Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Update 1: Kak Chik
Sehingga kini, kak Chik masih belum sihat sepenuhnya. Gangguan datang, terutamanya waktu melaksanakan ibadah. Waktu wudhu;. Dia diserang perasaan was-was, hingga mengambil waktu yang lama untuk meneyelesaikan wudhuk. Sebagai penyelesaian, ada antara kami (ahli keluarga) yang perlu mengawasi beliau tiap kali mengambil wudhu’, dengan mengatakan ‘sudah’ tiap kali selesai satu rukun. Jika tidak, dia akan mengulang rukun yang sama berkali-kali waima sudah sempurna wudhukmya.
Perkara sama berlaku tiap kali solat, amat sukar mulutnya membaca bacaan dalam solat, seolah-olah ada sesuatu yang menghalang dia dari menyebutnya. Sesekali, masih ada sentakan-sentakan kecil di tubuhnya.
Dari segi emosi, masih juga kurang stabil. Ada masanya dia hilang kesabaran melawan gangguan yang datang,mengamuk dan menjerit sekuat hati, ada masanya, bila keadaan ok, dia boleh bergurau senda dengan kami adik beradik, dan rajin sekali membantu melakukan kerja-kerja rumah (kak chik memang rajin orangnya).
Kami masih berusaha, sebagai kakak,yang sering saya nasihatkan adalah sabar. Allah datangkan satu-satu ujian untuk melihat sejauh mana kita bersabar dengan ujianNYA. Tapi, kesabaran itu, mengungkapnya amat mudah. Mempraktikkannya, amat susah.susah amat. Dan berdasarkan pengalaman saya, apabila kita ditimpa ujan, puncak kesabaran adalah apabila kita redha seredha-redhanya dengan ujian tersebut, lalu dicampakkan rasa tabah dalam diri, hingga hilang segala kesakitan dan kepedihan. Wallahu A’lam..
Update 2: kisah suami yang terlepas mengucap talak pada isterinya yang hamil:
Pasangan tersebut menyesal tak sudah. Tapi, nasi telah menjadi bubur. Kes telah dibawa ke JAIS, tapi menurut rakan-rakan terdekat pasangan, masih menunggu follow up dari JAIS. Buat masa sekarang, rakan-rakan cuba mengelak bertanya hal tersebut dari pasangan yang masih trauma dengan kejadian tersebut.
Sekali lagi, kuncinya adalah sabar. Sabar seorang lelaki, amat mahal harganya, seperti dalam kes di atas, tanpa kesabaran, penceraian berlaku. Talak bukan perkara main-main, sekali berlaku (apatah lagi talak 3) banyak hati yang akan terluka. Dan sebuah institusi perkahwinan yang seharusnya dijadikan medan menyemai taqwa padaNYA, seharusnya dipelihara dengan penuh kesabaran. Dugaan pasti wujud. Kerana fitrahnya, lelaki dan wanita itu dicipta dalam serba berbeza- pembawaan,cara berfikir,cara melihat sesuatu.
Perkahwinan juga sebenarnya satu ujian-ujian untuk melihat sejauh mana individu terlibat mencari titik-titik kesamaan,disebalik perbezaan-perbezaan yang ada demi kerukunan rumah tangga. Dan semua ini kembali kepada apa yang pernah saya kupaskan dalam tajuk Ayuh Meraikan Cinta Cara Al-Quran- kesamaan yang paling kuat untuk mencantum 2 jiwa adalah agama dan akhlaknya. Jika kita percaya kepada apa yang disabdakan junjungan mulia SAW, kita akan yakin bahawa dalam soal memilih pasangan, agama adalah yang teratas. Tiada kompromi, carilah yang beragama, selamat dunia dan akhirat.
Dalam surah Al-Qasas- ayat (26-27)
Antara ciri mengapa Nabi Syuaib mengahwinkan anaknya dengan pemuda Nabi Musa adalah disebut sebagai (al-Qawiyyu al-amin)- yang kuat dan amanah.
Pemuda perlu kuat, kerana tanggungjawab berat yang dipikulnya, dan dia perlu amanah- di hadapan Allah (kerana akad nikah bersaksikan Nama Allah) – dan kuat seorang pemuda itu, dalam satu hadis disifatkan bahawa bukan kerana gagahnya dia, tetapi kerana mampu menahan diri dari marah. Maka ini berkaitan kembali dengan apa yang kita bincangkan di awal artikel ini.
Dalam satu hadis lain, ketika seorang lelaki bertemu Nabi SAW, beliau meminta Nabi menasihati beliau, lalu Rasulullah SAW menyebut - janganlah kamu marah,janganlah kamu marah,janganlah kamu marah.
Larangan ini diulang 3 kali, menunjukkan betapa kemarahan itu amat perlu dielakkan.
Jika merah itu cinta,
Marah pula adalah derita.
Untuk itu, ayuh koreksi diri, disamping mencari yang terbaik, yang lebih penting adalah menjadi yang terbaik.
(sekali lagi, saya meminjam frasa tersohor yang sering dilaungkan Ust Hasrizal dalam tulisannya).
Wallahu A’lam
2 comments:
saya teringat ingt muka kak chik wkt jumpa dia di UIA hri tu. smga dia tabah.
smga pasangan tu learn smthg frm this big mistake.
kak tikah, sy suka ayat yg akhir tu. kalay merah itu cinta, marah pula yg akan bawa derita utk kita kn. smoga merah yg terbina xde marah2. hehe
merah yang masih belum terbina..
hehe..
jumpa sang merah yang (sebaik fahri -Ayat-ayat cinta- mungkin..)
sayangnya, bukan semua merah boleh kita miliki
hehe ;-)
Post a Comment