-sama, adik2 lain ada tugas memasing- ada yang menguruskan kain baju (masuk mesin, jemur,lipat)ada yang mengemas rumah(ni yang best adik beradik ramai, tiap orang diagihkan tugas memasing)
lewat petang itu, abg long sampai dari LCCT (dari sarawak) n kak long sampai dari kuantan..
dan petang 30 ramadhan itu, laman ayahbonda meriah dengan berkumpulnya kami 8 beradik, mak n abah, kakak ipar+wan (nenek). Alhamdulillah.. nikmatNYA tak terhingga, masih ada peluang untuk saya berkumpul dengan insan-insan tersayang di waktu-waktu manis begini..

sabtu- 1 syawal

usai subuh, jiran-jiran sekeliling rumah berkumpul di rumah kami.. bertakbir bersama-sama,bacaan tahlil dan doa selamat, diikuti sarapan,bermaaf-maafan sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid.

selepas solat, menziarahi rumah tetangga terdekat.. dan seperti tahun-tahun berikutnya, tak henti tetamu bertandang, membawa barakah ke rumah.. kawan-kawan mak,sedara mara dan kawan saya sendiri- Gee n safri berkunjung bersama anak saudara mereka. hingga malam, tetamu masih memeriahkan suasana raya.
mlm-kami ke rumah mak nah di kg gajah Mati..seronok,kakak n abang semua berkumpul..

ahad-2 syawal-
masa untuk kami pula menziarahi sanak saudara.. pulang ke Jambu Rias, rumah mak-mak sedara hingga ke bentong... ada dalam 10 rumah kami berkunjung dengan 2 kereta ('kereta perang' abah n kancil)

isnin 3 syawal
dari pagi kami memasak untuk hidangan tetamu.. hari ni, mak menjemput jiran-jiran terdekat beraya ke rumah.. hidangannya nasi lauk ikan patin masak tempoyak dan kerabu kacang botol.. dan hidangan wajib raya- puding koktail..bermula tengahari sampai ke petang, penuh rumah kami..

petang tu, saudara mara pulak datang..
lebih manis, sahabat-sahabat waktu sekolah bertandang.. mereka tak rancang nak datang serentak,tapi jodoh kuat di sini..maka berkumpullah kami petang itu- eibe dan suami bersama anak (dalam kandungan lagi,umur 4 bulan).. kak kin n suami serta permata hatinya shadiya,dan dik mai bersama tunangnya.. kak kin,dik mai dan eibe masing2 sebilik ngan saya (bilik exco) di asrama al-wosto.. seronok dapat jumpa semua.. eibe membawa berita gembira bakal menimang cahaya mata selepas hampir 2 tahun menunggu.. saya gembira melihat sahabat2 saya berjaya dalam kehidupan masing-masing, sepertimana mereka gembira dengan kejayaan saya,dan sentiasa mendoakan saya..

masih saya teringat, kira2 3 tahun lepas, ketika saya di baru masuk main campus, pulang ke temrloh dan berjumpa kak kin yang baru habis STP di al-khairiah.. kak kin bertanya pendapat saya tentang lamaran abg edi.. katanya,dia ingin menyambung belajar lagi, tapi nampak gaya macam perlu kahwin dulu.. sambil meluahkan cemburunya pada saya kerana berpeluang trus belajar.. saya titipkan nasihat buat kak kin, ada keluarga,suami yang baik,anak-anak juga adalah rezeki.. tiap orang diberi rezeki yang mereka.. dan saat itu, saya menjadi 'wakil' kak kin, belajar dan terus belajar, kerana dia tak punya peluang itu...

same thing happen bila jodoh eibe sampai, saya antara sahabat yang pertama dimaklumkan tentang lamaran bakal suaminya ketika iitu, antara 2 persimpangan, terus belajar atau kahwin-eibe akhirnya memilih untuk mendirikan rumah tangga.. sekali lagi,harapan dalam pelajaran disandarkan pada saya.. they always saY- kami nak tengok tikah jadi somebody, keluar kat dalam tv nanti, then kami akan cerita pada anak-anak kami- u are our great friend since the school days..

yes, i'm in my way.. untuk jadi apa?? saya sendiri tak tahu.. tapi for the time being,saya hanya tahu untuk berusaha kuat menongkah arus dan dugaan, saya tidak kisah apa yang saya akan jadi pada masa akan datang. saya hanya ingin jadi yang terbaik untuk semua orang,sumbangkan sesuatu pada orang lain,pada islam.dan lebih-lebih lagi, jadi yang terbaik di sisi DIA..

bila makan puding- eibe kembali menghadirkan nostalgia "ingat tak,masa kami menyewa di batu satu,waktu ambil STP, kalau tikah cuti, kami kol, tikah, kami teringin nak makan puding".. then mesti tikah datang,bawak puding dengan naik bas dari taman saga ke batu satu .. heeh

saya pun senyum sendiri.. so nice to remember all those things.. moga Allah berkati persahabatan ini.. dan saya tersentuh dengan doa kak kin
'soal belajar,kak kin cukup yakin dengan tikah, kak kin percaya pada tikah,tapi yang masih kak kin tunggu sampai sekarang,nak tahu, siapakah lelaki yang bertuah tu nanti?'

dan saya hanya mampu tersenyum.. hm.. doa.doa.doakan saya.. moga dipermudahkan urusan yang satu ini..

kehadiran mereka turut hadir dengan persoalan-persoalan cerita lama-dia yang kian terkenal,kian mengharum namanya.. tak terfikirkah untuk kembali?'

dan masih saya di sini,bukan kemasyhuran yang saya cari.. biarlah masa berlalu, laluan itu telah jauh dari saya..dan persimpangan itu telah lama saya tinggalkan..

sesungguhnya kehadiran sahabat-sahabat tersayang pada petang itu melerai rindu.. mereka-walau dalam laluan hidup yang berbeza,sentiasa saya doakan kebahagian,dunia dan akhirat.

malam itu-anak sedara saya datang.. bersama anaknya.. maka saya pun dapat title baru- wan ngah.. oh tidak, sudah tua rupanya,sudah bercucu?? hehe..

selasa-4syawal-

masih di rumah.. tetamu agak berkurangan.. abah dah mula berpuasa 6.. dan seperti biasa,jika saya ada di rumah, just wainting for the order from abah.. hehe.. masak tu ngah,masak ni ngah.. sampai ke malam, memasak ajerla kerjanya.. mak pulak dah mula bekerj ari ni.. adik-adik pun sama.. teringin makan itu dan ini..

hari ni gak, buat biskut almond london.. ni kes balik lewat,tak sempat buat sebelum raya,jadilah kuih selepas raya.. mak siap beli barang awal-awal lagi.. so, dapatlah around 700 biji almond london ari tu..

rabu 5 syawal-

di rumah lagi.. spend my last time before pulang ke kampus..

berhenti di sini..
akan bersambung dengan gmbar2 raya..
dan kisah 6 syawal..
yang akan lebih 'bernostalgia'
.......

'o ARrahman.. let me keep smiling.. even the tears showering my heart..'
ALLAHU AL-MUSTA'AN


No comments: