JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, October 03, 2007

iftar di KBMC

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

assalamualaikum semua...

semalam.. iftar di Kampung baru Medical Centre.. petang semalam,saya menziarahi Kak Yah- akak ipar mok ana yang menjalani pembedahan di KBMC..

Jalinan persahabatan saya dan mok ana,bukan sekadar kami berdua,malah melibatkan ahli keluarga yang lain.. saya mengenali Kak Yah sejak beberapa tahun yang lalu (2 tahun mungkin??) coz menziarahi mok ana di rumahnya di Kelantan,diikuti menziarahi rumahnya di selayang..

petang semalam,Kak Yah dah sedar.. keadaannya pun stabil.. ada bersama suaminya,yang juga abg sulung mok ana,Kak mah (akak mok ana) dan bonda mok ana..

petang semalam, kami (saya,mok ana,kak engku dan nora) membeli makanan iftar di Bazar kg. Baru.. hm.. macam-macam ada,tapi akhirnya kami memilih nasi kukus ayam berempah dan air cendol,dengan beberapa jenis kuih muih..

Kami iftar dalam bilik pesakit,dengan hamparan surat khabar,beramai-ramai. Then abg Din (abg mok ana) membayar harga segala makanan yang dibeli.. barakallahu fiik..

usai iftar,kami solat di KBMC.. ada jururawat india yang amat peramah menunjukkan kami tempat solat,tempat ambil air sembahyang,malah bertanya kami sama ada memiliki telekung atau tidak,serta menghamparkan sejadah ke arah kiblat! Subhanallah.. moga Allah beri hidayah pada dia untuk memeluk islam..

usai solat,tiba masa pulang ke uia.. dan kepulangan kami diiringi duit raya oleh emak mok ana.. huhu.. terima kasih daun keladi, barakallahu fiik..

entry ini- dedicate untuk mok ana.. saya sayang mok ana..macam kakak saya sendiri.. sem ni dah final sem dia MA comparative law.. sem depan, saya akan sunyi tanpa mok ana..

n saya doakan, mok ana akan tabah hadapi syawal tahun ni..
tahun lepas, ayah mok ana kembali bertemuNYA, di malam raya, saat takbir hebat dilaungkan..

'ala kulli hal, love u so much..!!

**
oktober menjelma..setahun lagi, Insya Allah, akan tamat kembara saya menggenggam MA ini. Insya Allah, masa akan berlalu dengan pantas, dan saya berdoa dimudahkan segalanya untuk saya..

Surat perjanjian pinjaman pendidikan Yayasan Pahang dah samapai di rumah. Pinjaman diluluskan RM10k lebih kurang.. sekadar mencukupi untuk bayaran yuran sepanjang pengajian (8k lebih kurang).. dan selebihnya,sikit2 menampung perbelanjaan.. agak sedih,tak dapat sepenuhnya yang saya minta..coz terpaksala meminta dan menyusahkan mak dan abah lagi.. huhu.. dah tua-tua gini, minta duit dari diorang, memang tak best..

apapun, Alhamdulillah, dari tak dapat langsung..

and now, saya berazam.. menukarkan pinjaman tersebut kepada biasiswa.. how?? work hard, work smart.. Insya Allah, i'll try my best!

Faiza 'azamta, fatawakkal 'alallah

No comments: